Jika diturut urutan legislatif, selepas Mahkamah Rayuan(MR) menolak rayuan oleh UMNO untuk kekal dikerusi DUN Kota Si Puteh, maka Mahkamah Persekutuan(MP) pula akan menjadi pentas terakhir. Namun ada kawan-kawan bagitau, kalau mahkamah rayuan tolak, kemungkinan besar MP akan mengekalkan keputusan oleh MR dan UMNO kena bersedia untuk menghadapai PRK di Kota Si Puteh. SPR akan mengadakan satu PRK mengikut kuasa yang telah diperundangkan kepada mereka.
Dalam keadaan ini, mahu tidak mahu UMNO Kedah kena hentikan sekejap 'perang dingin' mereka dan perlu bersatu hati, bersatu kata, bersatu kepala untuk menghadapi PRK yang begitu penting sekali. UMNO KEDAH kena pulih sendiri. Tiada tangan luar yang dapat memulihkannya. Usaha sendiri sahaja yang dapat memulihkan keadaan. Nak harap pembangkang, tok guru depa hanya ajaq satu doa sahaja, iaitu, "Semoga cepat mampos parti UMNO ni". Depa lama dah dok susun doa talkin untuk UMNO dan dah hapai sangat.... Semoga Allah simpangkan doa ni dan halakanlah ia kemana sahaja arah yang Dia mahu tujukan.
Seronok aku lihat komen-komen dalam blog depakata mengenai UMNO Kedah. Hampir kesemua yang komen adalah orang-orang(ahli dan non partisan)yang sayangkan UMNO dan mahukan UMNO Kedah pulih. Aku percaya untuk menggerakkan jentera perhubungan UMNO Negeri Kedah bukanlah satu masaalah besar. Mereka tentunya telah bersedia, kerana masing-masing amat berpengalaman. Kepelbagaian pengalaman mereka memungkinkan satu jentera padu setiapkali adanya PRK.
Malangnya kepelbagaian pengalaman mereka jugalah mencetuskan kepelbagian masaalah bila dah duduk sesama sendiri. Ibarat dah tak dak kepala musuh nak diluku, pakat dok luku kepala kawan-kawan sendiri.
Ada komen-komen yang baru, ada juga komen yang lama dan ada juga dok ulang-ulang komen yang sama setiap kali bagi komen. Mana tak ulang, pasai tak nampakpun perubahan puak-puak kaki luku sesama sendiri. Dan nama-nama popular setiap kali golongan marhien bersidang baik dimaya, mahupun dikedai kopi dua nama yang menjadi notorious ikon, ialah Det Khalid dan Joe Barrom(maaf cakap, walau mereka ini ada gelaran Dato', tetapi rata-rata berat mulut untuk mendato' kan mereka). Hangin sunggoh na hangpa kat depa(akupun.....)
Tetapi beberapa kerat sahaja yang komen tu 'datang' bersama jalan penyelesaian. Umpamanya
mfa@anon yang mencadangkan ditubuhkan satujawatankuasa pemulihan yg terdiri drp pemimpin senior2 umno yg boleh diketuai oleh TDM dan detail-detailnya. Tetapi dalam ramai-ramai terselit juga pemberi komen dari pihak pembangkang macam anon 2.54pm...
Dan terdapat juga komen-komen yang menonjolkan masaalah bahagian seperti Poko Sena, Padang Serai dan Kubang Pasu. Ini bukan bermakna Bahagian-bahagian lain tidak bermasaalah. Tetap ada masaalah, kerana selagi ianya bernama parti politik, selagi itulah berlaku perebutan kuasa. Tambah-tambah sekiranya paeri itu menguasai kerajaan. Kalau PIS selama ini dinampakkan kepada alhi bahawa tiada siapa pemimpinnya hendak berebutkan jawatan, tetapi kini setelah sekian lama memerintah Kelantan, dan kini dapat pula semementara ini memerintah Kedah dan menjadi sebahagian dari Kerajaan Negeri seperti diPerak(walau sat saja) dan diSelangor walau sekadar nasi tambah, tetapi kocakan yang dihadapi mereka, bukan lagi kocakan didalam cawan ayaq suam, tetapi kocakan mereka sudah menjadi gelombang ganas dilautan politik yang tak bertepi.
DiBahagian aku sendiripun tak pernah sepi dari adu domba oleh juak-juak pemimpin yang mereka pakat sokong walaupun keadaan kini nampak agak reda sikit bila YB Senator Mejar General(B) Dato' Jamil Khir Baharom secara resmi telah menjadi ahli disalah satu cawangan dalam DUN Guar Chempedak dan bersetuju untuk duduk dalam saf kepimpinan Bahagian. Harapan aku agar dia berupaya mencantumkan kembali bulu ayam yang carik selama ini. Dan yang dok bermimpi nak teruskan acara goyang-menggoyang diJerai. Carilah mimpi lain yang lebih menyeronokkan macam mimpi......alamak basah.....
