SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Karpal (Singh is King) maki Pemuda



PENGERUSI DAP, Karpal Singh ketika dipanggil untuk memberi kenyataan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, awal bulan ini. - Foto Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Sikap biadap Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berlarutan di Dewan Rakyat, semalam, apabila Pengerusi DAP itu berulang kali memaki Pemuda Umno sebagai 'celaka' sebelum menarik balik perkataan itu.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu yang menuduh pergerakan berkenaan mengugutnya dengan menghantar dua peluru, juga dengan angkuh memberi amaran kepada Pemuda Umno supaya tidak memperlekehkannya.

"Ada 100 laporan polis dan dua peluru saya terima... barang kali ini rekod dalam dunia. Saya mahu tahu di mana Pemuda Umno, celaka ini dapat dua peluru yang dihantar kepada saya.


"Siapa buat semua laporan polis... saya beri amaran kepada Pemuda Umno jangan main-main dengan saya. Saya Singh dan Singh is King," katanya dipercayai merujuk filem Bollywood Singh Is Kinng.

Sekurang-kurangnya tiga kali Karpal menyebut celaka yang ditujukan kepada Pemuda Umno ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong sebelum menarik balik perkataan itu selepas diarahkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee.

Terdahulu, tindakan Karpal menggunakan perkataan celaka dan menuduh Pemuda Umno menghantar peluru kepadanya, menghangatkan Dewan apabila dibantah beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), terutama yang mewakili Pemuda Umno.


**************************************************************************************
Baru tadi aku borak dengan kawan melalui tipon betapa tersayatnya hati dan perasaan kami bila kapal sink dengan nada yang berbaur kebencian menempelak Pemuda UMNO sebagai CELAKA!

Dan aku sebenarnya amat berharap Pemimpin Pemuda termasuklah calon-calon yang bertanding jawatan tertinggi Pemuda UMNO Malaysia bangun menyatakan tidak bersetuju dengan cacian itu. Cabar dia untuk sekali lagi mengeluarkan makian yang serupa diluar parlimen!!!

Lalu aku segera menziarahi blog rasmi mereka-mereka ini sebentar tadi. Memang benar pada masa aku menulis ini tiada kenyataan keras mahupun bernada 'auww' dari mereka-mereka ini.

Hoi!!! tido lagi ke? Tido pasal dok kalut kempen untuk PAU saja kot??? Yang kes kapal sink ni biaq kat blogger saja ka???

Aku kata ni aku kata kat semua, tak kira sapapun termasuklah KPUM yang masih lagi KPUM!!!

*Dan aku minta maaf kalau semasa aku dok 'bara' masa tuleh ni hangpapun kalut dok rangka tindakbalas terhadap kenyataan paling biadap kapal sink tu!!!!

Aku kata ni sebab.........

AKU SAYANG UMNO!!!


Kehadapan Dato' Seri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi,

Aku tertarik dengan kenyataan oleh Dato' Seri yang aku baca disini . Itupun setelah aku layari blog ini .

Aku faham rupanya Dato' Seri berhasrat untuk melaksanakan pembaharuan setelah hanya tibanya penggal kedua Dato' Seri sebagai perdana menteri. Begitu murni hasrat Dato' Seriitu....sayang.....Dato' Seri telah disekat.

Eh eh betul ke begitu? Jadi rupanya menjadi perdana menteri ini macam lulus peperiksaan PMRlah pula? Duduki ujian, lulus cemerlang, tingkatan 4, honeymoon year! tak payah buat apa-apa, tido dalam mesyuarat eh eh maksud aku tido dalam kelaspun tak apa, maklumlah, lulus cemerlang PMR dek kerana soalan bocor......tingkatan 4 apa nak takut, relakslah... Tingkatan 5 baru pulun!!! konon!!! Itu cerita belajar disekolah, bolehlah!!!

Memegang tampuk tertinggi kerajaan bukannya macam pergi sekolah. Bila diberi mandat oleh rakyat sewajarnya terus menjalankan apa yang telah dimanifestokan. Oppsss kecualilah jika didalam manifesto tu ada dijelaskan bahawa segala pembaharuan hanya akan dilaksanakan pada penggal kedua sebagai Perdana Menteri, dan jika begitu mesti juga disebut bahawa selepas itu saya akan meletak jawatan kerana saya hanya berhasrat untuk menjadi perdana menteri selama dua penggal....ha ha ha.....inilah kenyataan dari bakal mantan perdana menteri.

Tak apalah, selepas ini iaitu selepas Dato' Seri melepaskan semua tanggungjawab Dato' Seri maka bolehlah Dato' Seri berehat serta tido sepuas-puasnya kerana lawatan oleh orang lain akan berkurangan......buatlah jadual agar senang nak tido......Selamat tido kepada Dato' Seri.

Salam hormat dari saya.

Kawan aku yang telah mencalonkan Dato' Mukhriz sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia (KPUM) dan kemudiannya dicalonkan pula sebagai G2 kini berasa sungguh rimas dengan kiriman bertali arus sms dari calon-calon lain, baik samada melalui agen mahupun dari calon-calon sendiri disamping diajak bertemu calon-calon ini berkali-kali.

Nampaknya jawatan tersebut seolah-olah teramat-amatlah bernilai mengalahkan emas ataupun platinum. Ya, jawatan tak bergaji yang sarat dengan tanggungjawab kepada ahli, kepada bangsa dan kepada negara itu kini menjadi 'logam politik' paling bernilai sehinggakan ada calon jika mulanya mengatakan undi akar umbi menjadi 'null and void' setelah selesainya Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian (MPPB) semalamnya melalui agen-agen(?) yang melabelkan diri mereka sebagai rangkaian setiakawan mengirimkan sms yang berbunyi(sebahagian sahaja):

A'kum (singkatan yang tidak sepatutnya kita amalkan)

Kawan2, dengan rasa rendah diri dan penuh semangat Perjuangan(?) Kami Rangkaian Setiakawan merayu..........

Ahah.....rangkaian setiakawan......bunyinya macam bahasa koperat sahaja, macam rangkaian perniagaan sahaja. Tak bunyi macam pejuang bangsapun.... terma yang penuh dengan nilai komersial, tidak langsung mempunyai nilai keikhlasan dan keinsafan, rangkaian konon....jadi perwakilan yang beri undi nanti adalah diluar rangkaianlah tu....masih ingat istilah "inner circle"? adakah kini mereka telah di'rebranding' atau di jenamakan semula (istilah paling popular sekarang ini) dengan nama baru serta nafas baru tetapi nafsu lama hanya kerana hendakkan kemenangan terhadap calon mereka yang telah membuat banyak hati terhiris, banyak perasaan terluka, banyak jiwa 'terkorban', banyak ahli tersisih, banyak rakyat membenci, banyak negeri tertewas, sehinggakan UMNO turut terseret sama menjadi kebencian 'silent majority'?

Jika hendak dinafikan bahawa kerusi KPUM umpama 'logam politik' yang amat berharga walau tak setanding 'logam politik' Presiden UMNO, tetapi aku yakin jika jatuh ketangan yang salah dari 'emas' mungkin akan berubah menjadi 'uranium'. Tetapi jika 'uranium' ini diberi kepada Dato' Mukhriz, ianya akan digunakan untuk menjanakan tenaga elektrik untuk kesejahteraan seluruh rakyat. Dan 'uranium' ini akan menjadi bahan letupan terkejam yang akan memusnahkan dan meranapkan UMNO mungkin selamanya, atau mungkin juga mengambil masa yang berdekad-dekad lamanya untuk kembali kepersada politik Malaysia!

Kepada RANGKAIAN SETIAKWAN ingatlah anda sedang menjadi 'bom berangkai' kepada calon yang mempunyai liabiliti yang amat besar kepada UMNO dan ahli-ahlinya. Anda adalah agen pemusnah kepada harapan akar umbi yang secara majoritinya memilih calon lain yang lebih berwibawa, lebih tenang, lebih 'walk the talk' walaupun dari segi kepetahannya kureng sedikit dari calon anda yang cuba anda 'bedak'kan dengan bedak yang dah luput tarikh penggunaannya wlaupun cuba di 'rebranding'kan....

Pihak Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Guar Chempedak( Dato' Dr Ku Abdul Rahman) dan NGO-NGO Daerah Yan, akan menganjurkan satu perhimpunan yang dinamakan:

PERHIMPUNAN MENJUNJUNG KASIH DAN MERAFA' KESETIAAN KEPADA RAJA-RAJA MELAYU

Tempat: Perkarangan: Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Guar Chempedak,
Belakang Stesen Bas MARA, Pekan Yan

Tarikh : 20hb. Februari 2009

Masa : 4.30 petang

Sila hadir beramai-ramai tidak kira keturunan, pangkat mahupun parti bagi menyatakan taat setia yang tak berbelah bagi kita rakyat Malaysia terhadap seluruh Raja-Raja Melayu.

Baru sahaja berlalu rancangan bual bicara 'Hujah di9' yang dipengerusikan oleh Prof Muhammad Agus Yusoff. Maka aku lihat dari ketiga-tiga panel, dua orang panelnya aku nampak seakan-akan berlari mendaki bukit, tercungap-cungap meletuskan bicara seolah-olah tak cukup oksigen.....

