Pada malam ini, seluruh negara Thailand dan dimana sahaja masyarakat Siam tinggal akan diadakan pesta tahunan ini. Pada tahun ini Pesta berkenaan akan di adakan diWat Siam Kamgpung Begia Sik(Peringkat negeri Kedah dan dimaklumkan akan dirasmikan oleh Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang memegang portfolio Menteri di Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan.
Acara akan diadakan pada sebelah malam. Silalah datang beramai-ramai sebagai lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia.
**Sedikit latarbelakang berkenaan LOY KRATHONG yang dipetik dari pekemas:
Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Loy Krathong kepada semua masyarakat Siam di seluruh negara. Semoga perayaan tahun ini kita semua diberkati.
Jemputlah hadir beramai-ramai ke Wat Thepsuwannaram, Kg. Wat Padang Peliang, Pendang, Kedah pada malam ini. Anda akan terhibur dengan persembahan band daripada kumpulan para remaja Siam..
Krathong disediakan oleh pihak penganjur dengan harga RM10.00 / satu krathong. Pembelian setiap Krathong akan diberi 2 tiket cabutan bertuah. Hadiah agak lumayan. Hasil yang diperolehi akan digunakan untuk pembangunan Sekolah Bahasa Thai Wat Thepsuwannaram.
Jangan lepaskan peluang ini, datanglah beramai-ramai. Pesta Loy Krathong hanya sekali dalam setahun iaitu pada Wan Phen Dean Sip Song bersamaan 2 November 2009 pada tahun ini. Penganjuran pada hari lain adalah bertujuan untuk mencari keuntungan bukannya untuk memelihara keunikan kebudayaan kita.
Asal-usul Pesta Loy Krathong
Walaupun Loy Krathong hanya tradisi yang tak ada kaitan dengan agama secara langsung, tapi masyarakat Siam lazimnya akan berkumpul di wat pada malam "wan phen dean sip song" sebelum ke sungai untuk menghanyutkan krathong.
Sesetengah wat menganjurkan Pesta Loy Krathong secara besar-besaran. Meriah sekali. Kita patut berbangga kerana dapat mempertahankan tradisi ini sehingga ke hari ini.
Orang Siam mempunyai beberapa versi tentang asal-usul Loy Krathog tapi yang diterima secara meluas ialah versi Sukhothai. Pesta Loy Krathong telah diadakan sejak beratus-ratus tahun dahulu sejak zaman Sukhothai. Pada malam bulan purnama iaitu Wan Pen Dean Sip Song, Nang Nopphamar iaitu gundik Raja (Phra Ruang) telah mencipta Krathong dan dihanyutkan (Loy) ke dalam sungai berhampiran istana. Bila diketahui raja tentang keunikannya maka raja telah mengistiharkan Pesta Loy Krathong sebagai satu pesta kebudayaan masyarakat Siam dan dianjurkan sehingga ke hari ini.
Biar apapun kepercayaannya, kita wajib mempertahankan tradisi ini untuk diwarisi ke generasi akan datang.
Namun, sejak kebelakangan ini ada beberapa pihak telah menganjurkan Hari Loy Krathong bukan pada Wan Phen Dean Sip Song. Alasannya hendak mencari keuntungan tetapi tindakan tersebut telah mencemarkan keunikan kebudayaan kita sendiri.
0 Responses to SAMBUTAN PESTA LOI KRATHONG PERINGKAT NEGERI KEDAH