SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
Followers
Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog
HIMPUNAN JUTAAN BELIA
Hadiah Najib untuk rakyat
![]() |
| Najib Tun Razak diiringi Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (kiri) meninggalkan Dewan Rakyat selepas membentangkan Bajet 2010, semalam. |
Sebagai sebuah pentadbiran yang mendahulukan rakyat, segala sumpah janji dan khidmat diabdikan tidak lain tidak bukan, adalah untuk melihat kesejahteraan serta kemakmuran dinikmati semua pihak tanpa sebarang pengecualian
CUKAI
- Pelepasan cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000.
Pengurangan kadar cukai maksimum individu daripada 27 peratus kepada 26 peratus.
- Pelepasan cukai langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun pada 2010 hingga 2012.
KAKITANGAN AWAM
- Bayaran khas RM500 kepada penjawat Gred 41 hingga Gred 54 serta pesara wajib kerajaan pada Disember ini.
- Pinjaman pembelian komputer setiap tiga tahun berbanding lima tahun sekali sekarang.
RUMAH
- 74,000 unit rumah kos rendah disediakan untuk disewa kepada rakyat pada 2010.
KWSP
- Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia diuruskan oleh KWSP untuk yang tiada pendapatan tetap termasuk pemandu teksi, petani dan penjaja. Setiap RM100 caruman, kerajaan menyumbang 5 peratus tertakluk kepada jumlah RM60 setahun.
- Pelepasan cukai individu untuk caruman KWSP dan premium insurans hayat dinaikkan RM1,000 kepada RM7,000.
- Caruman KWSP dinaikkan semula kepada 11 peratus.
KWSP
- Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia diuruskan oleh KWSP untuk yang tiada pendapatan tetap termasuk pemandu teksi, petani dan penjaja. Setiap RM100 caruman, kerajaan menyumbang 5 peratus tertakluk kepada jumlah RM60 setahun.
- Pelepasan cukai individu untuk caruman KWSP dan premium insurans hayat dinaikkan RM1,000 kepada RM7,000.
- Caruman KWSP dinaikkan semula kepada 11 peratus.
PENDIDIKAN
- Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar mendapat ijazah kelas pertama.
- 30 pelajar terbaik menerima Biasiswa Nasional di universiti tersohor.
- Pakej ‘netbook’ termasuk perkhidmatan jalur lebar dengan bayaran RM50 sebulan untuk dua tahun.
- Diskaun 50 peratus perkhidmatan kereta api jarak jauh kepada pelajar dengan kad diskaun pelajar 1Malaysia.
Baru tatsat aku terima perkhabaran dari sumber-sumber yang boleh diyakini, walupun masih bertaraf 'hearsay'. Aku dimaklumkan bahawa ahli parlimen Jerai telahpun membuka atawapun menambah satu lagi ranting peribadi. TAHNIAHLAH......Orang dah ada kemampuan hasil dari elaun sebagai AP yang diterima secara ehsan dari Kerajaan Persekutuan. Terima kasih Kerajaan BN!!! Dulu naik kereta WAJA saja, la ni dah mampu naik ESTIMA import, maklumlah tanggungjawab dah besaq, khetapun kenalah besaq.....ahli dok begulin-gulin ataih bataih tart hangat tengah hari, tengah panaih lit-lit.....depa dok pi petik daun muda kat rantin baghu......hu hu hu.....
Nampaknya AP Jerai ni begitu taat dengan tunjuk ajar MB Kedah yang juga mempunyai ranting bercabang juga. Tetapi dengarnya ranting mudanya dah mereput......agaknya tak cukup baja...
Maklumlah.....

KOTA BHARU, 23 Okt: PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam tidak pernah membina jurang dengan mana-mana parti di negara ini khususnya dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Sebaliknya, pihak lawan yang telah menciptakan �jurang pemisah� antara pejuang parti Islam itu dengan pihak mereka.
Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perpecahan telah berlaku sejak zaman Rasulullah pabila kumpulan penentang diketuai Abu Jahal bertindak mewujudkan persengketaan dengan pengikut Islam.
Baca seterusnya disini.
Kita ke yang nyanyuk atau dia yang yang lidah bercabang?
Agaknya berapa ramai dari kita yang lupa bagaimana dia mengamuk marahkan Nasharudin?
Dan berapa ramai pula yang lupa tekanan yang diterima oleh Haji Hadi?
Hanya keran menyebut untuk membincangkan hal perpaduan dengan orang-orang UMNO?
Lebih JAHAT lagi bila lidahnya menyamakan Abu Jahal dengan ahli-ahli UMNO!
Rata-rata blog-blog pembangkang hari ini memilih untuk menghuraikan pandangan lima dit depa berkenaan Kerjaan pragmatis Perak. Rupanya mereka masih lagi tidak faham dengan situasi sebenar. Peristiwa kejatuhan kerajaan boneka pembangkang di Perak rupa-rupanya masih tidak dapat ditelan oleh pihak pembangkang yang tidak seberapapun bilangan ahlinya diPerak.
Bukan BN yang memulakan langkah sumbang berkenaan, tetapi mereka yang memulakannya dengan dipimpin oleh B. Anvar B. I yang gemar memimpin dari belakang dan menggunakan pintu belakang. Namun kerana langkah mereka yang jahat itu telah Allah gagalkan lalu tersungkur sehingga tidak dapat bangun lagi, maka UMNO dan BN yang disokong oleh ADUN Bebass telah diberi kepercayaan untuk menerajui rakyat Perak dan dengan itu segala perancangan yang membawa kemajuan kepada Perak dapat diteruskan.
Bak burung tiong yang gatal lidah kerana baru diasah dengan batu berlian oleh tuannya, maka berlagulah mereka mengikut tuannya walau sepatahpun tidak mereka fahami. Bagi aku matematiknya amat mudah. UMNO dan BN berapa kerusi, PAS berapa kerusi, PKR berapa kerusi dan DAP berapa kerusi. Rakyat Perak kini telah mulai sedar komplot haram puak gila kuasa ini tidak akan membawa rakyat Perak kearah kesejahteraan dan kemajuan, tetapi hanya sibuk melindungi kepentingan minoriti sambil dengan sengaja melepas pandang kepada rakyat majoriti.
Kini sudah tiba masanya untuk rakyat Perak bangkit menyatakan bahawa yang komplot haram pembangkang kata haram itu HALAL sebenarnya manakala sebaliknya merekalah yang HARAM.....PUAK KOMPLOT RABIT....rabit atau ghabit dalam bahasa Kedah bermakna tidak sempurna. Misalnya mulut ghabit, telinga ghabit atau mata ghabit(pisau, cangkul, kapak dsb).
Manakaqla perbuatan Rajah Putaq Khomar rudin yang dengan niat yang disengajakan telahpun menghina raja-raja dan sultan-sultan Melayu sekali lagi. Kenyataan beliau ini aku anggap perlu dihentikan dengan segera kerana ia langsung tidak benar dan hanya menyebabkan kemarahan kepada rakyat, keresahan kepada rakyat dan juga kemarahan kepada beliau sendiri. Apakah perlu dibiarkan orang bangkrap seperti beruk piantan biang ini terus menulis dengan tulisan yang biadap dan boleh membawa ketegangan? Malaysia tidak akan rugi tanpa kaldai tunggangan Yahudi seperti dia. Upah yang sedikit yang beliau telan hanya mengundang kerugian yang besar terhadap keharmonian hidup yang baru sahaja dapat kita nikmati semula.

