Hari ini telah masuk 13 hari aku menyepi dari berblog. Kenapa? Diam aku kerana memperotes calon BN/UMNO bagi P036 walaupun aku tidak layak membuang undi disana. Aku dapat merasakan apa yang pengundi-pengundi tak berparti di KT bakal menghukum kelobaan paklah yang menjadi boneka menantunya sehinggalah keakhir saat beliau berundur dari menjadi pm Mac nanti.
Walaupun suara ahli UMNO KT mahukan calon lain untuk P036, tetapi kerana ego atas kapasiti beliau sebagai 'pm yang telahpun pm' tetap mahukan pilihan peribadi beliau dan menghantunya sebagai calon dengan menjadikan DSNTR dan BN KT sebagai 'kerbau tenggala' yang terpaksa menggala tanah gersang untuk menanam kemenangan yang akhirnya terbukti mati kerana dalam pilihanraya bukan parti yang berupaya membaja kemenangan, tetapi keseluruhan rakyat pengundi. Ditangan merekalah letaknya baja kemenangan.
Yang ditabur oleh BN hanyalah habuk tak berkhasiat ditambah lagi dengan calun yang beracun sehingga benih kemenangan kucup layu pucuknya. Dan rakyat KT telah menunjukkan bahawa baja kemenangan adalah ditangan mereka sebagaimana rakyat di 5 buah negeri tunjukkan semasa PRU12 yang lalu. Rupa-rupanya paklah ternyata sombong tak boleh ditegur bodoh tak boleh diajar, lalu cuba berselindung disebalik alasan bahawa BN dibawah Najib sebagai Pengerusi Jentera BN perlu menang sebagai memberi gambaran persepsi rakyat telah menerima kembali UMNO, kononnya. Tidak ke serba salah jadinya?
Wahai Najib, kekalahan ini bukanlah kekalahan UMNO, bukanlah kekalahan BN. Tetapi kekalahan paklah n da gang. one parit bukanlah calon pilihan BN/UMNO, tetapi pilihan parti paklah yang menumpang logo BN/UMNO sahaja seperti Ibrahin Ali yang menumpang logo PAS, tetapi Ibrahim Ali lebih berani kerana tidak perlu menggunakan proksi ketika menumpang, manakala paklah meletakkan proksi ketika menumpang logo pati BN/UMNO.
Seperti kata TDM, PRK ini sebenarnya tidak akan memberi apa-apa kesan terhadap kalah menangnya parti-parti bertanding, kerana keputusannya tidak akan mengubah struktur kerajaan yang ada ketika ini. PRU13 nantilah yang perlu difokuskan.
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
0 Responses to TAMATNYA TEMPOH PROTES DALAMAN.