Aku tiba dengan rombongan Perhubungan UMNO Negeri Kedah keN31 pada pukul 8.30 malam keTeluk Kemang setelah bertolak dari Sungai Petani(Padang Temusu) pada pukul 2.30ptg. Kami berempat, iaitu aku, Rosli Ahmad, Haji Ahmad Noor dan Dato' Zubir Saad, Timbalan Pengerusi Biro Penerangan UMNO Negeri Kedah.
Dan dari Tanjung Malim kami berlima dengan Dato' Bakri Haji Ali Mahamad, Pengarah Pusat Sumber UMNO Negeri Kedah terus keParlimen Teluk Kemang dan sesampai diBilik Gerakan Taman Intan Perdana, kami disambut oleh Encik Razak Ariffin, Ketua Cawangan UMNO Taman Intan Perdana seperti yang telah diatur dan diurus lebih awal oleh pihak Perhubungan UMNO Negeri.
Ketibaan kami mendapat bonus, bila pada malam yang sama juga Tan Sri Isa tiba ketempat yang sama untuk merasmikan bilik gerakan peti undi tersebut. Tentunya anda masih ingat megenai posting sebelum ini mengenai TSIS. Dan sudah tentunya akulah yang paling teruja untuk mendengar sendiri ucapan TSIS. Dan begitu juga penduduk yang semasa ketibaan kami begitu ramah menyambut ketibaan kami. Kelihatan mereka sangat-sangat bersemangat untuk membantu jentera parti bagi menjamin kemenangan UMNO N31, begitu juga rombongan kami dari Kedah.
Sebaik ketibaan TSIS pada pukul 9.15mlm, pihak pasukan bilik gerakan menyambut ketibaan beliau dan selepas doa selamat dibacakan, beliau dijemput untuk merasmikan Bilik Gerakan berkenaan.
Selepas Encik Razak berucap ringkas, TSIS dijemput pula untuk menyampaikan ucapannya. Skill berucap beliau ternyata seperti sebelum ini seperti ramai yang tahu. Beliau memberi kata-kata semangat kepada jentera Taman Intan Perdana dengan mengharapkan mereka terus memberi komitmen sepenuhnya bagi mendapatkan undi optimum dari peti undi mereka.
Ketika ucapan, apa yang menyentuh hati aku ialah bia beliau mahu seluruh jentera-jentera UMNO bagi PRK N31 memfokuskan kepada memenangkan UMNO kerana kemenangan kali ini amat bermakna kepada UMNO secara khusus.
"Tuan-tuan janganlah terlalu memikirkan mengenai calon. Siapapun yang dipilih oleh Presiden parti sebagai calon untuk DUN N31 wajiblah disokong seratus peratus. Yang lebih penting ialah menjamin kemenangan BN dengan majoriti yang besar, InsyaALLAH!!!".
Pengumuman beliau ternyata begitu jelas, telus dan pada pandangan aku begitu tulus. Suara dari seorang pemimpin yang cepat membaca kehendak rakyat ketika ini. Semuga elitis UMNO Teluk Kemang terbuka dan tidak terlalu EMO(pinjam istilah Encik Ariffin) dalam mengidolakan pemimpin.
Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com
SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
Followers
Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog
HIMPUNAN JUTAAN BELIA
RAKYAT DIDAHULUAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Mengenai Aku
Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
BLOG ARCHIVES
-
▼
2009
(274)
-
▼
September
(19)
- PLAZA RAKYAT: SIAP!!!
- TAHNIAH KPN.
- LEPAS RAYA ADA RAYA
- ISA DIBAGAN PINANG: PEMBANGKANG JUGA SETUJU!?!?!?!?
- APA YANG MEREKA SEMBAH?
- INSAN INI JUGA PERLUKAN PERHATIAN
- PASAR RAMADHON GUAR CHEMPEDAK
- PROGRAM PENGIMARAHAN MASJID UMNO BAHAGIAN MERBUK: ...
- ANTARA TAWA DAN TANGISAN
- KU SUSUN JARI NAN SEPULUH.....
- SAH!!! TAN SRI ISA SAMAD........
- RUMAH TERBUKA DATO' JAMIL KHIR
- ISA N31: SOKONGLAH SIAPA SAHAJA CALON!!!
- KETUA UMNO CAWANGAN TAMAN INTAN PERDANA, TELUK KEMANG
- MAJLIS PECAH TANAH SEKOLAH DITAMAN INTAN PERDANA
- LOKASI-LOKASI UTAMA DI DUN N31
- ISA N31: RAKYAT BAGAN PINANG DIDAHULUKAN, PENCAPA...
- WAJAH CERMINAN SIKAP
- PIS TERCUNGAP!!!
-
▼
September
(19)
Bagus lah kalau TSIS cakap macam tu ...
Selalu sebelum dinamakan (umum secara rasmi) calon BN,
ramai orang akan bercakap nada sedemikian ...
Tapi, bila sejurus TPM umumkan calon, dan kena pulak bukan
namanya yang disebut, maka segalanya berubah tiba-tiba ...
Hati jadi gundah, otak jadi mereng ... jiwa jadi kacau ...
serasa seperti donia dah nak ditiup sangkakala Kiamat!
Harap-harap sindrom "kalih" tak dak pada mana-mana kem di
N31 Bagan Pinang kali ni, kalaupun nama yang disebut TPM
bukanlah dari kem yang diwakili ... Sayangi UMNO lebih dari
sayang kepada individu dan kem ... UMNO perlu menang!
Wassalam.
TQ Det di atas artikel kali ni, cerita la lagi banyak pasai
DUN Bagan Pinang yang hang tengok sendiri dengan mata kapla.
Aku menantikan repot dari hang Det!
AloQStaQ
Terima kasih Aloq Setaq,
Aku akan update secara harian dan mungkin antara dua hingga tiga artikel sehari jika berkesempatan. Aku juga akan cerita megenai Ketua Cawangan UMNO Taman Intan Perdana.
uihhh....mana gambaq "recycle" hang tu det? dah berubah ka? "Berani Berubah" sungguh hang det....hehehhehe....apa2 pun...lanyak je laaaahhh...demi Islam, Bangsa dan Tanahair...
Duke,
Agak kalut aku hari ni dan la ni baru ada masa nak belek blog ni. Dan gambaq tu masih ada......
Aku harap hang turut turun bersama pada cuti hujung minggu kesini bagi merasai sendiri pengalaman berekmpen di Bagan Pinang. Tadi aku ber SMS dengan Mejar.....