Hari ini maka genaplah tempoh sebulan tangan kanan aku yang cedera kena cermin pintu gelongsor berehat dari semua aktiviti termasuk mengetuk papan kekunci komputer.
Aku ingat mungkin selepas ini kalau nak berblogpun, lebih banyak gambar dari tulisan.......
bengang juga aku dgn telekom, kerana sudah lima hari aku tidak dapat melayari internet gara-gara gangguan pada DB depa. rasa rugi juga bila tergesa-gesa membeli modem baru kerana ingatkan modem lama ikut rosak dek kilat tempoh hgari, tetapi rupa-rupanya modem aku yg lama tu masih ok. sbb aku sdg guna modem yg sama ketika ini yg aku bawa kerpejabat utk diuji.
manakala modem yg baru aku dah psgkan kat rumah dan anak2 aku yg kecil2 dan tak faham kenapa depa tak boleh melayari internet terpaksalah sku terangkan berulang-ulangkali mengenai masalah ini...macam iklan burung murai....burung apa? burung murai, burung apa? burung murai.....
Dan hari ini juga genap sebulan aku tak jengah pejabat.....hmmm. nasib baik pengurus besar aku tu faham akan keadaan aku. Keranbi sahaja yg tak faham, eh eh, macamana dia nak faham, kerani bukannya ada lagi, yg berhenti dahulu tu belum lagi berganti-ganti. Aku dimaklumkan oleh GM aku tu, bukan tak ada yg dtg temuduga, tetapi kebanyakannya kantoi sbb tak mahir komputer....hai...hailah nasib.....
Selepas ini aku akan upload gambar-gambar yg aku ambil semasa lawatan TDM ke SP dan sedikit gambar2 semasa pilihsnraya DUN BKT SELAMBAU....
Chow......
0 Responses to SETELAH SEBULAN......