SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

POLEMIK ISU PPSMI

Posted by Detguaq Friday, January 30, 2009

Aku bosan betul dengan polimik isu PPSMI. Ramai pendokong bahasa Melayu(Malaysia?) sudah menjiwai watak sebagai ahli politik dengan sempurna nampaknya. Aku sunting salah satu artikel dari pendokong-pendokong bahasa Melayu dan mari kita buat statistik berapa banyak perkataan yang dipinjam dari bahasa asing kedalam bahasa Melayu!!!

Salah satu contoh:

BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA PENGANTAR MATEMATIK DAN SAINS

Dasar Pendidikan Kebangsaan negara ini digubal berasaskan ciri-ciri kebangsaan daripada sudut kurikulum, latihan guru, bahan pengajaran dan bahasa penghantarnya. Inilah semangat yang terkandung dalam Penyata Razak 1956, Penyata Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961 dan kemudian Akta Pendidikan 1996.

Sistem pendidikan kebangsaan yang menetapkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama telah berjaya membentuk sistem pendidikan yang mantap, meneguhkan perpaduan rakyat berbilang kaum, mengilmukan generasi demi generasi muda dalam acuan sendiri daripada sudut bahasa, pemikiran dan sistem nilai. Dalam hal penyediaan tenaga penggerak dan pekerja pembangunan negara dalam pelbagai bidang, sistem pendidikan kebangsaan telah melahirkan jutaan profesional dan pekerja yang memperoleh pendidikan sekurang-kurang selama 11 tahun dalam bahasa Melayu.

Pelaksanaan sistem pendidikan ini bukan tanpa masalah. Salah satu masalah yang ketara pada hari ini terlihat pada kelemahan pelajar menguasai bahasa Inggeris. Walaupun bahasa Inggeris diajar daripada darjah satu Sekolah Rendah, setelah 11 tahun lulusan SPM masih tidak boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris. Pada tahun 2002, Kerajaan telah memutuskan pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris pada tahun 1 di sekolah rendah, tingkatan 1, 4 dan 6 rendah serta pusat matrikulasi telah bermula pada tahun 2003. Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat unjuran bahawa pada tahun 2008, 80% mata pelajaran sains, matematik dan teknikal akan diuji dalam bahasa Inggeris dalam peperiksaan umum.

Pada amalannya, bahasa Inggeris sudah menjadi bahasa penghantar utama mengambil alih tempat bahasa kebangsaan. Ini dilaksanakan tanpa meminda Akta Pendidikan yang sedia ada. Perubahan ini menimbulkan kecelaruan dan kakacauan; mana satu dasar dan mana satu pengkecualian kepada dasar tersebut.

Pengurangan peranan bahasa Melayu ini melarat pula ke pusat pengajian tinggi awam apabila pegawai tinggi IPTA diarahkan mengubah bahasa penghantar kursus sains dan teknologi daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Kecelaruan berlaku apabila semua arahan ini dibuat secara lisan sahaja. Misalnya, apabila Naib Canselor UPM mengumumkan semua kursus di universitinya akan dijalankan dalam bahasa Inggeris dalam tempoh lima tahun, ramai pemimpin kerajaan yang melenting dan membuat kenyataan bahawa ini bertentangan dengan Dasar Pendidikan Negara. Beliau dikatakan terlalu ghairah. Bukankah ini arahan Kementerian Pengajian Tinggi secara bisik-bisikan? Contoh kecelaruan yang lain, di UPSI mata pelajaran Kesusasteraan Melayu pula diajarkan dalam bahasa Inggeris, kononnya untuk memenuhi kuota kursus berbahasa pengantar Inggeris.

Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar, baik pada peringkat sekolah mahupun IPT bukanlah dasar pendidikan tetapi pengkecualian kepada dasar tersebut. Kini apa yang dikatakan pengkecualian sudah menjadi norma sementara dasar yang sudah termaktub sekian lama sudah mulai terpingir.

