Aku sempat singgah tengok 2nd Putrajaya International Hot Air Balloon pada 18hb Mac yang lepas kerana kebetulan aku ada 'pesenjin' yang mahu aku hantarkan ke sana.
Selepas selesai tugas aku, aku singgahlah untuk cuci mata kat festival berkenaan. Aku baru teringat, ketika baru memasuki Putrajaya pada pukul 9.00 pagi aku nampak beberapa biji Belon Udara Panas sedang menguasai ruang udara Putrajaya yang PIS idam untuk di jual semasa era Allahyarham Fadhil Noor dulu.
Dalam kesempatan itulah aku ambil kamera 'cap ayam serama' aku. Selepas mendapat parkir yang bagi aku sesuai untuk aku labuhkan teksi aku, akupun tinggalkan untuk merewang di sekitar tapak pameran.
Kalau bawa anak aku, tentu 'kopak' poket aku yang bocor ni..... Manakan tidak, bila aku tanya amoi yang dok jaga belon plastik gergasi yang boleh terapung dalam ayaq, berapa bayaran yang di cajkan untuk masuk kedalam belon gergasi tu, dia kata satu orang di caj RM 40.00! Mak oiii.....'murah'nya...aku tanya awat caj 'murah' sangat'. Amoi tu kata, "Ini impot dali neu jilan, Malaysia belum ata". Aku kata takpa, setahun dua lagi murahlah cajnya bila ada orang tempatan 'produce' sendiri. Eh eh, Kalau impot dari Cina tentu murahhhh.....
**Tentu seronok orang-orang di kampung-kampung yang tak berpeluang turun ke Putrajaya tetapi masih dapat melihat pesta seumpama ini di kampong masing-masing...
Oooo...hang turun Putrajaya tak habaq kat aku nooo...hehehe.."pesejin"..muahahahahaha....
muahahahaha....aku turun sat saja....maklumlah pesenjin aku cerewet...