SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA







Semalaam adalah hari ke3 petugas-petugas dari Kedah, Sabah dan Bahagian Rasah telah turun terus kerumah-rumah penduduk untuk menyampaikan buahtangan sebagai tanda silatulrahmi antara UMNO Malaysia yang diwakili mereka dengan penduduk Taman-Taman Intan Perdana dan Bukit Perdana.

Seperti hari-hari sebelumnya, pihak kami menerima sambutan baik dari penduduk-penduduk yang kami temui. Kecuali yang keluar bekerja. Alhamdulillah sepanjang pertemuan dan perbualan kami rata-rata mahukan suasana aman dan kestabilan dapat dikekalkan sehingga bila-bila. dan mereka mengakui



Setelah mendapat panggilan dari salah seorang teman bertanyakan hal status tanah berkenaan, aku terus pergi keBilik Gerakan Taman Intan Perdana untuk berjumpa dengan Ketua mereka ,iaitu Encik razak Arifin dan juga Pemuda beliau Encik Azizi untuk menanyakan hal yang sebenar mengenai kononnya tanah berkenaan tidak diluluskan untuk pembinaan sekolah berkenaan.

"Provokasi! Provokasi!". Inilah luahan serentak suara mereka apabila aku ajukan pertanyaan ini. Ini kerja orang gila, orang yang dah tak betul 'tune kepala' dia orang kata Azizi. Awat la hal masa depan anak-anak kita yang nak pi tuntut ilmu pun depa nak provok? Kata Abang Razak pula. Depa ni dah habih pikiaq ka?

Sebenarnya tanah berkenaan telahpun dibeli oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pendidikan dengan tuuan khusus untuk membina sekolah yang dimaksudkaan kerana keperluan mendesak. Jumlah keseluruhan rumah-rumah di Taman Intan Perdana dan Taman sekitarnya adalah berjumlah lebih dari4000 unit membolehkan kawasan berkenaan menerima kemudahan sekolah kebangsaan dan sekolah menengah untuk anak-anak mereka belajar dan seterusnya berjaya dalam akademik sebagai bekalan hari muka.

Selepas mendapat pengesahan aku terus menalipon teman kau tadi dan menasihatkan dia terus bertanya dengan pihak yang berkaitan seperti Pejabat Tanah Port Dickson, MPPD dan pejabat Menteri Besar. Selepas dia menalipon pihak-pihak yang aku cadangkan ternyata kesemua mereka membuat kenyataan bahawa projek berkenaan adalah akan diteruskan. Alhmdulillah untuk penduduk Taman Intan Perdana dan kawasan sekitarnya.

Jika selama ini anak-anak mereka pada setiap pagi terpaksa berasak-asak didalam feri sekolah kerana hendak pergi sekolah yang agak jauh dari rumah mereka, mungkin dalam masa tidak sampai dua tahun dari tarikh perlaksanaan kerja-kerja tapak projek berkenaan, anak-anak mereka hanya samada perlu berjalan kaki atau berbasikal untuk kesekolah. FIKIRKANLAH SIAPA YANG HANYA PANDAI BERTEATER DAN SIAPA YANG BENAR-BENAR BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT?

JASA KEPADA RAKYAT

Hari ini aku dihubungi oleh Samurai Politik untuk menguruskan satu isu yang sengaja dibangkitkan oleh pihak yang menyokong calon pembangkang dengan Roshatika yang ingin mengetahui status salah satu projek yang baru sahaja diwar-warkan kononnya telah tidak diluluskan atau tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan. Atau dengan erti kata lain projek berkenaan telah dibatalkan. MasyaAllah.....Astaghfirullah....

Oleh kerana isu ini berkaitan denga ntempat dimana aku juga menjadi petugas disana lalu aku terus menghubungi salah seorang penduduk tempatan yang amat maklum mengenai status projek ini, kerana dia adalah antara yang terbabit sejak diperingkat awal lagi, baik dari segi permohonan terhadap projek, mahupun kelulusannya. Malah beliau juga terbabit dalam mesyuarat-mesyuarat berkaitan. namun beliau tidak terbabit dalam perlaksanaan kerana dia hanya mewakili penduduk atas dasar keperluan mendesak yang perlu diberi keutamaan kerana ia membabitkan kepentingan pelajaran dan masa depan anak-anak mereka.

Walaupun sudah mendapat kepastian, namun aku akan tetap mengadakan wawancara dengan mereka yang berkaitan dan kemungkinan wawancara utama dengan Menteri yang berkaitan petang ini juga. pis sudah tiada tol lagi di Bagan Pinang!

Tunggu maklumat selanjutnya mengenai status Projek Sekolah Kebangsaan Taman Intan Perdana lewat petang ini.

**Mereka sanggup bermain dengan isu masa depan anak-anak bangsa hanya kerana ingin mengelirukan RAKYAT BAGAN PINANG yang majoritinya menyokong UMNO.

Semalam telah diadakan pengambaran ceramah perdana diTaman Intan Perdana anjuran RTM. Turut hadir untuk menyerikan majlis ceramah berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk General (b) Jamil Khir Baharom sebagai tetamu istimewa.












Dua tajuk menarik telah di perbincangkan iaitu kepentingan terhadap perpaduan rakyat dan Malaysia Shugarva Dunia. Panel penceramah adalah terdiri dari Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan Prof Datuk Dr Mohammad Yusoff Hussein, Ustaz Shabudin Yahya Yang DiPertua MAIPP, Ustaz Badlishah Alaudin dan Prof dari UiTM Shah Alam

Heran. Memang hairan dengan kenyataan oleh AMK melalui siketot hendak menyaman Datuk Seri Ismail Sabri, Ahli Parlimen Bera yang juga AMT UMNO kerana mengatakan ahli PKR sebagai samseng.

October 5, 2009

AMK Desak Ismail Sabri Tarik Balik Tuduhan Atau Hadapi Tindakan Undang-undang

Angkatan Muda Keadilan Malaysia mendesak Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) memohon maaf di atas perkataan samseng yang digunakan ke atas Parti Keadilan Rakyat (PKR)......read more.


**************************************************************************************

Aku betul-betul hairan dengan sikenit dari AMK ni. Sepatutnya dia kena saman dengan nilai yang tinggi terhadap cabang(cawangan?) PKR sendiri yang telahpun membuat laporan tentang adanya samseng yang dilantik sebagai Ketua-Ketua cabang pkr ditempat-tempat tertentu. Lihat disini. Sepatutnya siketot ketua amk ni samanlah ahli-ahlinya yang sudah dimashyurkan sebagai samseng. Tentu siKetot ini akan menang kes saman ni dan jadi kaya raya jika saman yang dikenakan nilainya menjangkau jutaan ringgit. Cara nak saman bolehlah diambil ilmunya dari banduan merangkap Ketua umum pkr yang beliau sanjungi Brader Anvr Bin Ibraheem.

Gambar-gambar sekitar aktiviti petugas perayu undi dari delegasi Perhubungan UMNO Kedah










Aku petik cerita lawak dari sebuah blog yang menyokong parti yang hidup mati mereka mengharapkan sandiwara mereka dipentas-pentas smbil memungut derma sebagai elaun sara hidup bagi yang belum menjadi wakil rakyat dan memolok elaun sebagai YB hasil dari sumbangan belas kasihan dari Kerajaan Pusat dibawah Parti Barisan Nasional diatas kemahiran seni lakon teater diatas pentas-pentas sumber kewangan mereka yang mereka tagih dari ahli-ahli mereka yang rata-rata dhoif. Namun sedikit bernyawa bila mendapat bantuan kewangan dari penjilat yahudi, iaitu Brader Anvar Bin Ibraheem.

Begini bunyinya:

Penulis ada berbual dengan seorang ajk Pemuda Bahagian UMNO secara tidak langsung beliau menyatakan harapan kalah itu cerah kepada UMNO. Inilah persepsi dan minda ahli-ahli UMNO hatta yang berjawatan tinggi dalam UMNO, sudah mengakui kalah sebelum mereka bertanding. Walhal sebelum-sebelum ini tiada dalam kamus hidup UMNO bahawa UMNO akan kalah.

**Salam Bro! AJK Pemuda Bahagian UMNO yang mana? atau hanya berjumpa seorang manusia yang masih muda, tetapi bukan pemuda UMNOpun. Sampaikan pemuda mana datangnyapun tak diberi tahu. persepsi yang dikatakan hanyalah mono ilusi seorang yang dimentia. sekadar menyebut secara rambang menunjukkan pemikirannya yang juga rambang seperti melihat warna putih tetapi ternampakkan hitam. Aku yang dah berada disini sebelumpun bermula pemilihan dan penamaan calon. Bukan hanya seluruh ahli-ahli UMNO Bahagian Teluk Kemang yang mahukan TSIS sebagai calon, malahan mereka-mereka yang disebut-sebut sebagai antara calon pilihan juga cenderung untuk menyokong TSIS sebagai calon dengan sekongan tidak berbelah bagi. Aku sempat bersembang dari hati kehati dengan salah seorang yang disebut-sebut sebagai antara calon favourite yang hanya aku perkenalkan sebagai cikgu. Beliau menerangkan bahawa bagi dirinya sendiri, beliau lebih kepada menyokong TSIS sebagai calon berbanding diri beliau kerana beliau amat selesa bekerjasama dengan TSIS selama ini dibahagian Teluk Kemang. Aku juga ada bertanya mengenai ura-ura bahawa calon wanita yang hendak diketengahkan, dia yang juga AJK Bahagian Teluk Kemang dengan segera menyatakan wanita yang dicadangkan itu juga menyatakan sokongan bulat kepada TSIS seiring dengan kehendak seluruh ahli-ahli UMNO Teluk Kemang dan tujuh lagi Bahagian-bahagian UMNO N9 serta NGO-NGO dan sebahagian besar rakyat N9 yang pernah merasai penghidupan dibawah TSIS sebagai MB dulu. Jadi tidak timbul isu mengaku kalah dalam pemilihan TSIS sebagai calon, malahan rakyat DUN bagan Pinang yakin yang UMNO akan mencapai kemenangan dan terus mempertahankan DUN Bagan Pinang dari jatuh kepada parti yang hidup hanya dipentas-pentas ceramah.

Kamus UMNO? Adakah? Kat mana dia ni beli? Tolong belikan, aku nak tengok! Bro, kalah menang adat bertanding, dan UMNO sebagai sebuah parti pejuang tidak dapat lari dari kenyataan kalah menang. KALAH MENANG ADAT BERTANDING. Bila menang, wajar diraikan, bila kalah kami redho, bukannya seperti parti lawan, bila kalah bermacam-macam tohmahan dihamburkan kepada semua pihak yang terbabit.

Semalam kali kedua TV3 memberitakan bahawa pembuat kecoh yang melebamkan dua orang UMNO iaitu Dato Azez pahlawan Mat Rempit di Kutub, kalah dengan penumbuk ‘pembangkang’. Dalam sejarah penulis belum ada lagi gedebe PAS yang membelasah orang UMNO sepanjang 12 pilihanraya umum yang lalu. Kerana sisitem tarbiyyah PAS dan UMNO berbeda. Niat orang PAS dan didikan pimpinan PAS berbeda dengan niat dan didikan pimpian UMNO.

**Sistem Tarbiyah? Mungkin pada zaman Fadhil Noor sebagai Presiden depa ada sifat-sifat baik SEDIKIT-SEBANYAK. Tetapi semenjak diTer'Ghebiah' oleh puak-puak komplot haram dan gangster yang depa menjadi ahli sekutu yang karib, sistem tarbiyah puak jahat nilah yang dengan cepat diserap dan menjadi amalan harian ahli-ahli PIS. Sikap dan karektor ganas ketika berkempen sudah mendaging dengan ahli-PIS ketika menjalankan tugas berkempen malah amat sesuai jika aku labelkan mereka ini sudah menghampiri perangai militan yang meletakkan akal dilutut. Memang PIS dan UMNO berbeza. BETUL!!! SETUJU!!! AMAT SETUJU!!!! UMNO sentiasa memikirkan kebajikan rakyat. PIS memikirkan bagaimana nak mengikis duit ahli melalui ceramah untuk membiayai pemimpin mereka yang kerja mereka umpama pelakon teater sepanjang zaman. Dan aku sedar bahawa lakonan mereka kini bertambah baik selepas memasuki AKADEMI SENI LAKON DiBawah tunjukajar seniman politik tersohor, iaitu Brader Anvar Bin Ibraheem. Peluang Rakyat kini menjadi lebih mudah untuk melihat pementasan teater dengan bayaran amat murah dengan masa pertunjukan yang agak panjang. SEMUGA TERHIBUR......


KAMAL Mydeen menunjukkan kesan lebam pada leher Azeez Abd. Rahim dipercayai ditumbuk oleh penyokong Pas sebelum proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang yang diadakan di Dewan MPPD, semalam.


Datuk Ismail sabri sedang memberi kenyataan kepada wartawan
mengenai insiden tersebut.


Malam semalam aku dengan tidak dirancang bertemu dengan Ahli Parlimen Bera ketika insiden yang melakar sejarah hitam kepada Parti Amalan Samseng(PAS), bukannya UMNO. Aku masih tidak dapat menerima dengan akal yang rasional terhadap tindakan ala samseng oleh penagih-penagih ideologi songsang parti amalan samseng ini. Adakah mereka ini orang tempatan? Aku yakin TIDAK! Aku pasti benar kerana aku kenal masyarakat Teluk Kemang dan tahu hatibudi mereka kerana aku biasa tinggal disini hampir setahun ketika bekerja dengan syarikat geoteknikal yang ditugaskan membuat kerja-kerja penstabilan tapak untuk sebuah syarikat penapisan minyak disini. Dan berulang-alik selama enambulan lagi untuk mengawasi tahap pemendapan tanah yang telah ditambak ditapak yang telah kami rawat. Masyarakat sekitar Parlimen Teluk Kemang sekali lagi aku TEKANKAN, bukan bersikap seperti itu. Namun rata-rata penduduk yang kebanyakannya adalah bekas tentera dan tentera amat menitikberatkan disiplin ketenteraan walaupun mereka telah tamat berkhidmat sebagai askar.

Maka insiden yang berlaku adalah onar dari orang luar atau mungkin juga orang dalam.....iaitu ORANG YANG DUDUDK DALAM RIMBA KESAMSENGAN. Mereka ini sebenarnya cepat belajar dari parti-parti seKUTU mereka seperti Dapig dan Parti Kepala Rosak yang ramai dari ahlinya adalah samseng-samseng jalanan yang senang diupah. Tetapi mereka ini sedikit atas tarafnya dari samseng yang sanggup berguling diatas jalanraya. Aku ingat nak sarankan kepada Jabatan Kerja Raya atau kontraktor yang membina jalan untuk mengambil mereka ini bekerja bagi menjimatkan kos import. Kerana dengan adanya mereka, kontraktor tidak lagi perlu untuk membeli 'roller'. Suruh dia orang berguling aje sebaik 'tarmac' diturunkan dari lori. AMACAM? Ada Berani?

Aku harap bukan sahaja rakyat diPort Dickson ambil iktibar dari kejadian tak bertemadun ini, malah rakyat diseluruh Malaysia mencerna dengan hati yang jernih akan insiden yang diharap tidak akan berulang.

Datuk Sri Ismail Sabri menceritakan bagaimana sebenarnya kejadian dimana beliau tiba agak terlewat disebabkan kesesakan jalan yang teruk. Ketika beliiau tiba dia disusuli dengan Dato Azeez Rahim dengan menaiki motosikal tanpa menyedari mereka sudah melalui zon pembangkang. Namun disebabkan tidak terfikir langsung bahawa didalam zon ini ada kawasan zoo mereka meneruskan perjalanan mereka. Segala provokasi tidak diambil indah kerana memikirkan provokasi begitu adalah biasa dalam PRK-PRK sebelum ini. Datuk Sri memberi isyarat agar datuk Azeez tidak menghiraukan provokasi mereka. namun dihujung kandang zoo, mreka mula meloncat-loncat umpama berok terjilat belacan dengan menepuk-nepuk bahu beliau dan ketika keadaan semakin tidak terkawal beruk-beruk tidak bertuan tersebut tiba-tiba bertindak menyerbu Dato' Azeez dan mula menumbuk beliau.

Lalu aku harap Datuk Sri Ismail menyampaikan salam kepada Dato' Azeez dan menyarankan beliau bersabar dan redho dengan dugaan ini. RAKYAT MELIHAT DAN MENILAI...

**Sebenarnya disisi kami sedang makan -makan satu kumpulan penyokong PIS yang aku lihat umpama kucing mahu beranak ketika aku dan kawan-kawan berdialog dengan Ismail Sabri..


Ketua Cawangan merangkap Ketua Peti Undi Bilik Gerakan
Taman Intan Perdana En. Razak Arifin sedang memberi ucapan
aluan bagi meraikan pasukan-pasukan petugas UMNO
dari Kedah, Sabah dan Rasah

YB Datuk Seri Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datoh.
Turut kelihtan ialah Datuk Paduka Rozai Safian, Pengarah
untuk Kontinjen Petugas Badan Perhubungan UMNO Kedah.
merangkap AMT UMNO sedang memberi ucapan.

Ahli Puteri UMNO Kedah yang menganggotai Petugas Perayu Undi
bagi Peti Undi Taman Intan Perdana sedang mendengar ucapan

Para hadirin sedang menjamu selera. Masakan disediakan secara
gotong royong('berdeghau')oleh penduduk taman dengan
En. Razak Ariffin sendiri sebagai 'Kepala Gedehok'. Dimaklumkan
beliau mahir memasak terutama gulai daging kambing.
Turut kelihatan Datuk Zubir Saad, Timbalan Pengerusi
Biro Penerangan Perhubungan UMNO Kedah.

Petugas-petugas parti dari Taman Intan Perdana, UMNO
Bagaian Rasah, UMNO Kedah dan UMNO Sabah sedang
mendengar taklimat.


**MAJLIS INI DIADAKAN DIRUMAH ENCIK ABDUL JALIL, AHLI UMNO CAWANGAN TAMAN INTAN PERDANA SEMPENA MENCUKUR JAMBUL ANAKNYA YANG BARU LAHIR(LEPAS PANTANG).







Pilihanraya Permatang Pasir masih lagi hangat diingatan. Keputusannya tidak payah diungkit lagi. Dilubuk mereka tidak ada pengundi hantu, yang ada penghuni hantu dimana terdapat lebih dari seratus penghuni mendiami rumah seluas sekangkang kera. Disana juga tiada pengundi POS, hanya yang ada ialah pejabat POS, kerana apa? Kerana itu lubok depa.

Namun situasi sekarang amat berbeza, bila PRK kali ini membabitkan kawasan yang depa 'susah nak makan'. Kalau Permatang Pasir ibarat 'jentik kerongkong', tetapi Bagan Pinang ibarat 'sangkut dikerongkong'.

Janganlah pula artikel aku kali ini disalah anggap seolah-olah membuka pekung, tetapi anggaplah ia jadam yang memulih. Janganlah sikap diPermatang Pasir terus diamalkan oleh penyokong UMNO dan BN di Bagan Pinang. Jagalah bendera parti, hormatilah ia. Kalau perlu dikilek, kileklah, kalau perlu diselimut, selimutlah ia, kalau perlu dililit, lilitlah ia. Tetapi janganlah dibiarkan tersadai dipagar, terdampar dirumput, terkeronyok ditanah, tersangkut diranting. Gambaran di Permatang Pasir jangnalah diulangi diBagan Pinang. Jangan malukan UMNO dan BN, jangan malukan Tan Sri Isa Samad dan UMNO Telok Kemang. Dan setelah berkalan dijamah, janganlah disepah sepah yang tinggal, bersyukurlah......apa salahnya kita buang kedalam tong sampah? Betul ada petugas untuk membersihkan, tetapi apakah alasan ini rasional untuk kita menyepah? Kita juga yang marah apabila mereka kata kita seumpama BERUK diberi bunga. Air disedia, makan disiap.

Berbanding mereka yang datang penuh semangat dan peniaga kecil dapat tumpang cari rezeki kerana yang datang dari jauh sedikit benar yang ada 'sponsor'. Tetapi sesudah penamaan, masing-masing menggulung dan mengilek bendera, ada yang meriba diribaan.....tirulah! Tiru yang baik tak ilang biso eh.....

DiBagan Pinang, penyokong UMNO dan BN perlu menyerapkan diri dengan perasaan bangga terhadap lambang keramat UMNO!!!! YAAA!!!!jadikan BAGAN PINANG pelantaq pemulih semangat!!!!


Bila membaca artikel ini, ini, dan ini serta posting ini dari sebelah sana maka dapatlah aku merumuskan mereka sedang pusing keliling nak cari isu, tetapi tiada isu lalu dijadikan ketiadaan isu itu satu isu.

Hello, ini adalah satu Pilihanraya. Maka bila ada pilihanraya adalah kempen. Takkanlah bila ada pilihanraya, masing-masing duduk dirumah bersenang-lenang menonoton TV atau pergi bercuti dan berkelah diair-air terjun!!! PISpun berkempen! UMNO sebagai parti dominon BN sudah tentulah perlu berkempen bagi memastikan kemenangan calonnya. Dan sebagai parti yang mempunyai keupayaan dalam menunaikan janji, lalu apa yang dilafazkan oleh pemimpin-pemimpin sudah tentulah akan ditunaikan sedapat mungkin. Dan memang sudah adat dalam pilihanraya-pilihanraya pengumuman-penguman oleh mereka mendapat liputan media, tetapi ini bukan bererti pengumuman dan perlaksanaan projek-projek pembangunan dan perkhidmatan hanya berjalan ketika pilihanraya sahaja, tetapi jika diikuti program-program kerajaan Barisan nasional sepanjang tahun sentiasa ada sahaja pengisiannya. Dan setiap pengumuman diluar musim pilihanraya selalunya tidak mendapat perhatian umum rakyat kerana samada telah biasa dipendengaran mereka dan penglihatan mereka(yang selalu mengikuti perkembangan) atau yang tidak tahu langsung(tidak ambil pusing) dan tidak mahu tahu(kerana hasad sebagai pembangkang yang menebal).

Program-program pelbagai bentuk yang berterusan disetiap pelusuk negara menyebabkan ianya bukan lagi isu kepada rakyat yang mendokong kerajaan, tetapi disebabkan ketandusan program, maka aktiviti sekecil menyerahkan memorandum dan repot polis yang entah apa kesnya menjadi satu program besar bagi pihak pembangkang. Aku dah muak dengan kerja 'wayang' mereka.

Dan sebagai provokasi mereka kononnya menyokong TDM dalam isu-isu tertentu padahal mereka ini sebenarnya bukanlah penyokong idealisme TDMpun, malah tidak faham kerana bebal mengenai siapa Tun yang sebenarnya dalam konteks ahli politik. Pengakuan Tun yang akur dengan keputusan Pemimpin atasan UMNO adalah wajar dan selari dengan sikapnya sebagai ahli parti. Dan aku seperti juga beliau(dalam konteks patuh kepada parti selagi berasas) telah mengambil keputusan untuk memberi sokongan kepada Tan Sri Isa Samad, sebaik sahaja diumumkan bahawa beliau adalah calon bagi PRK N31 DUN Bagan Pinang, dimana BELIAU ADALAH JUGA KETUA CAWANGAN UMNO BAGAN PINANG dalam Bahagian Teluk Kemang dimana beliau sebagai Ketua Bahagian.

Manakala pengumuman oleh Dato' Seri Najib mengenai Bandar Tentera Darat kepada Bandar Port Dickson pada mereka tidak sesuai, tidak ada apa yang bagi mereka. Hendak diajar pula untuk ishtiharkan nama yang sesuai ikut otak bebal mereka. Kononnya sebab ada laut, kena letak Bandar Tentera Laut kononnya. DEPA NI BUTA MATA KA BUTA PERUT? Bukankah kawasan Lumut lebih sesuai untuk dihubungkan dengan Tentera Luat berbanding Tentera Darat yang mana Port Dickson telah sinonim dengan tempat latihan rekrut tentera darat sejak dahulu lagi??? Adakah mereka ini baru migrasi ke Malaysia sehingga tidak kenal tempat dan hubungannya? Dan begitu juga dengan Tentera Udara yang lebih sinonim dengan Tentera Udara? Tunggulah peristiharan-perishtiharannya pula. Bila? Eh itu pemimpin punya pasallah. Kalau pembangkang nak ishtiharkan juga ishtiharkanlah, belum tentu akan digezetkan kecualilah hangpa dah jadi kerajaan. Keciwi dan meroyan betullah!

Dan sewajarnya aku berlapang dada untuk menerima hujah dan alasan Tan Sri Isa Samad yang beliau utarakan bagi membela diri beliau dari umpatan pembangkang yang aku lihat umpama mereka yang kehabisan oksigen.......

Dari Blog DUN 31 Bagan Pinang

INIKAH PEJABAT CALUN PAS ???



Beginilah rupanya pejabat calun PAS yang tersiar dalam blog rasmi Calun PAS... Terkejut kerana sejak blog tersebut diujudkan (Feb 2008 - kini) Dia tak ada aktiviti untuk membantu rakyat cuma aktiviti yang ada ialah ... mengutuk dan mengecam kepimpinan KERAJAAN BARISAN NASIONAL ....



Bagaimanakah selepas ini? Logo BNkah lagi di N31?
Hanya pengundi N31 yang boleh menjawab,


Keadaan sibuk di 'Command Centre" sejurus sebelum
pengumuman calon bagi UMNO, DUN Bagan Pinang.

Sebagaimana yang telah diketahui, akhirnya dalam ramai-ramai kalangan pemimpin UMNO Bahagian Teluk Kemang, TSIS juga yang jadi pilihan. Aku difahamkan bahawa sokongan bukan sahaja datang dari kalangan pemimpin-pemimpin dan ahli akar umbi UMNO DUN Bagan Pinang, malah pengundi tidak berparti juga mahukannya beliau sebagai calon malah kata seorang delegasi kami ada NGO-NGO juga menyatakan pendirian mereka untuk menyokong TSIS.

Aku hendak lihat pengundi Cina dan India, apakah benar mereka turut menyokong TSIS sebagai calon atau hanya bermanis mulut ketika diwawancara atau ditanya tetapi hati menolak dan tangan memangkah ping-pong!!!!

Dan DSNTR, TSMY serta seluruh bijakpandai disekeliling mereka sudah merangka penjelasan, bukan hanya kepada ahli parti UMNO seluruh Negara bahkan juga seluruh rakyat jelata mengenai ke'releven'an slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan dalam konteks memilih calon PRK N31, DUN Bagan Pinang!!! Dan semuga selepas ini mereka tidak jemu membuat 'rally' penjelasan yang boleh di'kunyah' oleh rakyat.

Dan aku berharap sangat penjelasan nanti menggambarkan satu penjelasan dari pasukan pemikir yang benar-benar bijaksana.

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