SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

LEPAS RAYA ADA RAYA

Posted by Detguaq Friday, September 4, 2009

Baru sebentar tadi aku dengar TV3 mengumukan kematian ADUN Bagan Pinang, dalam Parlimen Telok Kemang. Yang Berhormat Bagan Pinang adalah dari Barisan Nasional(UMNO). Dibawah adalah berita yang aku petik dari Malaysiakini.

ADUN BN Bagan Pinang NS meninggal
Sep 4, 09 3:21pm
ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.

Beliau meninggal dunia pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.

Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 54, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi.

Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.

Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.

Dalam pilihanraya umum lalu, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Manakala DUN Chuah pula dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR).

Azman juga merupakan naib ketua Umno bahagian Teluk Kemang.

Menurut Bernama, anak lelakinya Hairol Asfani, 22, berkata bapanya meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah.

BN menguasai 21 daripada 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan. Dalam pilihan raya lalu, DAP menang 10 kerusi, PKR (4) dan PAS (1).

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Normah Zainal Abidin, 49, dan lima anak iaitu Mohd Khusairi, 23, Hairol Asfani, 22, Norsyazila, 19, Norsyafikah, 16, dan Norsyafitra, 13.

Hairol Asfani yang ditemui pemberita di hospital itu berkata bapanya dimasukkan ke hospital pada jam 3.30 pagi tadi akibat demam dan tidak boleh berjalan.

"Ayah mengadu demam sebelum ini tapi boleh berjalan tetapi lepas berbuka (puasa) petang semalam ayah tidak boleh berjalan," katanya.

Beliau berkata semua anggota keluarga berada di sisi bapanya semasa allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 2.30 petang.

Hairol Asfani berkata bapanya pernah menjalani pembedahan pintasan koronari pada Mei lalu.

Turut hadir di hospital ialah Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan ekas Menteri Besar yang juga Ketua Umno Bahagian Telok Kemang Tan Sri Mohd Isa bdul Samad.

"Allahyarham merupakan kawan lama saya dalam Umno, tambahan pula beliau dalah Naib Ketua Umno Bahagian Telok Kemang dan telah berkhidmat dengan baik. aya berharap keluarga allahyarham dapat bersabar menerima dugaan ini dengan abah," kata Mohamad.

Mohd Isa pula berkata pemergian allahyarham adalah kehilangan seorang tokoh mno Bahagian Telok Kemang dan Negeri Sembilan.

Katanya allahyarham adalah seorang yang taat kepada parti dan komited dalam ugasan yang diberikan kepadanya.

Jenazah allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan kariah Bagan Pinang malam ini.

Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Abdul Razak ansor berkata beliau akan mengemukakan notis mengenai kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang kepada SPR Isnin ini (7 September).

"Terpulang kepada SPR untuk menentukan tarikh penamaan dan pengundian bagi ilihan raya kecil DUN itu," katanya.


####################################################################

Pertama kali aku baca blog UMNO Bagan Pinang, aku ingat DUN ni ada dalam Negeri Pulau Pinang, rupanya DUN 31 ini berada dalam Negeri Sembilan dimana blog berkenaan walaupun menggunakan nama resmi UMNO Bagan Pinang namun ianya sebenarnya adalah milik peribadi seorang blogger pu3 UMNO, Roshatika. Komen aku pernah tidak disiarkan oleh pengendali blog mungkin kerana fakta yang aku beri sukar ditangkis. Tetapi bukan itu yang aku nak sentuh.


SEBENARNYA AKU NAK INGATKAN PRESIDEN PARTI, DATO' SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK DAN TIMBALAN PRESIDEN, TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN TIDAK MEMBUAT KEPUTUSAN TERBURU-BURU MENGENAI CALON YANG BAKAL DIPILIH UNTUK N31 NANTI.

JANGAN SAMPAI PISANG BERBUAH LAPAN KALI!!!!


DAN SESIAPA SAHAJA YANG DIANGGAP LIABILITI DALAM UMNO JANGAN TURUT SERTA DALAM KEMPEN KALI INI. KALAU DIBUKIT GANTANG KITA BOLEH INGATKAN LIABILITI-LIABILTI DALAM UMNO AGAR TIDAK MENONJOLKAN DIRI, AKU HARAP IA JUGA BOLEH DIPRAKTIKKAN OLEH UMNO DALAM PRK N31 NANTI.

LAKSANAKANLAH DEMI KEMENANGAN UMNO!!!!


BERSATU-BERSETIA-BERKHIDMAT

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Apakah sekali lagi medan PRK ini sekali lagi dijadikan gelanggang untuk membunuh karekter dan peribadi calon? Diharap pembangkang tidak memulakan serangan peribadi terhadap calon.

7 Responses to LEPAS RAYA ADA RAYA

  1. MPP Says:
  2. Salam tuan rumah.

    Betoi apa yang hang kata tu det...

    Pilih calon yang bersih dan kelihatan bersih. Kalau dak, mampuih laa unit maya nak bersilat di gelanggang siber macam kat N11 hari tu.

    Aku pun dok belajaq jurus silat baru ni... hahaha.

    Jurus ni nama "Hikmat petama Photoshop mengegar kepala".

    Habih tergeliat urat kepala dok pulun belajaq jurus ni.

    Hahahaha.

     
  3. red rooster Says:
  4. Bang Det,
    ...saya masih dok tunggu bila Umno betui2 nak berubah. Lama dah yg depa dok kata nak berubah... kalau dok buat seluloi mcm di Permatang Pasiag... hmm..letih!

     
  5. Detguaq Says:
  6. Salam Che Wan, kita boleh belajaq bersama-sama sebab kita berdua adalah novis, lepas satu dua percubaan, kita boleh jadi expert pula. Ada dua tiga hasil kerja tangan yang dah siap, tetapi buat masa sekarang hanya untuk simpanan, mungkin akan diproduce selepas akhir Ramadhon....

     
  7. Detguaq Says:
  8. Salam RR,

    Marilah kita pakat berusah. lepas tu berdoa dan kemudian berazam untuk terus menegur pemimpin kerana sayangkan UMNO.

     
  9. Anonymous Says:
  10. SALAM:

    Kita..yang dibawah ni saja...bimbang dan gusar.Depa yang berkenaan tidak terasa apa-apa pun, kalah menang tetap ada habuannya...lepas tu, agak kurang popular..buat kenyataan nak lompat.Saham terus melonjak naik tiba-tiba....


    wassallam

     
  11. Detguaq Says:
  12. APdS,

    Bab rasa ni, adalah bab ghaib, ttp setakat nak menduga tu bolehlah juga. Pada aku game yang depa main memang tak sama dengan game yang kita main. Pergerakan depa semuanya kekadang sampai 4 5 step advance. Kita hanaya bwercakap apa yang kita nampak dan rasa. Tetapi kekadang apa yang kita napak dan rasa itulah yang paling praktikal berbanding dengan apa yang depa atur mpat lima langkah kedepan... keran mereka terlalu banyak 'assuming'

     
  13. seberangi Says:
  14. mampu ka UMNO nak bertaichi dengan Maharaja taici Kedah? yg ana tau Azizan Razak taici PKR dan MCA pun tercucuk hidung sendiri.

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