SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

DATO' ZUBIR SAAD(ZUFFA) VS MERBOK TIMES

Posted by Detguaq Sunday, August 23, 2009

Beberapa hari yang lepas aku menerima sekeping nota dari seseorang yang tidak mahu didedahkan identitinya dan mengakui rapat dengan Dato' Mahamad Zubir Seeht Saad, pemilik Rangkaian Zuffa Farmasi, iaitu farmasi yang mempunyai cawangan- cawangan hampir di setiap bandar-bandar dan pekan-pekan diUtara Tanah Air. Beliau meminta aku siarkan tulisan beliau mengenai Dato' Zubir Saad sebagai imbangan dari apa yang telah ditulis oleh penulis yang tidak dikenali dalam blog Merbok Times.

Selepas meneliti apa yang ditulis, aku mengambil keputusan untuk menyiarkan tulisan ini dengan tujuan agar perbandingan dapat dibuat dan keputusan adalah ditangan setiap yang membaca. Setiap dari kita mempunyai akal untuk berfikir dan janganlah hendaknya fikiran kita dipandu oleh pihak ketiga yang mungkin mempunyai kepentingan tertentu dalam membuat keputusan.
INGAT!!! Keputusan adalah ditangan anda sendiri.

Namun sebelum aku siarkanapa yang tertulis dalam nota tersenut aku hendak mengajak sesiapa yang membaca agar sama kepada diri sendiri:

1. Apakah perasaan kita jika beliau terus bersimpati kepada PIS sedangkan beliau banyak juga mendapat peluang-peluang perniagaan dari Kerajaan BN?

2. Apakah beliau tidak layak menjalankan perniagaan dalam bidang farmaseutikal, iaitu bidang perniagaan yang suatu masa dahulu amat kurang disertai oleh orang Melayu?

3. Dato' Zubir Saad mempunyai kelulusan dalam bidang farmasi, jadi tidakkah bidang farmaseutikal adalah bidang yang amat bertepatan sebagai teras perniagaan beliau?

4. Tidak marahkah kita jika beliau masih lagi terus cenderung untuk bersimpati dengan PIS pada hal dalam masa yang sama mendapat peluang membekal ubat-ubatan dengan Kementeria nKesihatan?

5. Jika dibandingkan dengan kakitangan kerajaan yang makan gaji dengan kerajaan, twetapi pada masa yang sama menentang pihak yang membiayai hidup mereka sekeluarga dan langkah beliau menyertai UMNO atas pelawaan ahli-ahli UMNO sendiri, yang manakah yang lebih patut?

6. Dan kalau anda menolak beliau untuk menabur khidmat bakti dan berikrar untuk taat setia kepada sebuah parti yang menjaga kepentingan orang Melayu iaitu UMNO, maka kemanakah haluan beliau yang hendak anda cadangkan agar Dato' Zubir dapat bergiat, berkhidmat dan menyumbang dalam bidang politik?

Aku tidak akan memandu kalian bagi menjawab pertanyaan diatas. Tepuk dada tanya selera!

Nota ini adalah komen kepada apa yang telah ditulis dalam blog Merbok Times.

13 August, 2009

BONGKAR!!! Ada talibarut Anwar dalam AJK UMNO Bahagian Merbok.

Pendedahan di bawah telah dibuat oleh Pengintip UMNO. Jika benar seperti kenyataan pengintip UMNO bermakna UMNO Bahagian Merbok telah tercemar dengan anasir PENGKHIANAT MELAYU.

Seharusnya ahli-ahli UMNO dalam Bahagian Merbok menentang anasir ini.
Pengintip umno said... Berita semasa buat analisa keputusan G7 Merbok !
Dato Zubir Saad Ketua Penarangan yang dilantik,TOWKAY ZUFA FARMASI menang no 1 ! WOW !siapa Zubir ? dan macam mana dia boleh menang dengan begitu banyak ?

Dato’Zubir Saad Berjaya memperolehi undi terbanyak kerana faktor beliau rajin turun kecawangan-cawangan untuk membantu mereka dalam aktiviti-aktiviti akar umbi. Pelbagai bantuan dalam berbagai bentuk juga telah disalurkan kecawangan-cawangan dalam Parlimen Merbok dan Pejabat UMNO Bahagian sepanjang beliau menjadi ahli UMNO Merbok.

Zubir merupakan seorang ahli PAS yang cukup fanatik satu ketika dulu terutama sekali semasa pilihanraya tahun 1999 dan 2004. Dia juga merupakan penyumbang terbesar kepada Tabung PAS dan Parti Keadilan.

Sebenarnya Dato’ Zubir tidak pernah menjadi ahli PIS secara resmi, beliau hanya cenderung untuk bersimpati dengan perjuangan PIS, namun setelah melihat perjuangan PIS tidak dapat membantu memaju dan memakmurkan Negara dan rakyat, maka hatinya bagai ditarik untuk menjadi ahli UMNO dan berkhidmat untuk orang Melayu melalui UMNO sebagai wadah. Sekali air bah sekali pantai berubah. Makhluk sentiasa bersifat baharu, Allah Maha Kekal. Maka adalah wajar pada waktu itu jika beliau menyumbang kepada PIS(Keadilan?) Dan rugikah ahli UMNO terutamanya diMerbok jika beliau menjadi penyumbang pula kepada UMNO Merbok? Tidakkah ahli UMNO Merbuk patut berasa bertuah dapat merasa sumbangan dari Dato’ Zubir, seorang usahawan Melayu yang Berjaya? FANATIK? Perlukah seorang yang mempunyai ilmu dan pandangan secara berakal seperti beliau bersikap fanatik? Pernahkah anda melihat beliau menjerit dijalanan, atau berguling-guling dijalan raya sebelum menyertai UMNO? Namun baru-baru ini ketika demonstrasi menjunjung Kedaulatan Raja-raja dan Sultan-sultan Melayu barulah kita dapat melihat beliau beraksi.

Zubir juga merupakan proksi dan rakan karib AL JUB ANWAR IBRAHIM.Banyak projek bekalan ubat ubatan kepada hospital Kerajaan diberi oleh AL JUB ANWAR kepada dia.

Rakan karib Brader Anvar Bin Ibrahim? Semasa dalam kerajaankah maksud pengintip? Mungkin pengintiplah sebenarnya rakan karib Brader Anvar Bin Ibrahim semasa Brader Anvar Bin Ibrahim menjadi menteri dalam Kerajaan BN? Malahan mungkin pengintiplah sebenarnya PROKSI Brader Anvar Bin Ibrahim sehingga kini!

Dan sayugia dimaklumkan khidmat membekal ubat-ubatan kepada Kementerian Kesihatan beliau perolehi bukanlah ketika Brader Anvar Bin Ibrahim berada didalam BN. Walaupun beliau mula bergiat aktif dengan menubuhkan syarikat beliau pada sekitar 1992 , bidang yang menjadi sasaran utama adalah peruncitan. Semasa memulakan perniagaan berbentuk farmaseutikal ini, beliau adalah merupakan perintis dari kalangan MELAYU/Bumiputera yang mengorak langkah menceburi bidang itu. Semenjak dari itu perniagaan beliau telah berkembang pesat sehingga kini dengan rangkaian cawangan farmasi beliau bertebaran di Utara Tanah Air dan InsyaAllah akan berkembang keseluruh Malaysia selepas ini dengan setelah pihak PUNB meluluskan pinjaman untuk tujuan berkenaan.

Selepas beliau merintis perniagaan ini dan berjaya berkembang, barulah beberapa orang Melayu/bumiputera yang berkelulusan dalam bidang farmasi mengikut langkah positif beliau sehingga kini kita boleh lihat farmasi-farmasi milik orang Melayu/Bumiputera berkembang dimerata tempat dimana suatu masa dahulu tiada farmasi milik Melayu/Bumiputera yang dapat dilihat.
Beliau juga ingin menegaskan bahawa selama ini bidang peruncitanlah yang menjadi penyumbang terbesar pendapatan syarikat farmasi beliau, dimana sektor peruncitan menguasai 90% dari nilai pendapatan manakala 10% lagi barulah dari kontrak perbekalan dengan Kementerian Kesihatan.

Maka sebagai ahli perniagaan, wajarlah beliau menjalinkan hubungan yang baik bukan sahaja dengan rakyat, malahan dengan kerajaan yang memerintah juga, sedangkan N.ajis yang memusuhi UMNOpun sentiasa mahu mengendeng Kerajaan Pusat, apatah lagi ahli perniagaan yang antara cabang perniagaannya ada kaitan dengan Kementerian tertentu.
Dan beliau mengatakan bahawa beliau memang perlu berbaik-baik dengan semua orang kerana beliau adalah orang yang berniaga. Beliau juga telah mengikrarkan diri beliau untuk taat dan setia kepada UMNO dan Perjuangan UMNO yang sebelum ini selama menjadi orang yang bersimpati dengan PISpun tidak pernah berikrar begitu, maka beliau meminta agar ahli UMNO mempertimbangkan hasrat beliau dengan akal yang rasional.

