SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
Followers
Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog
HIMPUNAN JUTAAN BELIA
CnP dari IPOHMALAY.
Ahad, 2009 Februari 01
Nasib UMNO Di Tangan UMNO Versi 4.0
UMNO selepas ini, bermula dengan versi 4.0 mempunyai perisian untuk terpanggang nasionalismanya tanpa dibayar. Ahli UMNO pasca versi 4.0 dibekalkan dengan perisian antivirus politik wang. Ahli UMNO pasca versi 4.0 telah dibekalkan 'patch' yang diaktifkan sebaik saja dimuat turun untuk melontar idea dalam mengekstrak sahsiah alif ba ta dari kesundalan wang ringgit. Ahli UMNO pasca versi 4.0 tidak mencari populariti, tetapi populariti akan datang mencari mereka setelah mereka berani bertindak memilih UMNO ketika UMNO langsung tidak lagi popular.
Ahli UMNO versi 4.0 dan keatas adalah kalangan ahli yang menggunakan ICT untuk berjuang secara bijak dan sabar, bukan sahaja dengan musuh luar yang nyata, tetapi juga musuh dalam selimut. 4.0 diambil sempena pelancaran Daftar Ahli UMNO secara online yang bermula dikalangan nombor pendaftaran atas 4 juta. Pendaftaran ini adalah usaha ulung pemanfaatan ICT sejak ia mula digunapakai 10 tahun lalu. Ada sebab mengapa 'peranti' ini lambat untuk berada di pasaran.
Golongan ini bertindak untuk bersama dengan UMNO di saat UMNO diserang demam 'cikugunya'. Golongan ini berazam untuk menjadi antibiotik yang akan 'menghapus' virus dari dalam. Golongan ini lebih pandai kerana mereka tahu UMNO adalah platform paling sistematik, berpelembagaan, demokratik, dan paling ideal ciptaan rakyat tetapi hari ini dikendalikan oleh tangan-tangan yang salah dengan terikut-ikut pertimbangan yang assabiah kumpulan politik Islam berbaur Syiah yang diilhamkan British melalui Tunku berdasarkan pengalaman British di negara taklukannya di Timur Tengah.
UMNO tertubuh pada 11 Mei 1946 berjaya menyatukan semua ras Melayu. Siam, Kedah, Banjar, Perak, Rawa, Minangkabau, Jawa, Mendeleng, Bugis, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan melalui masjid-masjid, kaum Cina terasimilasi dan Tamil Muslim. UMNO juga 44 tahun kemudian, menyatukan semua bumiputera Islam dan bukan Islam di Sabah.
PAS tertubuh kerana saranan Tunku Abdul Rahman yang menyokong ulama di dalam UMNO dikeluarkan. Ini membolehkan Tunku menunggang UMNO mengikut haluannya sendiri. Penulis jarang mengagungkan PM Malaysia pertama atas banyak sebab. Tetapi itu jalan yang ditentukan Allah dan orang yang telah tiada, hanya Allah yang menguruskannya.
Hari ini, PAS sangat menganggap keislaman mereka paling menepati kehendak agama sedangkan mereka sendiri sebenarnya masih menduga-duga. Menduga-duga adalah sifat manusia yang ada diterangkan dalam Al-Quran. Mereka juga menuduh, punca orang bukan Islam fobia kepada Islam adalah kerana UMNO.
Tetapi apabila mereka bersekongkol dengan puak sekularis di mana mereka hanya mewakili kurang 30% dari perikatan sekular ini, mereka membuatkan Islam lebih 'vurnerable' untuk dijadikan bahan momokan setelah berjaya meraih undi bukan Islam termasuk golongan atheist. Adakah kali ini, salah UMNO juga sedangkan bukan Islam berada bersama PAS dan logik bagi keadaan ini ialah, Islam akan lebih difahami, bukannya diuji ganggu. Tetapi keadaan berlaku sebaliknya. Penulis tidak menuduh PAS adalah parti gagal. PAS yang meletakkan parti tersebut dalam kegagalan moral dan kredibiliti.
Jangan berbangga jika berjaya memerintah negeri yang diwarisi kerana negeri Sabah pernah diperintah oleh hanya sebuah syarikat perniagaan Amerika yang membina sebuah negara yang belum ada. Maksud penulis ialah, jika seorang individu yang berkelayakan, berpengetahuan, bijak, adil, dan berkarisma diberi mandat memerintah sesebuah negeri, nescaya beliau berjaya mengurus pemerintahannya tanpa memerlukan sebuah kabinet negeri.
Penulis pernah bercita-cita untuk membentuk dan mengepalai KeADILan cawangan Taman Perpaduan pada tahun 1998 walaupun Taman Perpaduan terkenal sebagai antara kubu UMNO Bahagian Tambun. Tetapi ilham kebenaran pantas tiba dan pada tahun 1999, penulis membantu jentera UMNO Cawangan walaupun bukan berstatus ahli dan mempromosi kempen undilah BN di internet.
Sebab utama ialah, penulis perlu menanti kebenaran hakiki, punca dan sebab, jangkamasa pendek dan panjang, mengapakah Anwar disingkir. Hakikatnya, sesuatu konsiprasi dirancang untuk sesebuah kejayaan diluar kesedaran umum. Jika USA faham dan merestui konspirasi Yahudi, USA tentu faham semua bentuk konspirasi dalam dunia ini. Tetapi, konspirasi menyingkirkan Anwar menggegar pelobi Yahudi USA. Mereka kokok bersahut-sahutan. Niat memiliki pemimpin Islam di sebuah rantau penting yakni Selat Melaka yang pro-Yahudi kini tertunda. Selepas 10 tahun, ketika PKR semakin 'kuat' (diperkuatkan oleh Melayu kecewa, yang membelot i.e. antara sifat Melayu dalam mengintai peluang ), penulis dapat melihat natijah dari tari menari di pentas Yahudi yang sedang dipersembahkan oleh Pakatan Rakyat. Islam akan disinggung ke tepi.
Sepanjang 10 tahun, pakatan pembangkang tidak pernah bertindak sebagai pemangkin pembangunan ekonomi yang menjana kemakmuran dan membolehkan seseorang Melayu memandu Honda City baru walaupun dia menyokong PR dan menyebut, kerajaan tidak berikan mereka apa-apa melainkan usaha sendiri belaka.
Tapi Melayu ini lupa bahawa siapa yang berhempas pulas membentuk asas kestabilan ekonomi yang membolehkan perniagaan mereka makmur? Selepas semakin berkuasa, pernahkah Pakatan Rakyat bersidang membincangkan 'strategi boneka' mereka dalam menangani krisis ekonomi mendatang? Bukankah mereka sebelum ini berjaya menghasilkan 'kabinet boneka' dan 'MB boneka'?
Meletakkan Pakatan Rakyat memimpin perbendaharaan negara adalah bencana. Manifesto Camry pengganti V6 tidak pernah ada sebelum PRU12. Mereka mendabik dada dengan pelaburan asing dalam negeri yang dipimpin mereka sedangkan peluang tersebut diintai dari zaman sebelum mereka memerintah lagi. Hanya ketenteraman dan iklim ekonomi negara ini dengan jaminan-jaminan Kerajaan Pusat yang membuatkan mereka singgah.
Jika diikutkan, negeri yang diperintah PR tidaklah sehebat mana. Kemakmuran dan kemajuan hanya datang dari tindakan kerajaan negeri menghabiskan peruntukan yang ada sementara mengintai kenaikan cukai. Andai kata berlaku kemelesetan ekonomi paling buruk, negeri-negeri pentadbiran PR akan hilang momentum terlebih dahulu kerana ianya antara negeri-negeri paling ramai penduduk.
Pada saat ini, kajilah belanja urus mereka yang tidak beserta 'projection' atas ramalan iklim ekonomi dan lihatlah mereka membidas kerajaan Pusat sekiranya kerajaan Pusat tidak 'memohon bantuan Petronas' untuk membantu mereka. Itulah cara yang mereka nampak kerana kerajaan Pusat pastilah ada menjaga pulangan dalam Kumpulan Wang Disatukan kerana ianya hasil dari duit rakyat yang diamanahkan. Tetapi keuntungan pelaburan seperti mana yang diharapkan di saat kegawatan ekonomi yang akan diciptakan Barat selepas ini ke arah tekanan ekonomi ke atas golongan makan gaji dan 'petty traders' seluruh dunia.
Mana moral mereka jika mereka dulu pernah menjadikan pelaburan KWSP sebagai isu sekiranya mereka akan kemudian menyebut, wang rakyat untuk rakyat, kerajaan perlu membantu negeri Pakatan Rakyat yang telah mengkekah perbendaharaan negeri sesama mereka dengan kerelaan rakyatnya sendiri! Pakatan Rakyat hanya menggunakan perkataan rakyat. Bukan perkataan rakyat itu datangnya dari 'pakatan rakyat'. Seekor lembu yang memakai baju kurung tidak akan disebut gadis Melayu.
Satu dekad memerhati, menterjemahkan kepada penulis bahawa politik Pakatan Rakyat ialah mencari keadilan dengan cara provokasi dan menyebar rasa benci. Bukan Islam dalam Pakatan Rakyat pula jelas menganggap orang Islam sama sahaja tanpa melihat Melayu itu PKR, PAS atau UMNO. Kesepakatan mereka bersama orang Islam Pakatan Rakyat hanyalah semata-mata untuk kepentingan sendiri yang mudah diraih dengan izin walaupun dilihat membelakangi prinsip kenegaraan sejagat dalam mengangkat nilai budaya dan agama paling dominan berdasarkan demografi penduduk. USA sekalipun dihuni oleh sebahagian besar rakyat yang mahukan negara tersebut dipimpin oleh nilai-nilai Kristian.
Di Malaysia, nilai-nilai tersebut cuba dibunuh oleh ahli politik pro-sekularisme totok bukan Islam dengan pertolongan tangan-tangan orang Islam PAS dan PKR. Malangnya itu lebih baik pada anggapan mereka dalam PAS dan PKR demi kebencian yang membuak terhadap saudara sebangsa seagama di haluan kanan.
Jelas, dengan menyertai Pakatan Rakyat, penulis akan terikut bersubahat untuk menyamaratakan hak beragama di bumi yang telah lebih 500 tahun dikenali sebagai dunia orang-orang Islam, dan bersama menggalakkan pembesaran kuil-kuil Hindu dan gereja. Kesamarataan atau liberalisasi tanpa mengikut had berdasarkan demografi itu mencela kuasa mengundi orang Islam di negara ini. Ia seumpama meratakan sebuah lembah ciptaan Allah yang berbukit bukau di mana kesan ekologi pasti mengambil tempat.
Pakatan Rakyat tidak mungkin mencipta kemakmuran. Dalam pakatan tersebut, bertolong-tolongan hanyalah untuk perkara kejahatan. Perkara yang berlandaskan benci, riak, ujub dan takbur. Fitnah, celaan, hinaan melalui lukisan, tulisan dan lisan, serta memburu berita sensasi yang tidak diketahui kebenarannya, menyebarkan di rumah-rumah Allah, di kedai-kedai kopi dan bersubahat dalam umpat dan fitnah hanya datang dari orang-orang Islam di Pakatan Rakyat. Inilah 'sifat terpuji' ala akhir zaman.
Tetapi, sudut positif perbuatan menempah neraka ini ialah, mereka mampu membantu ahli UMNO pasca versi 4.0 untuk mengambil posisi apabila pemimpin UMNO sedia ada bakal menyedari bahawa mereka tidak relevan lagi. Ini kerana tiada orang Melayu yang mukanya setebal Samy Vellu.
Apapun perintah Allah untuk ketentuan nasib UMNO akan penulis terima hatta hanya penulis menjadi satu-satunya ahli UMNO yang tersisa di dunia ini. Kekuatan organisasi dan penerimaan umum ke atasnya berpaksi atas sifat anti-korupsi, anti-opresi, akhlak terpuji, kemasyhuran kredibiliti, mempunyai seni menyelami dunia marhaen, menuruti nasihat yang berguna dan mempunyai sifat anti-elitisme. Bukankan sifat itu 'telah mati' dalam UMNO?
UMNO versi 4.0 dan ke atas akan menghidupkannya kembali.
**************************************************************************************
Semoga Allah terus melindungi Malaysia........
Aku memulakan siri ini sebagai langkah aku berkempen untuk memulihkan UMNO dengan mengajak pengunjung blog ini jika ada kuasa memilih agar memilih calon yang dapat mengembalikan UMNO ke arah kekuatan, kegemilangan dan keutuhan seperti sebelumnya. Penghormatan kepada UMNO leh rakya harus dikembalikan segera oleh marhien UMNO, kerana elitis UMNO tidak lagi berupaya mengembalikannya kerana alasan yang menjengkelkan kami marhien UMNO.
***************************************************************************************
Janganlah kita lupa walaupun UMNO kini umpama harimau Malaya yang sedang luka, luka yang melukainya bukanlah kerana diserang sang singa mahupun diterkam sang beruang. Tidak juga dicakar sang serigala ataupun digeghit sang SiTi bukan juga diketit sang nyamuk. Luka harimau Malaya kerana terkejut bila terserempak dengan bayangnya sendiri, bayangan yang menjelmakan ketakutan, bayangan yang sebenarnya tak berupayapun untuk memudaratkan tubuh badan harimau Malaya itu sebenarnya. Tetapi kerana KEPALAnya yang bengong seperti tertelan daun ketum, maka itulah harimau Malaya berlari ketakutan tidak ketahuan. Takut pada apa yang dia tak tahu dan tak nampak......
KEPALA dia mesti dibuat penyelenggaraan!!!
Baguslah jika benar Najib bakal menerajui UMNO untuk dibawa kembali kelandasan sebenar supaya ianya dapat berbalik menjadi kemegahan pada BN, Malaysia dan rakyat keseluruhannya. Namun boleh kah Najib menjulang misi ini jika masih ada personaliti pemimpin yang berliabilti turut mempelawakan diri untuk terus memimpin UMNO walaupun sudah jelas akar umbi menolak mereka? Dengan isyarat-isyarat yang diberi sepatutnya ia adalah jelas hatta kepada mereka yang mata politik mereka kabur bertongkat.
Tetapi jika personaliti berliabilti ini masih juga mahu menerejah perwakilan dengan pelbagai umpan mengasyikkan bagi menjamin mereka terpilih walalupun ternyata ianya menongkah arus hasrat akar umbi, maka sebenarnya merekalah yang mendoakan UMNO supaya menjadi parti pembangkang selepas PRU13 nanti. Tetapi jika mereka sedar bahawa undi yang diberi oleh perwakilan, bukanlah undi sebenar akar umbi, tetapi undi yang telah dimodifikasi dengan pelbagai cara, maka janganlah mereka ini meneruskan hasrat mereka. berundurlah demi kelansungan hayat UMNO.
Wahai Mat taib, wahai Ali Rustam.....hadiahkan lah berita kegembiraan kepada majoriti ahli yang mahukan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden. Hadiahkanlah berita penarikan diri kamu berdua sebagai kompromi untuk kesetabilan UMNO demi kegembiraan marhien UMNO. Memang kamu ada penyokong, tetapi penyokong kamu tidak sebanyak penyokong Muhyiddin. Undi dibahagian dah menunjukkna arah yang terang. Kenapa lagi harus terus bersuluh? Wajarkah memperomosi diri didalam satu muka penuh akhbar dengan berselindung disebalik kementerian yang dimenterikan oleh anda? Itu cara yang jelas lapuk dan tidak dapat diterima oleh marhien dalam UMNO yang rata-rata mengaku perbuatan itu melampau dan membazir. Sudah-sudah lah tu....
Begitu juga Ali Rustam.....Aras tertinggi kamu diNegeri Melaka sudah mencukupi untuk kamu megahi. janganlah diigau kerusi Timbalan Presiden tu. Sokonglah Muhyiddin walau pok loh tak suka. Dia tak apa dah, lepas ni dia dah nak bersara. Bukan perlu dia fikir lagi apa nak jadi dengan UMNO ni, sebab itu dia jolok kamu untuk lawan. Jolokan tu bukannya memberi hasil yang positif, tetapi akan memberi goncangan jangka panjang kepada UMNO. sudah-sudahlah tu.... Kami diakar umbi ni lebih memihak kepada Muhyiddin Yassin berbanding kamu berdua! Sudah-sudahlah tu.... kamu berdua tu hanyalah menjadi kerbau tunggangan kepada nafsu marah paklah kepada marhien UMNO yang menekan beliau untuk lepaskan jawatan presiden UMNO dan Perdana Menteri. Itu sahaja niatnya..... Biar padan muka marhien UMNO.
Namun kami sebagai marhien yang terus sayang kepada parti keramat ini tidak akan membiarkan kekeramatan parti ini berkubur dengan undurnya pokloh dari persada teratas. Zaman melantik pemimpin untuk menjadi Raja sudah berlalu. Pemimpin uyang kami lantik selepas ini wajib ingat bahawa anda mempunyai tugsasan berat untuk mengembalikan UMNO dilandasan yang sebenar. Diterima rakyat, disayangi rakyat dan dihormati rakyat!!!.
Pada mulanya bila aku ikuti berita TV3, aku agak tidak berapa yakin dengan lapuran mengenai demonstrasi jalanan menuntut dihapuskan PPSMI. Kawan aku kata kena bandngkan juga dengan lapuran dari sumber lain. Oleh kerana telah larut, lalu aku tidak berblog mengenai bantahan tersebut semalam atau awal pagi tadi. Sekarang aku CnP dari Malaysiakini mengenai isu tersebut.
| Gerakan anti-PPSMI julung kali ke jalan |
| Jimadie Shah Othman | Jan 31, 09 8:40pm |
| Kempen memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) meningkatkan tahap bantahannya hari ini dengan melangkah ke tahap baru - berhimpun di jalan raya. Perhimpunan julung-julung kali itu dilancarkan petang ini di perkarangan pusat membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman - simbol lazim siri bantahan era reformasi 1998. Bagaimanapun, hasrat penganjurnya Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) untuk mengumpulkan 500 pencinta bahasa tidak tercapai walaupun kelibat beberapa tokoh terkenal bahasa dan sastera dalam program itu menyelamatkan keadaan. Program itu hanya dikerumuni kira-kira seratus orang yang lalu-lalang bagi membeli-belah di kompleks popular itu.Perhimpunan itu bermula dalam keadaan hujan renyai-renyai yang turun sejak jam 1 tengah hari lagi. Bagaimanapun ia berakhir tanpa sebarang masalah dengan polis, walaupun permohonan permit berhimpun tidak dibuat. Malaysiakini difahamkan penganjur hanya memaklumkan secara bertulis kepada polis berhubung program berkenaan. Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang sebelum ini berteka-teki tentang kehadiran beliau akhirnya muncul buat pertama kali dalam program sebegitu.Beliau bagaimanapun tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media, sebaliknya hanya bergambar sambil memegang sepanduk kecil bertulis "Jangan bunuh bahasa ibunda". Beberapa tokoh utama bahasa seperti penyair Dinsman, bekas profesor bahasa Dr Abdullah Hassan dan bekas profesor falsafah sains Dr Shahrir Md Zain serta penulis Ainon Mohd turut serta seperti dijadualkan. Penyair popular Pyanhabib, ahli jawantkuasa Persatuan Penulis Nasional (Pena) Ibrahim Ghaffar dan aktivis popular teater Khalid Salleh turut hadir. Bercakap kepada Malaysiakini selepas acara pelancaran itu, Khalid berkata hari ini ramai aktivis bahasa yang tidak pernah muncul dalam program seumpama itu tampil buat kali pertama menyatakan bantahan mereka kerana keadaan "sudah terdesak sangat". Tambahnya, bukan sahaja bahasa, tetapi dalam pelbagai segi hak-hak orang Melayu mulai terhakis. Khalid mendakwa selama tujuh tahun apabila PPSMI diperkenalkan, orang tidak turun memprotes kerana "orang tidak ada asas budaya dan bahasa". Pemimpin politik yang kelihatan termasuklah ketua penerangan PKR Tian Chua, ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dan ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad. Majlis bermula kira-kira 2.45 petang, kira-kira 15 minit lebih awal daripada yang dijadualkan. Pengerusi jawatankuasa induk GMP Datuk Dr Hassan Ahmad memberikan ucapan ringkas kira-kira lima limit sebelum melancarkan kempen berkenaan.Tindakan itu menyebabkan sebahagian daripada kira-kira 30 yang hadir terlepas sidang akhbar yang diadakan sejurus selepas pelancaran itu. Program yang kelihatan tidak tersusun itu menyebabkan orang ramai yang hadir terpinga-pinga dan tidak terarah, termasuk wartawan yang berkeliaran mendapat komen daripada beberapa tokoh yang hadir. Dalam masa yang sama, kita-kira 30 polis berpakaian seragam cuba menyuraikan keadaan. Kumpulan tokoh bahasa dan sastera itu kemudiannya hanya duduk di sebuah restoran di hadapan kompleks berkenaan. Orang ramai dan wartawan mula bersurai kira-kira 4.30 petang. Majlis pelancaran ini diadakan dalam rangka GMP menganjurkan perhimpunan besar-besaran 7 Mac ini - ala demonstrasi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) pada 2007 - untuk menyerahkan memorandum isu PPSMI kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. |
_____________________________________________________________________
Maka sebagai penilaian peribadi aku, inilah gambaran sebenar mereka yang mengaku Ulama bahasa Melayu. Mereka sendiri kabur dengan matlamat. Apakah sebenarnya bantahan ini dibuat? Sehinggakan mereka sendiri tidak tahu cara mana untuk dilakukan, iaitu cara yang betul dan teratur. Maka perhimpunan itu menajdi satu perhimpunan yang kucar-kacir walaupun yang hadir adalah barisan hebat yang mempunyai nama tersohor!!! Jika mereka yang hadir sebagai wakil kepada suara bantahanpun tidak terurus aturcara mereka, apatah lagi cubaan mereka untuk menarik awam agar hampir kepada mereka bagi mendengar apa yang mereka ingin bantahkan!!! Dan akhirnya mereka berjaya menjalankan agenda paling utama dalam mana-mana mesyuarat, perjumpaan mahupun perhimpunan yang dihadiri oleh Melayu sebagai hadirin teramai, iaitu AGENDA MAKAN MINUM. Inilah AGENDA yang paling berjaya dan paling mendapat sambutan dari penganjur bantahan berkenaan.
Dan kehadiran Sasterawan Negara pada aku, ianya mengingatkan aku mengenai Tungku Abd Rahman yang diusung kesana kemari sebagai pelaris kempen oleh Semangat 46 dahulu....sama sahaja layaknya kehadiran Datuk Samad Said yang bercakap melalui sekeping kertas....... Berat bunyi ayat tu.....Hukumanpun mestilah setimpal, itupun jika dapat dibuktikan dimahkamah bahawa memang ada berlaku apa yang didakwa. Mereka kena cari peguam yang mahir dan lapuran rasmi jenayah berat berkenaan sepatutnya sudah kena dibuat pada hari berkenaan kerana polis ada untuk menerima aduan mengenai dakwaan berkenaan. Kena sebut siapa sipelaku tersebut, kerana ini adalah jenayah berat dalam undang-undang sastera...... Suruhanjaya Pemantauan BahasaMelayu(SPBM) kena ditubuhkan dah ni. Dan Ulama-ulama bahasa Melayu kenalah dilantik bagi menganggotai SPBM dan wajiblah dibayar elaun yang tinggi, kerana mereka ini ulama. Pokloh tentu setuju kerana dia adalah Bapa Suruhanjaya Malaysia!!!!
Beginilah wahai Ulama semua.....saya nak tanya yang dok kalut sangat tu AWAT??? Anak-anak belajar MUHISABPURLAK dan KABUISI dalam bahasa inggeris bukannya sampai tahap nak terbit karangan cerita panjang sastera (istilah aku ialah cerpan, tapi depa istilahkan NOVEL) , tetapi sebagai jambatan untuk menimba ilmu dalam pelajaran berkenaan dan sebagai asas untuk memahami ilmu berkenaan diperingkat yang lebih atas, kemudiannya peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya keperingkat tertinggi.
DIHARAP ULAMA BAHASA MELAYU JELAS DENGAN PANDANGAN SAYA, IAITU BELAJAR MUHISABPURLAK dan KABUISI BUKANNYA SEHINGGA NAK KARANG CERPAN BERBENTUK SASTERA. Kalau nak karang CERPAN SASTERA, anak-anak kita kena belajar matapelajaran bahasa Melayu secara khusus dan mengikut kecenderungan serta minat mereka dalam sastera.
Seruan saya ialah hentikanlah bantahan tidak terarah ini dan sumbangkanlah buah fikiran anda untuk menambah baik dan menaik taraf PPSMI ini demi ilmu anak-anak kita, bukan membunuh minat mereka kerana polimik terawang-awangan ini.
***Diharap para Ulama bahasa Melayu dapat menilai komen saya jika ada saya suntik istilah inggeris yang diMelayukan dan samada komen saya ini sampai ketahap boleh difahami walaupun tidak ada suntikan bahasa inggeris didalamnya secara dorongan terus.
BERILAH SOKONGAN KEPADA PPSMI DEMI ANAK-ANAK KAMI GOLONGAN MARHIEN INI!!!
Tahniah kepada YB ADUN Guar Chempedak kerana telah membangunkan sebuah blog bagi menghubungkan orang ramai dari segenap lapisan masyarakat tanpa mengira ras dan pegangan hidup untuk mendekati YB(Yang Berkhidmat) Ku Abdul Rahman Ku Ismail. Semuga YB tidak kisahkan sanagat anugerah Dato' apabila berkunjung atau dikunjungi rakyat, biarlah jurang dapat didekatkan diantara rakyat dengan YB Ku Rahman. Biarlah yang anak-anak kecil memanggil Pak Cik, atau Pak Ngah atau Pak Ku, biar anak muda memanggil Abang Ku Rahman atau Bang Man saja, biarlah yang sebaya melontar kata seolah mendakap mesra wakil rakyat mereka manakala orang yang lebih dewasa boleh menyebut tanpa janggal wakil rakyat mereka dengan panggilan paling mesra.....Ku Rahman.....
DAN yang paling utama biarlah kerjabuat Dato' YB dikreditkan kepada UMNO, kerana 'ular menyusur akar tidak aakn hilang bisanya'.....
Aku kata macam tu pasai:
Aku bosan betul dengan polimik isu PPSMI. Ramai pendokong bahasa Melayu(Malaysia?) sudah menjiwai watak sebagai ahli politik dengan sempurna nampaknya. Aku sunting salah satu artikel dari pendokong-pendokong bahasa Melayu dan mari kita buat statistik berapa banyak perkataan yang dipinjam dari bahasa asing kedalam bahasa Melayu!!!
Salah satu contoh:
BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA PENGANTAR MATEMATIK DAN SAINS
Dasar Pendidikan Kebangsaan negara ini digubal berasaskan ciri-ciri kebangsaan daripada sudut kurikulum, latihan guru, bahan pengajaran dan bahasa penghantarnya. Inilah semangat yang terkandung dalam Penyata Razak 1956, Penyata Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961 dan kemudian Akta Pendidikan 1996.
Sistem pendidikan kebangsaan yang menetapkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama telah berjaya membentuk sistem pendidikan yang mantap, meneguhkan perpaduan rakyat berbilang kaum, mengilmukan generasi demi generasi muda dalam acuan sendiri daripada sudut bahasa, pemikiran dan sistem nilai. Dalam hal penyediaan tenaga penggerak dan pekerja pembangunan negara dalam pelbagai bidang, sistem pendidikan kebangsaan telah melahirkan jutaan profesional dan pekerja yang memperoleh pendidikan sekurang-kurang selama 11 tahun dalam bahasa Melayu.
Pelaksanaan sistem pendidikan ini bukan tanpa masalah. Salah satu masalah yang ketara pada hari ini terlihat pada kelemahan pelajar menguasai bahasa Inggeris. Walaupun bahasa Inggeris diajar daripada darjah satu Sekolah Rendah, setelah 11 tahun lulusan SPM masih tidak boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris. Pada tahun 2002, Kerajaan telah memutuskan pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris pada tahun 1 di sekolah rendah, tingkatan 1, 4 dan 6 rendah serta pusat matrikulasi telah bermula pada tahun 2003. Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat unjuran bahawa pada tahun 2008, 80% mata pelajaran sains, matematik dan teknikal akan diuji dalam bahasa Inggeris dalam peperiksaan umum.
Pada amalannya, bahasa Inggeris sudah menjadi bahasa penghantar utama mengambil alih tempat bahasa kebangsaan. Ini dilaksanakan tanpa meminda Akta Pendidikan yang sedia ada. Perubahan ini menimbulkan kecelaruan dan kakacauan; mana satu dasar dan mana satu pengkecualian kepada dasar tersebut.
Pengurangan peranan bahasa Melayu ini melarat pula ke pusat pengajian tinggi awam apabila pegawai tinggi IPTA diarahkan mengubah bahasa penghantar kursus sains dan teknologi daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Kecelaruan berlaku apabila semua arahan ini dibuat secara lisan sahaja. Misalnya, apabila Naib Canselor UPM mengumumkan semua kursus di universitinya akan dijalankan dalam bahasa Inggeris dalam tempoh lima tahun, ramai pemimpin kerajaan yang melenting dan membuat kenyataan bahawa ini bertentangan dengan Dasar Pendidikan Negara. Beliau dikatakan terlalu ghairah. Bukankah ini arahan Kementerian Pengajian Tinggi secara bisik-bisikan? Contoh kecelaruan yang lain, di UPSI mata pelajaran Kesusasteraan Melayu pula diajarkan dalam bahasa Inggeris, kononnya untuk memenuhi kuota kursus berbahasa pengantar Inggeris.
Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar, baik pada peringkat sekolah mahupun IPT bukanlah dasar pendidikan tetapi pengkecualian kepada dasar tersebut. Kini apa yang dikatakan pengkecualian sudah menjadi norma sementara dasar yang sudah termaktub sekian lama sudah mulai terpingir.
Malahan mereka yang mempertahankan dasar, sering dituduh sebagai anti dwibahasa, anti bahasa Inggeris, nasionalis sempit malahan sudah terdengar suara menuduh mereka pelampau kebangsaan dan pengkhianat. Mereka yang menyeleweng daripada dasar dianggap sebagai wira. Benarlah kata penyanyi A.R. Azmi, ’Dunia ini sudah terbalik,’
Penyelewengan ini telah dilaksanakan dengan tergesa-gesa, tanpa penyelidikan yang rapi dan projek percubaan (pilot project). Tindakan merubah dasar yang sudah mantap tanpa lebih dahulu membuat penyelidikan adalah sikap yang tidak saintifik dan tidak rasional. Lebih aneh lagi apabila sekarang terbukti berdasarkan penyelidikan bebas bahawa perubahan ini banyak membawa keburukan, kita diberitahu kajian perlu dibuat lebih dahulu. Bukankah aneh? Kajian diperlukan untuk melaksanakan semula dasar tetapi tidak dirasakan perlu apabila mahu menyeleweng daripada dasar yang sudah sekian lama mantap?
Belum terbukti di mana-mana pun di muka bumi ini bahawa mengajar sains dan matematik boleh membantu penguasaan sesuatu bahasa. Kajian bebas yang dijalankan oleh DBP-UKM dan sarjana-sarjana tempatan menunjukkan bahawa sejak dilaksanakan perubahan ini, tidak tampak peningkatan penguasaan bahasa Inggeris atau subjek sains dan matematik, malah timbul pelbagai masalah dalam kalangan pelajar dan guru.
Dalam keputusan Olimpiad Matematik Antarabangsa 2003 (IMO 2003), tiada sebuah negara pun daripada 10 negara teratas yang pesertanya belajar matematik dalam bahasa asing, manakala IMO 2002 dan 2001 hanya sebuah negara sahaja berada dalam kumpulan 10 teratas yang matematiknya diajar dalam bahasa asing. Negara yang paling kerap mendapat tempat 1-10 dalam olimpiad matematik ialah China = Vietnam (10/10), diikuti oleh Bulgaria (9/10), dan Iran=Korea Selatan=Romania (8/10) dan AS=Hungary=Jepun (7/10); semuanya bersistem pendidikan sains dan matematik dalam bahasanya sendiri. Keputusan yang serupa juag didapati untuk Biologi, Fizik, Kimia dan Teknologi Maklumat.
Selalu dihujahkan bahawa perubahan ini hanya bagi dua mata pelajaran untuk sekolah rendah sahaja. Hakikatnya jauh berbeza:
Sekolah Rendah:
BM 60%; BI 40%
Sekolah Menengah:
Tingkatan 3: BM 62%; BI 38%
Tingkatan 4 & 5 Sastera: BM 56%; BI 44%
Tingkatan 4 & 5 Sains: BM 36%; BI 64%
Tingkatan 4 & 5 Biologi: BM 33%; BI 67%
Tingkatan 4 & 5 Reka Cipta: 32%; BI 68%
Tingkatan 4 Akaun: BM 47%; BI 53%
SPM: BM 29%; BI 71%
Tingkatan 6 Sastera: BM 60%; BI 40%
Tingkatan 6 Sains dan Matrikulasi: BM 20%; BI 80%
Peringkat Universiti:
BM: Kursus Sastera dan Pengajian Islam; BI Semua kursus lain
AKIBAT PENYELEWENGAN DASAR
AKIBAT KEPADA BAHASA MELAYU
Proses menjadikan bahasa Melayu bahasa ilmu dan bahasa moden akan terhenti. Sebaliknya bahasa Melayu akan terperosok sebagai bahasa pasar sahaja. Istilah yang telah dicipta tidak akan digunakan dan istilah baru tidak lagi akan dicipta. Buku dalam bidang sains, perubatan, ekonomi, perniagaan dan teknologi tidak akan diterbitkan dalam bahasa Melayu kerana tidak akan ada lagi pembacanya. Kedududkan bahasa Melayu dalam semua bidang terutama dalam bidang ilmu dan perniagaan di negara bertuah Malaysia ini akan jatuh ke nombor tiga di bawah bahasa Inggeris dan Mandarin.
AKIBAT KEPADA PELAJAR-PELAJAR MELAYU
Kesannya kepada pelajar terutama pelajar Melayu daripada sudut penguasaan ilmu sains dan matematik buruk sekali. Kajian menunjukkan pelajar yang masih belum mempunyai kemahiran kecekapan bahasa yang asas akan menghadapi masalah untuk membaca buku teks, berdailog, berdebat dan memberi gerak balas bertulis dalam ujian dan peperiksaan. Inilah masalah sebenar yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Melayu kini. Masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan hanya menuding jari kepada pelajar dan guru bahawa mereka mahu mencari jalan mudah. Belum terbukti di mana-manapun alat teknologi boleh menggantikan guru di dalam darjah. Yang perlu diingat, wajarkah kita memperjudikan nasib masa depan anak bangsa kita dengan menggunakan kaedah yang tidak, atau sekurang-kurangnya belum terbukti berhasil di mana-mana di muka bumi ini? Seorang bernama Steven Lee telah membangkitkan hal ini dalam Berita Harian 19 April 2005 bertajuk, “Pendekatan Pembelajaran Bukan Boleh ‘Dicuba-cuba’”.
AKIBAT KEPADA MEDIA MASSA BERBAHASA MELAYU
Tahun 60-an dulu tulisan Jawi dikeluarkan daripada bilik darjah. Akibatnya hari ini ramai orang Melayu yang buta Jawi. Akhbar Utusan Melayu dulu menjadi lidah dan alat perjuangan bangsa Melayu. Kini Utusan Melayu dalam keadaan nazak. Tidak lagi boleh menjadi wadah pemikiran dan penyatuan umat Melayu. Inilah yang akan berlaku kepada media berbahasa Melayu 20 tahun dari sekarang. Akhbar Melayu tidak akan lagi memuatkan ruangan teknologi, kesihatan, ekonomi, perniagaan, komputer dan lain-lain kerana tidak akan ada pembacanya. Pembaca akhbar nanti tidak lagi menguasai istilah dalam bidang-bidang ini dalam bahasa Melayu. Bolehkah akhbar hidup tanpa ruangan ekonomi, perniagaan, kesihatan, sains, teknologi dan sebagainya? Lihat saja Utusan Melayu. Itulah gambaran masa depan akhbar arus perdana berbahasa Melayu. Pada hari ini pun, di negara Malaysia yang kita cintai ini, edaran akbbar terbesar berbahasa Melayu jatuh ke nombor tiga di bawah akhbar berbahasa Mandarin dan Inggeris. Bayangkan 10 tahun dari sekarang akibat penukaran bahasa penghantar 80% mata pelajaran di sekolah ke dalam bahasa Inggeris.
AKIBAT POLITIK KEPADA ORANG MELAYU DAN UMNO
Kemerosotan kedudukan bahasa Melayu, kelemahan pelajar Melayu menguasai ilmu-ilmu sains, teknologi dan matematik serta kemerosotan akhbar Melayu akan membawa padah politik yang cukup menggerunkan bagi UMNO dan umat Melayu. Bagaimanakah UMNO mahu mempengaruhi orang Melayu kalau akhbar arus perdana Melayu nanti sudah seperti Utusan Melayu hari ini – amat tipis, terbit hanya seminggu sekali, kecil jumlah edarannyannya dan tidak lagi berupaya menggembleng pemikiran orang Melayu? Dengan serangan globalisasi dan masuknya pelbagai aliran fahaman Islam dari luar, pandangan dan pegangan hidup umat Melayu pastinya akan bertamah rencam dan berserpihan. Dan pada waktu itu alat yang ampuh untuk mempersatukan pemikiran mereka sudah tidak lagi bertenaga untuk berbuat demikian.
Kos budaya, pendidikan dan politik bagi penyelewengan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan ini terlalu menggerunkan untuk diabaikan. Apa yang dikatakan sebagai perubahan bahasa pengantar dua mata pelajaran sahaja sebenarnya akan membawa durjana kepada bangsa Melayu. Inilah akibatnya apabila kita melompat sebelum berfikir panjang.
DI MANA LETAK PENYELESAIANNYA?
Sebenarnya masalah yang sedang kita hadapi ini hasil ciptaan kita sendiri. Lain yang luka lain yang dibebat. Kita sudah mempunyai Dasar Pendidikan yang telah terbukti mantap. Ini tidak bermakna pelaksanaan dasar ini tidak mengalami masalah. Terdapat masalah mutu pendidikan sekolah kebangsaan, terdapat kelemahan disiplin, tidak memberi ruang yang cukup untuk membuka minda pelajar menjadi kreatif dan isu yang sedang kita bincangkan - terdapat kelemahan yang ketara penguasaan pelajar dalam bahasa Inggeris. Cara menyelesaikan masalah ini ialah pertama fokus, kedua fokus dan ketiga fokus. Kita harus memfokuskan perhatian untuk menyelesaikan masalah ini bukan mengundang masalah baru dengan mencipta kaedah yang belum teruji di mana-mana pun.
Dalam hubungan dengan isu yang sedang dibicarakan ini kita harus fokuskan perhatian kepada masalah meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar di sekolah dengan menggunakan kaedah yang lebih kemas kini dan berkesan dan memberi latihan yang sempurna kepada guru bahasa Inggeris. Sering dibangkitkan bahawa penguasaan bahasa inggeris sebahgian daripada guru bahasa Inggeris itu sendiri tidak memuaskan.
Mungkinkah pengajaran bahasa dijalankan dengan sempurna dalam kelas yang melebihi 40 orang, terutama pada peringkat darjah satu? Pada banyak negara yang maju, pada sekolah rendah jumlah pelajarnya kecil sekali sehingga tidak sukar bagi guru mengawal kelasnya.
Di Amerika di mana terdapat ramai pelajar berbahasa ibunda asing, bahasa Inggeris diajar secara tuisyen, satu pelajar satu guru bagi pelajar yang lemah. Kita mesti mengkaji dan mengguna pakai kaedah yang telah terbukti berkesan di tempat lain.
KESIMPULAN
Kerajaan selalu menyeru rakyat supaya bersikap rasional dan saintifik dalam menghadapi sesuatu masalah dan cabaran. Dalam isu bahasa terutamanya, kita selalu mendapat seruan dan teguran agar jangan emosional. Ini seruan yang baik sebagai natijah daripada penekanan kepada pemikiran berasaskan sains, matematik dan teknologi moden. Tetapi bagaimanakah kaedah kerajaan menghadapi masalah kelemahan pelajar menguasai bahasa Inggeris?
Keputusan yang melibatkan perubahan kepada dasar pendidikan kebangsaan ini dibuat secara senyap-senyap tanpa perundingan dengan pihak-pihak yang berkepentingan. Tidak ada perdebatan atau perbincangan secara akademik dan mendalam. Bahawa pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris ini dijalankan dengan tergesa-gesa tanpa didahului oleh penyelidikan yang rapi dan percubaan secara kecil-kecilan menimbulkan syak wasangka bahawa terdapat agenda tersembunyi di sebalik kegigihan ini.
Sikap ini tidaklah dapat dikatakan sikap yang saintifik dan rasional. Lebih-lebih lagi ini melibatkan orang awam dan masa depan anak bangsa. Tidak ada siapapun yang berhak memperjudikan masa depan anak bangsa dengan bereksperimen dengan kaedah yang belum berhasil dikuktikan berjaya di mana-manapun.
Ini disertai pula dengan arahan-arahan yang disampaikan secara lisan sahaja kepada pemimpin IPTA supaya menukar bahasa pengantar kursus-kursus tertentu. Tujuannya jelas dan nyata; menukar bahasa pengantar dalam semua peringat pendidikan daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Apabila lebih 90% kursus pada semua peringkat telah dilaksanakan dalam bahasa Inggeris, soal meminda Akta Pendidikan menjadi fait accompli.
Kami menyeru agar kerajaan mengkaji semula tindakan tergesa-gesa untuk merubah bahasa pengantar matematik dan sains pada peringkat sekolah dan pengajian tinggi. Kami menyeru agar kerajaan kembali kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Marilah kita bersama-sama memperkasakan sekolah kebangsaan. Marilah kita bersama-sama menghadapi cabaran ini secara rasional dan saintifik. Marilah kita bersama-sama mencari kaedah yang jitu demi masa depan anak bangsa kita dan negara. Jangan sekali-sekali mengambil tindakan nekad memperjudikan masa depan anak bangsa dan negara kita. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
_____________________________________________________________________
Maka aku dapati banyak juga perkataan asal dari bahasa inggeris telah diMelayukan disini. Persoalan kau ialah jika kita tidak dapat sekurang-kurangnya memahami bahasa Inggeris, dpatkah kita meMelayukan perkataan asalnya? Jika begitu bohonglah jika dikatakan bahasa Inggeris itu tidak penting dalam mendalami ilmu pelajaran. Tetapi jika mahu menang juga wahai ahlul-ahlul bahasa mari kta sama-sama mereka istilah baru dalam bahasa Melayu yang tidak ada langsung bau Inggerisnya dan persembahkan kepada khalayak maksud dan kesesuaian penggunaannya. Kerana pada aku dalam berkata tidak mahu, tetapi kita masih juga menyudu, dalam kata hendak menjunjung tetap juga mengongong, dalam kata membenci, tetap juga dicari.
Sebagai saranan(hangpa nak gelakpun gelaklah....) mai kita pakat cipta ayat dari istilah keMelayuan aku ini, kot-kot pakat boleh melatih pipi bagi keluaqkan senyuman ikhlas bebas dari muslihat siasah(baca: taktik politik)
matematik kita tukar jadi MUHISABPURLAK hasil dari kerat dan potong beberapa perkataan.
sains kita tukar jadi KABUISI
Kurikulum kita tukar jadi SUKMAPEL
sistem kepada aturkawal.
profesional kepada SIKANTBANG
matrikulasi kepada KURPERTING
teknik kepada GOMPAK
teknikal kepada GOMPAKAL
Akta kepada PERUND
Canselor kepada Pendeta
kuota kepada BILHAD
anti kepada MUSLAMUT
dwi ....laa..ni kan dua?
nasionalis ni kan ke kebangsaan(awat tak guna kebangsaan?)
norma bukankah kebiasaan?
projek kepada LATSUHA
rasional kepada wajar
Dan akan aku sambung esok. Namun sebagai buah tangan biar aku susun satu ayat yang bebau Melayu yang sesungguhnya:
Matapelajaran MUHISABPURLAK, KABUISI dan GOMPAKAL menjadi antara SUKMAPEL yang patut diketengahkan kerana ia boleh membina keahlian dalam SIKANTBANG ujar naib PENDETA ketika memikirkan bahawa satu PERUND baharu perlu digubal sebagai LATSUHA perintis untuk memenuhi BILHAD yang tidak memperlihatkan ianya adalah MUSLAMUT kepada bangsa. Peringkat KURPERTING juga seharusnya ada aturkawalnya bagi menimbulkan kewajaranya, bukan sekadar kebiasaan.
Fuhhh....ada rasa macam Melayu sepenuhnya?
*31/01/2009: Pukul 1.45pm maka aku sambung, sbb awal pagi tadi aku dah ngantuk sangat.
Untuk teknologi moden apa kata kita guna istilah topu lening
Aku rasa untuk Olimpiad Matematik yang paling sesuai ialah PERTARUNGAN MUHISABPURLAK peringkat antarabangsa.
WOW!!!! ADAS FAKTOR WOW DISINI!!! SUNGGUH MELAYU BUNYINYA PERKATAAN INI: fait accompli. Apa maknanya perkataan ini? Bila agaknya diucapkan? Sebelum zaman Hang Tuah ke? he he he....setelah khobek(gantinama kepada google!!!) dalam wikipedia, maka sebenarnya ia diucapkan oleh Hang Muhong, seorang ilmuan bahasa Melayu kuno pada zaman semereng semutoklu....lama tu. Maknanya ialah 'tiada tajuk laman yang sepadan'. lalu aku khobek lagi, akhirnya aku jumpalah juga..... ni aku nak CnP:
Fait accompli
Meaning
An accomplished fact; an action which is completed before those affected by it are in a position to query or reverse it.
dalam bahasa yang aku faham ialah kenyataan yang dicapai, dimana tindakan yang sempurna/lengkap sebelum apa-apa kesan yang timbul hasil dari syak atau disebaliknya. Dalam bahasa Melayu terkini ialah persetujuan dihadapi. Wa ka ka...bahasa melayu le tu???
Ropa-ropanya fait accompli tu adalah perkataan pranchis yang omputih pinjam dan kemdiannya dipinjam secara terus tanpa dikenakan feadah oleh pranchis mahupun omputih kepada Melayu, maknanya PERCHUMA!!! opppsss maksud kaku PERCUMA.
Dan seperti aku kata sebelum ini, jika kita yang dok gatai guna perkataan selain dari bahasa Melayu untuk memudahkan pemahaman dan perhubungan, ianya adalah dosa, kerana kita tiada title ULAMA BAHASA, tetapi jika depa yang memperkenalkan suntikan perkataan kedalam bahasa Melayu, dan-dan ianya jadi HALAL, cuma ditambahakan sedikit penerangan sebagai bumbu untuk menampakkan ianya telah disusun secara aturkawal dan dikaji secara KABUISIFIK.
Dalam artikel diatas oleh ULAMA bahasa, aku dapati mereka sebenarnya telahpun mengakui kelemahan dan kemalasan mereka dalam menerbitkan buku-buku ilmiah untuk kejuruteraan, perubatan, jentera malahan OTIR(apa ni? Ini adalah gantinama kepada KOMPUTER, iaitu OTAK TIRUAN.....wa ka ka ka....) Bokti?
Ni dia:
AKIBAT KEPADA BAHASA MELAYU
Proses menjadikan bahasa Melayu bahasa ilmu dan bahasa moden akan terhenti.(yang ini aku hairan). Sebaliknya bahasa Melayu akan terperosok sebagai bahasa pasar sahaja. Istilah yang telah dicipta tidak akan digunakan dan istilah baru tidak lagi akan dicipta. Buku dalam bidang sains, perubatan, ekonomi, perniagaan dan teknologi tidak akan diterbitkan dalam bahasa Melayu kerana tidak akan ada lagi pembacanya. Kedududkan bahasa Melayu dalam semua bidang terutama dalam bidang ilmu dan perniagaan di negara bertuah Malaysia ini akan jatuh ke nombor tiga di bawah bahasa Inggeris dan Mandarin.
Selepas membaca artikel diatas, apa yang aku faham ialah mencipta istilah adalah semudah menyuntik bahasa asing kedalam bahasa Melayu samada diMelyukan sebutannya atau disuntik bulat-bulat!!! Akupun BOLEH, Malaysia Boleh!!! Dan ULAMA bahasa sudah menetapkan kemungkinan tidak akan ada buku ilmiah yang akan diterbitkan. Ho ho ho....lepaslah dari tanggungjawab, kerana segala permasaalahan telahpun dilepaskan kepada sasaran lain!
WAHAI ULAMA BAHASA MELAYU, BERHENTILAH DARI MENYALAHKAN ORANG LAIN, TETAPI PERTINGKATKANLAH DAYA USAHA BAGI MENGELUARKAN BUKU-BUKU ILMIAH PELBAGAI PERINGKAT SEHINGGALAH KAMI BERASA DAN MENJADI YAKIN UNTUK MENGGUNAKAN BUKU-BUKU ILMIAH HASILAN ANDA SETELAH KAMI DAPATI IANYA BENAR-BENAR MENEPATI DENGAN MATLAMAT DALAM MENGEJAR KEMAJUAN ILMU.
Sudah lebih dari 50tahun kita merdeka, berapa puluh tahun lagikah yang kami perlu tunggu untuk membolehkan kami membaca buku-buku ilmiah berbahasa Melayu tulen? Sementara anda merangka dalam kerangka pemikiran anda apa yang pelu dirangka sebelum hidup tinggal rangka, izinkan anak-anak kami menuntut ilmu dalam matapelajaran MUHISABPURLAK dan KABUISI dalam bahasa Inggeris manakala matapelajaran bahasa Melayu pula benarkanlah anak-anak kami menuntut dalam bahasa Melayu juga tidak ketinggalan dalam matapelajaran Ugama/Agama/Igama Islam perbolehkan kami belajar dalam bahasa Melayu dan Arab. Tidak lupa juga naiktaraflah matapelajaran-matapelajaran lain seperti Ilmu Bumi/Alam yang telah dimelayukan menjadi geografi, ilmu sejarah dan ketemadunan, ilmu adat dan adap(sivik?) dan lain-lain yang Ulama-ulama semua fikirkan perlu. Hentikan menuding jari kepada pihak lain. Banyak ruang lain yang boleh kita martabatkan bahasa Melayu ini, dan berilah peluang anak-anak kami berterusan membiasakan diri dengan SUKMAPEL dalam pelajaran MUHISABPURLAK dan KABUISI disamping anda bergandingbahu dengan kerajaan bagi memperbaiki segala kekurangan dan menaiktaraf kedua-dua matapelajaran berkenaan dan dalam masa yang sama berusaha secara berterusan untuk memperbaiki rekaan anda semua untuk menjadikan model tersempurna bagi MUHISABPURLAK dan KABUISI untuk manfaat semua anak-anak kami(sudahkah ada rekaan itui? Sila pamirkan kepada umum). Lainlah anak-anak ULAMA semua, selalunya dihantar ke Luar Negara unutk menghirup dan mencerap ilmu peringkat tertinggi.
Ini ulasan dari seorang guru bahasa Melayu untuk renungan bersama....selamat beramal....
Sila baca dan bicara secara dalaman dengan diri anda(muhasabah[ini perkataan Arab] diri).
Aku dijemput oleh spu ke blog beliau untuk membaca artikel beliau disamping menyertai beliau untuk sama-sama memikirkan sebab-sebab kepada berlakunya kerosakan kepada UMNO dan wajib segera dibaiki dari sudutt pandangan marhien UMNO seperti aku. Dan dari senaraiannya, beliau tidak memberi noktash kepada senarai berkenaan dan meminta pembaca menambah perkara-perkara yang jelas-jelas telah membawa kerosakan kepada UMNO.
Lihat di sini.
Saya akan menambah dari masa kesemasa senarai ini dan ianya juiga tidak bernoktah.
INGAT!!!! Tujuan saya supaya UMNO segera diubati!!!!
DAN SEBAGAI TAMBAHAN PERTAMA:
DATUK SERI ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI WAJIB SEGERA LETAK JAWATAN SEBAGAI PRESIDEN UMNO DAN PERDANA MENTERI!!!
Aku lihat, baca dan berbincang dengan rakan-rakan mengenai kenapa sejak akhir-akhir ini pihak polis sentiasa diserang oleh pihak berkepentingan, manakala pihak yang satu lagi, yang sentiasa berusaha menjadi rakyat yang baik sudah tentu sentiasa berterimakasih dengan pihak polis yang sentiasa berusaha menjadikan Malaysia aman sejahtera.
Bagi aku rumusan yang ada pada aku tidak dapat lari dari dendam politik. Dendam oleh seorang ahli politik yang terkandas dalam mmenuju matlamat tertinggi politik Malaysia. Maka pihak polis adalah diantara pihak-pihak yang dipersalahkan. Maka jadilah polis ini mangsa dendam politik.
Nasib Tan Sri Abd. Rahim Nor lebih baik, kerana belia telah bersara ketika kes dramatik politik ini dipenghujung, manakala nasib Tan Sri Musa Hassan sentiasa sahaja dicabar secara jenayah dan politik oleh pendendamnya. Kerana apa? Kerana ketika itu yang mengetuai pegawai pendakwa ialah Musa Hassan. Kerana itulah dia sentiasa sahaja cuba disusahkan tugas-tugasnya sebagai KPN. Tans Sri, saya simpati namun pada masa yang sama sentiasa menyokong PDRM dan Tan Sri sebagai KPN kerana walaupun dalam keadaan tertekan dan delima, namun tetap terus menjalankan tugas yang diamanahkan oleh rakyat dan kerajaan.
Pada aku yang berpengalaman berhadapan dengan orang yang melanggar undang-undang amat mengecewakan. Mereka, apabila sahaja terlepas dari hukuman kerana sebab-sebab kelemahan dalaman undang-undang itu sendiri(disebabkan kelemahan manusia) bukannya menginsafi atas perbuatan jahat mereka, tetapi menjadi semakin berani berhadapan dengan kita secara outlaws, malahan menjadi semakin imun dengan pihak berkuasa seperti polis dan tidak segan-segan untuk mencari titik lemah dalam undang-undang untuk berlawan kembali dengan undang-undang tersebut.
Kesimpulannya aku masih yakin majoriti rakyat masih lagi menaruh kepercayaan dan menghormati polis dan institusinya. Aku termasuk salah seorang dari mereka.
Aku terima perkhabaran dari KL yang pok loh di booooooo.....ketika berucap disatu perjumpaan semalam diPWTC. Betul ke ni? Alahai....pok loh, kamu berjaya melahirkan ramai ahli-ahli umno yang kritis, radikal dan kurang ajar(baca aggresif). Tahniah!!! Dan dalam pada itu kamu juga berjaya melahirkan pemimpin burung tiong, 'head banger'(angguk semedang) dan robotik.
Tidak lupa kamu juga berjaya bermanenantukan budak berliabiliti kpd UMNO!!!!
Sebenarnya dah lama kau nak ceritakan pengalaman aku megenai kaum India diMalaysia yang aku kenali. Begini, sebenarnya dibawah bangunan yang aku sewa ada satu lot kedai yang diusahakan oleh seorang India dengan membuka restoran makanan India yang halal. Jadi ramailah pelanggannya dari semua bangsa. Dan restoran ini sangat maju. Tokey dia boleh pakai kereta mercedes dan dihormati oleh masyarakat. Aku sendiri juga kerap makan dan bersarapan disitu jika hendak memilih makanan yang kurang berminyak.
Selain dari itu ada satu lagi cerita menarik mengenai tokey restoran ini yang aku nak kongsi. Beliau sebenarnya telahpun menyerahkan urusan kedai ini kepada anak-anak beliau dan telahpun balik keNegara Ibundanya kerana ibunya masih ada disana. Dia berhasrat untuk menetap kembali disana. malangnya tidak sampai sebulan dia balik keMalaysia kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan iklim dan cara hidup disana. Ada benda yang hilang dari hidup beliau semasa disana, iaitu suasana hidup yang telah mendaging dengan beliau diMalaysia. Lalu kembalilah beliau keMalaysia dan sesekali menjenguk restoran beliau untuk memantau urusannya. Dan pada akhir tahun lepas beliau telah mengadakan satu majlis bagi mengenang dan mengucapkan rasa terima kasih kepada pelanggan. Ada pelanggan yang dijemput telah menjadi pelanggan setianya selama lebih dari duapuluh tahun! Sungguh meriah majlis itu yang turut dipenuhi dengan hiburan cara Malaysia dan hadiah pelbagai bentuk kepada hadirin.
Kerana mereka juga menjalankan perkhidmatan katering, maka setiap menjelang musim cuti, maka banyaklah tempahan diterima dari pelanggan tidak kira India, Cina dan Melayu.
Anaknya ada menceritkan kepada aku bagaimana ada satu keluarga India yang hendak membuat majlis perkahwinan anak mereka telah menempah makanan tiga hari sebelum kerja kenduri dan tiga hari selepas kenduri menjadikan seminggu genap mereka kena servis katering kepada keluarga India berkenaan. Hebatkan? Bapa diapun mencelah menyatakan bahawa cara hidup mereka juga telah meningkat berbanding dahulu dan mengakui siapa yang berusaha lebih dibumi Melayu yang bertuah ini akan mendapat ganjaran yang setimpal.
Dan sebagai warga bertanggungjawab, anak-anaknya juga menyertai RELA dan menyertai operasi benteras jenayah disekitar tempat kami dan mereka mengakui bahwa gejala gangsterism dan jenayah oleh kaum mereka semakin meningkat dan merimaskan, tak terkecuali kaum Melayu itu sendiri, tetapi lebih kepada masaalah sosial seperti seks rambang dan merempit dipenempatan-penempatan tertentu.
Maka aku jadi keliru bila akhir-akhir ini pihak yang 'outlaws' pula yang mendapat sanjungan. Kalau depa join RELA dan membantu jenayah takkanlah pula mereka hendak disumbat dalam lokap, sudah tentu mereka yang membuat kesalahan jenayahlah yang akan disumbat. Begitu juga dengan ISA, takkanlah agen insuran pula yang akan dikenakan tahanan ISA, kecualilah dia menjadi agen perisik asing!
Kesimpulannya bagi aku kaum India diMalaysia sebenarnya tidak ditindaspun, mereka yang terasa ditindas adalah hasil dari usaha mereka sendiri, misalnya pencuri kabel, yang memperoses kabel curi dan yang membeli kabel yang telah diperoses tadi walaupun dah tahu ianya dicuri. Begitu juga dengan pencuri kereta mewah yang kemudiannya menjual kepada broker kereta dan kemudiannya sibroker tadi menjualkan pula kepada sindiket luar. Adakah mereka ini semua warga yang akur dengan undang-undang?
Tetapi apabila tertangkap guna pula undang-undang untuk menyelamatkan diri. Upah peguam untuk mencari titik lemah sesuatu undang-undang itu agar mereka terlepas dan boleh mengulang semula jenayah mereka dan rakyat yang akhirnya AKAN MENERIMA PADAH HASIL DARI USAHA MEREKA YANG OUTLAWS INI.
Samalah juga dengan Melayu yang suka jadi Haruan makan anak, bila kena tangkap sibuklah cari ketayap untuk diserkup atas kepala bagi menunjukkan depa dah insaf.....
Balik dari rumah Dato' Razak, aku terus buat 'compression' pada gambar-gambar yg aku 'shot' tadi. Sambil-sambil kelebek artikel yg aku saring dari Penggabung Suara. Hati dan perasaan aku bagai dibertih bunyi mercun yang kebetulannya berdentum sakan sewaktu artikel mengenai keputusan ADUN Bota yang melompat kePKR.
Woiiii.....apa kejadahnya ni???? Apakah ini 'kebaikan/advantage' yang diperolehi hasil dari mengangguhkan beberapa kali PAU dan kemudiannya memanjangkan tempoh berkempen unutk pemilihan? Ha....biarlah berlaku pula satu lagi PRK jika ADUN sekrg melucutkan jawatan ADUN dgn memilih utk menghadapi PKR agar mandat yang segar boleh diberikan oleh rakyat BOTA.
Hoi pak lah, bagi sekali lagi tugas kat najib sebagai pengerusi jentera pilihanraya tetapi biaq hangpaklah yang tentukan calon yang hang favour. Letak pula kj sebagai penyelaras petiundi-petiundi yang dijamin selamat untuk menaikkan ratingnya sebagaimana yang mereka aturkan diKT, peduli apa calon BN kalah, janji rating kj meningkat...... Lagi sekali kita mungkin akan melihat 'kerbau tenggala' di Bota pula......
Boleh dibaca berita pasal tu dimalaysiakini, BH, MStar dan kebanyakan blog-blog yg aktif.
Hari ini merupakan hari yang berbahagia kepada pasangan bangcik(rozihan) dan pasangannya nor azreen kerana pada hari ini berlangsungnya majlis kenduri bagi meraikan pasangan ini bagip ihak sebelah pengantin lelaki iaitu keluarga bekas ADUN Guar Chempedak yang juga bekas TKBUJ.
Sambutan memang sungguh meriah dengan kehadiran tetamu yang tak putus-putus seawal pukul 11 pagi sehinggalah kepukul enam petang. Dan dimaklumkan juga kepada saya ada tetamu-tetamu yang tidak sempat datang pada siangnya akan hadir meraikan mempelai pada malamnya.
Semalam ada juga tetamu jauh yang datang secara 'advance' kerana ada hal lain pada hari ini seperti Dato' Khalid Nordin, Menteri Pengajian Tinggi yang diiringi beberapa sahabat beliau dari kawasan tempatan yang turut hadir sekali lagi pada hari ini.
Ramai yang kelihatan disepanjang hari meraikan pasangan yang pada saya kelihatan serasi(AllahuA'laam). Keluarga disebelah pengantin perempuan turut saya kenali dan boleh dikatakan bapa pengantin juga adalah rakan saya suatu masa dahulu.
Mengenai suasana seharian, ianya adalah cukup ceria dan terurus. Ada hiburan moden dan tradisi. Pihak penyaji makanan iaitu PANTAS CATERER telah berjaya menguruskan kerja mereka dengan jayanya. Tahniah!!! Begitu juga kumpulan kompang yang berbakat dan kugiran dari kalangan kawan-kawan yang mempersembahkan hiburan yang baik dan penuh dengan persediaan. Semakin meningkat nampaknya!!!!
Gambar-gambar yang sempat saya rakamkan adalah menifestasi kepada peristiwa hari ini dikediaman Dato' Razak Hashim, Ketua Cawangan Guar Chempedak.
Mengenai Aku
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
BERANI BERUBAH!!!
DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO
PAPA DOLL


Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang sebelum ini berteka-teki tentang kehadiran beliau akhirnya muncul buat pertama kali dalam program sebegitu.
Pengerusi jawatankuasa induk GMP Datuk Dr Hassan Ahmad memberikan ucapan ringkas kira-kira lima limit sebelum melancarkan kempen berkenaan.