Dan kalau dengan bersamanya beliau dengan saf kepimpinan UMNO Bahagian Jerai serta usaha Ketua Bahagian untuk menyatukan balik UMNO Jerai belum lagi berhasil dan insyaAllah akan berhasil, maka janganlah dipersalahkan parti, kerana individu yang gemar beradu-domba seperti itu umpama kuda yang ditarik kegigi sungai untuk menghilang dahaga, tetapi dek kerana dahagi dalam keegoan, maka biarlah individu ini dahaga selama mana yang dia mahu. Anak buah dah semakin kembali bersama UMNO Bahagian......
Berbalik kepada masaalah kepimpinan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan sikap warlord Ketua-Ketua Bahagian tertentu, diharap ahli-ahli berbaliklah kepada perlembagaan parti. Ahli-ahli berhak mengadakan EGM seperti yang dibuat oleh MCA atau mengadakan referendum dibahagian masing-masing untuk menyuarakan kemahuan yang sama, atau kalau boleh sabaq tunggu sehingga diadakan mesyuarat pemilihan Bahagian yang akan datang. Yang mana banyak suara yang memilih yang itulah yang memimpin, yang mana dah memimpin, perlulah diberi sokongan. Dan sokonglah secara rasional......
**Kalau EGM perlukan peruntukan, referendum tak perlu kot? Atau mungkin hanya peruntukan kecil tetapi impak besaq!
Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com
SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
Followers
Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog
HIMPUNAN JUTAAN BELIA
Mengenai Aku
Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
BLOG ARCHIVES
-
▼
2009
(274)
-
▼
November
(21)
- NIZAR BIJAK!!!
- BLOG PEMUDA UMNO JERAI
- BN MENANG KEDAH SENANG.
- KERETA BURUK AKU BOLEH GUNA LAGI!!!!
- SUBUR
- PELANCARAN 1MALAYSIA DIUBAH KEJERAI
- SAMBUTAN PESTA LOI KRATHONG PERINGKAT NEGERI KEDAH
- ANWAR KECUT TELOQ!!!!
- SELEPAS SEMINAR KHAS......
- GAMBAR DARI SEORANG MARHIEN - LOY KRATHONG
- YANG SEBENAR....
- TAU TAK PA........BUKAN RAKYAT YANG BODOH!
- AN AWESOME NEWS FROM RUBBISH VIRTUAL TABLOID!
- SECIPUT 9
- PILIHANRAYA KECIL KOTA SIPUTEH
- SECIPUT 10- KOTA SI PUTEH
- UMNO KEDAH PULIH!
- AHLI CAWANGAN UMNO TUNAS BARU, GUAR CHEMPEDAK
- JANGAN JELES KAY JAY.......
- MAKSUM @ MEK SUM?
- Dua Orang Kuat PKR Papar Sertai UMNO
-
▼
November
(21)
Aikk..det tak nak sebut ke tentang Bahagian Merbok? Bahagian itu perlu tahu bahawa sebenarnya rakyat di situ hampir 4/5 adalah rakyat yang sayangkan UMNO. Tapi sayangnya, sayangnya..sepatutnya Merbok perlu diwakili oleh orang-orang tempatan. DUN Tanjung Dawai, pilihlah orang Tanjung Dawai dan DUN Bukit Selambau, pilihlah orang Bukit Selambau. Jika tak..hi hi bye bye..
CCZ,
Tak sebut sebab depa tak sebut, walau depa sebut Merbok Times, tetapi secara spesifik depa tak sebut UMNO Merbok. Ada cerita terbaru ke dalam Merbok Times?
Ada..nak tulis lah ni..tunggu ye..
Salam Det,
Bercakap pasai Perlembagaan ,berapa kerat ahli UMNO yang baca dan faham Perlembagaan UMNO.Cuba tanya Ketua ketua cawangan Fasal berapa yang mengizinkan mereka boleh menuntut diadakan Mesyuarat Agung Khas,jawabnya Det sendiri tau,banyak yang buta perlembagaan.Yang paling malu sekali ada Ketua Bahagian buat perlantikan AJK BAHAGIAN ikut suka hati dia saja,dia pakai hentam lantik AJK KERJA sampai 4 orang.Bila mai Mesyuarat Agung terkapai kapai tak tau nak jawab.
Kalau Ketua sendiri tak arif dengan Perlembagaan macam mana anak anak buahnya ? lagi teruk la ! Puncanya malas membaca dan mencari ilmu,bila berlaku kesilapan salahkan Perlembagaan ! Perlembagaan tak salah yang salah tu manusia !