"Hangpa sampai tang mana dah? Pi teghuih sampai jumpa round about, lepaih tu kona kighi, jgn kona kanan. Kanan pi potdiksen. Sat lagi bila hangpa nampak balai polis teluk kemang, hangpa lajak pi depan sikit sampai nampak balai bomba. Tunggu tang tu sampai saya sampai." Itulah antara kata-kata yang aku denganr dari perbualan talipon antara Dato' Bakri dan Encik Razak Ariffin, Ketua Cawangan UMNO Taman Intan Perdana.
Sampai di depan balai bomba teluk kemang kami yang menaiki kenderaan Dato' Zubir berhenti seketika. Dalam tak sampai 10 minit datang sebuah pacuan ompek roda beronti dokek ngan kami bolimo. "Saya Azizi, Ketua Pemuda cawangan Encik Razak. Dia minta saya iringi encik-encik kebilik gerakan."
Eh eh....waghiehhhhh.......rupo-ruponyo ketuo ekau oghang kampong eden. Nah haih, Abang Razak, seorang pesara tentera yang telah berkahwin dengan orang N9, telah ambil keputusan untuk menetap disini selepas tamat perkhidmatan beliau dalam tentera. Askar yng pernah menghadapi saat getir erti peperangan. Yang merasai sendiri pengalaman berhadapan dengan KOMINIS.
Pagi-pagi lagi beliau tealh datang kepenginapan kami bagai yang telah dijanjikan semalam. Kami dibawa bersarapan dibandar Potdiksen, iaitu sebuah kopitiam yang menghidangkan nasi lomak yang enak. Selepas itu kami dibawa melawat kawasan yang menjadi tugasan kepada UMNO Kedah dimana kami dipasangkan dengan UMNO Rasah.
Aku sungguh tertarik dengan personaliti Abang Razak yang hari ini sudah berhang-aku dengan kami. Rupa-rupanya Tokwan beliau merupakan pemimpin UMNO terkenal diBahagian Pokok Sena(errrmmm..Padang Terap? aku kurang pasti). Tok Awang Itam nama tokwan beliau. Beliau mewarisi sikap tokwan yang tegas dalam memimpin, berani mengatakan tidak kepada kebatilan tetapi pada masa yang sama mesra dan hormat pemimpin yang lebih atas secara rasional.
Cawangan Taman Intan Perdana(TIP) dan Bahagian Teluk Kemang ternyata amat bertuah mempunyai seorang Ketua cawangan yang komited pada tanggungjawab dan berwawasan terhadap masa depan setempat. Atas usaha beliau dan dengan kerjasama seluruh penduduk TIP dan Taman Politeknik maka pada hari ini harapan mereka untuk mendapatkan sekolah yang dekat dengan kawsan tempat tinggal mereka menjadi kenyataan.
Dan dengan gandingan Ketua Pemuda beliau yang aktif dan aggresif(Sdr Azizi), Timbalan yang boleh berganding, Ketua Wanita yang kuat menyokong, Ketua Puteri yang proaktif serta seluruh AJK sayap-sayap yang umpama segenggam penyapu lidi yang kukuh membuatkan aktiviti yang mereka anjurkan sentiasa berjaya dilaksanakan. Malah isteri beliau juga begitu mesra dengan kami seolah seperti ada pertalian kekeluargaaan dengan kami. Aura UTARA begitu terhidu disini......
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
0 Responses to KETUA UMNO CAWANGAN TAMAN INTAN PERDANA, TELUK KEMANG