Pada pusingan pertama, aku dapat rumuskan bahawa penyakit 'denial syndrome' sebenarnya bukanlah penyakit asal paklah rupanya, pembawa virus asal 'denial syndrome' itu adalah menantunya sendiri, lalu berjangkit kepada bakal mantan perdana menteri yang telah ditunjukkan titik akhirnya oleh Yang diPertuan Agong, agar tiada lagi muslihat dan helah untuk terus menghurung kerusi Perdana Menteri selepas PAU nanti. Ya pembawa virus itu ialah kj, menantunya. pokloh hanyalah orang yang dijangkiti, sedangkan selama ini aku mati-mati ingat poklohlah yang menjadi pembawa utama virus 'denial syndrome' ini......sampai kesut tetap tak mengaku kekalahan teruk BN pada PRU12 yang lalu. Tak belajar, tak serik, tak sedar dan tak tau malu, masih bersikap kebas seperti kena bius, macam ni nak jadi Ketua Pemuda???

Orang lain dok insaf tentang perlunya UMNO kembali kelandasan asal bagi menarik sokongan rakyat dan supaya UMNO kembali menjadi buah hati rakyat, dia dok kata' "dak aihhh.... kita kuat, kita masih kuat, kita bukannya kalah, tetapi pembangkang yang menang.....tu dia....tu yang dok pi nyanyi tepi telinga pak metua dia supaya orang tua tu terus tido, manakala dia dan bebudak tingkat 4 teruih selongkaq segala khazanah negara untuk digadai demi komisen bagi membiayai kempennya sebagai calon Ketua Pemuda!!!! Baguih-baguih.......pelingkup UMNO dan Negara bolehlah.....muhong pak metua yang lali bolehlah.....pegula perwakilan bolehlah.............. marhien macam akuni? Marhien yang menjadi perwakilan cawangan kemesyuarat pemilihan Pemuda Bahagian? Tau macamana dia ni (sorang lagi tu aku tak taulah....mungkin seropa kot???)kata kat perwakilan bahagian kepemilihan pusat diPAU nanti?

Dialog dia lebih kurang macma nilah;

"La ni undi perwakilan pemuda cawangan tak boleh kira dah, tak boleh pakai dah...kira null and void . La ni kira macam kosong-kosonglah."

Ada ka patut dia hina kuasa pengundi Pemuda Cawangan yang dok pi undi pada mesyuarat perwakilan bahagaian!!! Nampakkah kita bagaimana pemimpin yang penuh retorik bila bercakap ini mempermainkan psikologi perwakilan yang terdiri dari KPUB2, NKPUB2 dan G2 semua??? Patutlah orang-orang yang macam dia ni begitu berat hendak terima gagasan atau ilham marhien supaya kuasa mengundi ditentukan sekurang-kurangnya diperingkat pemilihan bahagian.....ropa-ropanya bila jumlah wakil dikecilkan maka bolehlah calon-calon tertentu menggunakan cara yang apa saja asal boleh untuk mengolah pemikiran perwakilan yang sebenarnya hanyalah membawa mandat bahagian untuk menukar pendirian bahagian menjadi pendirian individu.......maka merungut-merengeklah perwakilan yang merasakan mereka ini anak emas bermusim untuk didodoi oleh calon-calon secara ekslusif ditempat-tempat eksklusif dengan layanannya juga yang eksklusif. Ptuihhh!!!! Biar pi lah kat aku samada aku nak khianati harapan bahagian aku, janji aku dapat apa-apa dari calon-calon yang terdesak tu..... Ingatlah wahai pengundi 'floor'....rupa-rupanya ada yang tergamak untuk memijak 'lantai' yang mengharapkan maruah 'lantai'/ akar umbi dihargai...... 'Floor'!!! ingatlah bahwa undi kamu sebenarnya KOSONG!!! YILEKK!!! LIAUHONG!!!tak de maknenye.........

Terdesaknya seorang calon tu, hingga menggunakan kisah perang uhud, perang khandak perang badar sebagai contoh untuk menisbahkan keadan diri beliau....he he he.....contoh tu boleh pakai ke sebagai bandingan......tu yang pertuduhan rasuah oleh sidia ni macamana? Contoh dari siapa pula, ulama mana, shiekhul mana?

Memanglah depa-depa tu pandai bercakap berbanding Dato' Mukhris Tun Mahadzir, tetapi kalau cakap umpama bapak ayam yang berkokok tetapi ekor berselut dengan najis buat apa???
Lu pikir la sendiri!!!!!!

Wahai perwakilan-perwakilan pemuda sekelian, jika anda mahu UMNO berubah, anda sendiri wajib BERANI BERUBAH.

Setelah meneliti titah ucapan Duli Yang Teramat Mulia Yang diPetuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, maka bagi aku suhu 'politikking' Malaysia dengan sendirinya telah turun ketahap yang rasional. Pada aku tidak perlulah DS Najib terlalu 'pedo' dalam apa-apa tindakan bagi mengembalikan kedudukan UMNO dan BN ketempat yang lebih baik dari sebelum ini semenjak selesainya PRU12 yang meninggalkan kesan yang amat 'hitam' kepada suasana politik Malaysia.

Beliau sudah boleh bagi aku untuk memberi isyarat yang lebih jelas kepada rakyat siapa yang beliau mahu untuk menjadi regunya didalam kepimpinan UMNO Pusat. Dan tidak perlulah bagi aku lain-lain pemimpin yang juga mengidamkan untuk menjadi regunya terus-terusan memperomosikan diri baik melalui muka tengah akhbar ataupun sepanduk sebesar layar kapal digantung disempadan negeri......sudah sampai masanya lain-lain calon berlapang otak unutk menyokong regu pilihan DS Najib. Perwakilanpun bagi aku dah dapat rasakan bayu yang menjamah tubuh datang dari arah mana tiupannya.....kecualilah mereka ini cuba mengangguk diAir Keruh atau menahan lukah diBatang Kali, ikan diambil lukah ditinggalkan, tangguk dibiarkan......alahailah perwakilan..........

Terkini dari Malaysiakini:

Foto bogel: Elizabeth tawar letak jawatan
Feb 17, 09 9:00am

Exco Kelangor Negeri Selangor, Elizabeth Wong akan menawar diri untuk meletakkan jawatan exco dan ahli dewan undangan negeri (Adun) ekoran penyebaran foto bogelnya kepada umum.

Beliau akan membuat pengumuman tersebut dalam sidang akhbar pada jam 11 pagi ini di ibupejabat PKR di Tropicana.

Semalam, Elizabeth membuat aduan polis tengah malam tadi berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum itu.

Beliau juga merupakan Adun PKR di Bukit Lanjan dan exco pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar sejak 11 bulan lalu.

Difahamkan foto-foto itu dirakam tanpa kebenarannya - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur.

Menurut sumber-sumber, pemimpin tinggi PKR yang bertemu malam tadi , memutuskan untuk mengakhiri kontroversi tersebut sebelum menjelang pilihanraya di Perak dan Kedah.

Dengan peletakan jawatan Elizabeth, maka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan pilihanraya kecil di Bukit Lanjan, pada masa yang sama dengan pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang diadakan serentak pada 7 April depan.

Dalam pilihanraya umum lalu, Elizabeth menang dengan memperolehi 12,125 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Gerakan, Yong Dai Ying, yang mendapat 6,970 undi.

Elizabeth menang dengan majoriti 5,155 undi.

Menurut sumber-sumber, antara calon PKR bagi kerusi tersebut ialah bekas pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan dan bekas timbalan menteri, Dr Tan Kee Kwong.

Kee Kwong, yang pernah menjadi ahli Parimen Segambut, menyertai PKR Ogos tahun lalu.

Satu lagi calon yang disebut-sebut ialah bekas ketua wanita MCA Klang dan bekas ahli Parlimen Klang, Dr Tan Yee Kew, yang menyertai PKR tahun lalu.

Sementara itu, Adun Kajang, Lee Kim Sin dari PKR disebut-sebut akan dilantik mengisi jawatan exco yang dikosongkan oleh Elizabeth..


***************************************************************************************
Aku dah agak kesitu jugalah jalan penyudahnya.......Lepas ni tak berpeluanglah Khalid gagap nak duduk depan Eli secara rapat umum...mungkin dia dah 'tengok', mungkin juga Bro Anuat pun dah 'tengok'...tu yang dah buat kata putus tu.....PRK lagi????

Beberapa hari yang lepas iaitu pada 9/02/2009, pukul 3.00ptg, aku sempat merakamkan satu perhimpunan aman didataran MPSPK, Sungai Petani yang dianjurkan secara bersama oleh UMNO Sungai Petani dan UMNO Jerai. hari ini baru aku berkesempatan untuk merakamkan gambar-gambar berkenaan dalam blog aku.


Bersemangat walaupun hangat





KB UMNO Sungai Petani, Dato' Ali Yahya dan KB UMNO Jerai, Dato' Shuhaimi sedang berucap. Turut kelihatan ialah Dato' Razak, bekas ADUN Guar Chenpedak.

Ketua Pemuda Jerai juga turut berucap. Disebelah beliau adalah pengikut PAS yang telah menjadi penyokong kuat UMNO, Zubir adalah usahawan Melayu yang berjaya didlaam bidang farmaseutikal.

Esok malam akan diadakan satu rancangan menarik diTV9.......

'Hujah' bersama Mukhriz, Khir Toyo dan KJ 'live' di TV9 malam esok
Hujah mengundang Dato’ Mukhriz Tun Mahathir anak bekas Perdana Menteri Malaysia Keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang merupakan Ahli Parlimen Jerlun dan juga exco Pemuda UMNO.

PROGRAM bual bicara, Hujah, yang semakin diminati di TV9 sentiasa membawakan perkembangan terkini mengenai politik, ekonomi, sosial dan isu-isu semasa yang dekat di hati penonton di Malaysia.

Tidak seperti program bual bicara yang lain, Hujah menggunakan pendekatan yang agak serius dalam membicarakan isu-isu tersebut kerana ia cuba memberi pelbagai gambaran dan perpektif mengenai sesuatu subjek yang boleh memberi ilmu dan maklumat kepada penonton.

Rancangan ini disiarkan setiap Selasa jam 9.30 malam dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Hujah turut menjemput Khairy Jamaluddin yang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO yang juga Ahli Parlimen Rembau.

Terbaru, Hujah akan bersiaran secara langsung dari Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mendengar wawasan tiga tokoh politik mengenai isu sosial, politik dan ekonomi semasa.

Di samping itu, Hujah mengambil peluang bagi mengetahui apakah hala tuju dan masa hadapan UMNO serta nasib bangsa kita pada masa akan datang. Tajuk kupasan ini yang berkait rapat dengan isu masa kini pastinya memberi lebih banyak informasi terkini kepada penonton.

Bagi mengulas lanjut tajuk yang menjadi perhatian umum ini, Hujah menjemput tiga tokoh politik yang telah diketahui ramai kebolehan dan kepetahan mengutarakan pendapat mereka.

Mereka adalah Dato’ Mukhriz Tun Mahathir anak bekas Perdana Menteri Malaysia Keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang merupakan Ahli Parlimen Jerlun dan juga exco Pemuda UMNO.

Bekas Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Bin Toyo akan turut dibualbicara dalam program Hujah, TV9.

Manakala tokoh kedua adalah Bekas Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Bin Toyo untuk turut serta menyumbang pendapat tentang tajuk yang dibicarakan ini.

Seterusnya, Hujah turut menjemput Khairy Jamaluddin yang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO yang juga Ahli Parlimen Rembau.

Seperti biasa, Hujah akan dipengerusikan oleh Dr. Mohammad Agus Yusoff yang menjawat jawatan Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Sejarah, Politik, dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Keberanian dan kelantangan beliau mengemukakan soalan-soalan cepu emas secara provokatif kepada panel-panel Hujah sebelum ini memang menarik perhatian penonton. Sebab itu juga Dr Agus begitu sinonim dengan Hujah.

Oleh itu, bagi mengetahui kupasan selanjutnya mengenai tajuk pada minggu ini, teruskan menonton TV9 pada 17 Febuari, 2009, Selasa, jam 9.30 malam dibawakan khas secara langsung dari Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka oleh TV9, stesen Dekat di Hati lagi padat berinformasi.

**************************************************************************************

Dari pengalaman aku ,orang yang banyak bercakap dan 'pandai cakap' kurang hasilnya bila buat kerja yang memerlukan kemahiran, kecuali kerja bercakap. Dan yang tidak patut marhien UMNO lupakan ialah:

LIABILITI TETAP LIABILITI

Aku petik dari Agendadaily:

Seri Paduka Baginda rakam penghargaan kepada PM



Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan dalam titahnya semasa merasmikan sidang Dewan Rakyat hari Isnin merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang akan menyerahkan kepimpinan kepada Timbalan Perdana Menteri bulan hadapan. Sehubungan itu, baginda berharap, peralihan kepimpinan itu akan berjalan lancar agar agenda pembangunan negara dapat diteruskan. "Sehubungan ini, Beta merakamkan penghargaan kepada kepada Memanda Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi di atas kepimpinan dan segala sumbangannya terutama dalam isu-isu integriti, pembanterasan rasuah, pengukuhan institusi kehakiman serta pendekatan Islam Hadhari," titah Baginda. Dalam titah itu juga, Seri Paduka melahirkan rasa kecewa kerana isu-su perkauman yang sempit masih dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu. Sehubungan itu, baginda menegaskan, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang cuba memecah belahkan rakyat. Dengan itu baginda mahu seluruh rakyat meningkatkan perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran negara. Baginda turut mengingatkan agar semua pihak menghormati Islam sebagai agama rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. "Oleh itu, Beta mengingatkan semua pihak supaya menghormati kedudukan tersebut dan tidak mempersoalkannya," tegas Seri Paduka. - 15/2/2009

Dan ini pula dari Bernama:

16 Februari, 2009 18:25 PM

Tuanku Mizan Rakam Penghargaan Kepada Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Yang di- Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang bakal menyerahkan kepimpinannya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak bulan depan.

Dalam titah ucapan merasmikan mesyuarat pertama penggal kedua Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat, Seri Paduka Baginda berharap peralihan kuasa itu akan berjalan lancar.

"Beta merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri di atas kepimpinan dan segala sumbangannya terutama dalam isu-isu pendemokrasian, akauntabiliti, integriti, pembanterasan rasuah, pengukuhan institusi kehakiman serta pendekatan Islam Hadhari.

"Beta berharap peralihan kepimpinan ini akan berjalan lancar agar agenda pembangunan negara dapat diteruskan," titah Seri Paduka Baginda.

Pada 8 Okt tahun lepas, Abdullah mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti Mac ini dan akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Beliau dilantik Perdana Menteri kelima pada 31 Okt 2003.

-- BERNAMA


*****************************************************************************************************************************************
Semuga titah perintah ini difahami dengan jelas dan terang dan tidak akan diderhakai oleh perdana menteri sekarang. Arakian dengan titah oleh Yang diPertuan Agong ini, maka segala spekulasi mengenai hasrat DSAAB yangakan terus menjadi Perdana menteri walaupun setelah menyerahkan kepimpinan parti UMNO kepada DSNTR dengan sendirinya lenyap dan rakyat bolehlah mula menarik nafas lega.....huhhhh yyyaihhh....


Ini aku petik dari kertas bungkuih belacan:

Perlu bersemuka – Khairy

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Lima calon Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda UMNO yang bakal bertanding pada pemilihan parti Mac ini perlu mengadakan mesyuarat khas sebagai persiapan awal bagi menghadapi dua pilihan raya kecil April depan.

Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata, mesyuarat itu penting supaya sesiapa sahaja yang terpilih menyandang kedua-dua jawatan berkenaan mampu mendapat sokongan rakan-rakan sekali gus memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam kedua-dua pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata, tarikh dua pilihan raya kecil yang bakal berlangsung beberapa hari selepas Perhimpunan Pemuda UMNO akan menyebabkan jentera sayap di bawah kepimpinan baru tersebut kesuntukan masa untuk mempersiapkan jentera pilihan raya.

“Selaku Naib Ketua dan dengan mandat daripada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, saya memanggil semua calon Ketua Pemuda dan naibnya bermesyuarat lebih awal untuk memastikan persiapan jentera pilihan raya,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Ini bagi memastikan kesinambungan dan kelancaran kerja institusi Pemuda UMNO pada kedua-dua kempen pilihan raya berkenaan tidak terjejas kerana pemilihan parti,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Justeru beliau bercadang menjemput Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo; Exco Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir selain beliau yang bakal bertanding jawatan ketua sayap itu untuk mengadakan mesyuarat khas berkenaan.

Khairy turut bercadang memanggil Ketua Pemuda UMNO Johor, Datuk Razali Ibrahim dan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Reezal Merican Naina Merican yang bakal bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda untuk menghadiri mesyuarat itu.

**************************************************************************************
WAHAI PEMUDA UMNO SEMUA!!!! DENGAR SINI!!!!

INILAH YANG DIKATAKAN KADUK NAIK JUNJUNG!!!!YAAA!!!!KADUK NAIK JUNJUNG!!!

KADUK INI TELAH BEBERAPA KALI NAIK JUNJUNG DAN MENYEBABKAN JUNJUNG YANG DIA NAIK ITU REBAH MENYEMBAH BUMI. DAN KALI INI DIA NAK NAIK JUNJUNG LAGI!!!!

WAHAI JUNJUNG-JUNJUNG, JANGAN BIARKAN SIKADUK INI HENDAK NAIK KEATAS JUNJUNG ANDA, JANGAN BIARKAN JUNJUNG ANDA DIBEBANI OLEH LIABILITI UMNO INI. NESCAYA JUNJUNG ANDA AKAN REBAH MENYEMBAH BUMI SEBAGAIMANA JUNJUNG-JUNJUNG YANG LALU YANG MENYEMBAH BUMI KERANA MEMBIARKAN SIKADUK INI NAIK KEATAS JUNJUNG MEREKA!!!!

HOI HISHAMUDIN, KETUA PEMUDA APAKAH KAMU INI???? KETUA PEMUDA APAKAH??? KETUA PEMUDA PARTI UMNO ATAU KETUA PEMUDA PARTI PAKLAH DAN ANAK MENANTU??? JIKA KAMU BENAR-BENAR MASIH LAGI KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA MERANGKAP KETUA PEMUDA UMNO BN AKU CABAR KAMU UNTUK MENGETUAI KEMPEN PRK KALI INI!!! AKU CABAR KAMU SUPAYA MENGEPALAI JENTERA PILIHANRAYA PARTI!!! AKU CABAR KAMU, ITUPUN JIKA KAMU BENAR-BENAR KETUA YANG BERMARUAH!!!

JIKA BENAR SIKAP KAMU YANG MEMBENARKAN SALAH SEORANG CALON MEWAKILI KAMU DIDALAM SAAT-SAAT PEMILIHAN AGUNG NANTI, MAKA KAMU BAGI AKU SEBENARNYA BUKAN SAHAJA BODOH, TETAPI JUGA PENGECUT!!! YAAA!!!! PENGECUT!!! PENGECUT YANG TERPAKSA MENYORONG-NYORONG PIPI MENYISIP KEMBALI KERIS YANG TELAH DIHUNUS KEDALAM SARUNGNYA KEMBALI, BUKAN SEKALI, TETAPI BERKALI-KALI DAN KINI SEPATUTNYA, SEWAJARNYA DAN SEWAJIBNYA KAMU YANG MENGEPALAI JENTERA PARTI, BUKANNYA MENYERAHKAN KEPADA ORANG LAIN YANG SEPATUTNYA DUDUK SAMA RENDAH DENGAN CALON LAIN SERENDAH DIBAWAH PERUT ANJING SEPERTI YANG DIDAKWA OLEH BELIAU!!! KENAPA AKU KATA BODOH? KERANA TIDAK DAPAT MENGHIDU APA YANG DIMAHUKAN OLEH AKAR UMBI, TETAPI DERIA KAMU HANYA PEKA DENGAN BAUAN YANG DITOLAK OLH AKAR UMBI, MALAH HIDU KAMU LEBIH PANJANG DAN DALAM SEOLAH-OLAH ITULA HBAU YANG PLING HARUM WALAUPUN AKAR UMBI SUDAH ACAP KALI TERMUNTAH DENGAN BAU BERKENAAN.

HOI!!!HISHAMUDIN, UNTUK SEKALI INI SEBELUM KAMU BERUNDUR SEBAGAI KPUM DAN KPBN, KEMBALIKAN MARUAH KAMU AGAR KAMI AKAR UMBI BOLEH TERUS BERBANGGA DENGAN TUGAS AGUNG KAMU YANG TERAKHIR SEBAGAI KETUA PEMUDA UMNO DAN KETUA PEMUDA BN DALAM MENGEPALAI JENTERA PARTI KETIKA PRK NANTI DIKEDUA-DUA TEMPAT IAITU PARLIMEN BUKIT GANTANG DAN DUN BUKIT SELAMBAU!!! JANGAN BIARKAN KAMI TERUS MENCURIGAI KAMU!!!

AKU KATA NI SEBAB......

"AKU SAYANG UMNO"

Hmmm......telah 7 hari aku tidak update blog aku kerana masaalah teknikal. Dan pada hari ini aku kembali berblog, insyaAllah seperti biasa. Tepat pukul 1.41 ptg talian aku kembali berfungsi seperti biasa.......Alhamdulillah.

Aku pasti banyak perkara yang aku ketinggalan sepanjang aku tidak 'online'. Dan sudah tentu banyak perkara yang aku kena selusuri sepanjang 2 - 3 hari ini untuk aku 'tune-in' balik momentum aku dengan isu-isu terkini......pastinya!!!


Dalam kesesakan dan hiruk pikuk paluan gendang dan tarian rancak ala joget lambak dan puluhan penganut Hindu sedang menaggung kavadi dario seringan-ringan kendi susu dari tembaga sehinggalah seberat-berat replika Dewa mereka aku menongkah arus lautan manusia pelbagai bangsa untuk menuju kepejabat aku yang terletak didalam kawasan perarakan mereka. Kereta cabuk aku aku letakkan agak jauh dari kawasan berkenaan, kerana telah ditutup terus kepada lalulintas. Betuahnya mereka kerana diberi layanan sebegitu walaupun Negara ini adalah Negara Islam.

Sampai dihadapan pejabat aku, aku lihat restoran kawanaku dibawah sesak dengan pelanggan, begitu juga restoran tom yam yang terletakberhampiran pejabat aku. Masyukkkk beb......

Aku gagahi juga kepejabat kerana malas hendak balik kerumah pusaka aku yang juga ada kemudahan internet unutk berblog walaupun pada mulanya aku ingat ingin berehat malam ini. Sebabnya?

Sebabnya aku agak teruja melihat Musryidul Am Dee Ay Pee naik angin kepada semua orang.......ini kerana fatwa yang dibuatnya telah dilanggar oleh Imam dan ulama-ulama Dee Ay Pee seperti Shiekh Ling Kup Siang dan Ustaz Ling Gam Ang. Dan yang paling kuat kena kutukan Mursyidul Am Dee Ay Pee ini ialah sekutu berlainan mazhab dari Pee Kay arrR iaitu AlShiekh Al Jubree nuat berahien.

Ye lah......kalau aku jadi mursyidul Am pun aku marah......fatwa aku dah jadi tawar, dah tak mustajab untuk dipakai sebagai pedoman. Dalam igama undang-undang dialah antara sahibul samahah yang teragung diMalaysia ini. Tahap dia sebagai ulama undang-undang dirasakan lebih tinggi dari Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak sendiri! Hari ini kenyataannya lebih keras dari hari semalam, malah mencabar kepada sesiapa sahaja yang berhajat untuk bertelingkah secara undang-undang dimana-mana mahakamah diMalaysia ini.

Wah begitulah hebatnya pendeta undang-undang dan juga Mursyidul Am sebauh parti politik pembangkang ini. Nampaknya beliau sudah seperti berkeputusan untuk bertindak sendirian dalam kemelut yang asalnya dicipta oleh imam Pee Kay arrR, tetapi kini nampaknya bukan sahaja menjadi boomerang kepada imam Pee Kay arrR malahan kesannya sehingga mencederakan moral sekutu-sekutu yang lain dalam pakatan rapuh mereka......begitulah hebatnya ceo stor kunyit peringkat global itu.

Apakah bara amarahnya akan menajdi api mebakar tali-temali reput yang mengikat mereka secara simpul 'sempoi'? Dapatkah kita bayangkan atau kita duga episod seterusnya novela politik pakatan rapuh???? Hanya Allah yang tahu yang Ghaib....

Nampaknya musim ini adalah musim pemimpin-pemimpin politik dipihak pembangkang terikut-ikut dengan pemimpin paling tinggi yang bakal melorot turun dari jawatannya(semuga Allah memakbulkan) dalam masa yang telah di'fardu'kan olehnya sendiri, iaitu bakal mantan Presiden UMNO merangkap bakal mantan Pengerusi BN dan bakal mantan pm yang telah pm.

Rentak klek kluk(menantu) flip flop(babah) kluk klek(anaku sazali) ini sekarang telah menjadi harmoni dan sebati dikalangan pembangkang pula. Ilmu ini telah dapat dijiwai dengan sepenuhnya oleh mereka ini terutamanya bung 'mata lebam'. Yang lain-lain tu pun dah mula dapat menyerap ajaran imam hadhari ini.....
Lihat nuat, lihat kapal sink, lihat edi bawang, lihat nick jeez, lihat nijar, lihat ngehnga, lihat lihat lihat......

Ini sebahagaian dari tajuk yang aku CnP dari satu blog yang tajuk penuhnya ialah:

"Malaysiakini~Apa yang kita dapat selepas PRU12 - Melayu Bodoh , India naik kepala , Cina naik tocang"

He he he.........

Cuba kita renung balik jalan-jalan yang dah kita lalui semenjak Tun melepaskan jawatannya tanpa syarat-syarat. Dan jalan-jalan inilah yang kta harungi sekarang. Jalan berliku penuh ranjau, penuh duri penuh onak. Jika kita berundur kebelakang sedikit jalanan ini yang telah kita lalui sebelum 2003, apakah bentuknya jalanan itu? Bukankah ianya jalan yang tenang, jalan yang nampak jelas matlamatnya, jalan yang selamat, jalan yang semua rakyat Malaysia yang waras hasratkan?

Setelah jalan yang sebigini baik dirintis oleh pencipta jalan berkenaan, lalu dismabung pula pembuatan jalan berkenaan oleh pokoloh, bermulalah episod tikus membaiki labu. Tikus semakin kurus, labu semakin hancur....akhirnya tikus mampus dan labu binasa!!!

Tidak usahlah menulis panjang-panjang menyalahkan nuatLAH, kepalLAH, kidsinghLAH, terasacockLAH, nikajisLAH, edibawangLAH, bla bla bla.......LAH!!!

Kalau tanya pada akuLAH......kalau akuLAH.......oranglain aku tak tau, tapi kalau hangpa setuju hangpa just kata yes saja kat 'post comment' aku tu......

Kesalahan ini sebenarnya sememangnya salah
pokloh yang telah dikawal minda dan pergerakan politiknya oleh menantunya kj.

Itulah yang sebenarnya menajdi penyebab terbesar terhadap kemelut yang melanda Malaysia yang tak pernah aku terbayangkan sebelum ini. Jadi sebelum menjadi lebih parah, pokloh wajib berundur dan kj wajib menyisih dari UMNO Pusat.

Walaupun blogger penjilat kj cuba mengalihkan isu ini dengan menjadikan pihak lain penyebabnya, janganlah kita lupa hakikat sebenarnya penyebab yang paling utama.

LIABILTI tetap LIABILITI

Karpal mahu saman Sultan, Nizar kata tidak tahu

PENGERUSI DAP, Karpal Singh menunjukkan kenyataan berhubung saman yang akan difailkan terhadap Sultan Perak, Selasa ini --fotoTHESTAR oleh LOW LAY PHON

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah jika Barisan Nasional (BN) mengambil alih kuasa dengan Menteri Besar baru mengangkat sumpah hari ini.

Beliau berkata Sultan Perak telah bertindak di luar bidang kuasanya dalam mengenepikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Nizar.

Bagaimanapun Nizar ketika dihubungi menafikan dakwaan tersebut.

"Saya tak tahu mengenai perkara (saman) itu, saya akan hubungi Karpal sendiri untuk tahu apa yang sebenarnya beliau lakukan.

"Saya memang tak tahu mengenai saman-saman ini, nanti saya dapatkan kedudukan sebenar," katanya kepada mStar Online.

Semalam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak berkenan untuk membubarkan DUN seperti yang dipohon Pakatan Rakyat dan menitahkan Nizar meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Pejabat Sultan Perak mengeluarkan kenyataan pada 2.15 petang semalam yang menyatakan bahawa Sultan Azlan Shah telah menitahkan Nizar meletak jawatan setelah baginda berpuas hati Menteri Besar itu tidak lagi mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ekoran tindakan empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat keluar daripada parti masing-masing untuk menyokong BN.

Menurut Karpal dalam satu sidang media di sini, hari ini, Nizar akan memfailkan saman terhadap Sultan dan kerajaan negeri yang baru di Mahkamah Tinggi Ipoh, Selasa ini jika BN mengambil alih kuasa.

Karpal berkata, Pakatan tidak mempunyai pilihan bagi mengambil tindakan itu kerana pelucutan jawatan Nizar oleh Sultan Azlan Shah, yang dikatakan mengikut Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri, adalah jelas di luar batas kuasa dalam peruntukan artikel itu.

"Dalam undang-undang, keputusan Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah undang-undang. Saya meminta Sultan menghentikan dan berhenti daripada melantik seorang MB BN baru dan ahli majlis mesyuarat selepas tengah hari ini," katanya.

Karpal berkata, tindakan ini tidak boleh, dalam apa jua cara, dilihat sebagai ancaman kepada sultan tetapi merupakan peringatan tegas bahawa pemerintah diperlukan untuk bertindak di dalam lingkungan had dan batas perlembagaan Undangundang Tubuh Negeri Perak yang merupakan undangundang tertinggi di negeri itu.

**************************************************************************************

Aku memang yakin dari awal lagi bahawa Nizar jika atas kapasiti individu tidak akan sekali-kali menyaman, bukan sahaja menyaman, menyebut perkataan samanpun tidak mungkin terukir dibibirnya, tetapi kerana naif dalam bidang perundangan beliau telah diletakkan dalam keadan paling genting dan merbahaya!!!! Aku katakan begitu kerana sebagai bangsa Melayu Nizar tentu faham bahawa dibawah duli Tuanku Sultan Perak berjuta rakyatnya menjunjung beliau. Hanya kerana hendak kekal berkuasa(Nizar atau Kepal?), jika itulah pilihan yangbakal Nizar buat, maka jika pappun keputusannya kemanakah arah kehidupan beliau selepas ini jika benar-benar dia seberani itu bertindak??? Depa tak apa, kerana kaum puak depa dah bertaburan dipelosok dunia seperti London, Amerika Syarikat, Ostolia, Nu zilan dan tanah asal tok nenek depa.....Mike tu nok kemane??? Boleh ke mike dudok aman jika kerana kuasa politik mike nak saman Yang diKasihi Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak??? Hissshhh....bior ler setakat ini saje kobodohan kamu yang di'remote' oleh NGEHNGA. Ghentikanler..... Deme tu pun kalau apa-apa hal boleh blah ke negara-negara luar kerana suku sakat deme tu dah tersibar kepelusuk donia.....

NIZARRRRR..........UDAH-UDAH LE TU.......

Nanti orang bertepuk tangan, kita seorang menepuk dahi

Mohammad Nizar akan saman Sultan Perak

06/02/2009 12:51pm

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Bekas Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa ini.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, langkah itu akan dilakukan berikutan Sultan Perak bertindak melampaui bidang kuasanya untuk mengisytiharkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu sebagai tidak sah.

Pada sidang akhbar di pejabatnya di sini Karpal berkata, di dalam saman tersebut Sultan Perak akan dinamakan sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Barisan Nasional yang baru di negeri itu sebagai defendan kedua. - Utusan

**************************************************************************************

Mula-mula mohon derhaka, la ni dah nak saman pula.....kalau kalah yeop oiii...kamu nak dok dimana??? Dah habeh pikio mase depan ke yeop? Jangan jadi kuda tunggangan orang ler yeop oii....kamu tu Melayu, Sultan tupun Melayu, yang nak jadi peguam kamu tu sape??? Karpal Singh ke? Orang Perak dah tau kamu tu dok jadi lembu kene cucok idung dengan NGEHNGA aje....... Sekarang ni deme nak humban kamu sorang-sorang dalam kandang ghimau....mampuih le kamu sorang-sorang....nanti deme boleh cuci tangan.....

Seperti kita maklum, Sultan Perak tidak berkenan untuk membubarkan DUN dan menitahkan pihak PR menyerahkan pentadbiran negeri Perak kepada pakatan BN. Aku rasa sebagai pengamal undang-undang dan bekas Hakim Besar Malaya, maka pihak PR sewajarnya akur dengan titah berkenaan.

Namun apa yang menarik hati aku ialah komen ringkas tapi padat lagi bernas dari Negarawan Malaysia iaitu Yang Sentiasa diHormati ayahnda Tun Dr Mahathir Mohammed dalam blog beliau hari ini.

Perenggan dibawah boleh jadi lucu kepada orang seperti aku, tetapi bagi Brother Anwar Bin Ibrahim jika dia normal sepatutnya sudah tentu berasa malu dan menyesal kerana terpaksa membelit sendiri kata-katanya, umpama meludah KAHAK kelangit sambil meNGANGEH mulut untk menelan kemnbali KAHAKnya....QHYEEEYAAQQQ THUIHHHH!!!

Petikan dari Malaysiakini:

Sultan agree to 'unity' gov't led by BN?
Feb 5, 09 10:25am
There is an indication that Sultan Azlan Shah will allow Barisan Nasional to form a state government with the participation of three independents.

It is learnt that the sultan met with the four defectors at Istana Kinta this morning.
Perak Umno meeting at noon
Pakatan goes to court

Kita tunggu kenyataan rasmi dari Istana Kinta

Bila membaca blog ini, aku setuju dengan penulisnya 100%. Pokloh jangan dok gatai nak(takes credit) ngaku pula.

Lagi sekali kau nak ulang ayat power blogger tersebut:

Pak Lah! Please just STAY OUT, we have had enough of you.

Kini yang menjadi teka-teki jika BN berjaya menubuhkan kerajaan baru ialah siapa yang bakal menjadi Kepala Negeri yang baru hasil perkenan Sultan Perak?

Aku suka memetik satu blog yang membuat komennya mengenai situasi diPerak. Blogger ini berharap agar pokloh tidak masuk campur pada kali ini kerana beliau sudahpun membuaty kenyataan untuk bersara sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri.

Dan yang ironisnya tentang sikap tergesa-gesa pokloh sehingga menyebabkan perancangan strategis DSN tergendala.....sudah-sudahlah tu poklohh.....pegilah bercuti kat ostolia nu...

Setelah apa yang berlaku diPerak, apakah ianya akan berjangkit kenegeri-negeri lain dibawah pemerintahan pembangkang? Aku dengar diKedah juga ada berlaku kegoncangan, namun sekuat mana goncangan itu belum aku pasti, namun tidak dapat aku nafikan bahawa hati aku kini berdebar-debar menunggu apa yang akan berlaku dalam masa yang terdekat ini. Hanya Allah yang tahu perkara yang Ghaib......AllahAlGhoib.....


BN bentuk kerajaan baru di Perak

04/02/2009 5:19pm

PUTRAJAYA 4 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan baru di Perak dengan kelebihan majoriti tiga kerusi.

Ini berikutan keputusan tiga calon Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi, Mohd. Osman Jailu, Hee Yit Foong yang telah menghantar surat kepada Sultan Perak semalam mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Perak dan menyatakan sokongan kepada BN.

Datuk Nasharuddin Hashim yang keluar BN Sabtu lalu turut mengumumkan kembali kepada UMNO.

Dengan pengumuman itu, BN kini memiliki 31 kerusi berbanding PKR sebanyak 28 kerusi.

Menurut Najib, Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Foong masih kekal sebagai wakil rakyat Bebas tetapi akan memberi sokongan kepada BN dalam sidang DUN termasuk sesiapa sahaja yang bakal dilantik Menteri Besar Perak.

Najib berkata, beliau akan mengadap Sultan Perak dalam masa terdekat bagi memaklumkan perkara itu. - Utusan

**************************************************************************************

Berita diatas aku baru petik dari Utusan Malaysia.



Petikan dari Utusan Malaysia

04/02/2009 4:00pm

IPOH 4 Feb. - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengambil tindakan drastik dan luar biasa apabila mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) serta-merta.

Beliau berkata dalam satu sidang akhbar di Ipoh hari ini bahawa beliau akan menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah petang ini untuk mendapatkan perkenan baginda. - Bernama

**************************************************************************************

Diharap UMNO dan BN berhati-hati pilih calon. Biar Najib urus sepenuhnya pilihanraya ini dan pokloh jangan cuba-cuba tunjuk jaguh, pi ambil cuti. Pi berehat kat ostolia nu!

Hari ini aku lihat tajuk mengenai KJ yang dah masuk siri ke2...ketinggalan juga rupanya aku nih!!!

Aku nak petik kedua-dua artikel berkenaan yang kedua-duanya disiarkan oleh malaysiakini. Aku tak tau tujuan sebenar kenapa malayiakini siarkannya, tetapi ada perkara-perkara yang ditimbulkan sengaja dibuat sebegitu rupa agar timbul simpati kepada kj. Tak sepatutnya kj diberi simpati jika mahu melihat UMNO kembali kepada landasan asal perjuangan UMNO. Mengapa majoriti ahli UMNO kena menggadaikan masa depan UMNO hanya kerana seorang yang terang-terang menjadi liabiliti kepada masa depan UMNO??? Awat????? tanpa kj masa depan UMNO gelap dan hancur atau jika ada dia "SAHIH MASA DEPAN UMNO AKAN BERTAMBAH CEMERLANG"?!?!?! Kalau tanya aku yang hanyalah marhien UMNO ni, jawapan aku ialah umpamanya beginilah......kumbang bukan seekor.....hindari sahaja dari kumbang itu jika kumbang itu adalah KUMBANG JAHANAM.......kumbang durjana!!!!

Dan kesimpulan dari senarai soalan-soalan berkenaan menunjukkan betapa tingginya tahap kebencian majoriti marhien UMNO, golongan tidak berparti dan ahli-ahli biasa dalam parti pembangkang....pemimpin-pemimpin aku tak taulah....

Wednesday, February 4, 2009

Semuanya Khairy Jamaluddin [2] - Malaysiakini

Isu: Banjir di Johor
Orang Kata: Ini sebab KJ dah sapu projek saliran kat sana

Isu: minyak naik
Orang Kata: KJ saja nak tengok orang susah bayar minyak mahai. Dia ada beli Shell ni… Mesti punya.

Isu: Ada Multinational companies yang baru nak invest ke Malaysia
Orang Kata: Sure KJ masyukkk ni

Isu: Caj faedah kredit kad tinggi
Orang Kata: KJ bisik kat CEO bank-bank lah suruh buat macam tu

Isu: Lebuh Raya jammed masa balik dari cuti raya
Orang Kata: Highway ni KJ yang punya, sure dia untung banyak ni

Isu: Tempat nak main futsal semuanya nak fully-booked
Orang Kata: Aku tau lah KJ ni suka main futsal, tapi tak kan tempat ni pun dia nak booked jugak… heyyyy tension aku

Isu: Harga barang naik
Orang Kata: Mesti KJ ada buat kilang tepong, beras, gula, susu… Mungkin KJ pun ada syarikat tangkap ikan tu sebab harga ikan pun mahal.

Isu: KJ berdebat kat TV
Orang Kata: Dia memang hebat…

Isu: Tayar kereta kena curi
Orang Kata: Alamak, KJ nak buat bisnes jual tayar terpakai ke ni?

Isu: Orang kutuk KJ
Orang Kata: Aku tumpang sekaki jer… betoi ke tidoq aku tak tahu

Isu: Ubat gigi habis
Orang Kata: KJ oh KJ kenapa ko guna Colgate aku

Isu: Line internet terputus-putus
Orang Kata: Amboi… tengah berkempen pun KJ sempat menyempat lagi berinternet. Habish slow line aku.

TAK KAN SEMUANYA KJ? ALAHAI ALAHAI…

Tuesday, February 3, 2009

Semuanya Khairy Jamaluddin? - Malaysiakini

Isu: BN tak performed masa PRU 12
Orang Kata: Ohhh itu KJ punya pasai la

Isu: BN tak menang di Permatang Pauh and Kuala Terengganu
Orang Kata: Itu semua sebab KJ

Isu: Sime Darby nak beli IJN dan AirAsia’s Labu
Orang Kata: Mesti KJ ada role punya…

Isu: Jalan kat Taman Maluri Cheras berlubang
Orang Kata: Ini KJ lah yang buat ni, mesti punya

Isu: Jatuh longkang sebab tersepak batu
Orang Kata: Apa ke heiii nye KJ pi letak batu kat tempat aku jalan ni.

Isu: Orang UMNO kena soal siasat oleh Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia
Orang Kata: Ini sure KJ yang repot ni…

Isu: Pokok tumbang di Jalan Selangor, Petaling Jaya
Orang Kata: Apa pasai KJ tak kasi potong itu pokok

Isu: Lambat dapat gaji
Orang Kata: Ni yang aku bengang kat KJ ni

Isu: Jalan sesak nak pergi pejabat
Orang Kata: KJ lah yang tak buat planning betul pasal jalan ni

Isu: Line telephone kena potong
Orang Kata: Ini mesti KJ ada share dalam mobile phone company ni

Isu: Surat khabar habis
Orang Kata: KJ dah beli semua newspaper hari ni…

SEMUANYA KJ KER?
###################################

Dan kalau hangpa tanya lagi kat aku apa patut dia buat dan korbankan untuk ahli-ahli UMNO keseluruhannya? Jawapan ini adalah kata-kata beliau sendiri yang beliau ucapkan dan tujukan kepada NEGARAWAN Negara yang masih Allah berikan penghidupan bagi melihat bagaimana Allah akan membalas keceluparan mulut seorang anak muda yang sanggup dicium tangannya dikhalayak ramai oleh seorang menteri kanan yang memegang kementerian yang melambangkan keilmuan yang tinggi.....inilah petikannya yang pernah aku CnP dalam artikel aku yang terdahulu:

Artikel majalah ‘The Economist’ tulisan Chris Lockwood bertajuk "The Changing of the Guard: A Survey of Malaysia" terbitan 5 April 2003 menjolok sarang tebuan meminta Mahathir supaya meletak jawatan. Menurut Khairy, dalam artikel majalah itu, "Khidmat yang paling besar yang boleh dilakukan oleh Mahathir setelah menjadi pemimpin Malaysia selama ini ialah bersara, itu sahaja".

Jadi aku nak kata kat kj bahawa "
"Khidmat yang paling besar yang boleh dilakukan oleh kj setelah menjadi liabiliti terbesar kepadaUMNO selama ini ialah bersara, itu sahaja".

Dan kalau dilihat dari senarai persoalan diatas, menunjukkan betapa negatifnya tanggapan majoriti rakyat Malaysia baik dari kebanyakan ahli-ahli UMNO, mereka yang tidak berparti apatah lagi ahli-ahli dari parti pembangkang......

Dan tahukah anda bahawa kj sebenarnya telah menghina ahli-ahli marhien UMNO, ahli-ahli akar umbi UMNO, undi-undi dari floor sebenarnya nilanya 'YEEEIIILLLEEEKKK'. Itu kata kj.

Dia kata kepada para perwakilan dalam satu pertemuan bahawa selepas selesai pengundian diperingkat bahagian, selepas selesai pemilihan KPB, NKPB dan G2, keadaan adalah menjadi 0-0(kosong - kosong) iaitu KPB,NKB dan G2 tidak wajib tertakluk kepada apa yang telah 'floor' capai/putuskan. Lalu dengan halus dia memainkan kata-kata manis penuh berhelah melalui sms yang kerap dihantar kepada KPB, NKPB dan G2 untuk memilih beliau . Tetiba sahaja G2 menjadi kumpulan 'setiakawan' beliau. Mungkinlah beberapa KPB ada beliau kenali begitu juga NKPB, tetapi apahalnya dengan kebanyakan G2, adakah beliau kenali yang tewtiba sikj ni menjadi kawan yang setia? Setia yang macam mana? Setia kat kawan pasai gila nak jadi Ketua Pemuda saja kot? Dan jika KPB, NKPB serta G2 nak turut serta menyumbangkan kepada kemusnahan UMNO dek disebabkan kebencian dari kebanyakan ahli UMNO, mereka tidak berparti dan ahli parti pembangkang kepada LIABILITI Terbesar UMNO ini pilihlah SETIA KAT WANG kj ni..... Khianatlah kepada perwakilan dibahagian yang secara tulinnya mewakili ahli-ahli biasa pemuda-pemuda dari cawangan-cawangan.....dan lihatlah nanti kesannya.

Setelah menyentuh berkenaan calon Presiden dan Timbalan Presiden, kini saya ingin pula membuat seruan yang sama kepada calon Naib Presiden. Seruan suara hati akar umbi yang mahukan UMNO benar-benar mengubah halunnya kembali kepada landasan asal kenapa ia ditubuhkan dahulu selain dari menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

Jika dilihat dalam senarai calon dibawah:

BERIKUT ADALAH SENARAI CALON JAWATAN TERTINGGI MAJLIS TERTINNGI UMNO:

JAWATAN

NAMA CALON

JUMLAH PENCAL ONAN

Presiden

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak

184

Tengku Razaleigh Hamzah

1




Timbalan

Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

91

Datuk Seri Mohd Ali Rustam

46

Tan Sri Muhammad Muhd Taib

46

Datuk Shahrir Abdul Samad

1




Naib

Presiden

Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein

151

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

106

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

81

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

72

Datuk Seri Syed Hamid Albar

70

Tan Sri Mohd Isa Samad

27

Datuk S eri DrJamaluddin Jarjis

26

Datuk Seri Dr Mohd Rais Yatim

26

Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik

16


maka bertambah runsinglah hati dan akal aku. Kedudukan mereka-mereka yang mempunyai sejarah hitam dan hampir tidak boleh dimaafkan olrh marhien UMNO bersarang dikedudukan-kedudukan yang terpenting.

1. Secara peribadi isu keris oleh Hishamuddin benar-benar meranapkan semangat aku. Sudah habiskah ilham untuk menyatakan kedudukan sebenar kenapa perlakuan mencium keris sebagai adat dan budaya Melayu dipelbagai istiadat? Pada aku budaya mencium keris oleh orang Melayu adalah sebagai perlambangan menjunjung taat kepada negara, menjunjung kasih kepada Raja-raja Melayu, menjunjung hormat kepada warga.... tetapi kenapa baru sahaja diasak dengan soalan provokasi, kelancaran lidah menjadi kelu dan otak menjadi beku? Semuga Hisham lebih tegas bila perlu bertegas, gegas bila perlu bergegas. Namun kerana perwakilan dibahagian sudah memilih beliau untuk duduk diatas, maka itulah pilihan ahli. jangan pula nanti Presiden parti dituding padahal kita sendiri yang menelunjuk.

2. Entah apa petunjuk, entah apa isyarat, entah apa 'WOW'nya maka Zahid pula duduk dikedua. Betulkah Zahid benar-benar disuka, atau kabur ketika berjaga sehingga dapatbeliau ditempat kedua sedangkan kesahnya mengundang celaka, akibat tindakan yang amat tak diduga, Amir Bazli menjadi badinya.......

3. Shafie Afdal kukira calon yang selayaknya, tempat terbaik patut yang pertama, membawa angintimur penuh segaria Bayunya kelak mengharum negara.....

4. Yang lain tu aku malaih nak berkias, sebut sahaja nama ramai yang mencemik sorang tu punyalah hormat kat orang muda, sanggup dicium tangan sijejaka....

Walaupun malas nak berkias, sedap pula dijadi penghias agar pembaca sama berbahas bagi memerah putusan yang jelas.....

5. Yang ini pula dibahagiannyapun teruk berkocak, sehingga cawangan terus bergolak walau bilangan cukup secekak tetapi dipusat punyalah lagak, seolah-olah kuat tertegak....

6. Dulu terhebat undi terbanyak, belum selesa sudah dihenyak kini kembali untuk melanyak, malangnya undi yang ada tak cukup minyak.

7. Dek kerana tangannya yang gatal, membuat marhien menjadi bebal,mungkin payah untuk ditabal, lebih baik jangan digubal, berundur selangkah sebagai kebal, tentu dikenang sebagai handal.

8. Lambat diumum kehendak hati, demi menunjuk dirinya suci, orang lama pengalaman berkati, kedudukannya pula menjadi guli, belum tentu kemana pergi..... Secara peribadi ku mahu yang ini....

9. Blogger zaharin suruh waspada, takut tersilap takut terlupa bahawa sidiri tak pernah berdosa diatas kertas dia terbela diAlam Saat Allah penentunya....

He he he...Kalau ikutkan aku aku pilih Shapie Afdal, Rais Yatim dan Hishamudin(kurenggg...). Itu sajo pilihan yang ado......habeh tu nak buek camno......


CnP dari IPOHMALAY.

Ahad, 2009 Februari 01

Nasib UMNO Di Tangan UMNO Versi 4.0

Usailah sudah permainan 'dituduh UMNO' ke atas penulis. Penulis yang menyertai UMNO semalam menganggap, itulah apa yang Pakatan Rakyat dapat atas keengganan untuk bersatu. Hilangnya satu nama untuk dijadikan ahli. Sudah tentu UMNO hari ini tidak sama dengan UMNO 1946. Nenek penulis yang mengandungkan ibu penulis sanggup berjalan kaki dari Tasek Gelugor ke Butterworth pada tahun 1946 untuk bersama umat Melayu lain, menentang pemansuhan Melayu Islam sebagai tunggak Malaya tanpa dibayar.

UMNO selepas ini, bermula dengan versi 4.0 mempunyai perisian untuk terpanggang nasionalismanya tanpa dibayar. Ahli UMNO pasca versi 4.0 dibekalkan dengan perisian antivirus politik wang. Ahli UMNO pasca versi 4.0 telah dibekalkan 'patch' yang diaktifkan sebaik saja dimuat turun untuk melontar idea dalam mengekstrak sahsiah alif ba ta dari kesundalan wang ringgit. Ahli UMNO pasca versi 4.0 tidak mencari populariti, tetapi populariti akan datang mencari mereka setelah mereka berani bertindak memilih UMNO ketika UMNO langsung tidak lagi popular.

Ahli UMNO versi 4.0 dan keatas adalah kalangan ahli yang menggunakan ICT untuk berjuang secara bijak dan sabar, bukan sahaja dengan musuh luar yang nyata, tetapi juga musuh dalam selimut. 4.0 diambil sempena pelancaran Daftar Ahli UMNO secara online yang bermula dikalangan nombor pendaftaran atas 4 juta. Pendaftaran ini adalah usaha ulung pemanfaatan ICT sejak ia mula digunapakai 10 tahun lalu. Ada sebab mengapa 'peranti' ini lambat untuk berada di pasaran.

Golongan ini bertindak untuk bersama dengan UMNO di saat UMNO diserang demam 'cikugunya'. Golongan ini berazam untuk menjadi antibiotik yang akan 'menghapus' virus dari dalam. Golongan ini lebih pandai kerana mereka tahu UMNO adalah platform paling sistematik, berpelembagaan, demokratik, dan paling ideal ciptaan rakyat tetapi hari ini dikendalikan oleh tangan-tangan yang salah dengan terikut-ikut pertimbangan yang assabiah kumpulan politik Islam berbaur Syiah yang diilhamkan British melalui Tunku berdasarkan pengalaman British di negara taklukannya di Timur Tengah.

UMNO tertubuh pada 11 Mei 1946 berjaya menyatukan semua ras Melayu. Siam, Kedah, Banjar, Perak, Rawa, Minangkabau, Jawa, Mendeleng, Bugis, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan melalui masjid-masjid, kaum Cina terasimilasi dan Tamil Muslim. UMNO juga 44 tahun kemudian, menyatukan semua bumiputera Islam dan bukan Islam di Sabah.

PAS tertubuh kerana saranan Tunku Abdul Rahman yang menyokong ulama di dalam UMNO dikeluarkan. Ini membolehkan Tunku menunggang UMNO mengikut haluannya sendiri. Penulis jarang mengagungkan PM Malaysia pertama atas banyak sebab. Tetapi itu jalan yang ditentukan Allah dan orang yang telah tiada, hanya Allah yang menguruskannya.

Hari ini, PAS sangat menganggap keislaman mereka paling menepati kehendak agama sedangkan mereka sendiri sebenarnya masih menduga-duga. Menduga-duga adalah sifat manusia yang ada diterangkan dalam Al-Quran. Mereka juga menuduh, punca orang bukan Islam fobia kepada Islam adalah kerana UMNO.

Tetapi apabila mereka bersekongkol dengan puak sekularis di mana mereka hanya mewakili kurang 30% dari perikatan sekular ini, mereka membuatkan Islam lebih 'vurnerable' untuk dijadikan bahan momokan setelah berjaya meraih undi bukan Islam termasuk golongan atheist. Adakah kali ini, salah UMNO juga sedangkan bukan Islam berada bersama PAS dan logik bagi keadaan ini ialah, Islam akan lebih difahami, bukannya diuji ganggu. Tetapi keadaan berlaku sebaliknya. Penulis tidak menuduh PAS adalah parti gagal. PAS yang meletakkan parti tersebut dalam kegagalan moral dan kredibiliti.

Jangan berbangga jika berjaya memerintah negeri yang diwarisi kerana negeri Sabah pernah diperintah oleh hanya sebuah syarikat perniagaan Amerika yang membina sebuah negara yang belum ada. Maksud penulis ialah, jika seorang individu yang berkelayakan, berpengetahuan, bijak, adil, dan berkarisma diberi mandat memerintah sesebuah negeri, nescaya beliau berjaya mengurus pemerintahannya tanpa memerlukan sebuah kabinet negeri.

Penulis pernah bercita-cita untuk membentuk dan mengepalai KeADILan cawangan Taman Perpaduan pada tahun 1998 walaupun Taman Perpaduan terkenal sebagai antara kubu UMNO Bahagian Tambun. Tetapi ilham kebenaran pantas tiba dan pada tahun 1999, penulis membantu jentera UMNO Cawangan walaupun bukan berstatus ahli dan mempromosi kempen undilah BN di internet.

Sebab utama ialah, penulis perlu menanti kebenaran hakiki, punca dan sebab, jangkamasa pendek dan panjang, mengapakah Anwar disingkir. Hakikatnya, sesuatu konsiprasi dirancang untuk sesebuah kejayaan diluar kesedaran umum. Jika USA faham dan merestui konspirasi Yahudi, USA tentu faham semua bentuk konspirasi dalam dunia ini. Tetapi, konspirasi menyingkirkan Anwar menggegar pelobi Yahudi USA. Mereka kokok bersahut-sahutan. Niat memiliki pemimpin Islam di sebuah rantau penting yakni Selat Melaka yang pro-Yahudi kini tertunda. Selepas 10 tahun, ketika PKR semakin 'kuat' (diperkuatkan oleh Melayu kecewa, yang membelot i.e. antara sifat Melayu dalam mengintai peluang ), penulis dapat melihat natijah dari tari menari di pentas Yahudi yang sedang dipersembahkan oleh Pakatan Rakyat. Islam akan disinggung ke tepi.

Sepanjang 10 tahun, pakatan pembangkang tidak pernah bertindak sebagai pemangkin pembangunan ekonomi yang menjana kemakmuran dan membolehkan seseorang Melayu memandu Honda City baru walaupun dia menyokong PR dan menyebut, kerajaan tidak berikan mereka apa-apa melainkan usaha sendiri belaka.

Tapi Melayu ini lupa bahawa siapa yang berhempas pulas membentuk asas kestabilan ekonomi yang membolehkan perniagaan mereka makmur? Selepas semakin berkuasa, pernahkah Pakatan Rakyat bersidang membincangkan 'strategi boneka' mereka dalam menangani krisis ekonomi mendatang? Bukankah mereka sebelum ini berjaya menghasilkan 'kabinet boneka' dan 'MB boneka'?

Meletakkan Pakatan Rakyat memimpin perbendaharaan negara adalah bencana. Manifesto Camry pengganti V6 tidak pernah ada sebelum PRU12. Mereka mendabik dada dengan pelaburan asing dalam negeri yang dipimpin mereka sedangkan peluang tersebut diintai dari zaman sebelum mereka memerintah lagi. Hanya ketenteraman dan iklim ekonomi negara ini dengan jaminan-jaminan Kerajaan Pusat yang membuatkan mereka singgah.

Jika diikutkan, negeri yang diperintah PR tidaklah sehebat mana. Kemakmuran dan kemajuan hanya datang dari tindakan kerajaan negeri menghabiskan peruntukan yang ada sementara mengintai kenaikan cukai. Andai kata berlaku kemelesetan ekonomi paling buruk, negeri-negeri pentadbiran PR akan hilang momentum terlebih dahulu kerana ianya antara negeri-negeri paling ramai penduduk.

Pada saat ini, kajilah belanja urus mereka yang tidak beserta 'projection' atas ramalan iklim ekonomi dan lihatlah mereka membidas kerajaan Pusat sekiranya kerajaan Pusat tidak 'memohon bantuan Petronas' untuk membantu mereka. Itulah cara yang mereka nampak kerana kerajaan Pusat pastilah ada menjaga pulangan dalam Kumpulan Wang Disatukan kerana ianya hasil dari duit rakyat yang diamanahkan. Tetapi keuntungan pelaburan seperti mana yang diharapkan di saat kegawatan ekonomi yang akan diciptakan Barat selepas ini ke arah tekanan ekonomi ke atas golongan makan gaji dan 'petty traders' seluruh dunia.

Mana moral mereka jika mereka dulu pernah menjadikan pelaburan KWSP sebagai isu sekiranya mereka akan kemudian menyebut, wang rakyat untuk rakyat, kerajaan perlu membantu negeri Pakatan Rakyat yang telah mengkekah perbendaharaan negeri sesama mereka dengan kerelaan rakyatnya sendiri! Pakatan Rakyat hanya menggunakan perkataan rakyat. Bukan perkataan rakyat itu datangnya dari 'pakatan rakyat'. Seekor lembu yang memakai baju kurung tidak akan disebut gadis Melayu.

Satu dekad memerhati, menterjemahkan kepada penulis bahawa politik Pakatan Rakyat ialah mencari keadilan dengan cara provokasi dan menyebar rasa benci. Bukan Islam dalam Pakatan Rakyat pula jelas menganggap orang Islam sama sahaja tanpa melihat Melayu itu PKR, PAS atau UMNO. Kesepakatan mereka bersama orang Islam Pakatan Rakyat hanyalah semata-mata untuk kepentingan sendiri yang mudah diraih dengan izin walaupun dilihat membelakangi prinsip kenegaraan sejagat dalam mengangkat nilai budaya dan agama paling dominan berdasarkan demografi penduduk. USA sekalipun dihuni oleh sebahagian besar rakyat yang mahukan negara tersebut dipimpin oleh nilai-nilai Kristian.

Di Malaysia, nilai-nilai tersebut cuba dibunuh oleh ahli politik pro-sekularisme totok bukan Islam dengan pertolongan tangan-tangan orang Islam PAS dan PKR. Malangnya itu lebih baik pada anggapan mereka dalam PAS dan PKR demi kebencian yang membuak terhadap saudara sebangsa seagama di haluan kanan.

Jelas, dengan menyertai Pakatan Rakyat, penulis akan terikut bersubahat untuk menyamaratakan hak beragama di bumi yang telah lebih 500 tahun dikenali sebagai dunia orang-orang Islam, dan bersama menggalakkan pembesaran kuil-kuil Hindu dan gereja. Kesamarataan atau liberalisasi tanpa mengikut had berdasarkan demografi itu mencela kuasa mengundi orang Islam di negara ini. Ia seumpama meratakan sebuah lembah ciptaan Allah yang berbukit bukau di mana kesan ekologi pasti mengambil tempat.

Pakatan Rakyat tidak mungkin mencipta kemakmuran. Dalam pakatan tersebut, bertolong-tolongan hanyalah untuk perkara kejahatan. Perkara yang berlandaskan benci, riak, ujub dan takbur. Fitnah, celaan, hinaan melalui lukisan, tulisan dan lisan, serta memburu berita sensasi yang tidak diketahui kebenarannya, menyebarkan di rumah-rumah Allah, di kedai-kedai kopi dan bersubahat dalam umpat dan fitnah hanya datang dari orang-orang Islam di Pakatan Rakyat. Inilah 'sifat terpuji' ala akhir zaman.

Tetapi, sudut positif perbuatan menempah neraka ini ialah, mereka mampu membantu ahli UMNO pasca versi 4.0 untuk mengambil posisi apabila pemimpin UMNO sedia ada bakal menyedari bahawa mereka tidak relevan lagi. Ini kerana tiada orang Melayu yang mukanya setebal Samy Vellu.

Apapun perintah Allah untuk ketentuan nasib UMNO akan penulis terima hatta hanya penulis menjadi satu-satunya ahli UMNO yang tersisa di dunia ini. Kekuatan organisasi dan penerimaan umum ke atasnya berpaksi atas sifat anti-korupsi, anti-opresi, akhlak terpuji, kemasyhuran kredibiliti, mempunyai seni menyelami dunia marhaen, menuruti nasihat yang berguna dan mempunyai sifat anti-elitisme. Bukankan sifat itu 'telah mati' dalam UMNO?

UMNO versi 4.0 dan ke atas akan menghidupkannya kembali.

**************************************************************************************
Semoga Allah terus melindungi Malaysia........

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO