Hadiah Najib untuk rakyat
|
|
Sebagai sebuah pentadbiran yang mendahulukan rakyat, segala sumpah janji dan khidmat diabdikan tidak lain tidak bukan, adalah untuk melihat kesejahteraan serta kemakmuran dinikmati semua pihak tanpa sebarang pengecualian
CUKAI
- Pelepasan cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000.
Pengurangan kadar cukai maksimum individu daripada 27 peratus kepada 26 peratus.
- Pelepasan cukai langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun pada 2010 hingga 2012.
KAKITANGAN AWAM
- Bayaran khas RM500 kepada penjawat Gred 41 hingga Gred 54 serta pesara wajib kerajaan pada Disember ini.
- Pinjaman pembelian komputer setiap tiga tahun berbanding lima tahun sekali sekarang.
RUMAH
- 74,000 unit rumah kos rendah disediakan untuk disewa kepada rakyat pada 2010.
KWSP
- Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia diuruskan oleh KWSP untuk yang tiada pendapatan tetap termasuk pemandu teksi, petani dan penjaja. Setiap RM100 caruman, kerajaan menyumbang 5 peratus tertakluk kepada jumlah RM60 setahun.
- Pelepasan cukai individu untuk caruman KWSP dan premium insurans hayat dinaikkan RM1,000 kepada RM7,000.
- Caruman KWSP dinaikkan semula kepada 11 peratus.

PENDIDIKAN
- Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar mendapat ijazah kelas pertama.
- 30 pelajar terbaik menerima Biasiswa Nasional di universiti tersohor.
- Pakej ‘netbook’ termasuk perkhidmatan jalur lebar dengan bayaran RM50 sebulan untuk dua tahun.
- Diskaun 50 peratus perkhidmatan kereta api jarak jauh kepada pelajar dengan kad diskaun pelajar 1Malaysia.
Inilah bajet yang menyentuh setiap warga negara tanpa mengira taraf sosio dan karier hidup mereka
Malangnya, bajet ini tetap dikondem oleh pakiaq pembangkang yang kunonnya lebih tahu dalam segala hal. Mereka ini sebenarnya pakar dalam bidang pementasan teater bercorak ceramah kosong!