Jika mengikut rentak, tidak ada satupun yang sempurna bagi mereka. Semuanya salah, semuanya pincang. Padahal dahulu merekalah yang memilih, kini mereka pula yang nak menyembelih. Suatu ketika dahulu, majoriti ahli-ahli UMNO dicawangan mahukan perubahan terhadap status dan personaliti Ketua-ketua bahagian, termasuklah UMNO Jerai. Rentak mereka termasuk aku ialah mahukan golongan koporat yang berimej sederhana menjadi Ketua Bahagian mereka(termasuklah aku). Dan setelah mencukupi pencalonan dan layak bersaing untuk menduduki tempat Ketua Bahagian UMNO Jerai, hasil dari jumlah pencalonan yang diterima maka sepatutnya UMNO Jerai kini berada dalam keadaan bersatu, kerana defisit antara Dato' Suhaimi Abdullah dan pencabar beliau agak besar juga. Ini bermakna mandat beliau adalah mantap. Malangnya sehingga kini keadaan ini tidak berlaku.
Walaupun keadaan in berlanjutan, tetapi nampaknya usaha-usaha kearah itu belum menampakkan hasil. Dan keadaan bertambah senget bila sehingga kini tidak semua sayap berada seiring dengan saf kepimpinan Bahagian. Ini diakui sendiri oleh beliau dan barisan AJK Bahagian. Dan terkini, sudah ada beberapa kerat Ketua-ketua cawangan sudah mula merungut inginkan Ketua Bahagian berfungsi seperti Ketua Bahagian period yang lalu. Mereka mahu Ketua Bahagian selalu ada pada tiap-tiap kenduri-kendara, melihat mereka ketika sakit demam juga menziarahi kematian.
Aku juga seketika terdorong untuk berfikiran yang selari dengan kemahuan mereka. Mana mungkin ini terjadi. Dato' Suhaimi bukan seperti Tok Bad. Tupun bukan selalu Tok Bad yang hadir jika ada jemputan, selalunya di'passing' kepada Datuk Razak sebagai wakil jika ada jemputan-jemputan mahupun lawatan-lawatan. Dan aku yakin hampirr 75% jemputan kenduri-kendara berkaitan perkahwinan adalah datang dari ketua-ketua cawangan, jika dari ahli-ahli akar umbi tidak sebanyak manapun. Tetapi peranan Datuk Razak dapat mengimbangi 'demand' dari ketua-ketua cawangan kerana sikap beliau yang mudah bergaul dengan orangramai sehingga kini. Namun, akibat ketiga-tiga pemimpin teratas kini kesemuanya tinggal diBandaraya Kolompo, maka peranan alternatif menjadi lompang. Kelibat Dato' Suhaimi sebenarnya dapat diimbangi jika ada kelibat timbalan beliau, iaitu Tuan Haj Fadzillah ataupun Saudara Ikmal. Namun koordinasi ini belum dapat dilakarkan diJerai kerana masaalah seperti yang aku katakan tadi. Hanya saudara Ikmal aku nampak sedikit sebanyak dapat melayani kehendak ini, tetapi adakah kelibat beliau secara otomatik dilihat kelibat yang menggantikan kehadiran Dato' Suhaimi? Apakah dirasai begitu oleh ketua-ketua cawangan?
Bukan setakat itu, jika ada hal-hal kecemasan kehadiran mereka amat dirasakan ketiadaannya. jika hanya pembantu peribadi-pembantu peribadi mereka sahaja yang pergi ketempat bencana, pada pandangan ketua-ketua cawangan, ianya hambar tak bergula.......
HELLO! HELLO! HELLO!...... Zaman dah berubah......kita yang memilih maka kita juga sepatutnya cepat menyesuaikan diri. Bukankah kita yang memilih mereka? Bukankah kita yang mahukan mereka? Bukankah kita sudah tahu status pekerjaan mereka? Mengapa terus memahat rumah UMNO Jerai yang dah siap? Belajarlah mendudukinya mengikut keadaan.
Aku lihat peranan AJK-AJK diBahagian perlu ada anjakan paradigma. Mengapa mereka bertanding sebagai Ahli Jawatankuasa Bahagian dahulu? Adakah sekadar untuk berseronok-seronok duduk ditemapt-tempat yang lebih tinggi didalam dewan sambil menyilang kaki dibelakang pemimpin ketika berucap dirostrum sambil mengangguk-angguk kepala seperti cendiakawan padahal tidak faham apa satu pun. Menang hanya kerana rajin pergi menyondol kecawangan-cawangan ketika adanya mesyuarat pemilihan. Kemudiannya bila berada di barisan AJK bahagian, yang sepatutnya menjadi penolong bermandat kepada Ketua Bahagian tetapi malangnya ini tidak berlaku. Sebaliknya mereka turut terkinja-kinja mengkritik Ketua bahagian keran tidak dapat memenuhi 'demand' mereka yang agak sukar dipenuhi oleh Ketua bahagian seperti Dato' Suhaimi. Bagi aku merekalah yang sepatutnya menjalankan peranan KB ketika KB tidak dapat berada dikawasan masing-masing. dan ini bukan pula beermakna KB boleh lepas tangan. Ini sudah tidak betul juga. Keadaan ini sepatutnya hanya bila keadaan terdesak sahaja. AJK bahagian ada mandat dari ketua-ketua cawangan, ketua-ketua cawanganlah yang memberi mandat, kerana dalam kebanyakan pertandingan merebut kerusi bahagian, mereka selalunya berada dalam satu pasukan. Mengapa pula bila tiba masa untuk berkhidmat, semua jari menghala kepada KB sahaja? Lebih bermasalaah ialah bila pembantu-pembantu kepada KB walaupun ramai, namun tidak disenangi oleh ketua-ketua cawangan.
Dan sebagai kesimpulan, aku berpandangan pada alaf memilih KB dari kalangan Prefessioanl Korporat, maka sikap ketua-ketua cawangan juga pelru berganjak dari takuk lama, dimana jika sebelum ini mereka umpama posmen kepada ahli-ahli (kebanyakannya posmen kepada diri sendiri sahaja), mereka sudah kena berubah. Fungsi mereka kena berubah. Mereka perlu menjadi wakil rakyat kepada komuniti kecil mereka dalam menyelesaikan setiap permasaalahan terutama yang tidak membabitkan PERUNTUKAN. Bukannya menjadi posmen. Biar posmen buat kerja posmen.
Hari ini, Penyelaras Parlimen Sik, Yang Berhormat Tajuddin Abdullah telah dengan rendah diri mengadakan satu majlis penting kepada beliau dan rakyat Sik yang akan berangkat ketanah suci, Makkah bagi mengerjaan ibadat haji yang berjumlah 92 orang.
Majlis berkenaan telah diadakan tepat pukul 2.30ptg dengan dihadiri sama oleh pegawai dari Tabung Haji dan bakal-bakal jemaah haji. Beliau antara lain berharap agar mereka terus menjaga tahap kesihatan mereka sebelum, semasa dan selepas mengerjakan haji, menjaga nama baik Malaysia dan mendoakan kesejahteraan serta keamanan Malaysia serta menjadi duta kecil 1Malaysia yang disegani tahap disiplinnya berbanding dengan negar-negara lain.
Antara mereka ialah seorang ustazah yang telah mengajar beliau mengaji AlQuran semasa dialam kanak-kanak dahulu. Beliau juga berharap mereka turut mendoakan kesejahteraan beliau agar beliau dapat terus menjalankan tanggungjawab beliau sebagai wakil rakyat dan pemimpin UMNO Sik.
**Beberapa hari terdahulu beliau ada menyuarakan hasrat beliau untuk memadamkan persepsi yang tidak benar mengenai beliau yang mendakwa beliau hanyalah Ketua Bahagian UMNO Belantik yang seolah-olah menunjukkan beliau cenderung berkhidmat diDUN beliau sahaja. Walaupun sebelum inipun khidmat beliau diberikan secara menyeluruh atas kapasiti beliau sebagai penyelaras Parlimen, tetapi khabar-khabar angin terus bertiup untuk menyegarkan persepsi tidak sihat ini. Aku harap beliau segera melakukan pemutihan terhadap persepsi ini memandangkan jurang beliau dengan rakyat Sik tidakpun terlalu renggang. Hanya yang menjauhkan diri dari beliau bertanggapan negatif.
Pada aku YB Tajudin juga perlu melihat senior-senior yang terus setia dengan UMNO hatta dari era sebelum Tan Sri Paduka Dr Hamid Othman( jika masih hidup) dengan menemui mereka secra lebih kerap untuk memerah 'santan' politik dari mereka untuk digaul dengan pendekatan beliau sendiri bagi menghasilkan pendekatan jitu politik UMNO Sik kerana bagi aku YB Tajudin akan beroleh keberuntungan jika dapat menimba pengalaman lampau yang berguna dari senior-senior UMNO Sik. Aku masih berkeyakinan bahawa UMNO tetap utuh di Sik.
Aku berada disini selepas PRK Bagan Pinang, namun kerana asyik mengikuti perkembangan persidangan, aku tidak sempat menulis banyak. Aku kan sambung menulis bila balik keKedah esok atau lusa..........aku ada cerita mengenai seorang ahli veteran UMNO dari Kepala Batas dan jika kita kaitkan dengan sikap kaki tido dan menantu nya tentu anda boleh membuat penilaian.
Terasa dah ngantuk sangat dah ni.............
Kitapun da perasaan benci, tapi berpada-padalah n minta Allah jauhkan benda-benda mcm tu. Tengok puak-puak pr ni senang2 boleh jahanamkan negara la. Aku ingat puak dia sendiri yg hapuskan Teoh tu
Yg peliknya set muda2 mcm X nampak kebaikan yg ada. Depa nak lagu mana? Kalu bg depa kuasapun tak kemana. Tengok pr di 3 negri tu sudahlah K'tan ni mmglah mandom, tu pun N.ajis peghasan dia b'jaya meghintah selama ini n bw byk kejayaan...Ya la...kosmetik opera cina...mata sepet juga yg untung. Anuar Tan dok bg pa sj ka bangsa dia dKB ni.....melaung Islam tp puak dia ttp naik. Pdn muka org pas melayu.....dok thp tu juga. Yang kaya set husam saja....

Puak-puak pkr bangang tu tak ernah reti bersyukur negara ni aman, takdak kacaubilau, depa yg suka buat kacau. Kalu kena gempa, topan mcm indon n filipina baru la depa tau sapa yg boleh tlg sapa. I bet org pr mlahu ja. Yg dok d ataih mcm pliwat n yg sepet2 tu mesti dok usaha nk p jd rakyat usa.....la ni pun kerapdok d sana p jumpa pak angkat yahudi laknatullah dia.
SMS pada 11/10/2009
Buatla apa ygl patut, dah x tau nk kata apa kat budak2 norg tua yg otak bantut tu. Nak Islam sangat kunun. Yg dok tyg buat tu Islamik sangat la tu? Dulu marah gila bila org UMNO/BN buat banner habaq ada majlis2 ttentuLa ni gambaq puak2 pr/pas tpampang merata koner. hatta ataih beki isi kurmapun dibubuh.Nak jamahpun aku tak lalu tengokmuka dulang sghepih depa
Salam Det, i read bharian, a stdnt study in egypt arrested. 4 trying 2 circulate false rm in envelopes wiz UMNO emblem! Buruk sungguh maruah bdk2 pengikut puak ramjadah ni.
Kena tangkap 1 hal, sapa nak jamin tu? Pemimpin depa? Sori le!!! Cuci tgn ada la. Makbpk n sedaramara juga yg susah naikturun court
*************************************************************************************
SMS ini membuat aku terfikir kesimpulan bagaimana otak-otak bebudak di brainwash untuk mengatakan tindakan mereka adalah noble(mulia) dan mendapat pahala. Gamaknya itulah juga yang dibasuhminda terhadap pengebom beranimati yang menyangka mereka mati dengan cara fisabilillah, malangnya itu hanyalah sangka-sangkaan yang ditanam secara salah oleh 'bapa-bapa' mereka. "Tidakah mereka berfikir"?

Semasa di Bagan Pinang tenpoh hari aku menerima beberapa sms dari salah seorang kerabat aku. Namun disebabkan kesibukan yang teramat-amat, maka hari ini barulah aku boleh siarkan sms berkenaan. Silalah renung-renungkan......dan selamat membaacaaa....
sms pada 5 oktober 2009:
Slm. Apakisah d TKemang tu? Last 2 weeks kami p PD masa hantaq *******, mat sabun dah sakan dok hamboq mengata ke BN. Ada 2,3puluh org pas dok lenggak. Aku jengok kluaq dari tingkap keta dan jeghekah MOHONG!!!! n blah......Abg *&^% hang terkezut tp aku kata mmg aku benci sangat dgn mat merapu tu.....
**************************************************************************************
Ramai rakyat kelantan mahu UMNO dan BN kembali berkerajaan di sana,tetapi dek kerana percakaran bundy-bundy umno kelantan, maka hasrat rakyat akar umbi hanya tinggal hasrat kerana isyarat perubahan umno kelantan tidak jelas dan selalu terputus-putus. Pemancar isyarat UMNO diKelantan kena di selenggara segera!
Tajuk diatas aku ambil dari komen sahabat aku, bro wah-janggo yang memberi komen dalam blog ini. Hasil dari amatan aku ternyata api kebencian akar umbi terhadap perangai elitis kj dan segala komplot beliau untuk mencengkam kuku kuasa politik serta pembolotan projek sebagai janakuasa dana beliau sehingga menghumbangkan UMNO dan BN kekancah krisis kepercayaan yang amat teruk dan sehingga kini masih belum pulih dengan sepenuhnya.
Jika aku hanya mencadangkan dia untuk melepaskan jawatan dan biarkan ianya dipangku oleh YB Razali, kemudiannya balik kerombau untuk belajar menjadi Ketua Pemuda Cawangan dan membuat kerja-kerja gurka UMNO dahulu sebelum kembali bertarung untuk memanjat hiraki kemipmpinan pusat dan bukan melalui jalan pintas, yang aku anggap sebagai tidak 'jantan' ada pula ahli-ahli yang lebih ekstrim saranan mereka terhadap kj, iaitu samada hanya menjadi ahli biasa UMNO supaya UMNO tidak terus parah tidak terus serba salah jga ada yang mahu beliau kelur dari parti kerana mereka berpandangan hanya dengan keluarnya kj dari parti, kestabilan parti akan kembali kelandasan yang betul.
OLEH MAJORITI AHLI-AHLI
DISELURUH NEGARA TERHADAP KJ
DITERJEMAHKAN PADA BUNTING INI
Manakala Paprpukari yang sentiasa melekat diCommand Centre semasa PRK N31 lalu mendakwa bahawa YB Razali Ibrahimlah yang berpecah peluh mengetuai kempen dan gerakerja jentera Pemuda, perkara yang sebaliknya berlaku diPeti Undi Teluk Kemang terutama di Taman Intan Perdana dimana UMNO Kedah menjadi Negeri angkat kepada gerakan TIP dan TBP, kelibat Ketua-ketua Pemuda Bahagian dan juga Ketua Pemuda Negeri umpama biskut yang sekejap ada sekejab tiada, malah lebih memburuk lagi biskut tersebut umpama biskut masuk angin....baru dipegang sudah melerai..... namun Kedah bernasib baik kerana terdapat pemuda-pemuda yang pada mulanya secara sukarela turun membanting tulang membantu kempen dan akhirnya tenaga mereka diiktriraf oleh Perhubungan UMNO Negeri kerana kesungguhan mereka yang konsisten. Aku tidak ingat kesemua nama-nama mereka, tetapi aku masin cam rupa paras mereka. Sebaliknya Wanita dan Puteri sentiasa berada dibarisan hadapan termasuklah Ketua-ketua mereka. Aku selalu berdamping dengan Shima dan Hisham Suhaily yang begitu bersahaja berkunjung dan berhadapan dengan penghuni dan pengundi ditempat yang kami diamanahkan. Begitu juga dengan naib ketua Wanita, Kak Kamalia yang walaupun mulutnya begitu laser, wanita-wanita yang bertugas sentiasa dapat mencapai KPI yang digariskan oleh Panglima ketumbukan dari Kedah, Datuk Paduka Rozai Safian yang berpengalaman sebagai pentadbir tapi agak sukar untuk mengadaptasi stail pemimpin politik luarbandar.
Kehadiran Ketua-ketua Pemuda ini seperti nasi mantah menyebabkan pelbagai persepsi menerejah kotak fikiran aku yang tidak bersagi ini........
Bagi aku kj tidak sayangpun denhan UMNO, tetapi hanya sayangkan jawatan yang direbut dan diperolehi secara muslihat.

Sebentar tadi aku sempat lihat blog PG. Dia tulis mengenai kisah N'ajis dan burung merpati yang dipetik dari akhbar seperti yang aku cNp dibawah:
Nik Aziz saran rakyat Kelantan ternak merpati
KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyarankan penduduk di negeri ini mengusahakan ternakan burung merpati yang menjanjikan pulangan lebih baik berbanding ternakan puyuh.
Beliau berkata, ternakan burung merpati mempunyai potensi untuk dipasarkan sebagai makanan kesihatan.
"Idea ini saya perolehi ketika melawat negara Mesir tidak lama dahulu di mana perusahaan ternakan burung merpati amat menggalakkan sebagai makanan kesihatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pasar Raya Nirwana Baru, di Pekan Baru Kubang Kerian, dekat sini hari ini.
Beliau berharap pihak berwajib di sektor pertanian mencari kaedah teknologi yang sesuai bagi memudahkan orang ramai, khususnya petani untuk menceburi bidang penternakan burung merpati.
Mengenai pasaran, Nik Abdul Aziz berkata perkara itu pasti tiada masalah kerana produk burung merpati boleh dipasarkan di pasar-pasar tani dan pasar raya.
Katanya, di Kelantan sahaja kini terdapat 17 pasar tani dan 10 pasar raya. - Bernama
**************************************************************************************
Kalau hendak tahu, sebenarnya sebelum N.ajis buat cadangan yang kunonnya bernas tahap cendikiawan ni, pemimpin-pemimpin pis yang lain telahpun menjalankan projek berkaitan 'burong' lama sebelum N'ajis tersedar mengenai potensi 'burong. Ade pemimipin yang membina lebih dari satu sangkar untuk satu 'burong'. Ada yang sampai empat sangkar walaupun yang hendak dibelajaga hanya satu 'burong' Paling ramai bina dua sangkar. Ada juga sampai tiga. Ada juga yang cadang nak bina yang sangkar ketiga, tetiba kosnya mencecah 3 juta, lalu terpaksa dimusnahkan sangkar kedua....
Nampaknya ramai pemimpin pis amat berminat dengan projek burong kerana kepuasan.
SILA AMBIL PERHATIAN.
Burung = seekor haiwan yang boleh terbang
Burong = satu .....aaaa....aaaa.......uuuhhh......
Maklumlah, peti undi kami adalah salah satu kawasan peti undi yang panas, ini menyebabkan ramai pengundi beranggapan mereka lebih selesa dan selamat jika keluar mengundi pada lewat petang ketika militan-militan hijau pis keletihan setelah beraksi berok ala kingkong yang piantan biang pada sebelah tengahari membawa keawal petang. Memang mereka akui benar-benar tidak selesa melihat berok-berok militan hijau itu terkinja-kinja melaung yang entah apa bahasa dan entah apa gaya ketika melihat ketibaan pengundi-pengundi ditempat membuang undi.
Ternyata andaian aku bahawa mereka sengaja mencipta keadaan untuk menimbulkan keresahan penduduk tempatan tidak berjaya dengan sepenuhnya kerana mereka juga lupa bahawa sebahagian besar penduduk awam Port Dickson adalah juga bekas-bekas pejuang yang mempertahankan negara suatu ketika dulu dimana semangant kecintaan mereka berada ditahap tertinggi pada setiap masa dan tahu parti mana yang selama ini berbakti atas kebajikan mereka-mereka sebagai pejuang negara setelah parti berkenaan berjaya membentuk kerajaan.
Jika pihak pembangkang memasang pelbagai strategi untuk mengurangkan majoriti pengundi awam yang keluar mengundi, penduduk yang menjadi pengundi juga mempunyai perancangan mereka sendiri untuk mengelak apa yang mereka gelarkan 'sabo' pihak militan hijau. He he he he...istilah SABO menjadi mainan bibir aku setelah mereka memperkenalkan isitilah ini kepada kami, petugas-petuags parti. Umpama buku bertemu ruas bila militan hijau yang merancang SABO tersungkur dengan ANTISABO pengundi awam bekas pejuang yang biasa dan mahir dengan taktik perang dan taktik psiko musuh.
Kami berempat meninggalkan TIP, Bagan Pinang dan Port Dickson pada petang itu dengan perasaan lega, kerana telah selesai tugas kami membantu mereka, puas kerana tugas itu kami jalankan dengan teliti dan bersungguh-sungguh, seronok dengan berita yang kami terima dari massa kesemasa, sayu kerana terpaksa meninggalkan seluruh penduduk-penduduk Taman Intan Perdana dan Taman Bukit Perdana dan juga Taman Politeknik yang telah menjadi begitu rapat dengan delegasi UMNO Kedah, delegasi UMNO Sabah dan juga UMNO Bahagian Rasah.
Aku bermohon kepada Allah dan berharap kepada Yang Berhormat Tan Sri Isa Samad agar sentiasa menemui seluruh rakyat Parlimen Telok Kemang secepat mungkin bagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai ADUN Bagan Pinang dan Ketua Bahagian UMNO Teluk Kemang kerana rakyat sebenarnya masih sayangkan UMNO/BN. Prestasi beliau dalam masa terdekat ini akan menjadi sebahagian dari KPI UMNO seluruh negara. Tiada masa bermimpi untuk TSIS!!!!

ALHAMDULILLAH!!!
Sehingga saat ini bertalu-talu sms masuk untuk memaklumkan keputusan tidak rasmi mengenai kemenangan besar BN. Ada yang memberitahu secara rambang bahawa kemenangan kali ini adalah kemenangan besar. Manakala ada yang memberi secara bernombor. Ada yang sebut majoriti melebihi 4000 undi. Ada yang mendakwa sudah melebihi 5000 undi. Namun bagi Peti Undi Teluk Kemang, aku dimaklumkan undi BN adalah 1,109 manakala undi PAS hanya 563. Maklumat ini adalah dari bilik undi Teluk Kemang. Bermakna majoriti untuk peti undi ini bertambah lebih dari 500 undi berbanding hanya 50 undi pada PRU 12 yang lepas.
Lain-lain maklumat akan aku siarkan berperingkat-peringkat.
TIADA AYAT YANG BOLEH AKU UCAPKAN. BIARLAH VIDEO REALTIME INI YANG BERCAKAP.
Mengenai Aku
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
BERANI BERUBAH!!!
DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO
PAPA DOLL




