Inilah kata-kata bakal presiden UMNO:
Ubah budaya dan imej UMNO, kata Najib
PUTRAJAYA 20 Jan. - Imej negatif UMNO dan sikap sesetengah pemimpinnya yang kurang mesra di mata rakyat merupakan antara punca kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu minggu lepas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Najib yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, UMNO perlu mengubah budaya dan imejnya agar disenangi oleh rakyat.
“Pemimpin UMNO di semua peringkat mesti menunjukkan imej positif dan mesra rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis Penyerahan Dokumen Perjanjian bagi Penstrukturan Semula Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Sembilan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini. - Bernama
Mari kita lihat bagaimana reaksi elitis UMNO bila bakal tok ketua depa mula berkata-kata. Aku berani jamin mereka akan mengangguk didepan orang tetapi tetap juga meneruskan perangai lama depa. Marhien seperti aku ni dah berbuih mulut(baca: lenguh tangan dok petik kekunci papan komputer) dok kheyau kat depa baik diBahagian mahupun dipusat.
Yang pm yang dah pmpun bagi aku dah patut berundur, begitu juga menantu beliau. Sudah-sudahLAH tu.....Bagilah peluang DSNTR untuk pulihkan UMNO, bagi peluang juga kepada calon pemuda yang dipilih oleh 'floor' secara majoriti dari dok pengaruh perwakilan yang aku nampak semakin kebuloq. PRK Pmtg Pauh dan PRK KT dah cukup sebagai bukti untuk anda berundur.
Jangan dok dalam 'denial syndrome' lagi... Hangpa berdua kata apapun depan hangpa je orang angguk, belakang hangpa orang kutuk rapat.
Pemimpin di Bahagian juga kena bertindak pantas....Kemarin kebetulan aku ada kaitkan isu ini. hari ini pula DSNTR kheyau benda tu juga.
Teruskanlah bercakap walaupun berbuih mulut. Rasulullah s.a.w. berdakwah hingga ke akhir hayatnya :)
Ni yang terbalik dalam politik berbanding agama. Rasul memberi nasihat menurut AlQuran sebagai panduan terunggul, tetapi dalam agama politik, marhien pula yang dok jadi 'rasul' kepada pemimpin...