SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

PLAZA RAKYAT: SIAP!!!

Posted by Detguaq Wednesday, September 2, 2009



Aku masih ingat ketika DSNTR baharu sahaja menduduki kerusi Perdana Menteri, antara temapt-tempat yang beliau lawati adalah Plaza Rakyat yang bersebelahan Puduraya. Jika tak salah aku DSNTR ada membuat kenyataan bahawa kerja-kerja pembinaan Plaza Rakyat mungkin akan disambung semua setelah kontraktor baru dipilih dalam bulan Ogos lepas. Manakala penambahbaikan Puduraya dibuat dengan segera bagi membolehkan pengguna dan peniaga disitu mendapat keselesaan sementara Plaza Rakyat dapat disiapkan sepenuhnya dan operasi berkaitan dapat dipindahkan kesitu sepenuhnya. Kemudian aku terbaca pula mengenai satu peruntukan telah disediakan untuk menaiktaraf terminal diBandar Tasik Selatan untuk mengurangkan kesesakan dipusat bandar bagi orangramai yang datang dari selatan tanahair yang menggunakan pengangkutan awam.

Dan menurut utusan online bertarikh 10/06/2003, kerajaan telah mengumumkan Plaza Rakyat akan disambung semula pembinaannya. Namun hanya nyamuk-nyamuk, tikus-tikus, pepijat dan penagih tegar yang berjaya menyiapkan binaan mereka didalam tapak Plaza Rakyat sehingga kini.

Manakala Raja Nong Chik memaklumkan bahawa masa 3 bulan telah diberi untuk pemaju berbincang dengan DBKL yang berakhir pada Julai lalu. Dan kemudiannya Kontraktor baru pula akan diumumkan dalam bulan Ogos 2009 yang mempunyai masa 3 bulan untuk mengumukkan samada menerima atau menolak pelawaan tender berkenaan yang bermakna hanya dalam bulan November baharulah kontraktor baru akan memberi jawapan. Jika jawapannya Ya, bilakah kontraktor ini akan memulakan kerja. Manakala jika jawapannya tidak, berapa lama pula kontraktor baru akan dipelawa?

Bagaimana pula dengan pemajunya iaitu Global Upline kepunyaan Ting Phek Keng? Adakah mereka masih mahu terus bersandiwara dengan pelbagai alasan? Jika mereka memberi alasan bahawa kontraktor lama telah lari dan kontraktor baru belum memberi jawapan dan jika jawapannya negatif, apa pula alasan oleh pemilik Global Upline yang dituduh penipu ini?

Dan aku menajdi bertambah keliru bila pada satu berita lain mengatakan yang Global Upline bukanlah pemaju, tetapi kontraktor. Lalu kalau Global Upline ini kontraktor, nyatalah ia kontraktor yang gagal dan sewajarnya sudah dikenakan tindakan senarai hitam. Dan kalau ya pun Global Upline ini bertindak sebagai pemaju bukankah kerajaan juga mempunyai kuasa untuk menyenara hitamkan syarikat berkenaan yang telah gagal untuk menyiapkan projek yang menjadi harapan rakyat untuk membantu meningkatkan mutu industri pengangkutan awam diKuala Lumpur walaupun peluang telah diberi selama lebih dari sepuluh tahun?

Kini dengan memasuki bulan September 2009, aku harap Dato' Seri Najib Tun Razak merujuk kembali segala kenyataan beliau mengenai Plaza Rakyat dan dengan segera membuat satu pengumuman baru yang boleh meyakinkan SATU MALAYSIA. Bagi aku projek Plaza Rakyat amat dekat dihati aku sebagai marhaen yang sudah letih melihat keadaan Puduraya yang sudah melepasi zamannya untuk terus berkhidmat. Puduraya memerlukan bantuan Plaza Rakyat untuk terus menabur bakti!

5 Responses to PLAZA RAKYAT: SIAP!!!

  1. MFA@anon Says:
  2. det,ada sapa2 kekawan kita boleh buat point skit perihal kdnk kedah yg kerajaan Pas Kedah la ni tak berani nak tunjuk?depa duk jaja depa cemerlang slps 500 hari.la nk tau fact takat mana ukuran kecemerlangan tu.bolehlah det mintak kat golongan researcher di tingkat 6 tlg cari input.nk kena persoal jugak benda ni di public.

     
  3. tunku Says:
  4. global upline telah mendapat berpuluh2 projek terutama di sarawak dan sabah selepas gagal menyiapkan plaza rakyat.
    terbaru mereka mendapat projek pembinaan fly over dan pembesaran jalan di kuching.mereka memberhentikan kerja2 tersebut sekarang dengan alasan kerajaan tidak membayar kepada mereka padahal kerja bau hendak dimulakan.
    kerajaan perlu melihat semula kenapa global upline diberi terlalu banyak projek2.

     
  5. Detguaq Says:
  6. MFA, aku akan cuba ketengahkan benda ni bila berjumpa orang-orang yang berkenaan. Terimakasih atas cadangan BERNAS(bukan Shahidan punya)......

     
  7. Detguaq Says:
  8. tunku,

    Terima kasih atas komen anda. Apa yang saya nak tekankan disini ialah mengenai kekeliruan ttg kedudukan Global upline ni, adakah co-developer bersama DBKL atau kontraktor. Dan dalam kedua-dua kedudukan, penyingkiran mereka tentunya boleh dibuat dan diganti dengan pihak yang berminat dan bertanggungjawab.

    Saya dapat tahu bahawa Global Upline cukup kuat diSerawak. Monopoli sebegini membuat rakyat curiga. Mungkin KM Serawak ada jawapan yang tepat tentunya.

     
  9. mFa@anon Says:
  10. depa ni yg gagal buat bakun dulu..tp dibayaq pampasan ish..cukup byk.

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO