Hilangnya sebutir mutiara.....
Aku baru sahaja mendapat perkabaran dari FB DIN BERAMBOI FAN. Jika tiap-tiap pagi bila berkesempatan mendengar siaran radio, aku memilih untuk mendengarr antara celoteh DIn Beramboi dan Aznil diselang -seli dengan keletah KE, Abg Jeff dan Khairil. Antara ERA dan SINAR.....
Celoteh mereka memang menyegarkan, buat ngantukku tercicir setiap kali mulut menyeringaikan tawa kecil dan adakalanya dekahan ketawa. Tapi buat masa dua tiga hari ini, jika membuka radio di waktu pagi, mungkin agak hambar.....
Kak Engku sendiri mungkin masih bersedih dengan kematian ibu mertuanya Puan Sri Azizah Abd Hamid, manakala ERA sendiri kehilangan DIN BERAMBOI.....Gandingkanlah beliau dengan siapa sahaja, pasti tahu saja dia menyesuaikan diri baik ketika di pentas mahupun ketika di konti. Dan aku masih teringat vid clip mengenai along yang dipadukan oleh beliau dan Afdlin Shauki.....
Sebagai penghormatan aku terhadpa bakat beliau dalam menghiburkan aku, maka aku kan embedkan vid clip di blog aku selama seminggu.
Semoga Allah menghimpunkan beliau di Tamannya yang Kekal di Akhirat kelak...Allah ArRahman....Allah AlHaq.
0 Responses to DIN BERAMBOI DALAM KENANGAN.......