Menjelang penamaan calon bagi N31 pada 3hb Oktober 2009, majoriti bloggers, baik picisan macam aku dan moderate seperti Jelapang, Azli Shukri, Parpu Kari (sekadar menyebut beberapa blogger) dan blogger tersohor terutamanya Tun Dr Mahathir dan secara sinis oleh Husin Lempoyang, dan forum-forum poltik dalam mykmu dan KCD, maka sahlah yang Tan Sri Isa Samad bukanlah calon kegemaran maya. Namun jika dilihat secara realiti di tompek beliau, sokongan ahli 'nampak'nya macam jika bukan TSIS yang di angkek sebagai calon umpama donia akan kiamat dek gamat dan gempitanya sokongan mereka yang berpangkat dalam Bahagian UMNO Toluk Komang. Namun begitu beberapa pemimpin UMNO dan BN peringkat Nasional ada yang menolak cadangan mencalonkan TSIS namun ada pula yang menyokong. Tetapi rakyat yang tidak berparti pula bagaimana? Persepsi seluruh rakyat Malaysia terhadap UMNO pula bagaimana?
Manakala pihak pembangkang pula awal-awal lagi sudah memutarkan rekod politik mereka dengan mendakwa pengurusan UMNO sedang pening kepala kerana buntu dengan kata putus untuk meletakkan calon yang boleh menjamin kemenangan. Ada portal pembangkang diKedah awal-awal lagi sudah mendakwa bahawa PAS sudahpun menang pusingan pertama kononnya. Alasan mereka ialah jika TSIS yang dipilih untuk bertanding, kemungkinan untuk PAS menang adalah cerah secerah bule gerhano.
Bagi aku seperti yang aku telah nyatakan dalam posting yang bertajuk ISA DIBAGAN PINANG: PEMBANGKANGPUN SETUJU yang telah diterbitkan pada 8hb September 2009 yang lalu dimana sebelum itu dan selepas posting aku ramai lagi blogger-blogger yang senada dengan aku yang mahu TSIS tidak dicalonkan untuk PRK N31 sebagai rancangan jangka panjang dan sebagai indikasi kepada perubahan yang dicanang-cangankan oleh kepimpinan baru UMNO dengan slogan RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.
AKU AMAT BERHARAP SANGAT AGAR CALON LAIN DIPILIH SELAIN DARI TAN SRI ISA SAMAD. Bukanlah kerana aku benci dia, tetapi kerana aku sayangkan UMNO sepertimana dia sayangkan UMNO.
Begitu juga komen-komen oleh pengunjung-pengunjung blog-blog yang membuat 'posting' tentang TSIS dan PRK N31 yang rata-rata mahu DSNTR selaku Presiden UMNO tidak membuat keputusan yang salah dek kerana saranan mereka yang berkepentingan diBahagian.
MENANTU YANG PERLU DIRUJUK!!!
Salam det.
Patutnya Isa tu sedaq diri dan tolak sebarang ura2 pencalonan untuk bertanding di N31 tu. Patutnya jugak dia cadangkan satu nama lain bagi menggantikan dia. Sebagai contoh, abg keri ka...,hahaha.
Ada berita sampai kat aku, Tun M pun dah pi jumpa Mohamad Hasan pasai benda ni. Isa dah rasa semua jawatan termasuk MB, jadi dia patutnya pikiaq sikit pasai usaha pemulihan parti.
Dan aku yakin kalau Isa tak terpilih nanti, isu kat N11 hari tu akan jadi balik. Bahagian dan cawangan yang sokong dia pakat2 dok "asah pisau" nak tikam belakang.
Salam Che Wan,
Aku juga sebenarnya boleh bayangkan jika Isa menjadi calon dan dengan izin Allah dia menang, langkah seterusnya mungkin langkah yang akan menggoyang dan menggegar kerajaan negeri yang dulunya beliaulah MB, tetapi dek mainan anak omak, bukan sahaja dia di'bola'kan kefederal, malah cara dia tersingkir juga pada aku amat jelas yang dia di'frame'. Tetapi itu bukanlah alasan yang valid, kerana jika dia berada kembali dalam kekuasaan sudah tentu segala dendam lama akan dibalas kembali dan ianya sudah tentu tidak baik kepada kestabilan. Dan walaupun ramai mengetahui siapa dalangnya, insyaAllah dalang yang penuh dengan kerja buat yang batil akan tenggelam kelemasan....Isa Samad tidak keseorangan sebenarnya dalam menentang sekoq ni!!!
Saya pun sokong sangat TS Isa Samad tidak menjadi calon di Bagan Pinang. Malah kalau dia menang sekalipun, ia tetap akan diungkit-ungkit oleh pembangkang.
Isa ingin menguji DS Najib. Kalau Najib ngok-ngek-ngok-ngek tak tegas jawabnya UMNO tak berubah.
Dah la tu TSIS, biarkan tampok baru yang menerajui Parti, Zaman TSIS dah habis .. Sebenarnya yang inginkan sangat TSIS jadi Calun ni bukan nya akar umbi.. tetapi HANTU RAYA, BALACI, KUDA DAN LEMBU YANG BERADA DISEKELILING DATO. Mereka ini bukan lah penyokong tulin UMNO, mereka memikirkan projek yang bakal dikecapi. Yang sudah tu sudah la TSIS... Berundur lahhh....
Salam
Cikgu man, saya lebih khuatirkan kesetabilan BN N9.
MT, saya cukup sedih jika disaat ini Isa masih memikirkan kepentingan peribadi. Berbaloikah UMNO digadai disaat ini?
redzuan, gema yang senada dengan anda semakin berkumandang dengan penuh harmoni.
Terima kasih.
ditelan mati mak, diluah mati bapak. menang hari ni kalah kemudian hari, atau kalah hari ni (Rakyat/Pengundi mahu lihat kesungguhan UMNO/BN berubah) menang kemudian hari..
Bang Halem Tuah,
Eh lah yo...apo lagi nak dikato? emang bonar tu ditolan mati omak, diluah eh mati lak bapak....boghek hati den dek putusan yang dah dibuek.....apo kan dayo...dah kehondak rakyat Bagan Pinang kato yo...
Aku ghisek-ghisek gak. Ado yang hondak ado yang idak. kato yo ghamai boanr yang hondakkan dio bahkan yang ado dilua UMNO samo NGOpun hondakkan dio.....lantaklah!