SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

KERUGIAN DI PAPUA NEW GUINEA: AZIZAN DIDESAK LETAK JAWATAN?

Posted by Detguaq Friday, March 5, 2010


Kedah terokai peluang pelaburan di Papua New Guinea
Pelapor: azlan/rtm
Tarikh: 12/10/2008

Alor Star- Kedah akan meneroka peluang pelaburan baru dalam industri pertanian, perikanan dan perlombongan di Papua New Guinea.

Ia hasil usahasama anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri, Kedah Corporation Berhad dengan syarikat hartanah, MAS Incorporated (PNG) Limited.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata hasil perbincangan selama tiga bulan dengan MAS Incorporated (PNG) Limited, Kerajaan Negeri komited dan bersetuju untuk terlibat secara aktif meneroka peluang-peluang baru yang ada di Papua New Guinea.

Beliau menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Kedah Corp dan MAS Incoporated (PNG) Limited di Wisma Darul Aman.

Menerusi perjanjian itu Kedah Corp bakal memiliki 70 peratus saham dalam MAS Incorporated yang telah meneroka pelbagai bidang pelaburan di Papua New Guinea sejak 15 tahun lalu.

************************************************************************************

Begitu gahnya Kerajaan PISPaR Kedah mengumumkan pelaburan luar negaranya pada tarikh berkenaan dengan keyakinan 100% akan berjaya.  Maka kembang pungkoqlah Che Had Dhali yang memegang beberapa kedudukan penting dalam beberapa GLC Kedah di bawah pimpinan PISPaR kononnnya kerana beliau hebat dalam segenap segi umpama 'tukang kampung'....semua boleh, kerja simen boleh, kerja kayu boleh , ikat bata boleh, palster dinding boleh buat kekuda pasng kekuda boleh, pasang bumbong boleh, pasang paip ayaq boleh...bahkan segalanya boleh....he he he...boleh di mulut saja...modai ayaq lioq! Setakat repair sikit-sikit bolehlah, lagi pandai kalau nak komplen pasai orang yang nu tak kena yang ni tak betoi....bagi sebiji rumah?  Lingkup panalillah habih...YANG SELALU DOK JADI UPAH DIA TARAH DEKAT NAK HABIH TAPI RUMAH BARU DOK TANG RASUK, TIANGPUN TAK NAIK LAGI!

Ini hasil gagauan aku dalam tenet...gagau cara bodo-bodo aku maka aku jumpaklah jawatan-jawatan dia ni...

1.  BDB: Non Independent Non Executive Director

Sitting from left :
Dato' Haji Abdul Rahman bin Ibrahim (Non-Independent Non Executive Director), Dato' Paduka Haji Mohd Saad bin Endut (Chairman,Non-Independent Non Executive Director), Dato' Jahubar Sathik bin Abdul Razak (Group Managing Director,Executive Director)
Standing from left :
Sr. Che Had bin Dhali (Non-Independent Non Executive Director), Datuk Mohd Nasir bin Ahmad (Independent Non Executive Director), Dr. Abdul Wahab bin Ismail (Independent Non Executive Director), Prof. Din Merican (Independent Non Executive Director), YB Senator Ir. Zamri bin Yusuf (Independent Non Executive Director), Dato' Wira Haji Hassan bin Taib (Independent Non Executive Director)

2.  Chairman Tabung Keusahawanan PKNK 


3.  PEGAWAI KHAS EKONOMI MB Kedah


4.  Pengarah Metro Sunview(828477-V)

5  Pengarah dalam Syarikat Bina Kuari(rujuk CIDB)


6. Pengarah Kedah Investment Centre


Dan setelah lebih dari setahun kenyataan penug gilang-gemilang di dada-dada akhbar tiba-tiba meletup cerita tentang kerugian yang di alami hasil dari pelaburan kedah Corp itu.  mengapakah pelaburan oleh mereka yang kononnya pakar(fakir?)tentang ekonomi, arif dalam pelaburan dan menampilkan perwatakan bersih boleh mengalami kerugian sebanyak RM4 juta?  Bukankah mereka bergabung dengan syarikat yang telah lebih 15 tahun(2008) berniaga di PNG? Dan ada juga angin yang bertiup chengey mengatakan bukan RM4 juta, tetapi lebih, malah lebih dari RM10 juta.


Dan ada yang kata sebagai Kepala nombot satu atas dasar mengambil tanggungjawab terhadap kegagalan GLC negeri dan kegagalan beliau memilih pegawai yang berkaliber dan berkebolehan dalam memastikan kejayaan sesebuah GLC itu, maka Ustad E'izan sendiri juga wajib meletak jawatan.  Ini sudah tentunya desakan dari dalaman mereka sendiri.  kami rakyat jelata mana berani tegoq MB, dia chengey, tentunya orang macam aku ni takuuutttt.  Ya lah takut tegelak besar-besaran bila dapat bersembang depan dia....katanya dalam masa yang sama dia ni pun kelolo.....


Rujuk entri  di sini

**Eh eh ada orang bertanya kenapa tidak tarik pelaburan ke dalam negeri dari pergi melabur di tempat orang yang kita tidak kenal langsung mereka, kerana dalam kes dengan PNG ini dengar kata ianya juga berkaitan dengan status tanah dan perundangan yang tidak di ketahui secara mendalam kerana kononnya samada maklumat sebenar di sembunyikan atau maklumat yang disalurkan kepada Menteri Besar adalah yang muluk-muluk sahaja.

4 Responses to KERUGIAN DI PAPUA NEW GUINEA: AZIZAN DIDESAK LETAK JAWATAN?

  1. Anonymous Says:
  2. Salahkan legal adviser ke atau mana2 individu yg warna hitam. Serupa macam di Kelantan. Inilah cara membangun bersama Islam. Nak buat reverse investment konon. Dok dengaq pasai untung juta2 lupa nak kaji pasai risiko. Takpa, pi invest kat Haiti atau Mandagasca atau kt Kutub Utara. Kat Kelantan si Aziz. Kat Kedah Azizan. Dua2 serupa.

     
  3. Anonymous Says:
  4. Banyak sudah dalam kepimpinan GLC Kedah terutamanya PKNK, iaitu semenjak ianya ditubuhkan dari zaman Dato' Syed Omar, Tun Syed Ahmad, Dato Sri Syed Nahar, Tan Sri Osman Aroff, Tan Sri Sanusi, Dato Sri Syed Razak dan Dato Sri Di Raja Mahadzir Khalid menjadi Menteri Besar Kedah, semuanya tidak mengizinkan GLC Negeri Kedah membuat pelaburan diluar negara. Apatah lagi negara tersebut tidak tahu apa bentuk prosidor menerima pelaburan dari luar negara mereka.

    Suatu ketika, sememang ada galakan supaya negeri IMTGT, iaitu Malaysia, Thailend dan profensi2 utara Sumatera meninjau peluang pelaburan disitu. Justeru, Kedah telah meninjau di Riau. Tetapi satelah mendapat taklimat semua sudut perundangan, semua peluang2 itu ditolak.

    Apabila mengikuti berita bahawa GLC Kedah telah dipersetujui oleh Menteri Besar Kedah DSAR supaya melabur dalam perusaan pembalakan di PNG dan mengalami kerugian sebanyak RM4 juta, ini satu tindakan yang amat merugikan. Mengapa kerja bodoh begini dibenar oleh Menteri Besar?. DSAR sebagai Menteri Besar, kena jawab. Sebab yang hilang RM4 juta itu adalam wang rakyat.

    Kita yang biasa menjaga GLC Kedah, kita tahu sangat2 bahawa Kedah Cop Berhad adalah GLC dibawah MB Incop. yang mana smasa penubuhannya sekupang pun tak ada dalam akaun. Modal permulaannya dikeluarkan oleh PKNK. Pada masa itu segala gaji dan segala wang pusinngannya pun dia mbil dari PKNK.

    Sejak PR perintah Kedah kita tak tahu apa Kedah Cop Berhad buat dan dari mana peruntukan diperolehi. Dalam dua tahun Kedah Cop. Berhad telah ada duit sebanyak itu dan dengan mudah pulak nak melabur ka luar negara.

    Kita tidak percaya DSAR Menteri Besar faham dengan apa2 urusan perniagaan balak di PNG ini. Tetapi, mungkin kerana putar belit kuncu2 dan juga penasihat2 ekonomi dipejabat MB itu yang punya akal membawa modal sebanyak itu dan JV pulak dengan MAS Incopreted (PNG) Ltd yang mana syarikat itu entah benarkah atau tidak menjalankan perniagaan yang diceritakan.

    Akhirulkalam, kita nak tanya Menteri Besar. Macam ni dok rugi, macamana GLC Kedah boleh bagi kapada Kerajaan Negeri RM30 juta setahun?. Ustaz tipu rakyat koootttt..... Ustaz berdosa tauuuu... tipu oghang!!!!!... Jika Ustaz rasa kalot dan pening dengan penyangak2 yang dok menyaga disekeling Ustaz termasuk yang duduk dalam Pejabat MB tuuuuu.... lebih baik Ustaz Letak jawatan sebagai Meneri Besar. Buat PRK kat mana2 DUN bagi Dato' Mahfuz lawan, bila dia menang bagi Dato' Mahfuz jadi MENTERI BESAR KEDAH.

     
  5. Detguaq Says:
  6. Anon-anon,

    Bagi aku tak salah kalau nak cuba....ADA Brani?

    Atau Mahfuz hanya umpama teloq yang dok hayun dinding sahaja?

     
  7. pakteh Says:
  8. Projek ternakan keli si Sik yang MB p rasmi semalam sekadar WAYANG..
    tahukah anda kawasan projek tersebut adalah hutan simpan. Projek Keli berjaya atau tidak sudah tidak penting kerana BALAK yang bermutu telah diangkut keluar.
    Lojikkah ternakan keli dibuat dalam hutan simpan yang jaraknya lebih dari satu kilometer ke dalam hutan. Jalan terpaksa dibuat dengan menebang kayu2 balak. Tapak projek terpaksa dibersihkan dan sudah pasti...yang dibersihkan dan ditebang itu kayu BALAK.
    Fikirkan lojik akal untuk terima projek ternakan keli dalam kotak fiber dalam hutan simpan?...
    Banyak tempat lagi boleh buat jika sekadar menggunakan kolam sebegitu...mengapa pilih hutan simpan??....BALAK...itu matlamat sebenar.....
    SPRM perlu melihat perkara ini...
    lagi artikel di http://www.betoika.blogspot.com

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO