SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

KECUT TELOQ Vs TELOQ KECUT

Posted by Detguaq Saturday, March 13, 2010


(Ini hanya gambar hiasan, siapa nak CnP dan gantung di dinding
adalah atas tanggung jawab masing-masing)

**Sila baca Hanya tinggal UMNO untuk perbandingan.

Keluar BN untuk kembalikan maruah, Ketua Pemuda Gerakan

Lim Hong Siang | Mar 11, 2010 01:55:07 pm


Maruah hanya boleh dikembalikan dengan keluar Barisan Nasional, demikianlah pandangan Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin, sambil menambah "kini masa terbaiknya untuk Gerakan keluar dari BN."
"Seandainya (keluar BN) selepas PRU, atau ketika gambar Koh Tsu Koon (Presiden Gerakan) dikoyak, maka akan dituduh sebagai tindakan yang didorong emosi, atau bagaikan kacang lupakan kulit.  Saat-saat itu bukanlah masa terbaik untuk meninggalkan BN," katanya.
Beliau menyambung, "Kini, setelah dua tahun bertenang, dan sudah jelas keadaannya, maka perlulah kita meninggalkan BN secara berstrategi.  Alasannya, senario tidak berubah, BN juga tidak berubah.  Sudah tiba masanya untuk tinggalkan BN."
Demikianlah kata-kata yang diluahkan oleh Lim Si Pin ketika mengetuai rombongan lawatan ke pejabat Sin Chew Daily, pada 3 Mac yang lalu.  Walau bagaimanapun, ini hanyalah "pandangan peribadi" Lim Si Pin, yang enggan dipetik atas kapasiti "Ketua Pemuda Gerakan".
Mungkin gagal bertanding di Batu
Lim Si Pin (gambar kiri), juga anak kepada Penasihat Gerakan Lim Keng Yaik, bertanding menentang Tian Chua, Pengarah Strategi PKR sekarang, di kawasan parlimen Batu pada PRU ke-12.  Lim Si Pin tewas dengan majoriti 9,455 undi dalam "tsunami politik" tersebut, walaupun calon Gerakan, Ng Lip Yong pernah menang dengan majoriti 11,517 undi di kawasan yang sama, menentang lawan yang sama dalam PRU ke-11.
Baru-baru ini, BN Bahagian Batu yang asalnya dipengerusikan Gerakan, diambil alih oleh Ketua UMNO Bahagian Batu, Yahya Mat Ghani.  Perkembangan ini memberi isyarat bahawa BN mungkin meletakkan calon UMNO di Batu, lebih-lebih lagi Tian Chua kini disabit dengan hukuman penjara 6 bulan dan denda RM3,000, yang mungkin memberi laluan kepada PRK, seandainya rayuannya tidak diterima.
Bagaimanapun, Lim Si Pin menganggap dirinya masih berpeluang untuk bertanding di Batu, seandainya UMNO menghormati "semangat bermusyawarah" dalam BN.  Sekiranya UMNO mengambil alih Batu dari Gerakan, ia bakal mencungkil keraguan parti komponen BN yang lain, kecuali UMNO sanggup menggantikan Batu dengan kawasan pengundian yang lain, katanya.
"Kalau UMNO masih menghormati semangat BN, kawasan pengundian akan diberikan kepada pemilik asalnya.  Penyokong akar umbi telah menunjukkan ketidakpuasan.  Seandainya calon disingkir dengan cara sedemikian, ia bermaksud perkhidmatan sejak dua tahun lalu menjadi sia-sia begitu sahaja," jelasnya.
Malah, beliau tidak senang dengan khabar kononnya Pengerusi baru BN akan menubuhkan pusat perkhidmatan baru.  "Dua pusat perkhidmatan BN dalam satu kawasan pengundian, keadaan ini akan mengelirukan pengundi," katanya.
Mana pendirian Gerakan?
Jelas, Ketua Pemuda Gerakan ini serba salah ketika berdepan dengan isu-isu besar negara.  Beliau mengimbas bagaimana bapanya, bekas Presiden, Lim Keng Yaik bertemu dengan ahli parlimen Gerakan sekali setiap bulan untuk menjelaskan pendirian Gerakan.  Tetapi, Presiden sekarang Koh Tsu Koon ternyata terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk menguruskan hal parti, katanya.
"Jadi, anda tengok, ahli parlimen Gerakan tidak bersuara ketika mesyuarat bersidang, kerana khuatir semakin banyak yang diperkatakan, semakin banyak pula kesilapan yang dilakukan.  Isu-isu seperti GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan), kalimah 'Allah', apakah pendirian kami (Gerakan) ?"
Malah, Lim Si Pin mendedahkan bahawa dirinya "diambil tindakan" kerana menyerah memorandum kepada Yang di-Pertuan Agung berhubung isu bantahan terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tahun lalu.  Lim sebelum itu berjanji untuk menyertai demonstrasi Mansuhkan ISA pada 1 Ogos, tetapi menarik diri setelah perhimpunan tersebut diharamkan oleh polis.  Beliau memilih untuk menyerah memorandum di istana, sehari sebelum demonstrasi tersebut diadakan.
Pada bulan yang lalu, Lim Keng Yaik menarik perhatian apabila meramalkan bahawa Gerakan tidak akan berjaya untuk merampas semula kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang, dalam satu wawancara bersama Edge Financial Daily.
Bagaimanapun, kenyataan Lim Si Pin "sudah tiba masanya untuk keluar BN" tidak mencetus perbincangan yang hangat setelah seminggu dilontarkan, memandangkan ia bukan sesuatu yang baru.  Cadangan ini pernah dilontarkan oleh Gerakan, malah Presiden MCA sekarang, Ong Tee Keat, tetapi tidak berbuahkan hasil.
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

***********************************************************************************
Bila membaca sepintas lalu, aku rasa amat lapang, teramat-amat lapang dada dan kepala bila Ketua Pemuda Gerakan membuat kenyataan 'peribadi' yang mewakil pemikiran kebanyakan ahli parti 'tak gerak tak makan' yang kini walau di gerak tapi masih tak bergerak-gerak.  Tiba-tiba dari tak GERAK tiba tiba nak GERTAK.

Mungkin selepas berambus dari komponen BN, mereka boleh tukar nama parti dari GERAKAN kepada parti GERTAKAN.

Dan sudah semestinya selepas kenyataan berupa gertakan ini akan ada pula pemimpin lain dalam gerakan akan mengeluarkan kenyataan bahawa kenyataan itu adalah atas dasar pandangan peribadi.  Apakah kenyataan peribadi ini tidak melukai komponen lain Parti Barisan Nasional?  Apakah UMNO tidak terluka?  kalau tanya aku, tentu jawapannya tidak, bukan terluka, terguris tidak bercalarpun tidak.  Kerana apa?  kerana GERTAKAN seperti juga PPP hanyalah minoriti dalam BN yang berlagak umpama anjing kurap tak bergigi menyalak menggunakan pembesar suara yang habis bateri!  Kenyataan aku ini bukan bermakia aku anti bangsa Cina, aku sudah tentunya menghormati kaum Cina yang tahu menghormati apa yang telah mereka lafazkan ketika Tanah Melayu ini mahu memburu dan akhirnya mencapai kemerdekaan.  Aku juga sudah tentunya amat-amat menghormati rakan-rakan aku dari kalangan bangsa Cina  dan India yang tahu apa itu perjanjian, apa itu pengorbanan, apa itu toleransi, apa itu integrasi dan apa itu keadilan dalam ertikata sebenar tanpa membelakangi perlembagaan terutama apa yang telah di gariskan antara kaum Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu, pendatang India yang datang sebagai buruh ladang/estet getah dan pendatang Cina sebagai buruh lombong.

Sikap mereka yang terus-terusan mendesak terhadap sejarah yang termaktub, betul-betul menyesakkan lagi memualkan seolah-olah Melayu sebagai majoriti sentiasa menekan hidup mereka sehingga berada dala m kesusahan dan hidup mereka di bawah garis kemiskinan. Sepertinya mereka terpaksa mengemis untuk mendapat sesuap nasi, merintih untuk mendapatkan seteguk air.  

Acapkali pula mereka menghina kaum Melayu secara borong bahawa kononnya hanya merekalah yang memakmurkan Malaysia ini, sedangkan aku berani kerat jari jika soalan mengenai kemakmuran dan kesenangan mereka, boleh mereka perolehi tanpa bantuan bangsa lain terutamanya Melayu.  Pergilah mana-man kedai runcit kepunyaan kaum Cina di kampung-kampung, tanyalah mereka dengan siapa mereka berurusan sehari-harian?  Adakah dengan orang putih?  Atau dengan orang hitam?  Atau dengan Orang Sawo Matang pada setiap hari?  Jika sudah bertanya datanglah balik keposting ini dan jawablah dengan sejujurnya dalam kotak komen blog ini, atau di pelenggaq detguaq.

Itu kedai runcit.  macamana pula dengan kedai 'pakakasan keras'(hardware) yng menjual bahan-bahan binaan yang berselerak di seluruh Malaysia.  dari mana tukang-tukang rumah kampung mendapatkan bahan-bahan binaan?  dari mana kontraktor-kontraktor kecil Melayu mendapatkan pasir, batu, simen hatta paku sepanjang 3hun?

Tanya pula pengalaman mereka berurusan sesama bangsa mereka di Tanah Besar mereka, berapa ramai yang menyuloq balik Malaysia dengan habuk penuh poket?

Akhirnya.....
Rupa-rupanya kenyataan Pemuda GERTAKAN tersebut sememangnya kenyataan dari anjing pencen tak bergigi bila Merdeka Riview di arahkan mengeluarkan kenyataan dalam kenyataan:

Walau bagaimanapun, ini hanyalah "pandangan peribadi" Lim Si Pin, yang enggan dipetik atas kapasiti "Ketua Pemuda Gerakan".

Lalu sebagai kesimpulan dari kenyataan peribadi ini eloklah LSP dahulu yang memulakan langkah untuk berlari sederas mungkin untuk lompat keluar dari gerakan supaya ia tidak tersangkut pada mana-mana pagar komponen Barisan Nasioanl!  ADA BERANI???

Adakah ini kenyataan secara teloq kecut atau kecut teloq?

WALAU BAGAIMANAPUN INI HANYALAH PANDANGAN PERIBADI DET GUAQ, YANG ENGGAN DI PETIK ATAS KAPASITI DETGUAQ!  HA HA HA!

3 Responses to KECUT TELOQ Vs TELOQ KECUT

  1. Gedung Akal Says:
  2. Kah...kah...Melayu sudah pandai berhujah..siap guna pakai teloq1 kah...kah..kha..Ini <Melayu ada teloq ka...Ramai Melayu yang bangsat dan pengecut...kah...kahhttp://gedungakal.blogspot.com/2010/03/bangsa-yang-pengecut.html

     
  3. Detguaq Says:
  4. Ramai yang bangsat???? Mungkin dari kalangan yang satu spesis dengan sigedung akal!!!!

     
  5. GEDUNG TELOR...KALAU GEDUNG AKAL LAGU LAIN...DET !!

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO