SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA




Aku tak tahu bagaimana perasaan hangpa semua, tetapi aku memang hampa......berita yang baru aku baca tadi membuat aku tetiba seperti ibu mengandung sulong, MELOYA.  Memang rasa meloya aku ni dah lama semenjak kemenangan secara tak bermoral oleh Ketua Setia Kat Wang dalam "PEMBAHAGIAN KERUSI KETUA PEMUDA".  Sebenarnya yang bertanding hanyalah akar umbi, tetapi apakah dipihak paling atas hanyalah berkompromi sesama elitis? 

Aku tidak sama sekali mengalu-alukan sebarang perlantikan terhadap kj dalam kabinet 1Malaysia. Mengapa DSNTR mahu mencari masaalah dengan akar umbi jika benar beliau mendokong selogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Atau zahid begitu hebat mempengaruhi DSNTR sehingga beliau akan sanggup berubah fikiran?Nampaknya pengumuman dalam akhbar beberapa hari lepas hanyalah 'bedak sejuk' yang akan gugur relai dari pipi bila kita tersenyum atau cair mengalir mengikut aliran air mata bila kita menangis.

Aku ada slogan khusus untuk DSNTR  mengenai ahli-ahli marhien UMNO;

"AHLI AKAR UMBI DIDAHULUKANKAN, 

KEKUATAN PARTI DIUTAMAKAN"


Apakah yang Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak mahukan dari rakyat dan ahli-ahli parti sebenarnya?  Apakah suara-suara yang kedengaran baik di maya mahupun di luar tidak langsung bermakna dan bernilai?  Atau hanya bernilai bila ada PILIHANRAYA????

Ini madah untuk pejuang tulin:



BERUNDUR BUKAN BERERTI KALAH,
HANYA MENGATUR LANGKAH YANG LEBIH GAGAH,
UNTUK MENJADI PEMIMPIN TERMEGAH,
PENGORBANAN AWAL MENJADI HADIAH,
AGAR LEBIH IKHLAS SETIAP LANGKAH,
MENUNDUK MUSUH YANG BAKAL TERMENGAH!



Dari UM:

Khairy Jamaluddin dilantik timbalan menteri?

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Sebuah portal berita melaporkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkemungkinan dilantik timbalan menteri dalam perubahan kecil peringkat kementerian yang akan dilakukan tidak lama lagi.
Menurut portal Malaysia-instinct.com, pelantikan itu kemungkinan menjadi kenyataan jika perletakan jawatan Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib diterima.
''Khairy dijangka diberikan jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan tidak semestinya mengisi vakum di Kementerian Pelancongan jika Sulaiman Abdul Rahman berundur,'' menurut portal berkenaan di sini hari ini.
Menurut portal itu, pelantikan itu akan dibuat sebagai menghormati jawatan Ketua Pemuda UMNO.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memberitahu bahawa tiada rombakan Kabinet akan dilakukan dalam jangka masa terdekat melainkan beberapa perubahan melibatkan timbalan menteri.
Beliau juga mengesahkan bahawa Sulaiman telah menyampaikan hasrat untuk berundur sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.
Khairy sebelum ini tidak diberikan sebarang jawatan dalam mana-mana kementerian sebagai memberikan ruang untuk beliau menumpukan perhatian menarik kembali sokongan golongan muda kepada UMNO.


(Sila lihat juga blog azlishukri).

Berapakah upah yang Malaysia Instinct dapat hasil dari menerbitkan berita secara spekulatif ini?

KONONNYA:  
Menurut portal itu, pelantikan itu akan dibuat sebagai menghormati jawatan Ketua Pemuda UMNO.

**Wahai Datuk Seri Najib Tun Razak, Wahai Perdana Menteri Malaysia, penghormatan yang sebenar, penghormatan yang tulin ialah jawatan itu kena diserah kepada orang lain mengikut perlembagaan berikutan kj sebenar-benarnya tidak mendapat sokongan Pemuda akar-umbi sebelumpun lagi dia bertanding.  Ini adalah fakta dan figuranya boleh dilihat sekarang bila Pemuda kelihatan begitu lemah dikebanyakan bahagian-bahagian dan negeri.  Di Pusat tak payahlah di beri komen kerana Dato' Seri Presidenpun selalu ke Bangunan UMNO berbanding kami dikampung yang hanya berpeluang kesana kadang-kadang bila ada PAU.






Kemarin dulu depa buat kursus ni di Pantai Merdeka. Semoga lepas ni bertambahlah blogger-blogger puteri diParlimen Sungai Petani.


07 Disember, 2009 16:31 PM

Puteri UMNO Perlu Ada Kemahiran Tulis Blog - Shahanim

SUNGAI PETANI, 7 Dis (Bernama) -- Pergerakan Puteri UMNO akan menganjurkan kursus penulisan blog untuk semua anggota dan pemimpinnya di semua peringkat bagi memudahkan mereka menangkis fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang.

Naib Ketuanya Shahanim Mohamad Yusoff berkata, anggota pergerakan itu perlu memahirkan diri dalam bidang penulisan blog kerana laman dalam talian internet itu kini menjadi ruang kepada pembangkang untuk membuat pelbagai tuduhan dan fitnah terhadap UMNO.

"Sebagai persiapan pilihan raya umum akan datang, anggota Puteri UMNO akan dilengkapkan dengan ilmu penulisan berita dan blog bagi menangkis semua fitnah oleh pembangkang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil kepada 130 anggota Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani mengikuti bengkel sehari penulisan berita dan blog di sini Isnin.

Katanya, pergerakan puteri UMNO di peringkat bahagian juga digalakkan mempunyai laman blog masing-masing bagi menyampaikan maklumat dan perkembangan terkini mengenai UMNO kepada rakyat di kawasan masing-masing,

Kursus penulisan berita dan blog itu dianjur bersama pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani dan Pertubuhan Kebangsaan Wartawan Dan Penulis Melayu Malaysia (PKWPM) cawangan negeri Kedah.

-- BERNAMA

Kalau semalam ada akhbar yang tajuknya mahu Malaysia menunjukkan karektor sebenar ketika bertemu Vietnam, maka itulah 'kerek' sebenar bolasepak Malaysia diperingkat Asia Tenggara.  Malaysia kini adalah negara 'sedang membangun' dalam sukan bolasepak.  Pengalaman 'cetek' yang telah ditimba selama lebih dari 80tahun dalam kancah pertandingan antarabangsa belum cukup penuh untuk dicedok oleh generasi kini, kerana timba(baldi) untuk menimba pengalaman mungkin 'bocor'. 



MASKOT YANG SESUAI UNTUK SUKAN-SUKAN DIMALAYSIA
TERUTAMA SUKAN PADANG SEPERTI BOLASEPAK. 
HOKI MASIH BOLEH DITERIMA KEADAAANNYA.


MENIMBA BERSAMA TIMOR LASTE


MENIMBA BERSAMA VIETNAM


MENIMBA BERSAMA???

Tiada rombakan


SEREMBAN 5 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tidak akan berlaku sebarang rombakan Kabinet membabitkan menteri dalam waktu terdekat ini.
Bagaimanapun, Perdana Menteri menjelaskan, beliau akan meneliti secara terperinci kedudukan beberapa timbalan menteri.
''Saya belum fikir lagi. Ia (rombakan Kabinet) boleh dilakukan pada bila-bila masa. Pada masa sekarang, tidak perlu dilakukan rombakan Kabinet kerana yang ada sekarang baru sahaja dibentuk iaitu cuma lebih kurang tujuh bulan yang lalu.
''Dalam pada itu, beberapa perkara di peringkat timbalan menteri yang saya perlu lihat secara terperinci," kata beliau.
Najib berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan pingat acara badminton Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Malaysia 2009 di Dewan Majlis Perbandaran Seremban di sini hari ini.
Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin merangkap Yang Dipertua Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Negeri Sembilan (Pekerti).
Kata Najib lagi, adalah tidak sesuai dalam masa tujuh bulan Kabinet yang dibentuk itu sekali lagi dirombak.
''Kalau kita rombak terlalu kerap, ia akan menjejaskan kemampuan menteri yang menjalankan tugas berkenaan.
''Ini kerana pertukaran yang melibatkan dalam tempoh yang pendek ini boleh mengganggu kelicinan pentadbiran kerajaan,'' kata beliau.
Ditanya pemberita kemudiannya jika berlaku rombakan Kabinet bilakah waktu yang sesuai.
Najib bagaimanapun berkata, beliau tidak boleh memberitahu waktunya kerana itu akan menyebabkan jemaah Kabinet sedia ada merasa tidak selesa.
''Saya tidak boleh nyatakan tempohnya. Terpulanglah sesiapa pun yang menjadi Perdana Menteri dan merasakan perlunya ada perubahan, waktu itu akan berlaku rombakan Kabinet.
''Apa yang penting hendak saya tegaskan ialah perlu diingatkan jika berlaku rombakan Kabinet, ia hendaklah mampu meningkatkan pentadbiran kerajaan dan bukan hanya semata-mata untuk melakukan rombakan," tegas beliau.

Aku terima SMS untuk suruh tolong sama-sama promote promosi pelancongan PIS for All ala Kedah dari blogger AloqStaq.  Wow!!! Promosi yang sungguh 'ISLE' sekali ini ....

Aku cNp posting berkenaan secara sepenuhnya dari blog ini

Sunday, December 6, 2009

KERAjaan "ISLAM" PAS KEDAH : 6hb-12-2009 Satu Lagi PUB baru di Alor Setar!


Pada hari ini, tanggal 06-12-2009 hari Ahad, bersamaan dengan 19 Zulhijjah, bersempena dengan PEMBUKAAN RASMI SEBUAH LAGI PUB & KARAOKE BARU DI BANDARAYA "ISLAM" ALOR SETAR, AloQStaQBlog menerbitkan posting ini yang bertajuk : KERAjaan "ISLAM" PAS KEDAH : Tarikh 6hb-12-2009 : Satu Lagi PUB baru di Alor Setar ...

PASTINYA, AloQStaQBlog akan menerima lagi pelbagai caci-maki dan ugutan oleh pihak-pihak berkenaan yang TIDAK SUKA Blog ini memburukkan Kepimpinan PAS Kedah pada hari ini. TETAPI, Demi untuk kebaikan Agama, Bangsa dan Tanahair, aku terpaksa menghadapinya.

Hari ini, detik bersejarah dalam dunia hiburan , "kelalaian dan melalaikan" & MUNGKIN JUGA terpalit "MAKSIAT" di Bandaraya pimpinan PARTI ISLAM KEDAH. Hampeh lagi sekali!

GAMBAR : Salah satu dari puluhan banner promosi Pub baru yang akan dibuka di Alor Star yang digantung di tiang-tiang lampu jalan seluruh Bandaraya. Gambar ini di rakam di kawasan Simpang Kuala. Juga terdapat di tiang lampu dipersekitaran (bahagian luar) Masjid Zaher - berdekatan traffik light Jalan Putra, dan dilain-lain tempat lagi.

Perasmian BLACK Pub & Karaoke yang dipercayai ada LIVE BAND & Karaoke (maklumat ini dibaca dari kain rentang, banner & bunting yang terpasang di tiang-tiang lampu jalan - berhampiran Masjid Zahir pun terpasang juga!) ...
HEBAT ! HEBAT ! ... Sungguh TERBUKA dan SPORTING Kerajaan ISLAM PAS KEDAH! ... Tahniah! ....

AloQStaQ agak pelik sungguh dengan Kepimpinan "ISLAM" PAS KEDAH yang selama ini sentiasa berkobar-kobar untuk memperjuangkan NEGARA ISLAM dan berhasrat untuk menghapuskan "kegiatan maksiat" yang mereka rasakan UMNO/BN menjadi pihak yang meluluskan permit/lesen. (banyak disebut berulang kali dalam Ceramah-Ceramah PAS, sejak lama dahulu lagi, sebelum Pilihanraya Umum ke 12)

Tetapi, selepas PAS Kedah berjaya memegang tampuk pemerintahan pasca PRU12 pada Mac 2008, nampaknya tiada banyak beza dengan kepimpinan yang dahulunya mereka sendiri persendakan, iaitu kepimpinan UMNO/BN.

Kalau dilihat di Pulau Langkawi pula, nampaknya masih lagi macam dulu, tiada larangan drastik nampaknya untuk menambahbaikan dari apa yang pernah mereka sebut PULAU MAKSIAT (Dulu atas pentas Ceramah, depa selalu kata, "sejurus lepas PAS TAWAN KEDAH, Semua Pusat Hiburan & Arak di Langkawi akan dihapuskan" kononnya!)... CAKAP TIPU ORANG KAMPUNG BOLEH LAH!! ....

Tetapi, pada pandangan mata kasar aku, tiada apa yang boleh dibanggakan oleh para pengundi PAS pada PRU12 tempohari untuk melihat perubahan yang dilaung-laungkan diceramah-ceramah PAS termasuklah kadang-kadang sehingga berkhutbah di mimbar-mimbar Jumaat!

Tapi, akhirnya, perlaksanaan macam HAMPEH!...
Salah tak, kalau aku sebut ini sebagai JANJI-JANJI ORANG MUNAFIQ?

Sekali lagi,
HEBATTT ! HEBATT ! ... Sungguh TERBUKA dan SPORTING Kerajaan ISLAM PAS KEDAH ni yer! ... Tahniah! .... Tahniah! ...

GAMBAR : Dipercayai Pusat Hiburan VOX (di Jalan Putra Alor Star) juga merupakan satu Pub yang masih beroperasi sejak zaman UMNO/BN memerintah dahulu lagi ... Kini nampaknya masih wujud. Ada kawan-kawan PAS kata, habih luput tarikh permit nanti, VOX ni Kerajaan PAS tak akan sambung lagi .... Ye ker? ...

NOTA :
MUNGKIN juga dalam Pub & Karaoke tersebut hanya dijual air Sirap, Teh O Ais, NESLO atau Kacang Goreng?! ...

Dan MUNGKIN juga LIVE BAND tersebut hanya dinyanyikan oleh Akill Hayy & Kumpulan lamanya The Riyadh? Sapa tau?! .... Hmmmm .........

Dan MUNGKIN juga lagu Karaoke tu hanya lagu tema 1MALAYSIA & Lagu Tiga Kupang . Saku penuh padi ..... la la la la ....

Pak-Pak Lebai & Mak-Mak Hajjah bolehlah turut serta ... PANGKAHLAH PAS LAGI UNTUK MENAMBAHKAN PUB DI BANDARAYA KITA!
Kepimpinan "ISLAM" PAS Versi KEDAH , tak sama dan tak serupa dengan Kepimpinan "ISLAM" PAS Versi KELANTAN & TRENGGANU & PERAK ... MUNGKIN BAGI DEPA, ISLAM BOLEH DIUBAH MENGIKUT KESESUAIAN TEMPAT & KEADAAN KOT!?

AloQStaQ
06 December 2009
JAM : 11:15 Pagi





Ini macam doa pun ada ka?









UMNO cawangan Tunas Baru tentunya bertuah bilamana YB Senator Mejar General(B) Dato' Jamil Khir Baharom telah sah menjadi ahli cawangan berkenaan seperti yang diumukan dalam satu majlis anjuran Biro Penerangan Bahagian UMNO Jerai pada 15hb November 2009 yang lalu.

Pada majlis itu dimana YB Senator adalah Tetamu Khas telah sudi merasmikankannya. Ketika menyampaikan ucapan, Datuk Suhaimi, Ketua UMNO Bahagian Jerai telah mengumumkan sendiri mengenai taraf keahlian YB Senator dan pengumuman itu mendapat tepukan gemuruh dari ahli-ahli UMNO yang hadir. Dalam ucapan Datuk Ketua Bahaggian berharap adu-domba yang mengatakan bahawa beliau menjadi penghalang kepulangan YB Senator keJerai terjawab dengan sendiri. Tohmahan ini sengaja ditimbulkan hanya kerana hendak melihat UMNO Jerai yang kini mendapat sokongan padu ahli akar-umbi dan cawangan-cawangan dalam UMNO Bahagian Jerai kelihatan goyah pada mata pihak luar sedangkan usaha kepimpinan BahagianUMNO Jerai yang bersungguh-sungguh ingin melihat perpaduan kembali terjalin sentiasa berterusan.

Melalui ucapan itu Datuk Suhaimi menjelaskan bahawa setelah peringkat pertama rancangan beliau telah melebihi 80% berjaya diatasi seperti dalam usul dan permintaan cawangan-cawangan, pada peringkat seterusnya beliau akan lebih banyak menumpukan urusan beliau dipejabat UMNO Bahagian sepertimana yang diharapkan oleh kebanyakan alhi-ahli dicawangan. Beliau berjanji sekiranya tidak mengikuti misi kerajaan Malaysia keluar negara, setiap hujung minggu akan beliau usahakan untuk berada diPejabat Bahagian UMNO Jerai bagi menemui rakyat Parlimen Jerai yang ingin menemui pemimpin mereka.

Sementara itu YB Senator mengucapkan rasa syukur kerana dapat kembali berbakti kepada watan seperti yang beliau impi-impikan selama ini dan lebih bermakna lagi kerana dapat bergandingan dengan Datuk Suhaimi dan kepimpinan Bahagian UMNO yang lain termasuklah Tuanh Haji Fadillah Ali sebagai Timbalan Ketua Bahagian serta saudara Ahmad Ikmal Ismail, naib Ketua Bahagian serta sayap-sayap Bahagian yang lain.

Jika diturut urutan legislatif, selepas Mahkamah Rayuan(MR) menolak rayuan oleh UMNO untuk kekal dikerusi DUN Kota Si Puteh, maka Mahkamah Persekutuan(MP) pula akan menjadi pentas terakhir. Namun ada kawan-kawan bagitau, kalau mahkamah rayuan tolak, kemungkinan besar MP akan mengekalkan keputusan oleh MR dan UMNO kena bersedia untuk menghadapai PRK di Kota Si Puteh. SPR akan mengadakan satu PRK mengikut kuasa yang telah diperundangkan kepada mereka.

Dalam keadaan ini, mahu tidak mahu UMNO Kedah kena hentikan sekejap 'perang dingin' mereka dan perlu bersatu hati, bersatu kata, bersatu kepala untuk menghadapi PRK yang begitu penting sekali. UMNO KEDAH kena pulih sendiri. Tiada tangan luar yang dapat memulihkannya. Usaha sendiri sahaja yang dapat memulihkan keadaan. Nak harap pembangkang, tok guru depa hanya ajaq satu doa sahaja, iaitu, "Semoga cepat mampos parti UMNO ni". Depa lama dah dok susun doa talkin untuk UMNO dan dah hapai sangat.... Semoga Allah simpangkan doa ni dan halakanlah ia kemana sahaja arah yang Dia mahu tujukan.

Seronok aku lihat komen-komen dalam blog depakata mengenai UMNO Kedah. Hampir kesemua yang komen adalah orang-orang(ahli dan non partisan)yang sayangkan UMNO dan mahukan UMNO Kedah pulih. Aku percaya untuk menggerakkan jentera perhubungan UMNO Negeri Kedah bukanlah satu masaalah besar. Mereka tentunya telah bersedia, kerana masing-masing amat berpengalaman. Kepelbagaian pengalaman mereka memungkinkan satu jentera padu setiapkali adanya PRK.

Malangnya kepelbagaian pengalaman mereka jugalah mencetuskan kepelbagian masaalah bila dah duduk sesama sendiri. Ibarat dah tak dak kepala musuh nak diluku, pakat dok luku kepala kawan-kawan sendiri.

Ada komen-komen yang baru, ada juga komen yang lama dan ada juga dok ulang-ulang komen yang sama setiap kali bagi komen. Mana tak ulang, pasai tak nampakpun perubahan puak-puak kaki luku sesama sendiri. Dan nama-nama popular setiap kali golongan marhien bersidang baik dimaya, mahupun dikedai kopi dua nama yang menjadi notorious ikon, ialah Det Khalid dan Joe Barrom(maaf cakap, walau mereka ini ada gelaran Dato', tetapi rata-rata berat mulut untuk mendato' kan mereka). Hangin sunggoh na hangpa kat depa(akupun.....)

Tetapi beberapa kerat sahaja yang komen tu 'datang' bersama jalan penyelesaian. Umpamanya
mfa@anon yang mencadangkan ditubuhkan satujawatankuasa pemulihan yg terdiri drp pemimpin senior2 umno yg boleh diketuai oleh TDM dan detail-detailnya. Tetapi dalam ramai-ramai terselit juga pemberi komen dari pihak pembangkang macam anon 2.54pm...

Dan terdapat juga komen-komen yang menonjolkan masaalah bahagian seperti Poko Sena, Padang Serai dan Kubang Pasu. Ini bukan bermakna Bahagian-bahagian lain tidak bermasaalah. Tetap ada masaalah, kerana selagi ianya bernama parti politik, selagi itulah berlaku perebutan kuasa. Tambah-tambah sekiranya paeri itu menguasai kerajaan. Kalau PIS selama ini dinampakkan kepada alhi bahawa tiada siapa pemimpinnya hendak berebutkan jawatan, tetapi kini setelah sekian lama memerintah Kelantan, dan kini dapat pula semementara ini memerintah Kedah dan menjadi sebahagian dari Kerajaan Negeri seperti diPerak(walau sat saja) dan diSelangor walau sekadar nasi tambah, tetapi kocakan yang dihadapi mereka, bukan lagi kocakan didalam cawan ayaq suam, tetapi kocakan mereka sudah menjadi gelombang ganas dilautan politik yang tak bertepi.

DiBahagian aku sendiripun tak pernah sepi dari adu domba oleh juak-juak pemimpin yang mereka pakat sokong walaupun keadaan kini nampak agak reda sikit bila YB Senator Mejar General(B) Dato' Jamil Khir Baharom secara resmi telah menjadi ahli disalah satu cawangan dalam DUN Guar Chempedak dan bersetuju untuk duduk dalam saf kepimpinan Bahagian. Harapan aku agar dia berupaya mencantumkan kembali bulu ayam yang carik selama ini. Dan yang dok bermimpi nak teruskan acara goyang-menggoyang diJerai. Carilah mimpi lain yang lebih menyeronokkan macam mimpi......alamak basah.....

Dan kalau dengan bersamanya beliau dengan saf kepimpinan UMNO Bahagian Jerai serta usaha Ketua Bahagian untuk menyatukan balik UMNO Jerai belum lagi berhasil dan insyaAllah akan berhasil, maka janganlah dipersalahkan parti, kerana individu yang gemar beradu-domba seperti itu umpama kuda yang ditarik kegigi sungai untuk menghilang dahaga, tetapi dek kerana dahagi dalam keegoan, maka biarlah individu ini dahaga selama mana yang dia mahu. Anak buah dah semakin kembali bersama UMNO Bahagian......

Berbalik kepada masaalah kepimpinan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan sikap warlord Ketua-Ketua Bahagian tertentu, diharap ahli-ahli berbaliklah kepada perlembagaan parti. Ahli-ahli berhak mengadakan EGM seperti yang dibuat oleh MCA atau mengadakan referendum dibahagian masing-masing untuk menyuarakan kemahuan yang sama, atau kalau boleh sabaq tunggu sehingga diadakan mesyuarat pemilihan Bahagian yang akan datang. Yang mana banyak suara yang memilih yang itulah yang memimpin, yang mana dah memimpin, perlulah diberi sokongan. Dan sokonglah secara rasional......

**Kalau EGM perlukan peruntukan, referendum tak perlu kot? Atau mungkin hanya peruntukan kecil tetapi impak besaq!

1. AKU DAPAT MAKLUMAT, SEMASA DIPARLIMEN SALAH SEORANG AHLI PARLIMEN PIS YANG KUAT KAREKTORNYA TELAH MELIGAN DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR UNTUK MENYAMPAIKAN HASRAT AGAR TIDAK BERTANDING SEBAGAI CALON DUN KOTA SI PUTEH.......AIK!!! SIKAP KIASU DAP DAH DIKUNYAH LALU MENJADI DAGING PARTI PIS PULAK, MALAH KEMUNGKINAN MENJADI ULTRA KIASU MUNGKIN????

2. BENARKAH TIMBALAN PRESIDEN PIS KINI BERADA DIICU? HOSPITAL MANA DIA DIMASUKKAN? HOSPITAL KERAJAAN YANG ZALIMKAH?

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