SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

ANTARA TAWA DAN TANGISAN

Posted by Detguaq Wednesday, September 16, 2009

Semalam aku sengaja menyibukkan diri dengan aktiviti UMNO Bahagian pada sebelah pagi dan puteri pada sebelah petang sebaagi tanggungjawab aku terhadap parti..

Semasa kami sedang mengiringi Jentera UMNO Bahagian untuk mengagih-agihkan sumbangan Hari Raya, pelbagai peristiwa dapat aku saksikan dalm wad-wad. Ketika diwad kanak-kanak aku dapat melihat ibu-ibu yang tidak bermaya selepas bertarung dengan kesakitan demi ingin melihat waris baru, begitu juga anak-anak yang terpaksa berjemur dibawah cahaya ultra violet kerana kekuningan. Kami terserempak juga dengan seorang kanak-kanak lelaki yang cedera dilanggar ketika pulang dari masjid.

Ketika diwad wanita, sedang kami memberi sumbangan, kami dikhabarkan ada seorang pesakit wanita baru meninggal dunia kerana 'stroke'. Kami dimaklumkan bahawa pesakit berkenaan sudah tua dan terlalu uzur. Terkejut juga bila difahamkan mereka tidak dapat mengesan waris wanita berkenaan, mujurlah Abang Omar setiausaha kerja merupakan jiran sekampung kepada mennantu wanita berkenaan, dan urusan selanjutnya dapat diuruskan dengan lancar. Ketika didalam wad ini aku dapati ada beberapa lagi pesakit yang lanjut usia. Ada pula seorang makcik yang pada pengamatan aku sakit buah pinggangnya sudah agak teruk.

Begitu juga ketika diwad pesakit lelaki, ada seorang pesakit hati yang kronik dan berkeadaan muram, mungkin sudah putus harapan. Kulitnya yang kering dan mengelupas adalah mungkin samada kerana tindakbalas kepada ubat-ubatan atau mungkin juga kerana kesan dari hatinya yang tidak berfungsi dengan normal. Hiba aku. Dan pada seorang lelaki muda yang hanya boleh terlentang dalam keadaan yang mengiring, aku bertanya sebabnya. "Saya jatuh dari tingkat lima sebuah bangunan". "Sebab kerja ke?" aku tanya lagi. "Tak, saya ditolak oleh lelaki mabuk yang memeras ugut saya. Disebabkan saya tak berduit dia menolak saya dari bangunan". Allah.......mengapa kejamnya manusia ini. Eh eh ini bukan manusia, ini syaitan. Aku hanya dapat luahkan rasa sedih dan kasihan kepadanya. Dan berharap dia akan Allah sembuhkan kelak.

Yang seorang lagi tu baru sahaja dimasukkan kewad dan sentiasa menekan bantal keperutnya walaupun sudah disuntik. Mungkin belum meresap sepenuhnya cairan tadi. Beliau adalah pesakit gastrik yang sudah teruk. Mungkin sudah jadi ulcer perut. Disebabkan terlalu skit, kehadiran kami tidak dihiraukan. Aku faham.....

Semua sumbangan selesai diagihkan dengan lancar atas kerja sama pengarah hospital dan kakitangan-kaikitangannya dalam tempoh kira-kira sejam. Sungguh berdedikasi mereka-mereka ini. Walau penat, senyum tetap terpahat. Mereka gembira bekerja dan tinggal disini kerana suasananya. Dibelakang Hospital, tersergam bangunan agam milik Allah yang sungguh indah menghias dan melengkapkan lanskap. Itulah Gunung Jerai.

Selesai aku ikut sdr Mokhtar, PA Dato' Shuhaimi disini. Aku ambil semua gambar-gambar aktiviti Dato' untuk aku proses sebagai galeri foto maya.

Sebelah petangnya pula aku berkesempatan menghadiri majlis berbuka anjuran Puteri Jerai yang menjemput ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim sekitar Parlimen Jerai untuk diraikan sebagai tetamu istimewa. Hotel Seri Jerai milik NAZA Motors menjadi pilihan. Suasana disekelilingnya sungguh mempersonakan. Tak sangka ianya sebegitu aman......Ramai watan yang tak tahu, termasuk aku. Itulah kali pertama aku menjejakkan kaki kesana. Aku tiba tepat pada waktunya. Mereka sudah duduk ditempat masing-masing sementara doa selamat dibacakan oleh Ustazat Ali, AJK Bahagian. Turut hadir ialah kekanda Aziz Din dan ayahhnda Ahmad Md Noh, setiausaha Bahagian. YB Dr Leong juga hadir atas semangat perpaduan diiringi oleh pembantu beliau. Selesai berbuka semua tetamu diberi sumbangan hari raya oleh Puteri UMNO Jerai dan turut menyumbang, ialah ibu kepada Puan Hafizatulnisah.

Majlis berjalan lancar dan berakhir ketika jam menunjukkan 8.30 malam.


Pesakit gastrik yang sudah teruk

Inilah adik yang dilanggar semasa pulang dari masjid

Tiada perkataan yang hendak aku luah, gambar ini menceritakan semua


Kasihan anak muda ini yang gelap masa hadapan kerana
manusia lain yang lebih hina dari binatang




0 Responses to ANTARA TAWA DAN TANGISAN

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO