SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
Followers
Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog
HIMPUNAN JUTAAN BELIA
Laporan desak Khairy letak jawatan tak tepat
JOHOR BAHRU 31 Jan. - Berita berhubung kononnya terdapat desakan daripada Exco Pergerakan Pemuda UMNO agar ketua mereka, Khairy Jamaluddin meletakkan jawatan, merupakan laporan yang tidak tepat.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dakwaan tersebut seperti yang disiarkan beberapa laman blog rentetan mesyuarat khas exco pergerakan itu Khamis lalu adalah tidak benar.
''Mereka (penulis blog berkenaan) tidak tahu hujung pangkal topik yang dibincangkan dalam mesyuarat Exco Pemuda UMNO baru-baru ini.
''Biarpun terdapat satu perkara yang tidak mencapai kesepakatan sekalipun, ia tidak perlulah (dianggap) sampai mendesak meletak jawatan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor, di sini hari ini.
Kelmarin, beberapa blog melaporkan bahawa Khairy didesak meletak jawatan oleh beberapa Exco Pemuda kerana kegagalan beliau menterjemahkan hala tuju Pergerakan Pemuda UMNO selari dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Berdasarkan laporan blog berkenaan, Khairy diberi dua pilihan sama ada meletak jawatan dan membenarkan jawatan Ketua Pemuda dipangku timbalannya, Datuk Razali Ibrahim atau keseluruhan Exco meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan baru Pergerakan Pemuda UMNO dibuat secepat mungkin.
Sementara itu jelas Hishammuddin, laporan di laman-laman blog berhubung isu ini tidak akan membawa kepada pengukuhan parti seperti yang sedang diusahakan oleh pucuk pimpinan.
Sehubungan itu, beliau tidak menolak laporan itu mungkin dibuat untuk kepentingan pihak tertentu dan bukannya demi keutuhan parti.
''"Semasa saya memegang jawatan itu dahulu pun, saya pernah didesak untuk meletak jawatan.
''Namun Alhamdulillah saya berjaya menerajuinya sepanjang 10 tahun ini dengan sokongan yang lain," katanya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
**Hisham kata: beliau tidak menolak laporan itu mungkin dibuat untuk kepentingan pihak tertentu dan bukannya demi keutuhan parti.
Aku kata: KJ BERALAH
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di bawah ini aku CnP kenyataan oleh ZUZA yang aku petik dari blog Duke:
KPemuda Alor Setar sokong KJ letak jawatan!

Saya secara peribadi menegur "penafian" oleh Dato' Seri Hishamuddin dan Datuk Razali Ibrahim berkenaan "desakan" majoriti Exco Pemuda UMNO agar Ketua Pemuda UMNO Saudara Khari Jamaluddin untuk meletak jawatan.
Ini adalah kerana saya telah disahkan sendiri oleh Exco Pemuda UMNO, Saudara Zubir Zabidi, selaku Pengerusi Biro Pertanian dan Industri Asas Tani, selaku Ketua Pemuda UMNO Alor Setar, bahawa kejadian itu "benar-benar" belaku!
Menurut Saudara Zubir, "desakan" itu sememangnya berlaku dan Saudara Zubir sendiri sanggup melepaskan jawatannya sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia beramai-ramai bersama rakan-rakan Exconya yang lain demi mencapai maksud mereka mendesak Khairi Jamaluddin meletak jawatan secara terhormat.
Oleh itu, tak payahlah Dato' Seri Hishamuddin atau Datuk Razali Ibrahim "menyembunyikan" hakikat itu kerana tidakan berkenaan bagai menunjukkan bahawa Datuk Seri Hishamuddin dan Datuk Razali masih di dalam "denial sindrom".
Pada saya, tindakan ini adalah satu tindakan yang "membersihkan" UMNO dan "menguntungkan" UMNO berbanding pendapat Datuk dan Dato' Seri yang cuba "menyembunyi" sesuatu hakikat yang sebenarnya langsung tidak membantu UMNO. Bagi saya, menyokong Saudara Khairi selaku Ketua Pemuda UMNO bagaikan "sokongan membawa rebah".
Dari itu, saya menyarankan untuk Saudara Khairy Jamaluddin untuk meletak jawatan secara terhormat, sebagaimana yang disarankan oleh Exco-Exco Pemuda UMNO usulkan. Jika tidak, nantikanlah Pemilihan Ketua Pemuda UMNO yang akan datang, insyaAllah, Saudara Khairy Jamaluddin akan diturunkan secara "hina" oleh para perwakilan yang membawa "suara akar umbi".
Buat Saudara Khairy, berundur bukan bermakna saudara kalah. Pengunduran saudara akan memenangkan UMNO, dimana saudara juga akan turut "menang" kerana saudara juga dari Parti UMNO. Itulah yang perlu diutamakan, bukan kepentingan peribadi yang perlu diutamakan.
Walaupn artikel mengenai kutukan puak militan perut hijau PIS terhadap Zubir Zuffa sudah melewati seminggu di dalam blog penyokong taksub PIS, namun ianya tiba-tiba dicedok bebulat kedalam blog yang sudah lama beku, kecuali sedikit mencair ketika menjelang tahun baru 2010, iaitu MT. MT tiba-tiba seolah-olah mendapat 'power bar' di lap yang terakhir maraton bila berjaya mengesan artikel yang pada mereka adalah santapan lazat untuk dilahap.....
Aku sudah menyartakan pendapat peribadi aku sebelum ini pada posting aku yang bertarikh 23/01/2010 yang lalu. Tetapi bila ia di ceduk pula oleh MT dan ada dikomen, maka aku beranggapan tidak salah pula aku untuk menokok dengan komen secara peribadi mengenai tajuk berkenaan. Komen ini adalah komen yang aku buat didalam blog MT.
Terima kasih kerana sanggup bersusah payah untuk CnP dari blog pembangkang iaitu Kedah Lanie. KREDIT UNTUK BLOG PEMBANGKANG!!!!
Mungkin pada pandangan anda dengan bertindak CnP bulat-bulat artikel ini adalah usaha murni anda...ya mungkin nampak 'noble' dari sisi anda. Tetapi sekadar untuk melontar pertanyaan, adakah berbaloi dan apakah manfaat yang boleh disumbangkan kepada UMNO hasil dari cedokan bulat-bulat artikel dari blog pembangkang ini?
Lagi sekali saya memberanikan diri untuk menerangkan dari sisi saya yang saya rasa saya patut kongsikan bersama di sini, bukan untuk zubir semata, tetapi juga untuk UMNO terutamanya.
Tuan Berangan,
Apakah perasaan anda dan perasaan kita bila si zubir ini terus menyokong pembangkang dengan menyalurkan sumbangan dana untuk politik mereka tetapi dalam masa yang sama terus menagih projek dari kerajaan persekutuan dan sebahagian dari keuntungannya disalur kepada akaun parti pembangkang? Tongkat yang di beri di palu kepada si pemberi???
Tuan aah,
Atas alasan apa yang beliau perlu terlalu risau mengenai sejarah silam politik beliau jika beliau menyedari bahawa platform yang beliau berdiri hanyalah terdiri dari binaan yang amat rapuh? Dan pengalaman silam itu beliau jadikan sempadan untuk berpolitik dengan cara yang lebih bermanfaat kepada anak bangsa?
Sesiapa sahaja yang menceburi politik di peringkat kepimpinan pastinya mempunyai cita-cita. Tanyalah siapapun yang berpolitik, kecuali mereka yang menceburinya dengan hanya bermaksud untuk menjadi ahli biasa(itupun ada juga cita-cita seperti untuk mudah dapat bantuan TEKUN!). Apakah mereka yang bertanding sebagai Ketua Cawangan tidak ada cita-cita untuk menjadi AJK bahagian? Dan sesudah itu tidakkah pula mereka bercita-cita untuk keperingkat yang lebih atas? Apakah ini sesuatu yang negatif? Apakah menjadi dosa kepada zubir bila beliau ada menyimpan cita-cita? Dan besar sangatkah kuasa yang ada pada dia sehingga boleh menagih kerusi Timbalan Menteri Kesihatan ketika itu ataupun ketika ini juga? dan kalaupun benar itu cita-cita beliau, tanpa usaha giat bermasyarakat, membantu ahli-ahli UMNO dan rakyat, menjayakan setiap tugas yang di amanahkan oleh bahagian, negeri dan pusat, adakah pemimpin yang lebih atas akan menerima beliau dengan begitu sahaja? Tidak cerdik sangatkah Bashah, kurang akalkah Shafie, kelabu sangatkah Jamil dalam menilai prestasi kerja zubir?
Dalam menilai kata-kata 'rakan karib' dia dari kalangan PIS dahulu adakah ia benar kesemuanya atau ada yang mereka tokok tambah dan sendal untuk menyedapkan omongan tak membawa faedah baik kepada pendokong UMNO mahupun kepada mereka sendiri? Apakah dengan menyiarkan seloka bertaraf pencungkil gigi ini akan meyebabkan zubir kembali kepada mereka? Atau apakah faedah dari cerita separuh hiburan ini ada nilai positifnya kepada UMNO?
Mengenai penglibatan beliau dalam arena politik di mana ada dakwaan bahawa beliau baru, baru dari sudut apa sebenarnya yang di katakan baru? Menyertai UMNO..ya memang benar. Tetapi baru beliau bukan bermakna tidak ada langsung pengalaman politik oleh dia, malah pengalaman beliau semasa di 'seberang sana' adalah satu nilai yang amat berharga apabila beliau sanggup 'menyeberang kesini'. Pengalaman beliau diperingkat kepimpinan dalam parti pembangkang seharusnya dimanfaatkan bersama oleh kita yang telah begitu lama berada di 'sebelah sini'. Ada yang dah berdekad-dekad tetapi impak mereka kepada UMNO mereka sendiripun tidak tahu secara signifikannya(jasa aah tidak pernah saya lupakan dan anda terkecuali dalam hal yang saya perkatakan ini).
Dan di ketika ini, apakah penglibatan dia baik di Bahagian UMNO Merbok khasnya, Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan UMNO Pusat secara rasional dilihat sesuatu yang merugikan kepada UMNO? Atau ianya hanyalah 'disadvantage' kepada beberpa individu-individu di Bahagian yang berdekad-dekad lamanya berpolitik tetapi hanya bertakah di bahagian sahaja sehingga perlu terus-terusan memburu dan menyerang politik zubir?
Tuan aah menulis:
""Cukup hebat! dan sekarang dia memang cukup ligat bergerak di dalam Bahagian Merbok, pagi petang, siang malam dia masuk kampung habis tenggelam semua Jawatankuasa Bahagian. bagus! teruskan, semoga anda di pilih untuk menjadi Calon dalam PRU13 nanti.""
Dari perenggan di atas dapatlah saya simpulkan bahawa sememangnya rakyat Merbok 'notice'/sedar mengenai aktiviti-aktiviti berterusan sosial dan politik zubir terhadap mereka dan kesungguhan beliau bekerja ketika UMNO dilihat begitu lemah dengan sikap sesetengah pemimpin yang walaupun sudah berdekad berakar dalam UMNO tetapi tak berubi.
Dari kenyataan tuan aah ini, kita patut bersangka baik dan menganggap ini adalah satu bentuk cabaran kepada AJK-AJK Bahagian yang 'tenggelam', mereka sewajarnya memperligatkan kegiatan diri mereka didalam sosial dan politik setempat sebagai menyahut lalu menidakkan cabaran tuan aah, kerana tuan aah ada menyebut bahawa zubir memang cukup ligat bergerak, namun kita kena ingat bahawa ligat zubir bukan ligat bermodalkan air liur dan gigi semata-mata, ligat dia bersendikan sebahagian dari rezeki perniagaan mereka suami isteri, tenaga mereka, masa mereka dan keringat mereka adalah rangkuman kepada 'package' ligat dia dalam politik dan sokongan isteri sebagai pemangkin semangat.
Semoga ia menjadi doa yang mustajab untuk Allah makbulkan.......
Di petik dari Berita Harian:
Desakan Khairy letak jawatan bukan baru: Dr M
Dengan nada sinis, mantan Perdana Menteri itu berkata, sepanjang pengetahuannya tidak pernah berlaku kes seorang Ketua Pemuda dilarang berkempen dalam pilihan raya kecil negeri atas alasan ia boleh menjadi faktor kekalahan.
"Itu luar biasa...kes pilihan raya kecil di Perak, mereka larang dia (Khairy) datang...katanya kalau datang juga, mesti kita (Barisan Nasional) kalah. Orang Melayu ketika itu benci sangat, saya sendiri pun tak tahu macam mana dia boleh menang.
"Sebab itu saya katakan, depa (mereka) kena belajar mengira Matematik dalam bahasa Inggeris, sebab susah sangat nak kira undi (pemilihan jawatan Ketua Pemuda Umno). Cuma ada 700 perwakilan, takkan ambil masa tujuh jam nak kira undi.
"Pasal apa jadi macam tu, saya tak tahu. Masa dia menang Naib Ketua Pemuda, siapa berani lawan dia sampai menang tanpa bertanding. Apa strategi dia guna...," katanya pada sidang media selepas melancarkan Penubuhan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia peringkat Selangor (Perkasa Selangor) yang turut dihadiri Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, di sini, semalam.
Dr Mahathir mengulas rencana disiarkan dalam blog yang mendakwa Mesyuarat Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno beberapa hari lalu kecoh ekoran ada desakan supaya Khairy berundur bagi menyelamatkan pergerakan itu.
Berdasarkan laporan Harakahdaily, difahamkan punca utama desakan beberapa Exco pergerakan itu kerana Khairy dilihat gagal menterjemahkan hala tuju Pemuda selari dengan kepemimpinan Presiden parti yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun, Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim menafikan dakwaan itu dengan menjelaskan apa yang ditimbulkan pada mesyuarat khas Exco Pemuda itu hanyalah cabaran kepada kepemimpinan Pemuda untuk terus bekerja keras dan menjalankan tugas dengan baik.
Selain itu, Dr Mahathir turut mendesak kerajaan tidak mengabaikan rungutan golongan kecil termasuk badan bukan kerajaan Melayu (NGO) yang bersemangat mempertahankan ketuanan dan kedaulatan bangsa.
"Melayu tak boleh terlalu bergantung kepada parti politik untuk suarakan pendapat," katanya.
Ini aku CnP untuk kita pakat teliti isinya....Ini adalah bahan peluntur kepada penyakit KULIT TEBAL pada muka kj....
Mengapa Khairy……

Banyak sangat kelemahan kj yang ketara. Tetapi disebabkan beliau adalah specialist dalam ilmu sindrom penafian semasa belajar di negara omputih arrrr...katanya okspot....dalam bidang sains politik...he he he...kira tahap saintis le ni...maka bahan-bahan saintifik untuk ektrak penebal muka sudahpun disediakan melalui kajian selama sepenggal setengah di makmal pak metua dia. Dengan memakai bahan penebal muka yang nampak seperti semulajadi, maka sekali imbas pasti kita tidak perasan berapa 'tebal muka' si kj ni...
Ramuan ekstrak hebat penebal muka ini sudahpun diarahkan oelh kj kpd nkp nya untuk dioleskan kemuka beliau.....dibawah ini adalah ramuan hebat untuk kita ambil petuanya...
Razali nafi Khairy didesak letak jawatan
Untuk mengetahui ramuan ini ramuan asli atau ramuan(tipu) sementara, kita perlu tunggu sikit masa dengan penuh kesabaran.....Dan dalam mentera yang kita baca(dengan meng'klik' tajuk diatas, untuk gambaran kita kena baca dan fahami apa yang berada diantara dua baris ayat, bukan ayat yang kita baca tu untuk mengetahui kandungan sebenar ramuan yang boleh mengembalikan kekuatan UMNO amnya dan Pemuda UMNO khasnya....
Aku baru melayari portal mykmu.net mengenai desakan oleh EXCO Pemuda UMNO Pusat supaya kj berundur. Bagi aku ini adalah berita yang boleh memebri kesegaran kepada Pemuda UMNO dan UMNO sendiri ketika UMNO berkemungkinan akan berhadapan dengan beberapa PRK. Dan adalah lebih wajar untuk beliau memikirkan masa depan UMNO dan BN ketika berdepan dengan pembangkang ketika PRU13 nanti.
Aku amat berharap kj akur dengan desakan ini, kerana ianya dibenarkan dalam perlembagaan parti. Sebagai orang yang meletakkan kepentingan ahli-ahli parti, dan sebagai pejuang dalam arena politik beliau wajar berundur secara bermaruah.
Namun begitu adalah hak beliau untuk terus kekal sebagai ahli UMNO dan wajib terus membantu UMNO dalam mengembalikan keyakinan ahli terutamanya dan keyakinan rakyat khasnya orang Melayu demi kelangsungan UMNO sebagai parti dominan dalam komponen BN yang dilihat agak payah melawan 'friction' disebabkan stigma keatas beliau sebagai LIABILITI'. Dan stigma ini hanya dapat di nyahkan sekiranya beliau BERUNDUR!
Aku CnP berita penuh oleh portal berkenaan sebagai tanda menyokong langkah ini bagi membolehkan imej Pemuda UMNO yang semenjak PAU yang lepas sering menjadi sasaran kritikan dari dalam dan kutukan dari luar.
EKSKLUSIF: EXCO Minta Khairy Lepaskan Jawatan Ketua Pemuda
Posted on Thursday, January 28 @ 20:17:52 MYT
Topic: Utama
Kami baru disahkan bahawa punca utama desakan perletakan jawatan Khairy ialah kegagalan beliau menterjemahkan hala tuju Pemuda UMNO selari dengan kepimpinan Datuk Seri Najib. EXCO Pemuda Hishamuddin Yahya dilaporkan membenatngkan beberapa bukti yang menunjukkan kepimpinan pergerakan pemuda tidak berminat untuk membantu parti dan kerajaan menarik sokongan sebaliknya lebih berminat mendesak dan mengugut agar diberi jawatan.
Hishamuddin mencadangkan dua usul iaitu samada Khairy meletak jawatan dan membenarkan Ketua Pemuda dipangku oleh YB Datuk Razali Ibrahim atau keseluruhan EXCO meletak jawatan bagi membolehkan satu pemilihan baru Pergerakan pemuda dibuat secepat mungkin.
Sungguhpun mendapat sokongan tetapi tiada undian atau keputusan dicapai. Difahamkan 2/3 EXCO Pemuda bersedia meletak jawatan untuk pemilihan semula Pergerakan tersebut jika selari dengan kehendak perlembagaan parti.
Drama ala MCA ini dijangka akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO esok. Terdapat suara-suara di dalam MT sendiri yang mahu mendesak diadakan semula Pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO berikutan kegagalan sayap tersebut menjadi tunggak parti sebelum ini.
[Nota Editor: Perkara 5.7 Perlembagaan Pergerakan Pemuda UMNO Menyatakan: Jika dua pertiga atau lebih bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa Pemuda berhenti maka Jawatankuasa itu dianggap telah bubar dan Majlis Tertinggi bolehlah mengadakan Perhimpunan Khas Pemuda UMNO Malaysia bagi menubuhkan semula Jawatankuasa Pemuda dan Majlis Tertinggi berkuasa menentukan tempoh perkhidmatan Jawatankuasa yang baru dipilih itu.]
[Berita Asal]
Mesyuarat EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang baru berakhir sebentar tadi dilaporkan kecoh apabila sebahagian EXCO Pemuda UMNO meminta Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin meletak jawatan secepat mungkin bagi menyelamatkan pergerakan tersebut.
Menurut sumber, EXCO Keahlian Pemuda, Sdr Hisahmuddin Yahya merupakan yang pertama meluahkan perasaan tidak puas hati dan meminta YB Khairy berundur secara terhormat demi kepentingan Pemuda UMNO. MYKMU difahamkan ramai EXCO yang bercakap kemudiannya menyetujui usul tersebut.
Bukan lagi rahsia bahyawa Pemuda UMNO gagal berfungsi sejak Khairy mengambil alih jawatan Ketua Pemuda pada tahun lalu.Antara yang menimbulkan kemarahan ramai ahli pemuda ialah tindakan Khairy melantik etua-Ketua Pemuda Negeri yang tidak mendapat sokongan majoriti ketua-ketua Pemuda UMNO Bahagian negeri tersebut.
Antara Pemuda negeri yang bergelut dengan krisis kepimpinan ialah Pemuda UMNO Selangor, Perak, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Johor. Ini berikutan tindakan Kahiry melantik Ketua Pemuda Bahagian yang menyokong beliau dalam pemilihan lalu sungguhpun mereka ini tidak disukai oleh amjoriti ketua Pemuda Bahagian yang lain.
Pemuda UMNO Selangor misalnya sehingga hari ini gagal mengadakan mesyuarat penuh. Sebanyak 13 daripada 22 Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selangor menolak kepimpinan Suhaimi dan mengambil keputusan bergerak secara bersendirian di bahagian masing-masing.
Di Perak juga berlaku kemelut kepimpinan Pemuda yang serius apabila Mesyuarat Pemuda Negeri Perak minggu lalu meminta Ketua Pemuda Negeri berundur secara terhormat. Memorandum 18 Ketua Pemuda Bahagian Perak juga khabarnya telah dihantar kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.
Di Pulau Pinang, Sdr Norman juga ditolak kepimpinannya oleh majoriti Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Demikian juga yang berlaku di Johor dan Wilayah Persekutuan. Kebanyakan mereka mengambil keputusan menggerakkan bahagian secara bersendirian bagi memastikan UMNO Bahagian terus kukuh dalam menghadapi pilihan raya.
Selian isu perhubungan Pemuda UMNO Negeri, Khairy juga dianggap gagal apabila kursus Perdana Pemuda di Janda Baik hujung tahun lalu hanya dihadiri tidak sampai separuh Ketua-Ketua Pemuda Bahagian.
Kursus yang sepatutnya menjadi medan menunjukkan kekuatan kepimpinan Khairy untuk mendesak Perdana Menteri memberi jawatan kabinet akhirnya menjadi masalah besar kepada beliau apabila hanya separuh jemputan sahaja yang hadir. Daripada itu pula kebanyakannya ialah Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian sahaja.
Beberapa EXCO yang bercakap kemudiannya bertindak mempersoalkan kegagalan Kahiry menjadi suara Pemuda dan menggerakkan jentera pemuda dalam banyak isu nasional yang sepatutnya dipergunaka Pemuda bagi mengenakan tekanan ke atas Pakatan Rakyat.
Ada juga yang mempersoalkan alasan Khairy bahawa beliau tiada jawatan menyebabkan beliau tidak boleh menggerakkan Pergerakan Pemuda.
Menurut mereka jika dahulu Khairy berjanji untuk mengorbankan harta bendanya untuk Pergerakan Pemuda jika menang, bila menang lain pula alasannya.
Saudara Hishamuddin Yahya dan beberapa lagi exco yang dihubungi enggan mengulas perbincangan dalam mesyuarat EXCO sebentar tadi buat masa ini. Bagaimanapun kesemua mereka tidak menafikan berita ini.
[Berita ini akan dikemaskini sekiranya ada EXCO yang bersedia bercakap dengan mykmu kemudiannya].
**INI ADALAH LANGKAH TERHEBAT DAN TERBAIK BELIAU YANG AKU BOLEH ANGGAP SEBAGAI PENGORBANAN SUCI KEPADA PARTI UMNO DAN BN. AKU AKAN LEBIH HORMATI BELIAU SEKIRANYA BELIAU BERANI MENGAMBIL LANGKAH YANG POSITIF (KEPADA UMNO) INI..
Semenjak dulu tetap olah
KJ jadi liabiliti mula serlah
Nafi hakikat cetus padah
PRU 13 pasti akan hadir
Hentilah KJ ke hulu-hilir
Banyak janjinya di bibir
Masa emas usah dibazir
Mahukan UMNO gagah
Malang Pemuda lemah
KJ selaku KP perlu nyah
Birthday Note To A Traitor - KJ The Son-In-Law

HAPPY BIRTHDAY KHAIRY,
AND PLEASE LISTEN CAREFULLY LA THAMBY,
I HOPE YOU'VE STARTED COUNTING DAYS ALREADY,
SINCE YOUR POLITICAL CAREER IS NOW GOING DOWNHILL.
WELL KHAIRY,
YOU SHOULD BE ASHAMED OF YOURSELF REALLY,
FOR MESSING UP WITH THINGS BADLY,
AND THE TREMOR WAS STRONGLY FELT IN 2008 GE.
Sorry Honey ... I didn't get the post as deputy.It was all because of Piggy, Big Dog and Parpukari.
YOUR PRESENCE KHAIRY,
IS DOING NO GOOD FOR THE COUNTRY,
AND NEITHER FOR THE PARTY,
AS PEMUDA UNDER YOU HAVE BECOME PEMUDI,
AND YOU HAVE NO SUPPORT VIRTUALLY,
EITHER IN REAL WORLD OR IN VIRTUAL REALITY,
EXCEPT FOR A FEW TOOTHLESS DOGGIES,
LIKE JAMIL, BRO JINGGO, TEPAK AND REMY.
TO TELL YOU THE TRUTH KHAIRY,
YOU SHOULD BE HIDING YOUR FACE ALREADY,
FOR THE DAMAGE YOU HAVE CAUSED TO THE PARTY,
BUT KHAIRY WILL ALWAYS BE KHAIRY,
POWER MUST BE HOLD STRONGLY,
TO SERVE YOUR GREED FOR WEALTH AND MONEY.
SAD TO SAY KHAIRY,
IT IS ENOUGH ALREADY,
WE KNEW YOUR GAME OF TREASON AND TREACHERY,
AND YOUR ASSOCIATION WITH VICIOUS KALI,
SO PLEASE GET YOUR PASSPORT READY,
TO PERMANENTLY DISAPPEAR FROM THIS COUNTRY.
Selepas berbincang dengan GMC semasa melilau di Seksyen 20 Shah Alam malam semalam, aku mengajukan kepada GMC yang aku panggil abang untuk mencipta satu LOGO khas untuk tujuan bloggger-blogger utara tagkan logo berkenaan pada blog masing-masing sebagai tanda bersatu dalam perjuangan untuk mengembalikan Kedah kepangkuan UMNO dan Barisan Nasional.
Untuk itu aku mohon kerjasama sahabat-sahabat blogger pro UMNO/BN untuk tagkan logo ini kedalam blog masing-masing.
Aku baru terjumpa(secara tak sengajalah tu...) mengenai pengkisahan datuk Zubir yang di'potray' secara salah terhadap keperibadian beliau dan keterampilan politik beliau,menyebabkan aku rasa aku perlu menjawab bukan mewakili beliau, bukan mewakili UMNO atau sesiapa, aku menjawab dari sisi yang aku pandang. Yang aku rasa patut aku zahirkan disini.....
****************************************************************************
****************************************************************************
InsyaAllah akan bertambah lagi beberapa cawangan baru bukan sahaja diKedah, malah akan berkembang keseluruh Negara berkat doa pecah perut dan doa bala dari penganut PIS mazhab N.ajis yang ‘bijak-bijak’ kepala lutut depa dan berhati mulia umpama kerengga bila melihat Melayu lain Berjaya dalam bidang perniagaan…. Mulia sungguh hati depa dan murni sungguh doa penganut-penganut PIS mazhab N’ajis yang tahu ‘seba-serbi’ kononnya. Ya kehebatan N.ajis yang pada beliau dalam PIS hanyalah HARUS dan HALAL sahaja. Tetapi selain dari itu seperti HARAM hanya ada diluar PIS! He he he…sekali lagi makna-makna beberapa perkataan didalam kamus kena dirombak!
Dalam beberapa hari ini aku mengikuti siri pendedahan hebat oleh rakan-rakan blogger dari seluruh negara terutamanya GAP, DET dan Keris Pusaka Melayu, Unspinners, X-pkr, Parpu Kari, BigDog, Apa Yang Tersirat, dan beberapa bloggers lagi termasuklah ruangan forum seperti mykmu.net mengenai keterlibatan Kali mullah dalam perniagaan yang terlibat secara langsung dengan kerahsiaan negara dan dalam masa yang sama terlibat pula dengan musuh-musuh kepada keamanan dan kesetabilan Negara seperti Raja Paria Kamarudin dan B A B I dan ditambah merungsingkan mengenai penglibatan beliau dengan beberapa syarikat berprofail tinggi yang dalam pada masa yang sama membiayai portal berita yang sentiasa menimbulkan isu-isu yang boleh menggugat kesetabilan perpaduan, ekonomi dan politik negara iaitu Malaysian Insider, maka sudah tiba masanya rakyat Malaysia yang mahukan kesetabilan dikembalikan kepangkuan rakyat maka wajarlah kelompok rakyat yang berada disebelah pihak yang mahukan perkara-perkara positif yang kita nikmati satu masa dahulu dikembalikan mendesaak:
KERAJAAN BERTINDAK TEGAS TERHADAP MANUSIA BERNAMA KALIMULLAH INI BERTERASKAN UNDANG-UNDANG SEDIADA DAN JANGAN SEHINGGA BELIAU SEMPAT MELARIKAN DIRI KELUAR NEGARA SEPERTI RAJA PARIA KAMARUDIN BERSAMA DUIT YANG BELIAU KAUT SELAMA INI SECARA ROMPAKAN TERHORMAT DAN SETERUSNYA AKAN MENYALAK secara negatif terhadap Malaysia dan kedaulatannya seperti yang dilakukajn oleh RAJA PARIA KAMARUDIN yang didalangi oleh PAK DALANG (yang juga JALANG POLITIK) iaitu B A B I.
Kerajaan Negeri digesa selesai masalah air sebelum Mac

:Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata, sekiranya Kerajaan Negeri masih gagal bertindak dalam tempoh dua bulan ini bagi menyelesaikan masalah air yang masih berlarutan setelah pengkorporatan Jabatan Bekalan Air (JBA), ini membuktikan Kerajaan Negeri gagal menjaga kebajikan rakyat.
“Jangka masa dua bulan dianggap munasabah untuk Kerajaan Negeri mengatasi masalah air di Kedah, dan jika mereka berjaya menyelesaikan kemelut ini, ianya boleh menjadi satu hadiah kepada rakyat sempena dua tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Kedah,” katanya.
Ir Nawawi berkata, masalah bekalan air sudah berlarutan sejak lima bulan lalu, dan isu ini sepatutnya selesai sejurus sahaja Syarikat Air Darul Aman (Sada) mengambil alih pengurusan air di negeri ini 1 Januari lalu.
“Saya yakin sekiranya kerajaan yang ada sekarang bertanggungjawab kepada rakyatnya mereka telah melakukan pelbagai usaha untuk mengatasi masalah bekalan dan jangka masa dua bulan ini cukup untuk memastikan seluruh rakyat dapat menikmati bekalan air yang sempurna,” katanya.
Menurutnya, ribuan rakyat yang sering berdepan dengan masalah bekalan air menjalani kehidupan dengan penuh kesukaran, dan sudah tiba masanya rakyat Kedah mampu menyalurkan semula bekalan air tanpa gangguan dan tekanan yang tinggi sebagai hadiah ulang tahun pimpinan Pakatan Rakyat di negeri ini.
“Saya amat berharap Kerajaan Negeri tidak memandang ringan penderitaan yang dihadapi rakyat ini. Mereka asyik menyuruh rakyat bersabar, tetapi sampai bila hendak bersabar. Malah ada pula Exco Kerajaan Negeri yang menasihati rakyat membeli banyak baldi untuk menyimpan air. Bagi saya jawapan itu menggambarkan kerajaan sekarang tidak prihatin menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.
***********************************************************************************
Detguaq: Sembang modai ayaq lioq bolehlah!!!!
***********************************************************************************
SAPA KATA DALAM KERAJAAN PIS KEDAH TIDAK BERLAKU KRONISMA????
HE HE HE.....NANTIKAN PENDEDAHANNYA DALAM SEHARI DUA LAGI!
AKU TENGAH MENGUMPUL MAKLUMAT YANG SAHIH.
Datuk Seri Najib wajar berfikir secara pantas tetapi waras.
1. Peristiwa-peristiwa yang berlaku di Persidangan Dewan Parlimen
2. Kenal pasti pengkhianant dalaman
3. Singkirkan mereka sebelum BN disingkairkan rakyat!
Monday, January 11, 2010
TERDEDAH!!! Hubungan Khairy dan Anwar sudah terbongkar!!!

Maklumat terbaru dari blog Gerakan Anti PKR mendedahkan suatu dokumen yang menunjukkan Kalimullah memberi 'suaka politik' untuk penjenayah pelarian Raja Petra di sebuah Apartment kepunyaan isterinya Hellinna Danum Dadameah di Trinity Court, Bayswater London.
Pendedahan ini penting kerana ia menghubungkaitkan penulis fitnah Anwar Ibrahim dengan penulis fitnah Abdullah Ahmad Badawi-Khairy Jamaluddin, Kalimullah 'Masya Allah'.
Dari tulisan beberapa blog, mereka kelihatan bekerjasama untuk menjatuhkan Dato Seri Najib.
Bukan setakat itu, mereka bekerjasama untuk membawa huru hara dalam negara dengan menghancurkan segala asas perlembagaan - ugama Islam, bahasa Melayu, hak istimewa Melayu dan Bumiputera, dan raja-raja Melayu.
Propaganda yang mereka berdua lakukan juga adalah untuk menghancurkan sistem dan instrumen kerajaan dari institusi polis, askar, kehakiman, agama, dan lain-lain. Mereka menyokong Chin Peng untuk dibenarkan pulang.
Kemelut mengenai kalimah Allah pun ada tangan-tangan Anwar.
Pendirian Raja Petra berkenaan ini sudah lama diketahui dari tulisan-tulisan dia mengenai Islam yang begitu radial sekali. Dia pernah menulis mengenai Allah itu nama Moon God beberapa tahun dahulu. Kalimullah pula sama liberal dalam hal sedemikian.
Kemelut ini bermula pada zaman pentadbiran Abdullah Badawi yang semasa itu telah menahan penyebaran Injil dalam Bahasa Iban tetapi memberi KDN untuk The Herald - Catholic Weekly untuk mengeluarkan penerbitan bahasa Melayu tanpa usul periksa.
Semasa Syed Hamid memegang jawatan menteri KDN, dia yang mula menarik balik permit penerbitan The Herald. Kemudian Abdullah masuk campur seperti mana dia masuk campur melepaskan tahanan ISA terhadap Theresa Kok, Raja Petra, dan wartawan Sin Chew jit Poh. Dia arah Syed Hamid beri balik permit penerbitan Herald.
Apabila bising orang ramai, baru dapat Syed Hamid tarik balik permit tersebut. Ini menimbulkan kemarahan gereja Katolik.
Anwar pun masuk jarum dengan menyokong penggunaan kalimah Allah. Peguam geraja Katolik pun adalah ahli PKR, Derek Fernandez. Bersaam dalam pasukan guaman gereja Katolik adalah Benjamin Dawson yang merupakan peguam untuk Azlina Jailani yang disokong oleh dana CIA, Beckett Fund.
Apa pendirian Khairy dalam kes Kalimah Allah? Lebih kurang macam Anwar tapi dia sembunyikan.
Anwar dan Khairy banyak bermain sandiwara. Kononnya anwar pernah mahu saman Khairy RM100 tapi sampai sekarang taida pun prosiding dilaporkan akhbar.
Baru-baru ini semasa PRK Bagan Pinang, Anwar ada ugut akan saman Khairy di atas kenyataannya dalam Forum yang dianjurkan di sana. Sampai sekarang masih tidak di saman si budak Khairy ini.
Dengan terdedah pertalian Kalimullah dengan RPK, ia menunjukkan ada pertalian Anwar dan Abdullah Badawi. Kalimullah memang diketahui ramai adalah spy Singapore dan Khairy memang adalah anak didik Singapore.
Pihak-pihak tertentu tahu bahawa Kalimullah dan Khairy yang membekalkan maklumat dan dokumen untuk membolehkan Raja Petra membuat fitnah terhadap Rosmah dalam kes pembunuhan Altantunya.
Orang yang menyokong Khairy menjadi Menteri adalah Zahid Hamidi, seorang Menteri yang dahulunya adalah kroni Anwar Ibrahim.
Dipercayai pertaliannya dengan Anwar masih rapat melalui hubungan Saifuddin Nasution dan Johari Abdul yang pernah bekerjasama dengannya. Malah sesiapa dari orang PKR yang menghadapi masaalah kewangan, Anwar dikatakan berkata pergi minta pada Zahid.
Zahid juga membantu memberi peluru kepada pembangkang dalam isu kehilangan jet. Kebodohan Zahid melaporkan enjin RM300 sebagai RM50 juta menjadikan bocor rancangan memburukkan Najib yang dikorek dari masa sebentar Abdullah memegang Menteri Pertahanan
sebelum bersara.
Rangkaian hubungan ini semua kini jelas seperti berikut:
Abdullah Badawi & Khairy -
Ada satu lagi hubungan Khairy dengan Anwar yang terlepas pandang ramai iaitu yang melibatkan Zaid Ibrahim. Zaid menjadi Menteri JPM dalam hal ehwal undang-undang semasa zaman Abdullah atas desakan Khairy. Berikut carta hubungankait Zaid Ibrahim:
Selepas membaca keluhan pembaca dalam sebuah akhbar Nasional mengenai keadaan jalan di DUN Sungai Limau, maka aku pergi ke kawassan DUN Sungai Limau sendiri untuk meninjau keadaan jalanraya disana. Memang ada kebenaran oleh pembaca berkenaan, malah kalau aku hendak mengambil gambar semua jalan-jalan berturap yang ada disekitar DUN Sungai Limau yang diwakili oleh Ustaz Azizan yang juga Menteri besar Kedah sejahtera(konon!) aku yakin tak cukup memory card aku tu untuk aku ambil gambar-gambar berkenaan, hatta aku 'down grade'kan pixels kamera cap kuda aku(he he he...up grade sikit dah kamera aku, dari cap ayam kepada cap kuda, laju sikit).
Ternyata laungan tak bererti kedah sejahtera hanya tidak lebih dari laungan kosong demi kuasa politik sempit mereka. Aku denganr depa kata untung tang nu, untung tang ni. Balakpun depa kata untung tak hengga. Gunalah duit tu untuk baiki jalan, tak kan hat tu pun nak kena ajaq. Dolu bukan main lagi hangpa ajaq orang. Kata orang tak tau buat kerja, hanpa saja yang tau buat kerja....sampahpun takleh nak settle!
dan gambar-gambar yang aku posting ini adalah gambar asal, cuma ada sikit penandaan dibuat bagi menjelaskankan lagi gambar yang dah jelas tu.
Mengenai Aku
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
BERANI BERUBAH!!!
DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO
PAPA DOLL






















