Aku saja dok perhati kat mangkuk sekoq ni...saja aku dok sengap selepas beberapa lama dia buat kenyataan 'populis' utk 'test market' kononnya berfikir secara serius nak tarik diri pada pemilihan akan datang, walaupun langkah terbaik beliau adalah MELETAKKAN JAWATAN DENGAN KADAR YANG SEGERA demi untuk memulihkan tenaga PEMUDA UMNO yang terkulai dipangkal walau di urut dan di pupuk dengan bersungguh-sungguh. Kalau ada responpun setakat mengkai saja...tak berapa nak keraih betoi!
Tup-tup lepas buat kenyataan tu nampaknya semakin kerap dan galak pulak dia membuat kenyataan akhbar bagi mencuri tumpuan dan tindakbalas pembaca. Memang dah terdetik dalam diri aku tatkala dia mengumumkan tempohari yang dia serius kononnya. Serius kebende?
Dan kenyataannya dlm akhbar dengan cukup kerap sebenarnya bukanlah meyerlahkan kecerdikannya, tetapi yang sebaliknya pulak yang terdedah...Fahamlah kot lawannya cerdik tu apa?
Baca tajuknya sahaja sudah membuat apa yang aku telan tadi terasa hendak tersembur keluar! Apa tajuknya? Tajuknya ialah:
Pemuda Jangan Hanya 'Masuk Frame' Untuk Curi Perhatian
Nak baca tang mana? Haaa...boleh baca tang ni.
Aku tak tau apa kesimpulan hangpa bila baca 'ketiongan' desperado ini. Tapi aku punya kesimpulan ialah Kalau dia nak nasihat orang lain jangan nak masuk frame (enter-frame lah tu...), dia bukan sahaja bertindak 'enter-frame, tetapi siap ghonyeh dan koyak habis kanvas berseni yang melakarkan keamanan, keharmonian, perpaduan rakyat dan keteguhan politik negara gara-gara nak bagi nampak dia sorang sahaja dalam frame tu!
UMPAMA BERUK DAPAT BUNGA!
*Apakah ciri-ciri negatif yang dia kata dlm kenyataan tu mewakili diri dia sendiri?
Terima kasih atas kunjungan saudara sambal pedas89. Betul kenyataan sdr SP89, bahawa ramai ahli politik yang sudah bertukar menjadi tikus, iaitu tikus yang membaiki labu.
Apaa tindaakan yang sepatutnya kita lakukan kld ahli politik yang bertukar menjadi tikus dan pandai-pandai pula hendak membaiki labu?
tikus samapi kucing pun meluat tak lalu makan.namanya tikus longkang.