SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

INSAN INI JUGA PERLUKAN PERHATIAN

Posted by Detguaq Saturday, September 12, 2009

Wajah sugul Abang Sharif

Kesan bekas bedah jantung

Parut yang boleh dilihat membuktikan penderitaan beliau


Ibu yang uzur hanya setakat dapat melemparkan senyuman tawar dan kosong



Slip penerimaan permohonan JKM dan Kad OKU


Lihatlah tarikh yang tertera, iaitu 19/11/2008!!!!

Sudah menjadi rutin mingguan aku kena ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani yang serba canggih hasil dari kesungguhan 'KERAJAAN ZALIM'. Setiap Selasa dan Khamis aku keunit Fisioterapi untuk tujuan pemulihan tangan kanan aku yang tercedera kerana kemalangan dirumah enam bulan lepas. Alhamdulillah kini ada jari-jari tangan kanan aku kembali boleh berfungsi dan membantu tangan kiri aku menaip kembali keyboard.

Semenjak aku hadir ke unit berkenaan, aku tertarik dengan salah seorang pesakit yang mengalami kecederaan yang lebih serius dari aku yang aku bahasakan abang kerana aku nampak dia macam lebih berumur dari aku. Beliau telah beulang keunit ini dan unit rehablitasi hampir dua tahun. Beliau mengalami kecederaan parah dikedua-dua tangan beliau kerana terkena mesin pemotong bolehubah(Portable). Bayangkan tanpa fungsi kedua-dua tangan selama lebih dari setahun dan kini berharap dengan daya yang minimum terhadap kedua-dua tangan berkenaan. Pekerjaannya sebagai tukang rumah terpaksa di'pencen'kan. Beliau kini hanya mampu untuk memungut sampah sarap yang boleh dikitar dan juga barang-barang lusuh dari tong-tong sampah sekitar Bandar Sungai Petani. Dan keadaan semasa ialah penurunan ketara harga barang-barang lusuh dan kitar semula seperti plastik, kertas, tin aluminium, lebihan keluli binaan dan sebagainya. Semalam, hari Khamis dalam keadaan poket yang hampir kosong, beliau dikejutkan oleh kakitangan unit fisioterafi HSAH dengan pemberian duit hasil kutipan mereka yang beliau sendiripun tidak menjangkakan. Rupanya Allah telah menggerakkan hati-hati mereka ini untuk menginfakkan sedikit duit dari mereka untuk dihulurkan kepada abang tersebut......sempena Ramadhon mungkin. Walaupun pada sesetengah dari kita menganggap jumlah itu kecil, kerana jumlahnya hanya cukup untuk satu keluarga berbuka sekali hadap diRestoran atau Hotel, tetapi bagi beliau ia memadai untuk memenuhi keperluan untuk seminggu dua.

Lalu aku terpanggil untuk menziarahi 'istana' beliau diKg Sungai Din, Kampung Sungai Gelugur, Sungai Petani. Aku pergi tanpa pengetahuan beliau kerana sengaja nak bikin kejutan konon. Keran tempat berkenaan secara umumnya aku tahu, kerana aku telah biasa dengan tempat berkenaan kerana aku pernah tinggal dikawasan berhampiran pada tahun 90an dan sementelahan aku juga seorang 'supir taksi'. Cuma aku terpaksa meggagau untuk mencari rumahnya kerana kedudukan rumah yang berselerak.

Setelah hampir setengah jam melilau, akhirnya aku temui rumahnya. Salam yang aku beri dijawab oleh emak beliau yang hanya mampu duduk dikerusi lusuh kerana masih lagi belum pulih sepenuhnya dari kecederaan kainya yang patah kedua-dua belah. Kemudian aku menanyakan mengenai Abang Shariff. Ternyata dia ada dirumah, dan tertidur, mungkin keletihan selepas menjalani latihan fisio tadi. Setelah tiga empat kali digerak oleh suara ibunya barulah belia bingkas bangun dan keluar menyambut aku dengan perasaan haran.

Akupun ceritakan niat sebenar aku mencari beliau sehingga keteratak beliau. Dari satu cerita kesatu cerita beliau luahkan pada aku. Aku hendak mulakan dengan kisah permohonan beliau dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Premohonan beliau untuk mendapatkan saraan tetap sehingga kini telah memasuki 10 bulan tetapi tiada apa-apa jawapan lagi. Sebenarnya selepas membuat permohonan, beliau ada membuat susulan selepas sebulan, namun pihak JKM mengatakan permohona beliau masih baharu dan belum lagi disemak. Begitulah beliau lakukan sehinggalah bulan ketiga dengan jawapan yang sama. Ini menyebabkan beliau berdiam diri sehingga kini, takut-takut langkah susulan seterusnya akan membuatkan mereka meluat dengan beliau. Dan kerana khuatir takut-takut JKM tidak memperoses permohonan beliau, sedar tak sedar kini sudah 10 bulan beliau menunggu jawapan......Walaupun beliau telah mendapat pengesahan sebagai OKU, namun kad yang ada hanya boleh membantu beliau untuk mendapatkan rawatan percuma, diskaun tiket pengangkutan awam dan beberapa kemudahan lain. Yang ini beliau mengucapkan terimakasih kepada kerajaan, tetapi memandangkan beliau merupakan pencari rezeki tunggal yang menganggung ibu yang uzur serta anak-anak buah yag dibela umpama anak sendiri dan keadaaan diri beliau yang juga tidak sihat, aku terpanggil untuk menyuarakan bagi pihak beliau jeritan hati yang beliau tanggungi selama ini. Beliau juga mengalami kencing manis dan simptom sakit buah pinggang juga telah ada isyaratnya.

Beliau juga pernah pergi menemui wakil rakyat sekarang, tetapi pihak mereka rupanya hanya setakat mampu menalipon pihak-pihak tertentu seperti jabatan-jabatan berkaitan sebagai pertolongan kerana dia diberi tahu pihak mereka tiada peruntukan untuk membantu beliau. Dan beliau juga memberitahu aku hasrat beliau untuk mendapatkanbantuan untuk membaiki rumah, kerana aku dapati kawasan yang beliau duduki sekarang selalu dinaiki air sehingga membanjiri seluruh rumah beliau sehingga meroskkan dinding rumah.

Diakhir perbualan beliau dengan nada sayu memohon agar siapa yang berkeperihatinan dan berkemampuan untuk menghulurkan bantuan kepada beliau, kerana sebagai pemungut barang-barang lusuh secara kecil-kecilan beliau sentiasa hidp dalam keadaan defisit, kerana pemborong yang beliau bergantung harap sudah menjadi ceti, iaitu memberi pinjam duit tetapi datang mengutip hasil carian barang lusuh beliau dengan harga main ikut sedap sendiri kerana keadaan sudah menjadi timun dan pisau.

**Artikel ini sepatutnya aku siarkansemalam, 11/09/09, tetai tidak berkesempatan, lalu aku tunda kehari ini.

0 Responses to INSAN INI JUGA PERLUKAN PERHATIAN

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO