Sempena Hari Raya tahun ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Biro Penerangan UMNO Negeri Kedah telah mengadakan Majlis Semarak Syawal Dan Penyampaian Sumbangan AidilFitri 2009 dikediaman beliau di Taman Markisa, Guar Chempedak pada 26/09/09 yang lalu bermula dari pukul 11.00pg sehinggalah pukul 6.00ptg.
Antara yang hadir ialah Timbalan Pengerusi Biro Penerangan UMNO Negeri Kedah, Dato' Zubir Saad, Dato' Bakri, Haji Ahmad, Dato' Othman Aziz, Ketua Wanita UMNO Jerai dan ramai lagi kenamaan Negeri Kedah serta orang ramai.
Semasa aku tiba keadaan agak tenang namun kunjungan masih tiba bertali arus. Aku difahamkan kedatangan pada tengahari amatlah menggalakkan dan inilah kali pertama aku dapat hadir pada majlis yang beliau anjurkan di Jerai, tempat aku.
Secara peribadi, setelah berpeluang bercakap secara bersemuka dengan beliau dapatlah aku menilaikan diri beliau. Pada aku beliau ada kemampuan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai menteri dan InsyaAllah kejayaan akan mengiringi beliau jika disertakan kesungguhan. Begitu juga dengan tanggungjawab beliau dalam menerajui Biro Penerangan UMNO Negeri dengan sokongan Dato' Zubir dan pasukannya. Aku difahamkan yang Unit Media Baru telah memberi komitmen untuk membantu beliau dan Biro Penerangan bagi menjayakan matlamat UMNO Negeri Kedah dalam konteks penerangan maya dan juga penerangan konvensional bagi memperbetulkan persepsi serong golongan tertentu rakyat terhadap prinsip sebenar parti UMNO dan pihak Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib.
Beberapa program susulan oleh beliau akan dilaksanakan secara berkala dan konsisten bagi membantu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap keikhlasan UMNO sebagai sebuah parti yang dominan dalam iklim politik Malaysia.
Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com
SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
Followers
Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog
HIMPUNAN JUTAAN BELIA
Mengenai Aku
Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
BLOG ARCHIVES
-
▼
2009
(274)
-
▼
September
(19)
- PLAZA RAKYAT: SIAP!!!
- TAHNIAH KPN.
- LEPAS RAYA ADA RAYA
- ISA DIBAGAN PINANG: PEMBANGKANG JUGA SETUJU!?!?!?!?
- APA YANG MEREKA SEMBAH?
- INSAN INI JUGA PERLUKAN PERHATIAN
- PASAR RAMADHON GUAR CHEMPEDAK
- PROGRAM PENGIMARAHAN MASJID UMNO BAHAGIAN MERBUK: ...
- ANTARA TAWA DAN TANGISAN
- KU SUSUN JARI NAN SEPULUH.....
- SAH!!! TAN SRI ISA SAMAD........
- RUMAH TERBUKA DATO' JAMIL KHIR
- ISA N31: SOKONGLAH SIAPA SAHAJA CALON!!!
- KETUA UMNO CAWANGAN TAMAN INTAN PERDANA, TELUK KEMANG
- MAJLIS PECAH TANAH SEKOLAH DITAMAN INTAN PERDANA
- LOKASI-LOKASI UTAMA DI DUN N31
- ISA N31: RAKYAT BAGAN PINANG DIDAHULUKAN, PENCAPA...
- WAJAH CERMINAN SIKAP
- PIS TERCUNGAP!!!
-
▼
September
(19)
Tu dia...hehhehe..."cerita" yang "masa nak balik tu tak mau cerita ka? hahahahahhaha....
p/s: kalau hang cerita jugak...aku katok tangan hang hat sebelah lagi dengan "merton"! hahahahhahha...
Oh ya, berkenaan cerita masa hendak balik sebenarnya, Duke dan Abu telah dengan lebih awal balik setelah makan dan 'makan'. Manakala aku balik dengan mendapat sakit perut kerana alahan terhadap cabai melaka. Dah tau tak boleh makan cabai melaka, aku pi tuang bagai gulai kenasi buat apa?????.....