Mangsa ini sebenarnya seorang yang baik, dia adalah usahawan gigih, teras perniagaan beliau adalah berkaitan logam dan keluli. Tembaga adalah keutamaan beliau, sebab itulah ketika orang lain sedang di ulit mimpi beliau bekerja keras sehingga menjadi KERAS KEJONG!
Kerana teras perniagaan beliau adalah keluli dan logam, maka beliau memerlukan kabel. Lagi besar kabel yang beliau gunakan lagi besar keuntungan yang beliau perolehi walaupun di sebalik keuntungan beliau ribuan rakyat lain mengalami kesukaran dan kepayahan. Biasalah.....jiwa orang berniaga kebanyakannya berjiwa kiasu dan 'jual ikan'(selfish).
Tetapi baru-baru ini pihak BN yang berkonspirasi dengan sebuah GLC bertaraf konglomerat telah dengan sengaja mematikan usaha keras 'usahawan muda' ini. Pihak BN telah berkomplot dengan TNB untuk menamatkan perniagaan teras dia. Keluarganya menyifatkan dia sebagai seorang yang baik, begitu juga rakan-rakan rapat beliau termasuklah yang sentiasa bersama-sama beliau ketika 'berurusan'. Tanyalah mereka! Sikap TNB amatlah di kesali. Begitu juga dengan Kerajaan Barisan Nasional, sikap mereka juga amat di kesali. Lebih-lebih lagi perasaan ini turut di kongsi, selalunya oleh pr.....
Jika tidak kerana arus voltan yang sengaja di tinggikan oleh pihak teknikal TNB seperti yang di arahkan oleh pengurusan tertinggi TNB setelah menerima arahan dari Menteri berkaitan Tenaga dan di lululskan oleh seluruh kabinet serta di 'endorse' pula oleh Perdana Menteri, tentunya usahawan ini masih lagi berniaga sehingga hari ini. Ini jelas dan terang satu konspirasi terancang TNB dan Kerajaan Pusat yang di kuasai oleh BN.
Pihak pembangkang yang di dalamnya ramai loyar-loyar buruk dan reput perlu segera mendesak rakyat agar bangun memaksa Kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya khas bagi menyiasat kes ini. Iaitu Suruhanjaya KABEL.
Suruhanjaya ini wajib mendesak kerajaan agar mengarahkan TNB merendahkan voltan hanya kepada 230V supaya usahawan-usahawan dalam segmen keluli dan tembaga boleh terus menjalankan eksplorasi logam dengan hanya beralaskan 'CROC' made in China sebagai tangkal kebal mereka. Pihak pembangkang harus terus mendesak, jka tidak lut, mereka kena mempengaruhi rakyat agar turun kejalan-jalan untuk berdemonstrasi sebagi isyarat sokongan terhadap usahawan-usahawan ini.
Inilah bukti bahawa Kerajaan sekarang ini zalim!
***********************************************************************************
Lagi mangsa-mangsa konspirasi:
KEMPEN VOLTAN RENDAH??
Ini mungkin salah PDRM yang tidak menjalankan tugasnya sehingga ada rakyat malaysia menjadi mangsa seperti ini...dan mungkin juga salah kerajaan BN yang menubuhkan TNB...kalau tak ada TNB mungkin orang ini tak jadi begini...