Malahan mereka yang mempertahankan dasar, sering dituduh sebagai anti dwibahasa, anti bahasa Inggeris, nasionalis sempit malahan sudah terdengar suara menuduh mereka pelampau kebangsaan dan pengkhianat. Mereka yang menyeleweng daripada dasar dianggap sebagai wira. Benarlah kata penyanyi A.R. Azmi, ’Dunia ini sudah terbalik,’

Penyelewengan ini telah dilaksanakan dengan tergesa-gesa, tanpa penyelidikan yang rapi dan projek percubaan (pilot project). Tindakan merubah dasar yang sudah mantap tanpa lebih dahulu membuat penyelidikan adalah sikap yang tidak saintifik dan tidak rasional. Lebih aneh lagi apabila sekarang terbukti berdasarkan penyelidikan bebas bahawa perubahan ini banyak membawa keburukan, kita diberitahu kajian perlu dibuat lebih dahulu. Bukankah aneh? Kajian diperlukan untuk melaksanakan semula dasar tetapi tidak dirasakan perlu apabila mahu menyeleweng daripada dasar yang sudah sekian lama mantap?

Belum terbukti di mana-mana pun di muka bumi ini bahawa mengajar sains dan matematik boleh membantu penguasaan sesuatu bahasa. Kajian bebas yang dijalankan oleh DBP-UKM dan sarjana-sarjana tempatan menunjukkan bahawa sejak dilaksanakan perubahan ini, tidak tampak peningkatan penguasaan bahasa Inggeris atau subjek sains dan matematik, malah timbul pelbagai masalah dalam kalangan pelajar dan guru.

Dalam keputusan Olimpiad Matematik Antarabangsa 2003 (IMO 2003), tiada sebuah negara pun daripada 10 negara teratas yang pesertanya belajar matematik dalam bahasa asing, manakala IMO 2002 dan 2001 hanya sebuah negara sahaja berada dalam kumpulan 10 teratas yang matematiknya diajar dalam bahasa asing. Negara yang paling kerap mendapat tempat 1-10 dalam olimpiad matematik ialah China = Vietnam (10/10), diikuti oleh Bulgaria (9/10), dan Iran=Korea Selatan=Romania (8/10) dan AS=Hungary=Jepun (7/10); semuanya bersistem pendidikan sains dan matematik dalam bahasanya sendiri. Keputusan yang serupa juag didapati untuk Biologi, Fizik, Kimia dan Teknologi Maklumat.

Selalu dihujahkan bahawa perubahan ini hanya bagi dua mata pelajaran untuk sekolah rendah sahaja. Hakikatnya jauh berbeza:

Sekolah Rendah:

BM 60%; BI 40%

Sekolah Menengah:

Tingkatan 3: BM 62%; BI 38%

Tingkatan 4 & 5 Sastera: BM 56%; BI 44%

Tingkatan 4 & 5 Sains: BM 36%; BI 64%

Tingkatan 4 & 5 Biologi: BM 33%; BI 67%

Tingkatan 4 & 5 Reka Cipta: 32%; BI 68%

Tingkatan 4 Akaun: BM 47%; BI 53%

SPM: BM 29%; BI 71%

Tingkatan 6 Sastera: BM 60%; BI 40%

Tingkatan 6 Sains dan Matrikulasi: BM 20%; BI 80%

Peringkat Universiti:

BM: Kursus Sastera dan Pengajian Islam; BI Semua kursus lain

AKIBAT PENYELEWENGAN DASAR

AKIBAT KEPADA BAHASA MELAYU

Proses menjadikan bahasa Melayu bahasa ilmu dan bahasa moden akan terhenti. Sebaliknya bahasa Melayu akan terperosok sebagai bahasa pasar sahaja. Istilah yang telah dicipta tidak akan digunakan dan istilah baru tidak lagi akan dicipta. Buku dalam bidang sains, perubatan, ekonomi, perniagaan dan teknologi tidak akan diterbitkan dalam bahasa Melayu kerana tidak akan ada lagi pembacanya. Kedududkan bahasa Melayu dalam semua bidang terutama dalam bidang ilmu dan perniagaan di negara bertuah Malaysia ini akan jatuh ke nombor tiga di bawah bahasa Inggeris dan Mandarin.

AKIBAT KEPADA PELAJAR-PELAJAR MELAYU

Kesannya kepada pelajar terutama pelajar Melayu daripada sudut penguasaan ilmu sains dan matematik buruk sekali. Kajian menunjukkan pelajar yang masih belum mempunyai kemahiran kecekapan bahasa yang asas akan menghadapi masalah untuk membaca buku teks, berdailog, berdebat dan memberi gerak balas bertulis dalam ujian dan peperiksaan. Inilah masalah sebenar yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Melayu kini. Masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan hanya menuding jari kepada pelajar dan guru bahawa mereka mahu mencari jalan mudah. Belum terbukti di mana-manapun alat teknologi boleh menggantikan guru di dalam darjah. Yang perlu diingat, wajarkah kita memperjudikan nasib masa depan anak bangsa kita dengan menggunakan kaedah yang tidak, atau sekurang-kurangnya belum terbukti berhasil di mana-mana di muka bumi ini? Seorang bernama Steven Lee telah membangkitkan hal ini dalam Berita Harian 19 April 2005 bertajuk, “Pendekatan Pembelajaran Bukan Boleh ‘Dicuba-cuba’”.

AKIBAT KEPADA MEDIA MASSA BERBAHASA MELAYU

Tahun 60-an dulu tulisan Jawi dikeluarkan daripada bilik darjah. Akibatnya hari ini ramai orang Melayu yang buta Jawi. Akhbar Utusan Melayu dulu menjadi lidah dan alat perjuangan bangsa Melayu. Kini Utusan Melayu dalam keadaan nazak. Tidak lagi boleh menjadi wadah pemikiran dan penyatuan umat Melayu. Inilah yang akan berlaku kepada media berbahasa Melayu 20 tahun dari sekarang. Akhbar Melayu tidak akan lagi memuatkan ruangan teknologi, kesihatan, ekonomi, perniagaan, komputer dan lain-lain kerana tidak akan ada pembacanya. Pembaca akhbar nanti tidak lagi menguasai istilah dalam bidang-bidang ini dalam bahasa Melayu. Bolehkah akhbar hidup tanpa ruangan ekonomi, perniagaan, kesihatan, sains, teknologi dan sebagainya? Lihat saja Utusan Melayu. Itulah gambaran masa depan akhbar arus perdana berbahasa Melayu. Pada hari ini pun, di negara Malaysia yang kita cintai ini, edaran akbbar terbesar berbahasa Melayu jatuh ke nombor tiga di bawah akhbar berbahasa Mandarin dan Inggeris. Bayangkan 10 tahun dari sekarang akibat penukaran bahasa penghantar 80% mata pelajaran di sekolah ke dalam bahasa Inggeris.

AKIBAT POLITIK KEPADA ORANG MELAYU DAN UMNO

Kemerosotan kedudukan bahasa Melayu, kelemahan pelajar Melayu menguasai ilmu-ilmu sains, teknologi dan matematik serta kemerosotan akhbar Melayu akan membawa padah politik yang cukup menggerunkan bagi UMNO dan umat Melayu. Bagaimanakah UMNO mahu mempengaruhi orang Melayu kalau akhbar arus perdana Melayu nanti sudah seperti Utusan Melayu hari ini – amat tipis, terbit hanya seminggu sekali, kecil jumlah edarannyannya dan tidak lagi berupaya menggembleng pemikiran orang Melayu? Dengan serangan globalisasi dan masuknya pelbagai aliran fahaman Islam dari luar, pandangan dan pegangan hidup umat Melayu pastinya akan bertamah rencam dan berserpihan. Dan pada waktu itu alat yang ampuh untuk mempersatukan pemikiran mereka sudah tidak lagi bertenaga untuk berbuat demikian.

Kos budaya, pendidikan dan politik bagi penyelewengan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan ini terlalu menggerunkan untuk diabaikan. Apa yang dikatakan sebagai perubahan bahasa pengantar dua mata pelajaran sahaja sebenarnya akan membawa durjana kepada bangsa Melayu. Inilah akibatnya apabila kita melompat sebelum berfikir panjang.

DI MANA LETAK PENYELESAIANNYA?

Sebenarnya masalah yang sedang kita hadapi ini hasil ciptaan kita sendiri. Lain yang luka lain yang dibebat. Kita sudah mempunyai Dasar Pendidikan yang telah terbukti mantap. Ini tidak bermakna pelaksanaan dasar ini tidak mengalami masalah. Terdapat masalah mutu pendidikan sekolah kebangsaan, terdapat kelemahan disiplin, tidak memberi ruang yang cukup untuk membuka minda pelajar menjadi kreatif dan isu yang sedang kita bincangkan - terdapat kelemahan yang ketara penguasaan pelajar dalam bahasa Inggeris. Cara menyelesaikan masalah ini ialah pertama fokus, kedua fokus dan ketiga fokus. Kita harus memfokuskan perhatian untuk menyelesaikan masalah ini bukan mengundang masalah baru dengan mencipta kaedah yang belum teruji di mana-mana pun.

Dalam hubungan dengan isu yang sedang dibicarakan ini kita harus fokuskan perhatian kepada masalah meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar di sekolah dengan menggunakan kaedah yang lebih kemas kini dan berkesan dan memberi latihan yang sempurna kepada guru bahasa Inggeris. Sering dibangkitkan bahawa penguasaan bahasa inggeris sebahgian daripada guru bahasa Inggeris itu sendiri tidak memuaskan.

Mungkinkah pengajaran bahasa dijalankan dengan sempurna dalam kelas yang melebihi 40 orang, terutama pada peringkat darjah satu? Pada banyak negara yang maju, pada sekolah rendah jumlah pelajarnya kecil sekali sehingga tidak sukar bagi guru mengawal kelasnya.

Di Amerika di mana terdapat ramai pelajar berbahasa ibunda asing, bahasa Inggeris diajar secara tuisyen, satu pelajar satu guru bagi pelajar yang lemah. Kita mesti mengkaji dan mengguna pakai kaedah yang telah terbukti berkesan di tempat lain.

KESIMPULAN

Kerajaan selalu menyeru rakyat supaya bersikap rasional dan saintifik dalam menghadapi sesuatu masalah dan cabaran. Dalam isu bahasa terutamanya, kita selalu mendapat seruan dan teguran agar jangan emosional. Ini seruan yang baik sebagai natijah daripada penekanan kepada pemikiran berasaskan sains, matematik dan teknologi moden. Tetapi bagaimanakah kaedah kerajaan menghadapi masalah kelemahan pelajar menguasai bahasa Inggeris?

Keputusan yang melibatkan perubahan kepada dasar pendidikan kebangsaan ini dibuat secara senyap-senyap tanpa perundingan dengan pihak-pihak yang berkepentingan. Tidak ada perdebatan atau perbincangan secara akademik dan mendalam. Bahawa pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris ini dijalankan dengan tergesa-gesa tanpa didahului oleh penyelidikan yang rapi dan percubaan secara kecil-kecilan menimbulkan syak wasangka bahawa terdapat agenda tersembunyi di sebalik kegigihan ini.

Sikap ini tidaklah dapat dikatakan sikap yang saintifik dan rasional. Lebih-lebih lagi ini melibatkan orang awam dan masa depan anak bangsa. Tidak ada siapapun yang berhak memperjudikan masa depan anak bangsa dengan bereksperimen dengan kaedah yang belum berhasil dikuktikan berjaya di mana-manapun.

Ini disertai pula dengan arahan-arahan yang disampaikan secara lisan sahaja kepada pemimpin IPTA supaya menukar bahasa pengantar kursus-kursus tertentu. Tujuannya jelas dan nyata; menukar bahasa pengantar dalam semua peringat pendidikan daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Apabila lebih 90% kursus pada semua peringkat telah dilaksanakan dalam bahasa Inggeris, soal meminda Akta Pendidikan menjadi fait accompli.

Kami menyeru agar kerajaan mengkaji semula tindakan tergesa-gesa untuk merubah bahasa pengantar matematik dan sains pada peringkat sekolah dan pengajian tinggi. Kami menyeru agar kerajaan kembali kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Marilah kita bersama-sama memperkasakan sekolah kebangsaan. Marilah kita bersama-sama menghadapi cabaran ini secara rasional dan saintifik. Marilah kita bersama-sama mencari kaedah yang jitu demi masa depan anak bangsa kita dan negara. Jangan sekali-sekali mengambil tindakan nekad memperjudikan masa depan anak bangsa dan negara kita. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
_____________________________________________________________________

Maka aku dapati banyak juga perkataan asal dari bahasa inggeris telah diMelayukan disini. Persoalan kau ialah jika kita tidak dapat sekurang-kurangnya memahami bahasa Inggeris, dpatkah kita meMelayukan perkataan asalnya? Jika begitu bohonglah jika dikatakan bahasa Inggeris itu tidak penting dalam mendalami ilmu pelajaran. Tetapi jika mahu menang juga wahai ahlul-ahlul bahasa mari kta sama-sama mereka istilah baru dalam bahasa Melayu yang tidak ada langsung bau Inggerisnya dan persembahkan kepada khalayak maksud dan kesesuaian penggunaannya. Kerana pada aku dalam berkata tidak mahu, tetapi kita masih juga menyudu, dalam kata hendak menjunjung tetap juga mengongong, dalam kata membenci, tetap juga dicari.

Sebagai saranan(hangpa nak gelakpun gelaklah....) mai kita pakat cipta ayat dari istilah keMelayuan aku ini, kot-kot pakat boleh melatih pipi bagi keluaqkan senyuman ikhlas bebas dari muslihat siasah(baca: taktik politik)

matematik kita tukar jadi MUHISABPURLAK hasil dari kerat dan potong beberapa perkataan.

sains kita tukar jadi KABUISI

Kurikulum kita tukar jadi SUKMAPEL

sistem kepada aturkawal.

profesional kepada SIKANTBANG

matrikulasi kepada KURPERTING

teknik kepada GOMPAK

teknikal kepada GOMPAKAL

Akta kepada PERUND

Canselor kepada Pendeta

kuota kepada BILHAD

anti kepada MUSLAMUT

dwi ....laa..ni kan dua?

nasionalis ni kan ke kebangsaan(awat tak guna kebangsaan?)

norma bukankah kebiasaan?

projek kepada LATSUHA

rasional kepada wajar

Dan akan aku sambung esok. Namun sebagai buah tangan biar aku susun satu ayat yang bebau Melayu yang sesungguhnya:

Matapelajaran
MUHISABPURLAK, KABUISI dan GOMPAKAL menjadi antara SUKMAPEL yang patut diketengahkan kerana ia boleh membina keahlian dalam SIKANTBANG ujar naib PENDETA ketika memikirkan bahawa satu PERUND baharu perlu digubal sebagai LATSUHA perintis untuk memenuhi BILHAD yang tidak memperlihatkan ianya adalah MUSLAMUT kepada bangsa. Peringkat KURPERTING juga seharusnya ada aturkawalnya bagi menimbulkan kewajaranya, bukan sekadar kebiasaan.

Fuhhh....ada rasa macam Melayu sepenuhnya?

*31/01/2009: Pukul 1.45pm maka aku sambung, sbb awal pagi tadi aku dah ngantuk sangat.

Untuk teknologi moden apa kata kita guna istilah topu lening

Aku rasa untuk
Olimpiad Matematik yang paling sesuai ialah PERTARUNGAN MUHISABPURLAK peringkat antarabangsa.

WOW!!!! ADAS FAKTOR WOW DISINI!!! SUNGGUH MELAYU BUNYINYA PERKATAAN INI:
fait accompli. Apa maknanya perkataan ini? Bila agaknya diucapkan? Sebelum zaman Hang Tuah ke? he he he....setelah khobek(gantinama kepada google!!!) dalam wikipedia, maka sebenarnya ia diucapkan oleh Hang Muhong, seorang ilmuan bahasa Melayu kuno pada zaman semereng semutoklu....lama tu. Maknanya ialah 'tiada tajuk laman yang sepadan'. lalu aku khobek lagi, akhirnya aku jumpalah juga..... ni aku nak CnP:

Fait accompli

Meaning

An accomplished fact; an action which is completed before those affected by it are in a position to query or reverse it.

dalam bahasa yang aku faham ialah kenyataan yang dicapai, dimana tindakan yang sempurna/lengkap sebelum apa-apa kesan yang timbul hasil dari syak atau disebaliknya. Dalam bahasa Melayu terkini ialah persetujuan dihadapi. Wa ka ka...bahasa melayu le tu???

Ropa-ropanya fait accompli tu adalah perkataan pranchis yang omputih pinjam dan kemdiannya dipinjam secara terus tanpa dikenakan feadah oleh pranchis mahupun omputih kepada Melayu, maknanya PERCHUMA!!! opppsss maksud kaku PERCUMA.

Dan seperti aku kata sebelum ini, jika kita yang dok gatai guna perkataan selain dari bahasa Melayu untuk memudahkan pemahaman dan perhubungan, ianya adalah dosa, kerana kita tiada title ULAMA BAHASA, tetapi jika depa yang memperkenalkan suntikan perkataan kedalam bahasa Melayu, dan-dan ianya jadi HALAL, cuma ditambahakan sedikit penerangan sebagai bumbu untuk menampakkan ianya telah disusun secara aturkawal dan dikaji secara KABUISIFIK.

Dalam artikel diatas oleh ULAMA bahasa, aku dapati mereka sebenarnya telahpun mengakui kelemahan dan kemalasan mereka dalam menerbitkan buku-buku ilmiah untuk kejuruteraan, perubatan, jentera malahan OTIR(apa ni? Ini adalah gantinama kepada KOMPUTER, iaitu OTAK TIRUAN.....wa ka ka ka....) Bokti?

