SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
Followers
Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog
HIMPUNAN JUTAAN BELIA
SMS ni aku terima beberapa hari nan lalu, tetapi atas sebab-sebab hendak meneliti dan memahami apa yang tersirat, maka aku aku yakin akan kebenaran hakikat apa yang di hantarkan kepada aku(juga beberapa sahabat yang lain) maka aku perturunkan apa yang telah diperkatakan oleh pengirim sms ini yang telah dilabel ultra dan penderhaka oleh mereka yang melihat beliau sebagai musuh dan sahabat, pejuang dan orang yang sayang kepada Agama, Bangsa dan Negara ini.
Saudara/saudari anak Melayu,
Tahukah anda 7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU ada dalam PERLEMBAGAAN NEGARA MALAYSIA?
1. Perkara 1 dan perkara 160 Persekutuan Tanah MelayuTetapi siapa yang PEDULI?
2. Perkara 89 Rizab Tanah Melayu
3. Perkara 8(f) Pasukan Askar Melayu di Raja
4. Perkara 32 dan 38 Raja-raja Melayu
5. Perkara 3 Islam Agama Persekutuan
6. Perkara 152 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
7. Perkara 153 Hak Istimewa Melayu.
**Bekas Askar Melayu.
Marilah kita hayati Video Clip ini dan tanya kedalam diri sendiri.
kredit untuk bapak3/kmu.net.
Satu lagi blog kritis bagi pihak UMNO muncul! Sila link disini atau turun keBlogroll disebelah kanan bawah.
Sebenarnya semalam, aku sempat mengikuti xtvt pu3 Jerai. Pasukan mereka sentiasa sahaja bergerak tanpa menunggu pema. Che Tun bersama-sama seluruh pu3 Umno Jerai kali ini telah mengadakan xtvt bercorak retro, iaitu projek WAYANG PACAK(WP). TAHNIAH kepada adik-adik(anak2?) Pu3 Jerai atas inisiatif ini. Buat pertama kali(02/08/2009) mereka telah mengadakan xtvt WP ini ialah diKuala Sungai Limau. Dan pada 08/08/2009 nanti pula Batu 2 jalan Jeniang menjadi tapak projek ke 2 dan akan di ikuti dengan lain-lain tempat dalam seluruh Parlimen Jerai, InsyaAllah. XTVT ini adalah bersempena Bulan Kemerdekaan yang akan disambut sehingga September depan.
Cuma aku nampak ada sedikit extra slot bagi menarik dan memaku khalayak yang hadir. Cerita yang berkisar tentang kemerdekaan bagi aku adalah sesuai sekali bagi menyedarkan liku-liku sejarah tanah air bagi membangkitkan semangat cintakan negara terutamanya Generasi Z. Untuk itu selingan seperti cerpen kartun tempatan misalnya Upin dan Ipin dipermulaan dan anak-anak sidek (sebagai contoh) diakhir cerita berkaitan sejarah sebelum dan selepas merdeka mungkin boleh memaku khalayak untuk menonton sehingga akhir sesuatu filem yang berat seperti Hati Malaya yang telah ditayangkan semalam. Kehadiran juga tidaklah mengecewakan bagi buah tangan sulung projek ini dari Pu3 Jerai.
Kemaren dulu bila aku habaq kat kawan aku, yang ada sorang kawan lagi nak pi samak dewan guaq pasai B A @##%^&*@ masuk dan dok mai muhong oghang guaq, dia kata setakat dua lori tanah merah dia nak sedekah buat samak dewan tu...........hmm.....betoi ka?
Mungkin lepaih dengaq suara kaki pemuhong tahap gaban
maka mulalah dia buat perangai 'cap ayam' dia
kerana kamera aku mogok
Aku pujuk lama juga sammmpaaaiiiii kamera aKu ni ghaliet
perasan gambaq sapa aku ambik.
Yang ni teghang pula!
**Kalau dengaq temberang dia, nak keluaq rumahpun takut! Nu!!!! ISA kejam apa! Tapi kalu tengok gambaq2 kat ataih, hangpa buleh pecaya ka dengan jantan sekoq ni?
Alhamdulillah, petang maghen UMNO Jerai telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dengan jayanya. Kehadiran Dato' Noh Omaq ternyata bukan kehadiran yang sia-sia. "SIREH PULANG KEGAGANG".
Seperti andaian aku haritu, kesemua yang aku sebut ada hadir diDewan. Bonus!!! Semua pemimpin parti komponenpun hadir bersama AJK depa. MCA, MIC dan Gerakan datang. Aku disapa oleh Pengerusi MCA Jerai kerana kami agak lama tidak berjumpa dan waktu-waktu beginilah baru boleh bersua.
Aku juga berkesempatan menanyakan dari salah seorang pemimpin Parti Gerakan Jerai mengenai tindakan Pemuda Gerakan Malaysia yang menyokong GMI. Apa dia jawab?
"Tak taulah.....budak-budak macam tu lah......nakai sikit"(dia memang fasih bercakap melayu-teman sepermainan semasa kecil). Aku bidas, "Nakai?, takkan nak biaq nakai. Depa jadi nakailah kalau makpak depa tak kawai dan tak ajaq supaya jangan jadi nakai!". Dia tersengih kerang jer kat aku....
Kedatangan Dato' Noh agak lewat atas beberapa sebab.
1. Pagi dia ke Merbok
2. Sampai Guaq dia sempat buat lawatan singkat kat ke Market moden FAMA.
3. Dibawa kelilin tepi pantai untuk dapat gambaran ringkas masaalah nelayan
4. Hujan! Punyalah lebat sampai lencun 'bulu ayam'....he he he....
Aku tak nak ulas ucapan perasmian oleh Dato' Noh Omar sebab aku tak berapa ingat detail. Cuma beberapa point je yang boleh aku kutip.
Haiiii............kena samaklah dewan guaq lepaih ni! Rungut kawan aku yang mmg vokal, lebih vokal dari aku! Tekejut juga aku bila dia mengeluh panjang macam tu. Setahu aku ikut kata ulama, samak menyamak ini berkaitan dengan najeh berat. Terma yang ulama sebut ialah mugholadzoh. bunyi arab tu pun cukup berat untuk lidah melenturkannya, maka mmg wajarlah perkataan tu mewakili najeh beghat!
La....awatnya pula nak kena samak? Tak pasai apa petang kemarin aku jadi macam mr bean ajer! bendul!
Ni ha......sambil huloq kat aku sekeping poskad tanpa stem. Oleh kerana agak gelap latarbelakang gambar pada poskad tu, aku terpaksalah memakai cerminmata untuk membaca aku tu untuk melihat dengan lebih jelas.
Ha ha ha keh keh keh kuh kuh kuh(gelak samapai terbatuk pula) gelak aku. Rupa-rupanya temapt aku yang selama ini takpun pernah menjadi tumpuan si *^&$ ni tiba-tiba ntah mungkin kerana kandangnya semakin dekat dgn tempat kami, maka itulah senang-senang terlepas!
Mungkin dia nak melawat Sg Tok Pawang sama!
Dipercayai kehadiran beliau disini adalah juga sebahagian dari siri lawatan atas sifat sebagai Ketua Imam Khalifah Besar Persatuan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia!(Alamak!!!!!) Dikhabarkan beliau akan berkumpul dengan cikgu majid dan anak-anak muridnya(cikgu majid, bukan anak murid &^%$) diSeri Perigi, Sg. Yan. Seri Perigi adalah tempat rekreasi dan ada kolam ayaq.


**Sekadar melontarkan pertanyaan. Apakah seluruh ahli-ahli Persatuan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia merestui perlantikan &^*# sebagai kepala tertinggi mereka?
Aku baru sahaja membaca blog ABitW mengenai kes bekas CD Kementerian Pelancongan, Dato Mirza Mohd Taiyab. Sepertimana kita ketahui beliau telah dibebaskan dari pertuduhan dan didapati tidak bersalah. Lalu kes ini menjuruskan pula kepada satu kes fitnah yang berbentuk konspirasi. Dan pihak yang terbabit ialah Dr. Kamsiahyang merupakan isteri kepada blogger penghibur Malaysian DJ yang mengaku bekerja dgn Blader Anvar(tengok muka tak layak jadi cofee boy, tak jambu) dan begitu megah mengaku kaitannya dengan pakar bom(chong) RePeK. Pada bahagian mengenai dirinya ada seorang anaknya yang bernama Thalya Merican yang belajar di The British International School, Phnom Penh, Kingdom of Cambodia menulis:
This is an e-mail I received on December 25, 2007 from my 16-year old daughter, Thalya Merican who is a student at The British International School, Phnom Penh, Kingdom of Cambodia:
“Dad,
This is Thalya in Phnom Penh.I am happy to know you have become a serious blogger with your own blog. I enjoy the poems posted on your blog. I am not into politics of Malaysia, but I am pleased to read about many things, good and bad, that are happening out there. You are cool.
Merry Christmas and a Happy New Year. Love, Yaya“.
*************************************************************************************
**Depa ni sambut krismas ka? - mungkin aku silap.
Sebagai rakyat marhien aku tertanya-tanya mengenai tuah anak ini yang berpeluang mendapat pendidikan tahap perdana(premier education), manakala bapanya pula bersekongkol dengan orang yang sentiasa berusaha dengan penuh inisiatif dan kreatif(kepala hangguk lu) untuk mengucar-kacirkan iklim politik dan ekonomi Malaysia, manakala ibunya seorang dentist terkenal pula menjadi sebahagian dari watak untuk satu komplot yang kotor terhadap manusia yang cuba mempertahankan profesionalismanya(aku ambil pendirian ini setelah mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap kes berkenaan).
**************************************************************************************
Berbalik pada Azalina, aku merasa sungguh kecewa dengan cerita terkini mengenai beliau. Suatu ketika dulu, aku cukup bangga melihat dia dikaca TV berhujah dengan penuh idealism semasa zaman beliau mula mendekati dunia politik. Tetapi bila sudah mula memegang kuasa politik dan dapat jadi menteri segala sifat idealismnya hilang begitu sahaja. Dan aku juga kecewa bila tutrunya terhadap orang yang membimbing politik beliau, iaitu TDM amat biadap dan tidak sepatutnya keluar dari mulut beliau hanya kerana hendak membodek bekas PM yang iltizamnya untuk tidur melebihi iltizam untuk berkhidmat kepada rakyat. Perlukah UMNO dengan pemimpin seperti ini?
*************************************************************************************
Pening sungguh aku dengan setiap kejadian yang membabitkan elitis tika ini, baik didalam BN mahupun dipihak kakai bangkang.
Selalunya dia belit orang, kali ini dia terbelit pula oleh soalan dari seorang layman.
Terimakasihlah diucapkan kepada marahku
Dari minaq jinggo:
| ||||||||
******************************************************************************************
Hmmm......Ketua Pemuda Setia kat Wang bolehlah menghela nafas lega kerana peranan sebagai pertahanan kepada dasar kerajaan yang kritikal ini kini diambil alih oleh NGO.
Baru kini ku tahu berdemonstrasi bukanlah pilihan Ketua Pemuda Setia Kat Wang. Tetapi pada zaman Hishamuddin dulu siapa yang dok pi berdemonstrasi? Beruk ka? Ini petikan dari kenyataan beliau:
KetuaPemuda: Demonstrasi ISA : Pemuda Ambil Sikap Berkecuali
Posted on Sunday, July 26 @ 07:55:08 MYT
Topic: Berita Terkini
Oleh Haris Razali
Alor Star -- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu mengambil sikap berkecuali daripada menyertai dua kumpulan yang merancang mengadakan demonstrasi berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan berarak ke Istana Negara, 1 Ogos ini, sama ada bagi menyokong atau membantah undang-undang terbabit.
Beliau seterusnya menyifatkan perarakan itu sebagai tidak wajar kerana ketika ini pindaan terhadap ISA sedang dikaji dan diperhalusi Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN), sekali gus tidak wajar rakyat mendahului proses kajian semula undang-undang berkenaan.
"Kita berkecuali….malah saya sendiri dijemput menghadiri demonstrasi itu dari kedua-dua belah pihak tetapi sebagai Ketua Pemuda UMNO, saya beri arahan kepada ahli supaya berkecuali dalam hal ini kerana pindaan kepada ISA sedang berlaku. Jangan kita mendahului proses kajian semula itu.
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah arahkan KDN melakukan proses kajian semula, jadi tidak payahlah kita nak ada demonstrasi pro atau anti-ISA. Tiada sebab untuk melakukannya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pemimpin Pemuda UMNO Kedah, di sini, Sabtu.
Beliau diminta mengulas tindakan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang membantah ISA dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) yang mempertahankan akta itu untuk berdemonstrasi dan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum masing-masing pada 1 Ogos ini.
Khairy seterusnya berkata, beliau tidak mempunyai kuasa melarang secara fizikal ahli Pemuda yang ingin menyertai demonstrasi terbabit, tetapi menegaskan mereka yang berbuat demikian bukan kapasiti sebagai ahli pergerakan itu.
Sementara itu, beliau berkata, Pemuda UMNO sedang menumpukan usaha menambah keahlian baru yang terdiri daripada kelompok berpengaruh bagi memastikan kuantiti dan kualiti ahli seiring demi meningkatkan imej sayap parti berkenaan.
"Kita bukan sahaja mahu tarik ahli serta mereka yang berpengaruh malah yang diterima oleh akar umbi.
"Kita percaya gabungan yang ada sekarang digabungkan kelak akan memantapkan lagi organisasi", ujarnya.
Beliau turut meminta ahli Pemuda melontarkan pandangan bernas dalam mesyuarat Pemuda bahagian yang sedang berlangsung ketika ini berhubung pindaan perlembagaan.
"Beri maklum balas secepat mungkin. **Cadangan mereka cukup penting untuk pastikan pemilihan akan datang berjalan baik tanpa ada unsur yang meragukan", katanya.
**Nasihat dari Ketua Pemuda SetiaKat wang yang diragukan!
******************************************************************************************
Dan sebagai Ketua Pemuda BN, kenapa dibiarkan Pemuda Gerakan menyertai pihak GMI? Dimana kesetiaan Gerakan sebagai komponen BN dalam beberapa isu termasuklah isu ini? Atau dia sememangnya hanya Ketua Pemuda kepada segelintir Setia Kat Wang?
Sedutan dari malaysiakini:
| Pemuda Gerakan sertai demo anti-ISA | ||
|
"Pemuda Gerakan akan menggerakan sekumpulan ahli (Pemuda) untuk menyokong perhimpunan aman MANSUH pada 1 Ogos ini bersempena ulang tahun ke-49 (pelaksanaan) ISA," kata ketua biro khidmat guaman dan aduan awamnya Andy Yong.
Perhimpunan besar anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) turut disertai parti-parti pembangkang dan NGO hak asasi.
Menurut satu kenyataannya hari ini, Yong berkata keputusan itu dimaklumkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat kebangsaan Gerakan.
Beliau juga berkata parti komponen BN itu beriltizam melindungi dan mempertahankan hak-hak asasi manusia dan kebebasan asas seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia (UHDR) 1948.
"Keputusan kami telah dimaklumkan kepada pengerusi GMI Syed Ibrahim (Syed Noh) dan beliau menyambut baik," kata Yong lagi.
*****************************************************************************************
ini aku sedut sebahagian sahaja dari harakah:
Himpunan sebelum dan selepas Zohor, 1 Ogos ini: Siapa berniat jahat?
| Ahmad Tajdid Mon | Jul 27, 09 | 3:23:36 pm MYT | |
| PELIK juga memikirkan tindak-tanduk sebuah pertubuhan NGO pro-ISA, Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) untuk mengadakan demonstrasi dan perarakan ke Istana Negara pada Sabtu, 1 Ogos ini. Bukan menjadi satu kesalahan untuk berdemonstrasi dan berarak secara aman bagi menyokong ISA. Sokonglah, kalau itu difikirkan wajar. Tetapi sengaja mengadakan perhimpunan pro-ISA di hari yang sama perhimpunan anti-ISA diadakan sebenarnya boleh menimbulkan kejadian dan insiden tidak perlu. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengumumkan cadangannya secara rasmi pada 22 Jun lalu untuk mengadakan perhimpunan Mansuhkan ISA (Mansuh) di ibu negara bertujuan menyerahkan memorandum ke pejabat Yang Dipertuan Agong. Manakala Pewaris yang mendakwa mewakili sepuluh NGO Melayu yang lain menyatakan hasrat mengadakan perhimpunan menyokong ISA pada tarikh dan tempat yang sama hanya pada petang 21 Julai - hampir sebulan setelah GMI menyatakan hasrat mereka. Antara yang bakal menyertai perhimpunan pro-ISA Pewaris adalah sebuah pertubuhan silat! GMI bersama 83 NGO lain (termasuk Pemuda Gerakan) akan bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi � kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara � dengan berpakaian hitam dan merah ke Istana Negara. Manakala Pewaris dengan 10 NGO Melayu dan ahli-ahli Silat Lincah akan berada di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari. |
Kenapa mereka tidak menghormati Pemuda BN? Atauapakah mereka menganggap Pemuda BN tiada ketua atau adakah kerana mereka juga tidak mengiktiraf kemenangan yang mencurigakan itu?
Lagi sekali bapak 3 melalui kmu.net memberi izin sepenuhnya untuk aku siar clip ini untuk kita fikir dan renungkan bersama terhadap huru-hara politik, akal dan tindak-tanduk tidak masuk akal pihak yang pada kulitnya nampak ceghedik tapi isi didalam AllahuA'laam....
Video klip ini aku cilok dari kmu.net dengan izin bapak3. Mari kita renung dan fikir.
Tadi aku baru membaca dari blog medanmas-tempursakti yang memaklumkan bahawa pada 1hb ogos 2009 akan diadakan mesyuarat agung tahunan umno bahagian jerai. Dan Dato' Noh Omaq akan meresmikan mesyuarat itu pada sebelah pagi.
Baguihlaaa.....kena dah dengan bahagian yang dia nak pi rasmi tu. Jerai adalah antara penyumbang hasilan pertanian utama seperti padi dan sayur2an. Jerai juga berpantai dan ada nelayan, cuma penghasilan tangkapan ikan yang ada sekarang selalu cukup untuk bekalan tempatan, mungkin ada ruang kelemahan yang boleh Dato' Noh ndap dan baiki. jerai juga ada getah dan sawit, peladang-peladang sektor ini juga wajar merebut peluang untuk bertemu secara mata bertemu mata bercermin dgn Dato'. Jadi dari segi agrikultur jerai ada semua. Tak lupa juga kepada pengusaha kolam ikan dan udang baik kecik atau besaq. Eh eh penternak ayam bersaiz ladang juga ada. Ini peluang besar ni!
Berbalik kepada mesyuarat yang nak diadakan tu dan juga tetamu yang akan hadir nanti cuma satu aku harap, iaitu terjemahkanlah slogan rakyat didahulukan dengan mengurangkan acara-acara berprotokol seperti menyemat bunga didada baju dan makan berasingan dari marhaen. Tetapi kalau ndak sambut dengan gendang silat, tu aku tak bantah. itu budaya. bunyi gendang silat tu aku cukup suka, naik semangat!
Dan aku dok 'wondering' apakah Dato' Bad akan turut hadir? La lupa pula, sahih dia kena hadir, pasai dia pengerusi FAMA Pusat. Tak kan nak buat majlis lain pada hari yang sama pula sebab YB Guaqpun kenalagh juga tunjuk muka sebab dia ADUN BN dan yang mai ni menteri pusat. Dan AJK Pemuda Bahagian juga tentu akan hadir unutk menghormati tetamu yang juga merangkap menteri pusat. Bukan apa, KPI nak kena jaga! To' Razak tentu punya dah kerana aku sering nampak dia hadir dimajlis-majlis 'local' anjuran UBJ.
TAK PERLUPUN BEGINI(sekadar hiasan)Mengenai Aku
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
BERANI BERUBAH!!!
DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO
PAPA DOLL



















