Bagaimanakah selepas ini? Logo BNkah lagi di N31?
Hanya pengundi N31 yang boleh menjawab,
Sebagaimana yang telah diketahui, akhirnya dalam ramai-ramai kalangan pemimpin UMNO Bahagian Teluk Kemang, TSIS juga yang jadi pilihan. Aku difahamkan bahawa sokongan bukan sahaja datang dari kalangan pemimpin-pemimpin dan ahli akar umbi UMNO DUN Bagan Pinang, malah pengundi tidak berparti juga mahukannya beliau sebagai calon malah kata seorang delegasi kami ada NGO-NGO juga menyatakan pendirian mereka untuk menyokong TSIS.
Aku hendak lihat pengundi Cina dan India, apakah benar mereka turut menyokong TSIS sebagai calon atau hanya bermanis mulut ketika diwawancara atau ditanya tetapi hati menolak dan tangan memangkah ping-pong!!!!
Dan DSNTR, TSMY serta seluruh bijakpandai disekeliling mereka sudah merangka penjelasan, bukan hanya kepada ahli parti UMNO seluruh Negara bahkan juga seluruh rakyat jelata mengenai ke'releven'an slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan dalam konteks memilih calon PRK N31, DUN Bagan Pinang!!! Dan semuga selepas ini mereka tidak jemu membuat 'rally' penjelasan yang boleh di'kunyah' oleh rakyat.
Dan aku berharap sangat penjelasan nanti menggambarkan satu penjelasan dari pasukan pemikir yang benar-benar bijaksana.
Detguag!
Percaya tak, kalau ramai yang bagi undi kat Tan Sri Isa Samad, saheh BN menang dalam PRK Bagan Pinang?
Ekeng percaya 100%.
nak buat mcmana det,laporan kajian penerimaan calon yg dibuat sebelum ni menunjukkan t.s isa yg dapat peratusan sokongan tertinggi drp lebih 10 ribu pengundi pelbagai peringkat/kumpulan.head counting.tp kena ingat instrumen risikan boleh dipertikaikan sebab ketepikan byk elemen lain.sbb apa diketepikan,hanya penganalisis risikan yg boleh jawab.jadi tugas penerangan lah la ni kenalah bermodalkan 'kptgn parti lebih drp kepentingan calon'. nyata sekali media baru umno msia bakal diuji.
isu serangan utama yg bakal dibawa oleh pembangkang ialah integriti yb bn sblm ni spt kes calon ni.perkataan tu dah jadi glamer dlm paperwork 'depa' sebelah sana.harap maklum.
Ekeng,
Memang betul jika dikatakan dua lebih banyak dari satu.....
mfa,
Integriti....hmmm.....politik sebelah manapun ia hanya fragmentasi, bukan hakiki. Cekup sikit tang tu cekup sikit tang ni. Repair sikit tang tu, repair sikit tang ni....fragment....
Dan sehingga kini UMNO masih yang terbaik untuk aku berbanding dengan PIS apatah lagi pkr sebagai tools untuk survival politik, kehidupan, ekonomi dan sosial.
Ikhlas.....
apa yg aku maksudkan ialah penerangan harus berusaha mengetengahkan idea 'menang demi Umno/BN' krn pelbagai dasar yg selama ini dan yg akan datang sebenarnya lebih praktikal. disebalik isu2 yg mencengkam,tingkatkan penerangan idea ini.
oh ya,perhubngan kedah yg ditugas menjaga 2 kawasan tu perlu memastikan sokongan majoriti para penjawat awam kekal menyokong BN dan profail pengundi awam menunjukkan 'kesesuaian' dgn jentera drp kedah.