Ni dia:

AKIBAT KEPADA BAHASA MELAYU

Proses menjadikan bahasa Melayu bahasa ilmu dan bahasa moden akan terhenti.(yang ini aku hairan). Sebaliknya bahasa Melayu akan terperosok sebagai bahasa pasar sahaja. Istilah yang telah dicipta tidak akan digunakan dan istilah baru tidak lagi akan dicipta. Buku dalam bidang sains, perubatan, ekonomi, perniagaan dan teknologi tidak akan diterbitkan dalam bahasa Melayu kerana tidak akan ada lagi pembacanya. Kedududkan bahasa Melayu dalam semua bidang terutama dalam bidang ilmu dan perniagaan di negara bertuah Malaysia ini akan jatuh ke nombor tiga di bawah bahasa Inggeris dan Mandarin.

Selepas membaca artikel diatas, apa yang aku faham ialah mencipta istilah adalah semudah menyuntik bahasa asing kedalam bahasa Melayu samada diMelyukan sebutannya atau disuntik bulat-bulat!!! Akupun BOLEH, Malaysia Boleh!!! Dan ULAMA bahasa sudah menetapkan kemungkinan tidak akan ada buku ilmiah yang akan diterbitkan. Ho ho ho....lepaslah dari tanggungjawab, kerana segala permasaalahan telahpun dilepaskan kepada sasaran lain!

WAHAI ULAMA BAHASA MELAYU, BERHENTILAH DARI MENYALAHKAN ORANG LAIN, TETAPI PERTINGKATKANLAH DAYA USAHA BAGI MENGELUARKAN BUKU-BUKU ILMIAH PELBAGAI PERINGKAT SEHINGGALAH KAMI BERASA DAN MENJADI YAKIN UNTUK MENGGUNAKAN BUKU-BUKU ILMIAH HASILAN ANDA SETELAH KAMI DAPATI IANYA BENAR-BENAR MENEPATI DENGAN MATLAMAT DALAM MENGEJAR KEMAJUAN ILMU.

Sudah lebih dari 50tahun kita merdeka, berapa puluh tahun lagikah yang kami perlu tunggu untuk membolehkan kami membaca buku-buku ilmiah berbahasa Melayu tulen? Sementara anda merangka dalam kerangka pemikiran anda apa yang pelu dirangka sebelum hidup tinggal rangka, izinkan anak-anak kami menuntut ilmu dalam matapelajaran MUHISABPURLAK dan KABUISI dalam bahasa Inggeris manakala matapelajaran bahasa Melayu pula benarkanlah anak-anak kami menuntut dalam bahasa Melayu juga tidak ketinggalan dalam matapelajaran Ugama/Agama/Igama Islam perbolehkan kami belajar dalam bahasa Melayu dan Arab. Tidak lupa juga naiktaraflah matapelajaran-matapelajaran lain seperti Ilmu Bumi/Alam yang telah dimelayukan menjadi geografi, ilmu sejarah dan ketemadunan, ilmu adat dan adap(sivik?) dan lain-lain yang Ulama-ulama semua fikirkan perlu. Hentikan menuding jari kepada pihak lain. Banyak ruang lain yang boleh kita martabatkan bahasa Melayu ini, dan berilah peluang anak-anak kami berterusan membiasakan diri dengan SUKMAPEL dalam pelajaran MUHISABPURLAK dan KABUISI disamping anda bergandingbahu dengan kerajaan bagi memperbaiki segala kekurangan dan menaiktaraf kedua-dua matapelajaran berkenaan dan dalam masa yang sama berusaha secara berterusan untuk memperbaiki rekaan anda semua untuk menjadikan model tersempurna bagi MUHISABPURLAK dan KABUISI untuk manfaat semua anak-anak kami(sudahkah ada rekaan itui? Sila pamirkan kepada umum). Lainlah anak-anak ULAMA semua, selalunya dihantar ke Luar Negara unutk menghirup dan mencerap ilmu peringkat tertinggi.

Ini ulasan dari seorang guru bahasa Melayu untuk renungan bersama....selamat beramal....

Sila baca dan bicara secara dalaman dengan diri anda(muhasabah[ini perkataan Arab] diri).

0 Responses to POLEMIK ISU PPSMI

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO