PAU sudah selesai, DSNTRpun dah rasmi sebagai PM, begitu juga TSMY sebagaik TPM. Barisan kabinet juga telah disenaraikan, dahpun angkat sumpah dan dah rasmi juga mereka-mereka yang berkenaan sebagai menteri.
Maka marhien yang menoreh teruslah menoreh, yang bendang balik berbendang, yang tukang balik bertukang, yang guru balik mengajar, yang berjual balik berniaga, biar menteri jalankan tugas bermenteri.
Dan aku berharap pemimpin-pemimpin atasan UMNO jerai usah berlengah lagi, kerana selepas ini alasan-alasan berkaitan PAU dan PRK sudah berlalu. Susunlah jentera, gerakkan agenda!!!
Ayuh Dato' Suhaimi!!!
Ayuh Tuan Haji Fadzillah!!!
Ayuh Sdr Ikmal!!!
Ayuh Tuan Haji Fadzillah!!!
Ayuh Sdr Ikmal!!!
Gabungkan sayap-sayap UMNO Jerai yang lain, iaitu Wanita, Puteri dan Pemuda agar dengan pantas turun kebawah bertemu rakyat sebagai agenda perdana. Jangan tunggu mereka datang, tetapi turunlah bertemu mereka!!!
Dengan tiga DUN yang ada, jika tidak bersungguh-sungguh membuat jadual yang tersusun, tentunya tidak cukup masa untuk UMNO Jerai merangkumi setiap inci Parlimen Jerai bagi membongkar permasaalahan sebenar rakyat JERAI!
Dan sekali lagi, kepada mereka yang mengunjungi blog ini, sekiranya anda ingin menyuarakan masaalah anda di sini amatlah saya alu-alukan......
Terima kasih kepada ciku21 dan aku anak gurun kerana sudi meluahkan pandangan. Jika yang diatas sana tidak memandang, akan saya tatang keluhan anda untuk ditatap oleh pemimpin-pemimpin UMNO Jerai!!!
Tak payah dok sayang lah kat UMNO kalau dah KORUP tak habis-habis.
UMNO - Dulu, Kini dam Selama-lamanya KORUP!
ha..ha..ha..
kesian kat depa..
biaq la..depa nak buat CPR tu..
Umno nak abih napaih dahh
Anon 12:37
Anda boleh dan bebas utk sayangi sesiapa dan saya bebas utk sayangi UMNO yang telah banyak berjasa sepanjang likuan hidup saya bersama UMNO!
UMNO adalah sebuah pertubuhan siasah. UMNO bukan jasad, jadi UMNO bukan korup spt juga PAS atau lain-lain pertubuhan!
Anon 7:39
aku akur hidup umpama roda.....
mungkin CPR kali ini akan meremajakan, menyegarkan dan merperkasakan kembali UMNO InsyaAllah!