Sejak bila Zubir menjadi ahli UMNO ? cawangan mana ? apa hubungannya dengan Mahadzir Khalid dan Tajul ? Adakah semua perwakilan UMNO telah dibeli oleh Zubir ?

Beliau menjadi ahli UMNO cawangan Taman Wira dan itulah cawangan pertama beliau sehingga kini. Beliau mula menyertai UMNO pada tahun 2008 sehinggalah kini. Hubungan beliau dengan MK dan Tajul sudah jelas, seperti juga anda sipengintip iaitu didalam politik mereka bersama-sama sebagai ahli UMNO. Dan memang mereka bersahabat dari dahulu semasa dialam persekolahan dan ketika diInstitusi Pengajian Tinggi. Apa yang salahnya jika hubungan mereka yang berjalan begitu lama? Bukankah Allah mencipta manusia (dengan berbagai perasaan ) perlukan manusia lain sebagai teman, sebagai rakan?


Adakah semua perwakilan UMNO telah dibeli oleh Zubir ?**Lebih baik soalan ini ditanyakan terus kepada perwakilan!!!
Merbok Times tolong bongkar ! adakah semua ini benar, jika benar UMNO telah diselinap masuk oleh agen agen Pakatan .

Merbok Times perlu bersemuka dengan Dato’ Zubir dari mendengar cerita nukilan dari pihak ketiga. Dato’ Zubir mohon yang teramat sangat kepada ahli-ahli UMNO Merbok untuk terus memandang kehadapan dengan penuh iltizam bagi mengembalikan Parlimen dan DUN-DUN ketangan UMNO/BN pada PRU yang akan dating dan PRU-PRU yang seterusnya, InsyaAllah!!!!
#*Ahli-ahli dan kepimpinan UMNO hanyalah pengisi yang sementara, tiada yang kekal kerana hanya Allah yang Kekal!

August 13, 2009 1:00 PM

13 Responses to DATO' ZUBIR SAAD(ZUFFA) VS MERBOK TIMES

  1. kapak said Says:
  2. untuk makluman semua, Datuk Zubir merupakan seorang yang berjaya sebagai Ahli perniagaan Melayu, walau apapun kiranya beliau menjadi ahli Pas seumur hidup sptmana yang selalu di gembar gemburkan oleh Jamaludin Jaafar (jj) dan Syed Osman sila kemukakan bukti. Sepatutnya Majer Anuar dan kumpulan jahatnya yang ada dalam umno bhg. merbok bersyukur kerana umno merbok mendapat seorang baik budi pekerti spt Datuk Zubir yg mahu bersama-sama umno memperjuangkan nasib bangsa melayu yg kini sedang di ganyang oleh bangsa asing keparat spt gobala krishnan parya tu...

     
  3. jibril Says:
  4. kepada bloger merbok times berhati-hatilah dalam penulisan anda, kerana terlalu banyak kata nista berbanding teguran secara ilmiah dalam penulisan anda., diharap selepas ini kiranya anda ingin menegur janganlah sampai menyentuh perasaan insan lain spt mengaitkan Datuk Zubir sebagai agen kepada Anuar Ibrahim....

     
  5. AKU NAK CADANG AGAR DATO ZUBIR AMBIL SAJA TINDAKAN MAHKAMAH KERANA TELAH MENJATUHKAN MARUAH BELIAU.AKU NAK PI JUMPA DIA DAN NAK TAWARKAN PEGUAM YANG PANDAI DAN HEBAT DI KL INI.AKU KENAL BAIK DGN PEGUAM DATO SYAFIE ABDULLAH.AGAR SEDIKIT SEBANYAK AKAN MEMBERI PENGAJARAN KEPADA MERBOKTIMES SUPAYA LEBIH HATI-HATI MEMBAWA ISU.








    N

     
  6. Anonymous Says:
  7. Aku pun hairan dengan puak puak hasad dengki dan buta perut,awat masih ada melayu yang macam ni..Dok busuk hati kat melayu berniaga.Manusia jenis apa puak puak ni.Lebih baik puak puak ni pakai cawat,masuk dalam hutan dok atas pokok..Biar kat bangsa lain berniaga.Tau kah puak puak ni bahawa dimana mana tempat,cina dan hindu beselerak berniaga..apatah lagi di sungai Petani..Melayu di Sungai Petani ada tak berapa kerat berniaga termasuk Pak man patut.-Puak puak ni,nak melayu jadi apa..Dtk.Zubir seorang yang berjaya dalam perniagaan.Dia melayu tulin,asal budak kampong jauh pendalaman.Tobiar,Pendang.La ni,dia berjuang dalam UMNO,kita patut berterima kasih kepada beliau.Masaalah dia dulu sokong parti apa pun,apa nak kesah..La ni,dia sedar dan menyokong Umno,itu lah yang kita nak..Yang puak puak ni dok pertikai pasai Dtk.zubir,apa ke jadahnya.-Ini tak bolih,itu tak bolih,Parti apa nak suruh dia berjuang..Tak kan nak ikut puak puak ni pakai cawat masuk hutan..Melayu la ni kena pikir jauh kedepan..Bangsa lain dah lah berjaya dalam berniaga,la ni depa dok nak perintah malaysia pula,tak reti lagi ke..Melayu nak pi kemana..Tak kan dok asyik berdengki tak sudah sudah..Dtk.Tajul jadi Ketua bahagian pun,puak puak ni dok komen itu ini..semua tak kena..Apa yang kena,kita pun tak tau..Jadi macam Tok mi ketua bahagian,kena ke..apa pun tak buat,yang dok ada pun lengkop.YAYASAN MERBOK..yang lain dia kerja kelentong dan dok pembohong ahli dan jadi tukang lawak bila besyarah..Dok pekena Tok Zam cari duit buat program..dimasa yang sama Mazlan Mahmud kenyang jadi macam ular sawa tak ada gigi..makan keliling..BERSAMBUNG LAGI..

     
  8. Detguaq Says:
  9. Aku tak kata Merbok Times tak betul segala, da juga yang betul yang telah blog berkenaan bangkitkan. Mengenai Dato' Zubir, orang yang memberi nota tu pada aku berharap agar selepas ini ahli-ahli UMNO Merbok pertimbangkan untuk memberi peluang Dato' Zubir untuk terus menyumbangkan pandangan, wang ringgit, ilham dan pendapat serta kepimpinan kepada ahli-ahli UMNO Merbuk. Hmmmm bertuah UMNO Merbuk kerana Dato' Zubir sentiasa bersama mereka kerana dia tinggal diSungai Petani sahaja. Cuma ahlipahli pula kenalah merapati beliau. Sebenarnya dia mudah untuk didekati oleh sesiapa sahaja dan mendekati masyarakat pula memang dah sebati dengan jiwa beliau, kata pemberi nota tu kepada aku.

     
  10. Org melayu Merbok nak berniaga pergi lah belajaq dr Dato Zubir.Melayu sejati berani berniaga di tengah -tengah pekan Sg.Petani dan dia dah berjaya.Mana ada Melayu yang berani macam dia berniaga kira-kira 15 thn yang lepas.Ada melayu yang naik tapi kena di beri tongkat baru bole berjalan .

     
  11. Detguaq Says:
  12. Salam Haji,

    Saya berharap untuk berjumpa sendiri bagi menilai siapakah dia yang bernama zubir ini. Memang saya dok 'wondering' dengan tubuh yang bernama zubir ini.

    Semuga saya dapat berjumpa dan berdialog dengan beliau, tetapi bukan hal politik sangat, saya juga berminat dengan cerita bagaimana beliau membina perniagaan beliau sehingga begitu berjaya sekarang ini.

     
  13. Anonymous Says:
  14. SAYA SIBERANGAN AMAT BERSETUJU DENGAN APA YANG DETGUAQ KATA. SEBAGAI ORANG MELAYU YANG BERJAYA, DATO ZUBIR MEMANG PATUT DI CONTOHI. RANGKAIAN FARMASI YANG BEGITU BANYAK DI SUNGAI PATANI, MALAH SEKARANG TELAH ADA DI MANA2 DI BANDAR2 SELURUH KEDAH. DEKATILAH DATO ZUBIR JIKA ADA KALANGAN ORANG MELAYU YANG INGIN BERJAYA DALAM BIDANG PERNIAGAAN.

    DARI SEGI BELIAU MENCEBURI BIDANG POLITIK DAN MENDAPAT TEGURAN DAN INTIPAN YANG TIDAK BERFAEDAH, ELOKLAH DI HENTIKAN SERTA MERTA. SEBAGAI SAORANG YANG BERPENGALAMAN DALAM UMNO, SAYA INGIN MENASIHATI DATO ZUBIR SUPAYA JANGAN BERKECIL HATI, KERANA DALAM UMNO NI MEMANG BEGITU. TAMBAHAN PULA SEKARANG BELIAU DI LANTIK MENJADI TIMBALAN KETUA PENERANGAN UMNO KEDAH, LAGILAH SIPENGINTIP MERASA GUNDAH GULANA ATAS KEJAYAAN BELIAU MENJAWAT JAWATAN YANG TERAMAT PENTING ITU.

    TERUSKAN PERJUANGAN WAHAI DATO ZUBIR.

     
  15. Detguaq Says:
  16. Salam Ramadhon,

    Anon 1:33

    Kekadang aku sebenarnya risau dengan keadaan dimana naik terlalu cepat......kerana dibawah mungkin belum ada medium untuk menyerap hentak jika jatuh mendadak. Hai....entahlah....

     
  17. Pemerhati Says:
  18. Aku membuat penilaian tersendiri dan mungkin orang lain pun sependapat dengan aku bahawa Dato' Zubir memang layak di lantik sebagai Ketua Penerangan Umno Merbok.Dato' Tajul tidak membuat perkiraan yang silap untuk melantik beliau sebagai regu untuk menguat dan memantapkan lagi Umno Bahagian Merbok.Dato'Zubir merupakan seorang usahawan melayu yang berjaya..Ini tidak bolih dinafikan olih sesiapa pun,apatah lagi di kalangan ahli ahli umno merbok..Aku melihat Dato'Zubir dapat menunaikan tanggung jawab dan amanah yang diberikan kepada beliau dengan sempurna..Sekalung tahniah aku ucapkan kepada Dato'Zubir kerana baru2 ini beliau telah di beri amanah dan tanggung jawab yang lebih besar dan mencabar dimana telah di lantik sebagai Timbalan Ketua Penerangan Umno Negeri Kedah dibawah Dato'Jamil Khir Baharum sebagai ketuanya..Aku berharap ahli ahli umno dimerbok khasnya dan di kedah amnya,jangan ragu dan bimbang dengan kebolihan beliau..Jauhlah hati kita daripada sikap buruk sangka kepada beliau.Kepada Dato' Zubir,aku ucapkan syabas dan teruskan perjuangan saudara untuk membela nasib bangsa,agama dan negara tercinta..

     
  19. Anonymous Says:
  20. Saya juga mengenali Datuk Zubir dan saya bangga dengan pencapaian beliau sebagai ahli farmasi yang berjaya dalam perniagaan. Dia tidak sombong,senang bergaul dan hormat kawan dan lawan.

    Tentang sokong Anwar Ibrahim, kita jangan perasan sangat. Anwar tidak tergugat sekelumit pun dengan tulisan MT tu. Taraf dia sudah tidak perlu pun sokongan dari Datuk Zubir atau setarafnya. Dia dah dapat sokongan Bahrain, Sudan, Dubai, CNN, NBC dan lain.

    Melalaklah kita perasan tak sudah. Ada ke pulak Datuk Zubir yang mahu dan telah banyak tolong UMNO Kedah tu nak dijadikan bahan momokan. Inilah kebodohan orang UMNO. Ingat Anwar boleh jatuh dengan tulisan blogger yang boleh diupah dengan projek kelas F tu..

    Apa pun Zubir bukan macam pengendali MT...Zubir bersopan dan ikut adab berpolitik. Dia ada kelas bukan macam ada orang tu, adab tidak dijaga tetapi cuba nak jadi pengkritik orang..hubaya ..hubaya..

     
  21. Anonymous Says:
  22. Orang MT tu kena hati hati, ada peguam nak saman dia kerana melakukan perbuatan tidak beradap terhadap ibunya.

    Ada juga yang sudah mula bagi laporan sulit kepada Dato Zul, CEO Menara. Wartawan tu ada orang berpengarah dibelakangnya.

    Balik Mekah kena buat baik bib..betul adab biar beradat. Jangan dok asyik cari salah orang saja.

     
  23. Anonymous Says:
  24. MT pun boleh dikelompokkan dengan blogger takut tunjuk diri tapi lagak macam hero cerita cina.

    Blogger jenis ini hanya layak pasang bendera masa pilihanraya kecil aje.

    Blog MT hanya nampak salah dan buruk Tajul Urus. Anak jantan terur dan ulaslah tentang isteri pemimpin yang tidak tutup aurat, rasuah dalam BN, salahguna kuasa dan skandal.

    Lagi satu, duit caterer Menara Alor Star dah bayak ke belum dan.....

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO