Sebenarnya semalam, aku sempat mengikuti xtvt pu3 Jerai. Pasukan mereka sentiasa sahaja bergerak tanpa menunggu pema. Che Tun bersama-sama seluruh pu3 Umno Jerai kali ini telah mengadakan xtvt bercorak retro, iaitu projek WAYANG PACAK(WP). TAHNIAH kepada adik-adik(anak2?) Pu3 Jerai atas inisiatif ini. Buat pertama kali(02/08/2009) mereka telah mengadakan xtvt WP ini ialah diKuala Sungai Limau. Dan pada 08/08/2009 nanti pula Batu 2 jalan Jeniang menjadi tapak projek ke 2 dan akan di ikuti dengan lain-lain tempat dalam seluruh Parlimen Jerai, InsyaAllah. XTVT ini adalah bersempena Bulan Kemerdekaan yang akan disambut sehingga September depan.
Cuma aku nampak ada sedikit extra slot bagi menarik dan memaku khalayak yang hadir. Cerita yang berkisar tentang kemerdekaan bagi aku adalah sesuai sekali bagi menyedarkan liku-liku sejarah tanah air bagi membangkitkan semangat cintakan negara terutamanya Generasi Z. Untuk itu selingan seperti cerpen kartun tempatan misalnya Upin dan Ipin dipermulaan dan anak-anak sidek (sebagai contoh) diakhir cerita berkaitan sejarah sebelum dan selepas merdeka mungkin boleh memaku khalayak untuk menonton sehingga akhir sesuatu filem yang berat seperti Hati Malaya yang telah ditayangkan semalam. Kehadiran juga tidaklah mengecewakan bagi buah tangan sulung projek ini dari Pu3 Jerai.
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
0 Responses to PU3 JERAI SEMAKIN AGRESSIF