SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
Followers
Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog
HIMPUNAN JUTAAN BELIA
Aku ingat hari ni tak mau tulis apa-apa pasai apa-apapun, tetapi bila melihat paper hari ni seperti yang aku C n P dibawah...
Kempen guna blog boleh kena tindakan disiplin
KUALA LUMPUR 22 Dis. - Mana-mana calon yang menggunakan blog untuk berkempen sebarang jawatan parti sama ada di peringkat cawangan, bahagian atau Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan UMNO Mac depan boleh dikenakan tindakan disiplin kerana ia melanggar Tataetika Ahli UMNO.
Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, ahli-ahli parti masih dibenarkan memiliki blog sendiri tetapi ia tidak boleh sama sekali memiliki sebarang unsur yang boleh ditafsirkan sebagai berkempen untuk diri sendiri atau pihak lain.
Katanya, Tataetika Ahli UMNO mempunyai garis panduan yang jelas berhubung perkara itu.
"Perkara 5.3 Tataetika Ahli UMNO menghalang apa jua penerbitan, penyiaran, penulisan dalam risalah, majalah, makalah, buku atau lain-lain karya yang mengandungi unsur menyokong, memfitnah, mencela dan mengeji ahli-ahli parti," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Lembaga Disiplin UMNO di Ibu Pejabat UMNO, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Ahmad Rithauddeen berkata, selaras dengan kandungan Tataetika Ahli UMNO itu, pihaknya telah mengambil tindakan memberi amaran kepada bekas Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Ahmad Kuris Mohd. Nor kerana didapati bersalah berkempen menggunakan blog pada pemilihan UMNO peringkat bahagian yang lalu.
Beliau turut mengingatkan ahli UMNO yang mempunyai sebarang masalah melibatkan pemilihan dalam parti agar tidak membawa kes mereka ke mahkamah kerana boleh digugurkan keahlian jika berbuat demikian.
Beliau berkata, Perkara 20.7 Perlembagaan UMNO dan Perkara 18C Akta Pertubuhan 1966 dengan jelas menyatakan apa jua kepentingan melibatkan parti politik adalah dilarang dibawa ke mahkamah.
Katanya, setakat ini, tiga kes daripada UMNO Bahagian Tanah Merah, Ledang dan Kota Tinggi telah dibawa ke mahkamah.
Akibat perbuatan itu, katanya, ketiga-tiga pihak yang membawa kes berkenaan telah dipanggil oleh pihaknya dan wakil UMNO Bahagian Tanah Merah sudah pun digugurkan keahlian.
Sementara itu, wakil daripada dua bahagian lagi sedang melalui perbicaraan untuk memberikan penjelasan mengapa mereka membawa kes ke mahkamah.
"Perlembagaan UMNO dengan jelas menyatakan jika ada pihak mengetengahkan sebarang kes parti ke mahkamah, akan gugur keahlian," katanya.
Menurut beliau, jika ada sebarang masalah atau rasa tidak puas hati, ia perlu dibawa kepada saluran yang betul dalam parti seperti Lembaga Disiplin dan bukannya kepada pihak diluar.
Satu arahan yang bagi kau bukan sahaja lawak, malah telah terkeluar dari garis logik. Kenapa ya, aku kata macam tu??? Nampaknya ahli- ahli UMNO terus dikekang untuk bersuara dengan bebas....
Secara ringkasnya yang aku nampak ialah jika berkempen menggunakan blog, sebenarnya adalah satu kerugian kepada mereka-mereka yang terbabit seperti KB, TKB, G7 KPB,NKPB dan G2, kerana calon hanya perlu suruh mereka ini rujuk dengan blog tanpa perlu berjumpa, tiada perjumpaan, tiadalah hulur-menghulur, tiadalah salam bersulam, dan tiadalah senyuman "YANG PETUAN AGONG".... Mana boleh lagu tu....rugilah depa-depa yang bertungkuih lumuih di Bahagian dulu dok kempen nak bagi lekat sebagai perwakilan, dan depa yang dok tungkuih lumuih berkempen dulupun ada juga wak kluaq modal sikit, la ni dok pikiaq nak raup untung la pula....maka jika blog digunakan sebagai pentas berkempen, maka kuranglah interaksi secara 'direct' dengan perwakilan, dan tiadalah direct contact.
Dan selama ini, itulah keluhan mereka yang lekat sebagai perwakilan kerana ada calon-calon tertentu yang tidak pergi berjumpa mereka secara direct contact. Kekadang sikap mereka ini membuat aku curiga, kenapa perlu ada perjumpaan secara individu? Bukankah matlamat setiap calon adalah jelas? budaya direct contact inilah yang akhirnya membarah menjadi pocket contact. Dan aku lihat ada perwakilan sekarang ini bermain dengan kuasa yang diamanahkan oleh ahli untuk kepentingan poket sendiri. Jika calon ni tak pi jumpa depa, depa akan bagi undi kat calon lain, walaupun ahli mereka dibahagian dulu dah memilih calon lain yang mana pada aku setiap calon telahpun menerangkan tujuan kenapa mereka mencalonkan diri untuk jawatan-jawatan yang mereka maksudkan. Apakakh perwakilan ini tidak faham langsung matlamat setiap calon sehinggakan perlu pula diadakan perjumpaan secara eksklusif? Tak keterlaluan jika aku katakan yang perjumpaan ini hanyalah bagi kepentingan perwakilan, bukan kepentingan kepada ahli.....nak minta rasuah la tu....
Tu yang ramai termasuk aku dah berulang kali sarankan hapuskan sahaja sistem yang dok ada la ni, tak payah dok pening, tak payah dok ber retorik dan tak payah dok kalut sangat.... Dan akhir sekali aku kesian tengok muka Tengku Ahmad Ritaudin, letih sungguh aku tengok muka dia yang 'bekerja dengan teruk', aku yakin beban kerja dia tentunya akan kurang dan bolehlah dia berehat, nak tido macam pm pun boleh, tak banyak kerja sangat..... hapuskan sahaja sistem orang tengah ni. Kerana sistem orang tengah ini hanya berjaya membina sifat tamak, sifat khianat, sifat munafik dan berbagai unsur negatif lagi..sama halnya dengan perangai orang tengah dalam perniagaan....
*Artikel ini bukan menuduh semua, tetapi kepada mereka yang dok megah beramal dengan benda-benda yang macam tu.....
Tadi aku baca dalam paper yang Mat Lesu kena tindakan disiplin.
Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena digantung keahlian
22/12/2008 1:39pm
Oleh Arshad Khan
KUALA LUMPUR 22 Dis. – Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena di Kedah, Datuk Ahmad Lebai Sudin digantung keahlian selama dua tahun bermula 17 Disember lalu oleh Lembaga Disiplin UMNO setelah didapati bersalah melakukan sabotaj terhadap parti dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.
Bekas Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Ahmad Kuris Mohd. Nor pula diberikan amaran setelah didapati bersalah berkempen untuk jawatan parti menggunakan blog.
Selain kedua-dua mereka, seorang ahli Pergerakan Wanita UMNO Pokok Sena, Halimah Hanafi turut digantung keahlian selama tiga tahun kerana membuat aduan palsu diikuti dua Ahli Jawatankuasa Cawangan UMNO dalam Bahagian Batu, Abdul Kadir Abdul Karim dan Remlah Abd. Rahman pula diberikan amaran. – Utusan
Aku rasa lesu nak komen....
Petikan dari Utusan:
Jangan hanya tuduh - Khairy
KUALA LUMPUR 19 Dis. - Calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mencabar pihak yang menuduhnya mengamalkan politik wang dalam pemilihan jawatan tertinggi itu Mac depan supaya tampil mengemukakan bukti.
Beliau berkata, tindakan pihak terbabit melemparkan tuduhan semata-mata terutama menerusi blog di Internet hanya menjejaskan imejnya selaku salah seorang calon bagi jawatan berkenaan.
"Semua ini dakwaan sahaja, kalau ada bukti, sila kemukakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Rembau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas penulisan dalam beberapa blog menuduh beliau sebagai antara calon yang mengamalkan politik wang untuk menang jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.
Beliau yang kurang senang dengan tuduhan itu berkata, sehingga hari ini, semua yang dikatakan hanya fitnah.
Katanya, jika sekadar mendengar dakwaan mengenai amalan politik wang berlaku tanpa bukti, beliau juga ada mendengar perkara yang sama melibatkan pihak lain.
Komen Aku:
Sebenarnya imej kj sudah lama terjejas, terjejas bukan kerana orang, tetapi kerana diri sendiri. Diharap kita semua tidak harus melupai kronologi yang berlaku. Jejak awalnya sahaja sudah membuatkan kita sebagai rakyat yang prihatin terhadap masa depan negara patut berasa curiga. Setiap tindak tanduk beliau sememangnya membuat sesiapa sahaja curiga dengan niat sebenar beliau. Rentetan peristiwa seperti isu ecm libra, tingkat 4, SJER, campurtangan dalam kabinet seperti pengakuannya sendiri, campurtangan dalam menentukan calon semasa PRU, tindakan berdemonstrasi, lebih sudu dari kuah dalam Pemuda, seolah-olah Pemuda tiada Ketua sehingga kadang-kadang aku lihat muka kelat Hishamudin kerana serba salah atas tindakan tanpa restu(dan dipaksa merestui) sebagai contoh mengepalai jentera Pemuda semasa PRK2, kenyataan-kenyataan kepada media yang sepatutnya dibuat oleh KP tetapi dia yang ambil peranan dan berbagai-bagai lagi tindakannya yang mengundang kontroversi YANG KITA WAJIB SENTIASA INGAT agar tidak di'divert' oleh kenyataan-kenyataan terbaru beliau demi untuk menangkis kenyataan dari orang ramai baik diinternet mahupun dialam nyata.
Dan tindakbalas-tindakbalas berbentuk kenyataan akhbar dan secara maya terkini bagi saya hanyalah cuba mengelambukan(imbuhan dari kelambu) rentetan-rentetan tindakan negatif beliau sebelum ini sepaya menjadi kelabu, kemudiannya kabur dan akhirnya hilang dilupakan oleh orang.
December 20, 2008 ![]()
Rocky Insinuations ![]()
Over the past few years numerous lies and half-truths laced with negative insinuations about me have been paraded around in cyberspace. Initially, I chose to ignore much of this bad press. However, with the smear campaign against me being stepped up in recent months especially by those with close ties to one of my fellow candidates for the UMNO Youth leadership, I have learnt that it is only apt for me to respond to these matters periodically.
The most recent of these insinuations was about my visit to the National Heart Institute (IJN). For the record, I was there to meet the Minister of Youth and Sports, YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. I was instructed by Football Association of Malaysia (FAM) President, KDYMM Sultan Ahmad Shah, to brief Dato' Sri Ismail about the state of national football, and the role that the government can play in improving standards of the game, beginning at grassroots level. It so happened that Dato' Sri Ismail had admitted himself into IJN for a check-up yet kept our appointment which resulted in me being spotted there. I also happened to visit Dato' Sri Ismail at the same time the Health Minister, YB Dato' Liow Tiong Lai, was making a working visit to IJN and the latter came up to visit Dato' Sri Ismail as a courtesy to a fellow Cabinet colleague.
But to respond specifically to the insinuation posted in the blog that has long had a personal axe to grind against me, I was not subsequently at the Health Minister's press conference since I was there to call on Dato' Sri Ismail. I left IJN after my meeting. The blog also asks why Dato' Seri Shahrizat Jalil's husband was present for the Health Minister's press conference. I don't want to speak on his behalf but my guess is that Dato' Dr Mohamad Salleh Ismail (Dato' Seri Shahrizat's husband) was present because he is Chairman of the Board of Directors of IJN. A simple search on IJN's website would confirm his position.
My views on the substantive matter regarding the speculation that IJN was to be privatized are clear – any plans for IJN cannot come at the expense of its role in serving the needs of civil servants, low-income individuals and families. Unfortunately, the blogger in question, who also disagreed with the proposed Sime Darby deal, found it fit to imply that my presence at IJN meant that I was somehow involved in all of this.
As a public figure, I always understand that such speculative reporting is unavoidable, but the nature and scale of the accusations thrown at me suggest that certain individuals have a personal vendetta against me, and no amount of explanation on my part can halt this absurdity. I am neither expecting sympathy nor suggesting that I am flawless, only exposing the hypocrisy of these individuals who, in attempting to destroy my integrity shred every inch of what's left of theirs.
Dan kenyataannya hari ini mengenai IJN membuat saya tertanya-tanya, adakah ini berlaku secara kebetulan(coincident) atau memang dirangka plotnya sebegitu rupa dengan skrip yang terkawal bagi menunjukkan bahawa ianya adalah berlaku secara kebetulan.
Saya tertanya-tanya, pertemuan dengan Menteri sukan yang sedang menjalani pemeriksaan itu amat pentingkah sehingga tidak boleh ditangguh kepada masa lain dan ditemapt yang lain, seolah-olah 'repot' yang perlu dibuat kepada Menteri sukan itu adalah keputusan mendesak demi keselamatan negara atau sebahagian dari skrip yang telah diplotkan? Apakah Sultan Pahang sebagai Presiden tidak dimaklumkan tentang keadaan Menteri sukan yang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan jantung diIJN pada hari itu, sehingga perlunya kj dititahkan WAJIB berjumpa Menteri sukan yang sepatutnya melapangkan sedikit waktunya untuk mendapat ketenangan semasa pemeriksaan jantung beliau?
Dan apakah pemeriksaan itu berlangsung sehingga sehari suntuk sehingga tiada langsung masa laion yang sesuai untuk kj berjumpa Menteri sukan hanya kerana untuk melapurkan program bolasepak? Kalau isu keselamatan negara tu aku boleh juga fikirkan rasionalnya(ini sebagai contoh walaupun tidak berkaitan dengan bidang tugas FAM). Jika besok sahaja lapuran itu diserahkan kepada menteri sukan adakah apa-apa kesan dari segi 'ranking' pasukan bolasepak Malaysia dalam FIFA? Turunkah? Naikkah?
Kalau kerana lapuran pasal bolasepak, lalu tidak boleh tidak kena juga serah lapuran itu seolah-olah ianya teramat-amat amat amat amat amat amat penting, saya amat bersimpati kepada Menteri sukan kerana Presiden FAM tidak peka terhadap keadaannya.
Dan dengan kehendak, menjadi lagi saat-saat kebetulan(banyak betul kebetulan) adanya menteri kesihatan membuat lawatan kerja, dan menjadi satu alasan unutk beliau berlindung. Dan Menteri kesihatan itu bagi aku lebih faham keadaan Menteri sukan dan hanya membuat 'courtesy visit' berbanding kj yang membuat 'working visit' terhadap 'patient'. 'Courtesy visit' pada aku memberi 'healing feels' kepada patient. Tetapi 'working visit' tentunya memberi beban dan tekanan kepada patient!!!!
Hissshh....hangpa pikiaq boleh pakai ke alasan tu?
Whoa.....sungguh pantas Pemuda UMNO Malaysia membuat pengumuman yang turut membantah pengambil alihan IJN oleh Sime Darby. Dan lagi sekali aku mual kerana Ketuanya tidak diberi peluang untuk bercakap mewakili pergerakan Pemuda UMNO. Asyik-asyik Naib dia yang menyeghondoi untuk membuat pengumuman. HOI!! Pengumuman sebegini penting bukan taraf hang! Biaqla Ketua Pemuda yang umum....gila publisiti tahap gaban sungguh dia ni.....HISSHHH!!!
Ni dia aku ambik di sini.
Jika seminggu yang lepas hati aku berbara kerana tingkah laku etnik cina, hari ini hati aku terbakar lagi dek gelagat manusia yang hatinya telah diselaputi dengan 'lemak tamak'. Dan lemak ini bukan lagi lembut sifatnya tetapi telah mengeras shingga hati sukar membuat pertimbangan yang waras lagi. Dan mereka yang empunya hati yang telah diselaputi 'lemak tamak' ini sanggup mebelakangkan roh keujudan IJN dahulu hanya kerana dendam kesumat politik tak berpenghujung dan bayangan keuntungan ringgit yang bakal dijelamkan sekiranya IJN dapat diswastakan.
Bagi aku mereka-mereka ini wajar di'tumpul'kan karier politik mereka dengan segera. Jika tidak, tidak mustahil satu lagi pencetus bakal tercipta untuk memusnahkan dominasi UMNO dalam berkerajaan( governing ). Aku dapat rasai ledakan amarah oleh rakyat akan meletup sebegitu kuat hingga bisa meranapkan kekuatan UMNO dalam menawan kembali hati rakyat dan tidak lagi mustahil jika selepas PRU akan datang UMNO benar-benar akan jadi parti pembangkang sepenuh masa. Semuga andaian aku ini tidak benar.
Jadi pada aku, pengumuman penangguhan pengambil alihan ini bukannya dapat meredakan marah rakyat, tetapi terus menyalakan rasa gelisah dalam hati mereka. Jadi sewajarnya isu ini dipadamkan terus dengan pengumuman pembatalan terus terhadap cadangan ini. Alah....bukannya rugi sesenpun pada kerajaan berbanding pembatalan Jambatan Indah.....
Jangnalah kami terus nak diperbodohkan!!!! HISSHHH!!!
Balik ke kampung, diatas meja komputer aku terdampar sekeping kad berwarna hitam dihiasi kerawang berwarna perak. Didalam kantung undangan itu terdapat sekeping lagi helaian berwarna jingga yang ditulis dengan lebih terperinci. Setelah ku amati kad itu bersama isinya dengan teliti, rupanya ia adalah kad undangan pekahwinan....hmm bulan-bulan dipenghujung tahun, cuti panjang persekolahan yang aku istilahkan 'Musim Mengawan'. maka tak hairanlah banyak undangan untuk menghadiri kenduri perkahwinan samada dari ibubapa ataupun dari pengantin sendiri yang aku terima.
Tetapi undangan ini aku anggap sebagai undangan istimewa pada diri aku walaupun mungkin ada orang lain yang tarafnya VIP menerima kad yang berlainan sikit, mungkin lebih cantik dan exclusive malahan mungkin juga kad yang lebih sofisekated juga diedarkan kepada VVIP, lebih cantik dari yang diterima oleh VIP tadi aku tetap menerimanya sebagai Kad Undangan yang amat istimewa kerana jika melihat taraf aku, aku hanyalah marhien UMNO yang tak punya apa-apa jawatan. Ahlul UMNO yang biasa-biasa saja.....
Sekalung Tahniah kepada Dato' Mohd Suhaimi bin Abdullah dan isterinya Datin Ir Zaleha binti Shamsudin yang akan menerima menantu yang bernama Thomas Ramadhan J Kelly yang akan didampingi secara sah menurut Islam dengan anaknda peremuan sulung beliau iaitu Satila. Semuga mereka kekal bersatu sehinggalah 'hayy' berganti maut.
Dan InsyaAllah, setelah manusia memberi gelaran Dato' selepas ini Allah pula akan menganugerahkan pangkat DATUK kepada beliau. DATUK tak berpingat tetapi bercucu.....
Aku berharap hari kenduri nanti akan meng'address'kan penyatuan seluruh pemimpin UMNO Jerai dan BN serta ahli-ahlinya kepada pihak pembangkang walaupun ianya bukan majlis politik kerana aku percaya ada juga jemputan dari kalangan mereka yang ada disebelah sana. Janganlah pula ada yang mengundurkan diri setelah dijemput.
Aku terharu atas undangan dari KBUJ ini dan insyaAllah akan hadir.....
Mat Taib ni bini dia orang kedah. Bekas Ketua Pemuda dia dulupun orang Kedah, dok diKulim. Rapat bnor dia dengan orang Kedah. Bukan itu yang aku nak kisahkan, tetapi kenyataan terbaru dia dalam surat habaq orang putih tu yang aku nak persadakan. Eh eh, depa interview dia dalam bahasa Melayu ka? pakat habaq mai....
Muhammad Taib: Ketuanan Melayu does not exist
Kong See Hoh
KUALA LUMPUR (Dec 15, 2008) : Umno information chief Tan Sri Muhammad Muhd Taib says ketuanan Melayu (Malay supremacy) is just a catchphrase, and does not exist in real life.
|
|
"As long as the Malays/bumiputras can give their best to strive forward and show outstanding results in business and service sectors, or even when working for others, they have succeeded."
Muhammad Taib, who is rural and regional development minister, said this during an interview with Sin Chew Daily carried today, when asked to comment on the much-debated topic.
He said ketuanan Melayu was a phrase coined by some people for purposes best known to themselves.
He reminded those who talked about ketuanan Melayu the whole day, or write and sing about it that at the end of the day it is meaningless no matter how much many times they shout "ketuanan Melayu" if they do nothing to better themselves.
On the fear many people have about the phrase "ketuanan Melayu" as they see it as a symbol of Malay dominance over the other races in the country, Muhammad Taib said it (ketuanan Malayu) has been misinterpreted.
He felt that the so-called "Malay dominance" has nothing to do with ketuanan Melayu or the other races being sub-servant to the Malays.
"If a kampung has only one clinic which is owned by a Malay, and people of all races seek treatment at the clinic, then the Malays have dominance in that kampung.
"Likewise, if the Chinese are the sole provider of (certain) services in an area, and other races patronise their shops, then the Chinese enjoy dominance in that particular area."
Muhammad Taib said what should be noted is that Malays do not have the the vast knowledge and capability to to compete with others, and whatever talk about ketuanan Melayu and Malay dominance is irrelevant.
He admitted that in the past Umno had indeed dominated the Barisan Nasional (BN) but the so-called dominance was used to allow non-Malay candidates to be fielded by Barisan in Malay-majority constituencies and use its influence to urge the Malay voters to accept non-Malay candidates.
However, he said, the situation has changed lately, and Malay-majority seats that were once considered safe (for BN) are no longer so, as people's mindsets have changed, and on top of that, Indian voters are largely unhappy with the government.
On the requests made by Chinese on education and equality, Muhammad Taib felt that they are not unreasonable as they are only trying to defend their rights.
However, he said they must look at the situation while bringing up their requests, as certain things said at the wrong time would offend others.
Kemanakah arah dan kemanakah tujuan? Apakah dia tidak memikirkan bahawa dia sedang berada dalam zon berkempen untuk Timbalan Presiden UMNO? Atau persaingan ini sudah tidak bererti lagi buat dia? Apakah yang bersarang difikirannya bila dia membuat kenyataan akhbar ini? Publisiti yang semacam mana yang dia hendak?Apakah yang hendak ditempuh. Apa pula yang hendak ditempah?

Bila hal ini kembali diperkatakan aku menjadi keliru dengan kenyataan yang pak lah nyatakan dahulu semasa dia dengan selamba membatalkan pembinaan jambatan. Maka terdapatlah suara-suara yang mempertahankan tindakannya. Malah sehingga mendakwa rakyat Johorlah yang mahu ianya dibatalkan. Kenapa mahu dibatalkan, tidak pula diulas.
Lalu aku menyelongkar berita-berita lama dari akbar-akhbar tempatan untuk tatapan.
ARKIB : 31/01/2006
Rakyat Singapura sokong percepat bina jambatan ganti Tambak Johor
JOHOR BAHRU 30 Jan. - Rakyat Singapura menyokong langkah kerajaan Malaysia mempercepatkan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor kerana ia dapat mengatasi kesesakan di laluan itu.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kebanyakan warga Singapura yang ditemui menyatakan sokongan terhadap usaha pembinaan jambatan yang dijangka siap menjelang 2009.
Menurut seorang pesara, Salihudin Mohd., 70, pembinaan jambatan baru tersebut dapat memberi kebaikan kepada Singapura dan Malaysia kerana ia melancarkan lagi aliran pengangkutan sedia ada.
``Disebabkan ia untuk tujuan yang baik, saya menyokong pembinaan jambatan baru ini memandangkan keadaan Tambak Johor yang sentiasa sesak,'' katanya.
Menurutnya, projek tersebut tidak sepatutnya ditangguhkan lagi kerana pertumbuhan ekonomi yang semakin pesat akan memudah dan mempercepatkan lagi urusan keluar masuk warga kedua-dua negara.
Seorang pekerja swasta, Hairum Saian, 45, pula berkata, kedudukan jambatan baru yang berdekatan dengan Tambak Johor akan memudahkan lagi urusan untuk warga Singapura memasuki Johor Bahru.
Seorang lagi pekerja swasta, Osman Abdul Karim, 43, berkata, beliau sangat bersetuju dengan pembinaan jambatan baru yang menghubungkan terus ke Gerbang Perdana kerana ia secara tidak langsung mengatasi kesesakan lalu lintas di Johor Bahru.
``Apabila menggunakan Tambak Johor, saya sering terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang kadang-kadang sehingga dua jam. Keadaan ini tidak sepatutnya terus berlaku, dan saya merasakan pembinaan sebuah jambatan baru merupakan penyelesaian yang tepat,'' katanya.
Sementara itu pelajar, Lawrence Tan, 19, juga berpendapat pembinaan jambatan baru akan melancarkan lagi urusan keluar-masuk memandangkan Tambak Johor tidak mampu lagi menampung kemasukan dalam jumlah yang terlalu besar. Itu kata rakyat Singapura. Jadi jika mereka bersetuju, kita hairan mengapa pula digembar-gembur bahwa Rakyat Johor menolak??
Aku dari dulu lagi berasa syak yang kenyataan Johor menolak pembinaan jambatan itu hanyalah kenyataan sebelah pihak. Dan sekarang ini bukti telah terserlah bahawa kita sememangnya dibohongi!!!
Dan bayangkanlah jika hendak diteruskan semula projek berkenaan yang sememangnya itulah pilihan terbaik untuk Johor khasnya dan Malaysia amnya, berapa pula kos semasa? Nak tunggu lagi? Entah berapa pula kosnya selpas beberapa ketika ianya dibekukan!
Aku juga masih ingat titah Tuanku Sultan Johor yang juga mahukan Tambak Johor digantikan dengan Jambatan bagi menyegarkan semula Selat Tebrau dan melancarkan lalulintas.
Puas juga akui selongkar akhirnya dapat dalam satu forum disini.
Dan ini yang aku dapat setelah selongkaq tang ni
Kedua-dua mereka adalah pemimipin negara. Satu memimpin negara kuasa besar yang tunggu masa nak gugur kerana dasar negara. Yang satu lagi memimpin sebuah negara yang sembilan tahun dahulu adalah negara yang disegani dengan harapan menggunung dari rakyat agar kecemerlangan negara berterusan, namun sebaliknya negara ini menyaksikan langkah mengundur disebabkan kelemahan beliau. Akhirnya kerana tidak merasa tertekan beliau akan berundur selepas bulan Mac2009. Betulklah beliau akan berundur dari menjadi pm? Ramai yang skeptikal dna ramai pula yang yakin. Aku terpaksa berada disebelah yang yakin. Tetapi bukan kerana rela untuk berasa yakin, yakin aku adalah yakin yang dipaksa kedalam hati. Maksudnya aku juga ragu-ragu dengan flip-flopper ni. Tetapi mungkin ada sesuatu yang boleh dipelajari oleh flip-flopper ini dengan bush yang aku lihat mukanya semakin menyemakkan.
Jika tidak mahu menerima penghinaan sedemikian rupa dari rakyat yang berasa tidak selesa dengan gaya kepimpinan anda, maka saya sarankan agar anda 'stick with your words'!!! Turunlah dengan aman dari kerusi pm dengan redho dan 'cool'....jangan sehingga rakyat hangat dan tak boleh berfikir secara rasional lagi lalu bertindak melakukan tindakan dengan maksud menghina agar ianya menjadi igauan buruk sepanjang hayat.
Aku yakin sebenarnya kalau hendak ditujukan kasut itu tepat kekepala Bushpun memang boleh, tetapi yang bertindak itu bukanlah hendak betul-betul mencederakan beruk albino tu, tetapi sekadar hendak menyampaikan isyarat ala 'my way'......
Kepada flip-flopper jangan sampai ada marhien yang bertindak ala 'my way'!!! Biar saja Zaid yang menjadi kesayangan anda yang bertindak 'this is my way'.
Dan aku walaupun amat-amat gembira dan bangga diatas keberanian wartawan iraq tersebut, secaraikhlasnya tidak mahu perkara serupa walaupun dengan keadah berlainan digunakan keatas bakal mantan pm Malaysia.
Boleh dilihat di you tube!
sila klik di sini
Baru tadi isteri aku hantar sms kepada aku memaklumkan kawan baiknya yang koma diHSAH Sungai Petani yang aku ceritakan sebelum ini telahpun meninggal dunia kerana kecederaan dalaman yang parah.....Semoga Allah memenmpatkan hamba-hambaNya yang berIman ketempat yang dijanjikan. Allahu'Alaam.
Dibawah ini adalah kenyataan media oleh Menteri Dalam Negeri.
ARKIB : 11/12/2008
Enam tahanan ISA dibebas
KUALA LUMPUR 10 Dis. - Seramai enam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dibebaskan sejak bulan lalu dan pembebasan terbaru melibatkan lima orang pada 4 Disember baru-baru ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, dengan pembebasan terbaru tersebut, jumlah terkini tahanan ISA pada masa ini ialah 46 orang.
''Kita akan membebaskan tahanan ISA dari masa ke masa apabila kita rasa mereka sudah dipulihkan sepenuhnya. Pendirian kerajaan ialah jika seseorang itu tidak menjadi ancaman, telah dipulihkan dan boleh dikembalikan kepada masyarakat maka mereka akan dibebaskan.
'' Pada 4 Disember baru-baru ini kerajaan membebaskan lima orang iaitu dua ahli kumpulan pemisah warga Thailand yang dilepaskan dan diusir balik ke negara asal, dua warga Malaysia yang masing-masing ditahan selama tiga tahun sebulan dan seorang lagi sembilan bulan kerana menjadi ejen kepada perisik asing dan seorang lagi warga Malaysia yang menjadi ahli Jemaah Islamiyah (JI)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Jelas Syed Hamid, kedua-dua warga Thailand itu ialah Ab. Rahman Ahmad dan Mohd. Termizi Zakaria sementara tiga lagi rakyat Malaysia dikenali sebagai Abdul Mohd. Faisal Samsudin dan Anbalavan yang dipercayai menjadi ejen perisik asing dan Murad Sudin kerana dipercayai anggota JI.
''Murad Sudin dibebaskan setelah ditahan enam tahun dan didapati tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman awam. Kita harap mereka akan dapat pulih kembali kepada masyarakat dan tidak akan melakukan sesuatu yang menjejaskan keselamatan negara
''Seorang ahli JI iaitu Yazid Sufaat telah dibebaskan pada bulan lalu. Dia sudah ditahan untuk tempoh yang lama," katanya.
Tambah Syed Hamid, kerajaan tidak akan menahan warga Malaysia atau bukan warga Malaysia lebih panjang daripada tempoh yang sepatutnya.
''Apa yang diutamakan ialah kepentingan negara daripada segi keselamatan dan ketenteraman awam selain bebas daripada mereka yang menggunakan tindakan militan untuk memperjuangkan ideologi masing-masing," katanya.
Beliau menambah, banyak soalan berkenaan tahanan ISA dibangkitkan dari masa ke masa dan beliau perlu menjelaskan semua soalan yang dikemukakan.
''Semasa saya mula menjadi Menteri Dalam Negeri, tahanan ISA adalah seramai 75 orang namun dan pada hari ini jumlahnya ialah 46.
''Daripada 46 tahanan ISA yang ada sekarang, 16 adalah anggota JI, 13 merupakan anggota Darul Islam, 10 terlibat dalam kesalahan membuat dokumen palsu mengenai kewarganegaraan termasuk kad pengenalan dan pasport, lima daripada pertubuhan haram Hindraf dan dua lagi ditahan kerana bekerja untuk agensi risikan antarabangsa," katanya.
Melihat dari senarai diatas, saya sebagai rakyat Malaysia hairan dengan sikap penentang ISA. Kenapa mereka ini fobia dengan ISA? Hanya yang bersalah yang berasa takut dan tertekan dengan akta ISA.Saya tidak langsung melihat dalam senarai adanya orang yang menjadi agen insuran, pengusaha kedai fotostat, 'petition writer', ahli pertubuhan badan kesenian, pemandu teksi atau mana-mana rakyat yang mematuhi undang-undang disumbat kedalam tahanan ISA kerana kegiatan harian atau profesion mereka. Kerana rakyat seperti saya bukannya seperti yang dikatakan oleh menteri dalam negeri, iaitu "Pendirian kerajaan ialah jika seseorang itu tidak menjadi ancaman, telah dipulihkan dan boleh dikembalikan kepada masyarakat maka mereka akan dibebaskan."
Dan saya sebagai rakyat yang sentiasa taat kepada Negara Malaysia ini bersetuju bahawa ISA masih lagi releven bertepatan dengan apa yang telah dihuraikan oleh MDN kepada Utusan Malaysia.
Isa tetap relevan
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekali lagi menjadi topik perbualan di kalangan rakyat negara ini apabila beberapa individu ditahan di bawah akta tersebut tidak lama dahulu.Berikutan itu pelbagai tohmahan dan dakwaan dibuat terhadap akta ini dengan sebahagiannya mendesak kerajaan menghapuskan ISA yang pada sudut sejarahnya digubal untuk mengatasi kegiatan subversif dan komunis.
Bagaimanapun berdasarkan kepada kenyataan dan kempen yang dibuat, jelas, kumpulan itu hanya menonjolkan satu sifat ISA iaitu membenarkan penahanan tanpa bicara sedangkan banyak sisi lain akta tersebut yang diakui telah menyumbang kepada keamanan dan kesejahteraan Malaysia.
Mingguan Malaysia mendapatkan penjelasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang dengan panjang lebar menceritakan bagaimana akta ini berperanan di sebuah negara yang cukup sensitif seperti Malaysia.
Beliau yang diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia, ROZAMAN ISMAIL dan HERMAN HAMID turut menyentuh soal sikap sesetengah rakyat yang seperti mempunyai dwi standard terhadap akta ini iaitu tidak membantah jika digunakan kepada pertubuhan Melayu-Islam dan akan berkata tidak, bila dikenakan ke atas kumpulan atau penyokong mereka.
Dalam wawancara selama sejam itu, beliau berkata, asas tindakan di bawah ISA dipastikan berpaksi kepada keadilan dan akta ini tetap relevan untuk membenarkan polis bertindak sebelum kehancuran berlaku.
‘‘Membina keharmonian dan toleransi mengambil masa yang panjang tetapi hendak meruntuhkan hanya sesaat sahaja diperlukan,’’ kata beliau dalam wawancara yang diadakan di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman.
MINGGUAN: ISA kembali menjadi polemik tetapi sebahagian besar rakyat hanya melihat ISA itu dari satu sudut sahaja. Apa pandangan Datuk Seri?
SYED HAMID: Ada dua bahagian dalam ISA iaitu pencegahan dan proses pertuduhan di mahkamah.
Apa yang sering menimbulkan kekeliruan ialah apabila disebut sahaja ISA, banyak orang beranggapan tangkapan dibuat di bawah seksyen pencegahan. Sebenarnya, pencegahan ini pun ada dua bahagian, iaitu di bawah kuasa polis untuk memulakan siasatan jika mereka menganggap ada sesuatu yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam. Ia dilakukan di bawah Seksyen 73 yang membenarkan penahanan tidak lebih dari 60 hari. Itu kuasa mutlak polis tanpa memerlukan kebenaran Menteri Dalam Negeri. Menteri hanya terlibat jika mereka hendak membuat tahanan di bawah Seksyen 8 iaitu tahanan selama dua tahun.
ISA bermula ketika kita hendak menangani ancaman keselamatan bersifat subversif seperti komunis. Pada tahun 1989 apabila kita tidak lagi berhadapan dengan ancaman tersebut, akta berkenaan masih wujud dengan matlamat mencegah kekacauan yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman. Ia mempunyai beberapa perkara yang berbeza dari akta-akta lain.
Jika ada kecurigaan, ada ancaman yang boleh menjejaskan ketenteraman awam, maka kita ambil tindakan awal dari berlaku. Jadi kita kaitkan dengan persepsi ada atau tidak ancaman keselamatan dan ketenteraman awam, kalau dibuat di bawah Seksyen 8, ia adalah tahanan selama dua tahun oleh menteri berdasarkan kepada persekitaran suasana ketika itu.
Ancaman ini terbahagi kepada tiga iaitu keselamatan, ekonomi dan perkhidmatan penting. Kalau ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman awam kita bersandarkan kepada laporan yang kita yakin kemungkinan perkara itu berlaku termasuk di atas kecurigaan yang membolehkan kita mengambil tindakan.
Ini telah diputuskan oleh mahkamah dalam banyak kes bahawa apabila menteri berpuas hati ada ancaman, maka menteri boleh membuat tindakan untuk menahan seseorang sehingga dua tahun. Akta ini bukan akta yang popular kerana ia tidak melalui proses undang-undang biasa. Ia juga bukan untuk menghukum tetapi ia adalah akta pemulihan seseorang. Sebab itulah seseorang tahanan ISA tidak dikategorikan dalam rekod kesalahan jenayah. Selain itu bekas tahanan ISA tidak perlu menunggu sehingga lima tahun untuk bertanding (pilihan raya) malah ketika dalam tahanan juga, tahanan masih dibenarkan bertanding.
Jadi orang ramai perlu diberi pemahaman bahawa ISA adalah untuk pencegahan?
SYED HAMID: Untuk membina keharmonian, toleransi bagi membolehkan keselamatan dan ketenteraman hadir dalam masyarakat, banyak tindakan awalan perlu diambil walaupun mungkin tidak kelihatan pada mata kasar. Ia berdasarkan maklumat risik dan maklumat terperinci berkenaan apa yang berlaku sebelum dan selepas seseorang itu ditangkap.
Ia tidak melalui proses mahkamah tetapi tidak bermakna yang kita menyekat seseorang daripada mengambil tindakan mahkamah. Walaupun undang-undang itu sedemikian, tetapi banyak mereka yang ditahan di bawah akta ini mencabar keputusan yang dibuat oleh menteri atau polis. Ia merupakan tindakan memfailkan habeas corpus supaya orang yang ditahan itu dibebaskan. Tetapi keputusan mahkamah menunjukkan bahawa keputusan menteri dalam menentukan apakah bentuk ancaman keselamatan dan ketenteraman awam tidak boleh dicabar. Selalunya kejayaan memperoleh habeas corpus adalah atas asas kaedah atau kesilapan teknikal. Banyak kes yang berjaya adalah macam tu.
Dalam kes permohonan habeas corpus Raja Petra Kamaruddin yang dibenarkan mahkamah, apa pula kesilapan teknikalnya?
SYED HAMID: Dalam kes ini mahkamah membuat keputusan berlainan dari apa yang diputuskan mahkamah lain sebelum ini termasuk oleh Mahkamah Persekutuan. Dalam kes Raja Petra, mahkamah mengambil kira keputusan yang dibuat menteri itu menurut Perlembagaan atau tidak. Kemudian mahkamah dalam kes ini membuat keputusan yang kita anggap ada kesilapan dari segi undang-undang dan kes duluan (precedent), sebab itu kita buat rayuan. Tujuan bukan untuk terus tahan dia tetapi kerana banyak persoalan undang-undang yang tercabar dengan keputusan berkenaan.
Justeru kita mahu penentuan dari mahkamah sama ada keputusan hakim itu betul atau tidak dengan membuat ujian subjektif bukan ujian objektif. Ia kerana dalam melaksanakan ISA tak boleh nak kata 'bila tidak ada orang buat demonstrasi, maka tidak ada ancaman'. Ini bermakna mahkamah mempersoalkan budi bicara menteri. Banyak maklumat yang kita ada tidak boleh didedahkan. Sebab itu selalunya dalam kes undang-undang dahulu, mahkamah tidak pernah persoalkan. Kita menghormati keputusan itu yang hakim gunakan hujah-hujah yang padanya boleh diterima.
Namun keputusan Mahkamah Tinggi bukan mengikat mahkamah lain. Ia boleh menjadi contoh kepada keputusan lain tetapi ia tetap mempunyai kesan yang amat jauh dan mendalam. Sebab itu kita nak rujuk kembali supaya mahkamah boleh membuat keputusan di atas asas bahawa tidak ada perubahan di dalam penafsiran kuasa melaksanakan budi bicara oleh Menteri Dalam Negeri.
Ertinya kuasa eksekutif dalam melaksanakan ISA tidak boleh dipertikaikan oleh mahkamah?
SYED HAMID: Tidak boleh, kerana peruntukan akta ini termaktub di bawah Perlembagaan yang membenarkan salah satu pengecualian di dalam Perlembagaan berkenaan soal kebebasan. Bila kita laksanakan ISA, perkara itu adalah diberikan kuasa dalam perlembagaan sendiri di bawah Artikel 149 yang memberi kuasa kepada kita untuk gubal undang-undang pencegahan yang membenarkan kita menangkap seseorang tanpa bicara dan menyekat kebebasan mereka. Itu diberikan undang-undang, bukan sesuatu yang wujud dengan sendirinya.
Bagaimanakah keadilan itu ditentukan apabila ISA digunakan?
SYED HAMID: Bila kita bercakap keadilan sebagai konsep, kita tidak menzalimi dan menganiayai sesiapa. Kita mahu melindungi orang awam dan kepentingan keselamatan dan ketenteraman awam. Kita tidak boleh membenarkan kumpulan kecil merosakkan keharmonian, ketenteraman awam, ekonomi negara atau perkhidmatan penting.
Apakah perlu untuk kita menunggu sehingga ia berlaku? Macam kita nampak orang pergi memotong kabel tetapi tidak ada saksi, macam mana kita mahu tuduh dia? Tetapi dia telah menjejaskan ketenteraman awam. Keadilan yang dimaksudkan ialah tidak ada penganiayaan, bukan kerana kita benci seseorang atau kerana sikap atau kaum atau agamanya, tetapi konteks yang diambil kira adalah berdasarkan ketenteraman dan keselamatan awam. Polis mempunyai banyak maklumat yang orang ramai tidak tahu, itulah keupayaan polis selama ini sehingga kita berasa selamat untuk bergerak.
Macam mana kerajaan hendak mematahkan hujah yang mengatakan ISA tidak lagi relevan kerana ia digubal untuk tujuan subversif dan komunis?
SYED HAMID: Sebenarnya kita tidak perlu untuk berikan asas jika kita yakin dan percaya bahawa ada tindakan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan. Kita mesti berpuas hati, fungsi menteri mesti berpuas hati berhubung ketenteraman awam. Kalau kita mempersoalkan kuasa menteri, macam mana nak kata puas hati, itu dah jadi undang-undang biasa, bukan lagi mencegah. You hit at the core, tidak betul untuk berkata ISA hanya untuk subversif dan komunis. Sejarahnya ya, tetapi dalam konteks sekarang ia sudah ada tiga 'limb' baru. Sayap-sayap ini kata apabila ada apa-apa yang boleh menjejaskan keselamatan, ekonomi dan perkhidmatan penting, kita boleh gunakan. Tiga faktor ini, bukan hanya subversif elemen, yang subversif elemen yang ditafsirkan itu pun digunakan preamble (mukadimah) akta ini. Preamble itu adalah yang mengaitkan akta ini dengan sejarah. Sebab itulah ada akta ini pada masa dulu.
Kita dalam dunia yang ancamannya sentiasa berubah. Kalau dulu orang tidak kenal pengganas, pengganas urban. Orang tidak tahu bahawa rusuhan boleh menyebabkan ini. Selepas peristiwa 11 September, semua keadaan berubah. Amerika Syarikat (AS) tidak ada akta sedemikian tetapi sekarang telah ada Patriot Act yang serupa, begitu juga dengan Britain dengan Terrorist Act. Justeru kita tidak boleh melihat bahawa sesuatu undang-undang itu akan diaplikasikan berasaskan iklim dan tuntutan lama.
Sebab itu apa yang kita buat ini ialah berasaskan iklim dan tuntutan masa kini. Negara kita ini adalah negara yang paling sensitif. Hubungan kaum tidak ramah. Saya bertanya dengan polis, macam mana dengan ISA ini? Banyak ke orang yang menentang? Sekarang orang bercakap vigil yang kita tidak tahu. Dulu ada ke vigil? Ada lilinnya? Dulu mana ada semua ini. Orang tiru semua dari luar negara bawa lilin berdemonstrasi hendak hapuskan akta ini.
Saya tanya kebanyakan orang, mereka berasa selamat kerana ada akta pencegahan ini. Kita tidak tunggu bangunan untuk runtuh. Kita tentukan bangunan itu tidak akan runtuh. Sebab itu, apabila saya tanya kepada polis, mereka memberitahu, majoriti rakyat masih mahukan ISA.
Kumpulan yang tidak mahukan ISA tujuannya supaya mereka boleh membangkitkan segala perkara yang hendak dibangkitkan, boleh dibangkitkan. Supaya tidak ada sesuatu yang boleh menyekat dan membanteras dari sesuatu berlaku. Kebebasan tanpa memahami kefahaman tanggungjawab kita akan menghancurkan negara. Selama ini jangan ambil lewa bahawa negara ini selamat kerana ada keselamatan.
Dalam isu pertubuhan haram Hindraf ada berpandangan kerajaan terlalu lambat untuk bertindak?
SYED HAMID: Saya tidak mahu komen apa yang telah berlalu. Biar lambat daripada tidak mengambil tindakan langsung. Kita lihat apabila kita senyap sekian lama, tidak ambil apa-apa tindakan, orang tengok seolah-olah kita ini teragak-agak, itu bukan sebabnya. Kita tidak mahu berlaku kezaliman, tidak berlaku tidak adil di atas asas kaum, agama atau budaya.
Jadi bila kita tengok tindakan mereka semakin lama semakin membawa kemudaratan, barulah kita ambil tindakan, tetapi bila kita ambil tindakan, ada yang kata patut sudah dikenakan tindakan awal-awal lagi. Persoalannya, apa akan jadi kalau kita terus tidak ambil tindakan? Sudah pasti keadaan akan lebih buruk lagi. Saya tidak fikir tidak ada menteri macam saya kena menghadapi 23 laporan polis kerana kenyataan saya dan tindakan yang diambil demi mempertahankan asas dan fundamental negara.
Apa yang menghairankan, sekarang ini semua perkara dilihat dari sudut agama dan kaum. Kalau soal Melayu dan Islam, orang seolah-olah menganggap tidak penting, begitu juga apabila mereka mencabar soal Melayu dan agama Islam, ia akan dianggap sebagai kebebasan serta hak asasi.
Tetapi kalau soal kaum lain, sikit sahaja kita sentuh, dia marah. Ada orang bercakap berkenaan Barack Obama. Dia lupa yang Obama tidak pernah bercakap tentang negara asalnya tetapi hanya bercakap berkenaan Amerika. Patriotisme dia kepada Amerika, bahasa yang dia cakap satu, loghat dia satu. Perkara ini kita tidak timbulkan. Ini soal siapa jadi Perdana Menteri mula nak dipertikaikan, nak itu, nak ini. Asas-asas kita pun mula dipertikaikan.
Ia bukan formula yang boleh membawa kepada pengintegrasian tetapi perpecahan. Jadi kita perlu mengambil tindakan pantas. Kalau tunggu ada pergaduhan kaum berlaku baru boleh mengambil tindakan mencegah. Itu bukan lagi mencegah, itu untuk membanteras.
Apa pandangan Datuk Seri melihat trend segelintir pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) sendiri secara terbuka sudah sealiran dengan pembangkang dalam isu menghapuskan ISA ini?
SYED HAMID: Saya fikir orang terbawa-bawa dengan pendekatan universal termasuk orang Melayu yang menganggap diri mereka liberal, sedangkan liberal mereka kerana ada undang-undang yang mencegah dari sesuatu itu berlaku. Mereka lupa apa yang mendokong kedudukan mereka. Bila ada di kalangan kita orang Melayu misalnya menjadi apologetik. Keindukkan kita pun menjadi apologetik. Kenapa masih takut soal sejarah? Apa asal-usul kita? Kita bukannya hendak mengambil hak orang lain.
Adakah trend sebegini sihat kerana Melayu liberal ini dilihat sama-sama lantang dengan puak-puak penentang ISA termasuk parti pembangkang?
SYED HAMID: Pandangan saya, liberalisme mengikuti nilai sejagat ini mesti kita tafsir dalam konteks sejarah kita. Apakah kita mahu jadi seperti mana Amerika Syarikat (AS). Di mana tempatnya pribumi di AS, Australia? Kalau kita nak jadi macam itu, okey lah. Yang kita hendak sekarang bukan mahu mempersoalkan kerakyatan dan kenegaraan kaum lain tetapi menerima hakikat sejarah dalam konteks kerjasama kita, dalam konteks perkongsian negara.
Kalau kita dah bagi duduk sama-sama, berjuang sama-sama selepas itu mula hendak mempersoalkan kembali berkenaan apa yang para pelopor kemerdekaan asaskan dan kita lupa kata-kata hikmat yang dikeluarkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Tan Siew Sin, Tun V.T Sambanthan, maka ia akan menjadi sukar.
Kebelakangan ini banyak kempen dalam laman web, blog yang menganjurkan pembebasan tahanan ISA yang telah lama ditahan, mengapa mereka masih belum dibebaskan?
SYED HAMID: Tempoh tahanan ini boleh dilanjutkan apabila pegangan kepada ideologi dan matlamat seseorang yang ditahan itu masih tidak berubah. Kita ada masa untuk duduk dengan mereka tiap-tiap hari. Orang lain tidak tahu. Bila dia masih lagi memikirkan untuk menggunakan rangkaiannya semula dan tujuannya belum berakhir, maka penahanannya akan diteruskan.
Sejauh mana kerajaan mampu memulihkan mereka?
SYED HAMID: Saya tengok kategori yang dapat kita pulihkan ialah dalam membetulkan pendekatan mereka terhadap agama. Misalnya pendekatan, perjuangan dalam mencapai matlamat hendak menubuhkan rangkaian negara Islam di Nusantara. Itu selalunya dapat kita betulkan berikutan keadaan negara kita yang mempunyai masyarakat majmuk. Selain itu kita juga menunjukkan kepada mereka bagaimana kita boleh mendekati orang. Bagaimana kita tidak membangkitkan kecurigaan orang terhadap agama dan macam mana agama Islam melahirkan kedamaian dan keamanan.
Kebanyakan tahanan yang saya jumpa dapat menerima bahawa pendekatan yang membawa porak-peranda dan huru-hara tidak akan membawa kesejahteraan. Golongan yang paling susah hendak dipulihkan ialah apabila pegangan mereka itu berkaitan dengan kepercayaan politik. Kadang kala kita lepas saja tanpa dapat dipulihkan.
Dia tidak mahu berubah sebab dia ada cita-cita dan aspirasi politik. Misalnya ada orang daripada parti pembangkang yang masuk ISA atau kita ambil tindakan ke atas mereka yang mempunyai pegangan ekstrem melampau yang merbahaya yang dianggap mempunyai pendekatan militan. Jadi orang sebegini ada di antara mereka berpegang kepada ideologi politik yang cukup rigid kerana prinsip perjuangan dia adalah politik, dia mahu berkuasa. Maka dia tidak akan berubah. Ramai orang ingat, kita tahan orang bawah ISA supaya dia sokong kerajaan, bukan itu yang kita mahukan. Kita mahu mereka sedar tanggungjawab sebagai rakyat supaya dia tidak membawa pendekatan militan yang boleh menodai dan menjerumuskan negara dalam keadaan tidak terkawal.
Bukan untuk tujuan politik kerajaan
Sejak kebelakangan ini ada parti pembangkang tertentu yang memberi tekanan terhadap orang Melayu dalam pelbagai isu dan ada juga yang melabelkan Utusan Malaysia sebagai rasis dalam melaporkan berita dan artikel. Apa pandangan Datuk Seri?
SYED HAMID: Orang Melayu walaupun senyap tetapi itu tidak bermakna dia tidak marah. Jadi kerajaan tidak akan biarkan begitu sahaja.
Saya nak cakap, surat khabar dan media yang bercakap mengenai isu-isu Melayu dan agama Islam tidak banyak, hanya Utusan Malaysia tetapi Utusan Malaysia diserang dan mereka melihat dari sudut – ‘‘Utusan ni ekstrem’. Sedangkan surat khabar bahasa lain, kaum lain bukan main lagi, cukup banyak.
Polis tidak suka kepada kontroversi. Segala tindakan adalah berasaskan kepada undang-undang dan undang-undang memberikan polis kuasa tertentu. Bila orang tak puas hati ia akan dicabar di mahkamah. Jadi tak boleh kalau dia mengatakan ini tak betul... itu tak betul..., jadi orang pula kata kalau kita buat kenyataan menyokong Utusan, orang kata kita pro Utusan, menganaktirikan orang lain, Utusan kita beri layanan istimewa.
Saya fikir Utusan bertanggungjawab seperti mana akhbar-akhbar lain untuk mengenengahkan suara rakyat. Jangan pula apabila orang lain bersuara, kita kata itu suara rakyat, tetapi kalau suara orang Melayu kita kata itu bukan suara rakyat, semua tindakan yang diambil orang Melayu dianggap melampau, menyinggung perasaan, rasis sedangkan tindakan yang orang lain buat walau berbentuk perkauman, tidak.
Saya ada rekod melibatkan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) bercakap di Parlimen, dia kata biarlah orang yang bekerja di bahagian rekod perkahwinan mestilah orang bukan Melayu. Sebenarnya memang bukan orang Melayu pun, sebab ia melibatkan pasangan bukan Islam.
Kita tidak pernah letak orang Melayu untuk jadi pegawai di situ. Orang India, Cina dan kaum lain jadi pegawai di situ. Tapi dia sengaja bangkitkan kerana macam ada minat ke arah untuk melahirkan sentimen kaum. Mereka seperti ini main sentimen kaum dan berlindung atas kebebasan, undang-undang dan hak asasi yang menjadi permainan mereka.
Ada dakwaan kerajaan menggunakan ISA untuk tujuan dan kepentingan politik?
SYED HAMID: Kita tidak pernah mengambil tindakan untuk politik tetapi kita faham bahawa orang politik tidak pernah terkecuali daripada tindakan jika dia boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.
Bila orang UMNO dulu kena tahan ISA, mereka tak pernah bising, tetapi ada pemimpin komponen BN kata bila orang Melayu bercakap sesuatu yang tak disenangi, dia suruh kenakan ISA sedangkan dalam masa yang sama, dia suruh ISA dihapuskan. Saya tengok kadang-kadang bila nak gunakan ISA kita macam ada dwi standard, tidak boleh begitu kerana kita rakyat Malaysia, semua rakyat ada hak yang sama.
Dalam suasana politik dan dari apa yang digambarkan ini menunjukkan Malaysia belum bersedia menghapuskan ISA?
SYED HAMID: Ada negara yang bercakap dengan saya menganggap kita untung kerana ada akta ini yang dapat mengelak huru hara di dalam negara. Kita boleh bertindak cepat. Negara yang tidak ada ISA pun wujudkan Patriot Act. Kita tidak ada insiden seperti pengeboman Bali. Dulu tengok kekuatan al-Arqam, kehadiran di kalangan umat Islam, orang Melayu 100 peratus tetapi kita ambil tindakan kerana bimbang kesan pelampau. Semua kita ambil tindakan.
Tidak ada sesiapa patut fikir berkenaan ISA. Pada saya, orang yang betul-betul tidak mempunyai pandangan dan motif yang lain tidak patut berfikir berkenaan ISA. Dia patut fikir seolah- olah ISA tak wujud, justeru orang yang sentiasa fikir ISA ini kerana dia hendak melakukan sesuatu tanpa disekat. Mereka berpendapat tanpa ISA, mereka boleh buat apa yang mereka suka, ini perspektif saya.
Kalau kita tidak melakukan sesuatu yang boleh membawa kemudaratan, buat apa kita nak khuatir? Perjuangan ini satu kelompok. Soal nak semak dan pinda, kerajaan tidak pernah tutup tetapi kita kena ambil realiti.
Di Barat selepas kejadian 11 September, insiden kezaliman dan penganiayaan terhadap orang Islam dan harta orang Islam di negara Barat makin bertambah mengikut laporan.
Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah (EU) menunjukkan ada kes orang bakar keluarga Islam dalam rumah mereka, pecahkan itu dan ini, macam-macam. Bila ada sesuatu perkara berlaku cepat menyalahkan orang Islam. Negara kita terselamat daripada itu semua sebab kita ambil tindakan pencegahan.
Kita tidak pernah bergaduh dengan kaum India atau orang Hindu, kita tidak ada sejarah itu tetapi di negara lain ada. Kita tidak ada sejarah pertentangan kaum berasaskan kaum dan budaya. Buku menceritakan peristiwa 13 Mei pun selepasnya menceritakan semua salah kita. Dia tidak tengok kepada tindakan dia, keangkuhan dia macam mana dia memperkecilkan kita, memainkan semangat kaum.
Ada kesimpulan mengenai ISA?
SYED HAMID: Kita tidak akan menggunakan ISA dengan sewenang-wenangnya. Kita tidak akan gunakan ISA untuk kepentingan politik parti pemerintah. Kita tidak akan gunakan ISA untuk menentukan kedudukan politik kita (parti pemerintah) selamat. Kita akan gunakan ISA dengan tegas, berhemah dan adil serta saksama bagi menjamin kesejahteraan rakyat untuk menentukan kita dapat memelihara keamanan, keselamatan dan ketenteraman awam. Itu menjadi prinsip dan asas. Jadi rakyat tidak perlu khuatir, mereka tahu di belakang terhadap segala perkara yang berlaku di Malaysia ada undang-undang yang akan melindungi mereka.
Aku dengan ini ingin menyarankan agar kerajaan dengan segera menginstitusikan satu badan yang bertanggungjawab mentafsirkan Perlembagaan Negara agar jangan ada lagi individu yang cetek serta buta tentang perlembagaan Negara memutar belitkan kandungan dalam Perlembagaan Negara sehingga menimbulkan keresahan kepada majoriti rakyat Malaysia.
Acap kali kita dengar di Persidangan Dewan oleh ahli Parlimen dari pihak pembangkang yang menafsirkan satu-satu perkara dalam kandungan perlembagaan mengikut 'sedap tekak' mereka sahaja. Dan akhirnya akibat disahut dan sanggukkan oleh pembangkang lain, maka yang putih telah dihitamkan dan yang hitam pula menjadi putih.
Dan setelah adanya institusi ini, individu tidak lagi dibenarkan mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai perlembagaan kecuali setelah merujuk dengan institusi ini. Dan jika dengan sengaja mereka ini mengeluarkan tafsiran sendiri yang berbau negatif, maka sumbatkan saja mereka ini kedalam tahanan dibawah ISA!
32:11. Katakanlah, "Malaikat maut yang diamanahkan untuk kamu akan mematikan kamu, kemudian kepada Pemelihara kamu, kamu dikembalikan."
3:185. Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, dan sungguh, kamu akan dibayar sepenuhnya upah kamu pada Hari Kiamat; sesiapa yang disingkirkan daripada Api dan dimasukkan ke
Salam kepada semua.
Aku yang turut sedih ingin terlebih dahulu mengucapkan takziah kepada Kanda Aziz Din, AJK UBJ dan Izham Din, N/Ketua PUCGC yang juga salah seorang G2 diatas kematian mengejut ayahnda mereka yang aku anggap juga ayahnda aku kerana mengenali beliau semenjak aku masih 'kanyiaq' lagi.
Din bin Abd Rahman adalah seangkatan dengan nenda aku semasa zaman perjuangan kemerdekaan dahulu. Dalam umur 80an, tiada tanda bahawa beliau ada menderita penyakit yang berat. Setiap pagi rutin beliau setrelah bersara dari profession sebagai 'petition writer' adalah mencapai 'ge-khek' untuk kepekan atau kemana sahaja didalam kawasan GC. Malah rutin kemasjidpun adalah seperti biasa sehinggalah saat kematian beliau tiba.
Seorang yang mudah digauli dan amat sederhana dalam menjalani kehidupan. Diantara pejuang UMNO yang tulin, tanpa mengharap kekayaan dunia, semuga kesenangan yang abadi Allah kurniakan kepada beliau diNegara Akhirat kelak, Allahu'Alaam.
Akhirnya aruah selamat disemadikan.
Kemudian aku bergegas keHSAH Sg Petani. Sekujur tubuh dengan diselirati tiub pernafasan dan cecair begitu payah menarik nafas dalam keadaan koma......kawan rapat kepada istriku sedang berhadapan takdir yang Allah sahaja penentunya. Kemalangan semasa keluar ketempat kerja amatlah menyedihkan. Tulang belakangnya hancur, tulang tengkoknya berselisih dan kedua-dua tulang bahunya patah....Allah.....itu sahaja kalam yang keluar dari mulut aku. Suaminya sugul dan membisu....tiada kata dari mulut hanya anak mata menceritakan kegundahan dikalbu. Ibunya yang tidak pernah pulang kerumah semenjak hari mula beliau dimasukkan keHSAH dapat aku rasakan telah hilang harapan. Kesihan kepada anaknya yang seramai empat orang yang kebingungan mengelilingi ibunya yang bertarung dengan kecederaan dalaman yang parah...... Semuga keluarganya maklum akan tindakan susulan yang sewajarnya mereka lakukan, InsyaAllah.
Turun kearas setingkat kebawah, seorang lagi kawan kepada isteriku terlantar dalam keadaan manyau akibat bius, baru menjalani pembedahan memotong usus yang dijangkiti kuman kerana kesan dari kecederaan saraf yang melarat dari kaki hingga ke perut semasa terjatuh dari foklift dua tahun dahulu, ketika bekerja. Walaupun mulutnya cuba bercakap dengan senyuman tawar yang cuba melindungi kedukaan, namun pancaran kesugulan dari riak wajah tidak dapat disembunyikan.....beraya didalam wad adalah saat yang memilukan bagi sesiapa sahaja yang sakit.
Secara tidak sengaja aku terlihat seorang kawan sepermainan aku yang tinggal diMerbuk yangbaru sahaj selesi menjalani pembedahan membuang usus yang dihinggapi barah dan sedang dalam proses kimo.....bakal botaklah kepala yang sedia kurang rambutnya...itulah jenaka yang langsung tidak mengundang tawa dari kau, tetapi hiba yang menyelinap keperasaan aku.
Pada mereka-mereka yang Allah masih berikan peluang meneruskan hidup walaupun dalam keadaan kurang sempurna, aku mohon kepada Allah(juga kepada diri aku, ibu aku dan keluarga aku yanh masih hidup) agar terus-terusan menempatkan kami sebagai orang yang percaya kepadaNya sehingga mautNya menjemput kami.
7:125 Sesungguhnya kepada Pemelihara kami, kami balik
7:126. Dan kamu mendendami kami hanya kerana kami percaya kepada ayat-ayat Pemelihara kami apabila mereka datang kepada kami. Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran dan matikanlah kami dalam kemusliman.
*Terimakasih kepada YB DUN Guar, Dato' Dr Ku Abul Rahman Ku Ismail kerana sudi menziarahi keluarga aruah, juga kepada seluruh warga Guar Chempedak tidak kira siapa yang juga sudi menziarahi jenazah beliau. Begitu juga terimakasih kepada X ADUN Dato' Razak yang lebih awal menziarahinya...
**Walaupun KB,TKB dan NKB tidak sempat menziarahi jenazah Pak Su kerana tidak sempat balik, aku difahamkan dan dimaklumkan bahawa mereka ada menghubungi Kanda Aziz Din dan Izham Din bagi menyampaikan rasa sedih dan mereka terhadapa peristiwa kembalinya Pak Su Din kepada Pencipta kita.
Aku sebenarnya dah lama hendak membicarakan perkara ini dari sudut pandangan peribadi aku. Bertambah meluap-luap sejak keceluparan mulut kawan se'timbangan' dan memang lama dah perasaan aku meruap terhadap pembangkang yang kiasu lagi chauvinist.
Bila DJZ pula mengugut hendak berdemo hingga keparlimen, bertambah meruap lagi perasaan aku ni. Soalan aku yang pertama, jika benar Rakyat Majoriti negara ini bersikap perkauman, maka sebenarnya seluruh Negara didunia ini termasuklah bangsa mereka sendiri diSingapura juga mengamalkan perkauman. Amerika, Indonesia, Thailand, New Zealand, Kanada, bla, bla, bla...... juga mengamalkan perkauman, kerana negara dimana majoriti rakyatnya bukan dari kalangan mereka tidak pernah ada sekolah yang didirikan oleh kerajaan mana-mana negara berasaskan kaum imigran.
Siapakah majoriti rakyat diMalaysia? Mengapa mereka yang menentang dengan pelbagai alasan tahap sampah ini begitu 'buta' hati mereka? Merekalah yang sombong kerana sentiasa berusaha menjarakkan diri dari proses asimilasi dalam negara yang berdaulat lagi merdeka ini. Merekalah yang membuli majoriti rakyat malaysia, bukan majoriti yang membuli. Kerana apa? Kerana mereka menguasai dengan tamak ekonomi negara ini dan sekarang ini mereka tamakkan pula kuasa politik negara ini. Dalam isu sistem pendidikan, negara manakah yang mereka hendak berkiblatkan? 'Kotak' manakah yang mereka hendak nisbahkan untuk mereka keluar? 'Think out of the box', dengan izin...konon!(ala hujah dalam dewan parlimen)
Saranan yang baik dari DMM berpandukan perlembagaan dan apa yang telah ada dalam akta pendidikan telah mereka selewengkan tafsirannya sehingga apa yang putih dinampakkan hitam, manakala yang hitam pekat dari kalbu mereka yang kotor itu pula hendak diangkat sebagai putih!
Kerana itulah seboleh-bolehnya mereka mahu seluruh dunia percaya dengan kisah sejarah ciptaan mereka, bukan sejarah sebenar yang telah berlaku yang tidak akan dengan mudah dipadamkan begitu sahaja.
Aku dengan ini ingin mendesak Kerajaan dengan sokongan Raja-Raja agar dengan segera memulakan sekolah berbentuk intigerasi seperti sekolah wawasan diwartakan sebagai satu akta dan sesiapa yang menentang dianggap menderhaka kepada Negara dan ISAlah untuk mengajar mereka apa itu asimilasi.
Bahasa Kebangsaan(baca bahasa Melayu) masih lagi berterabur, bahasa ibunda yang mereka junjung(sepatutnya mereka kelek) prejudis terhadap rakyat majoriti masih menebal dan memandang rendah terhadap rakyat majoriti masih tidak daapt dikikis, maka amat wajarlah disegerakan proses intigerasi diperingkat 'rebong' lagi.
Jika ini dengan segera dapat dilaksanakan aku percaya LKS dan kabilahnya kena cari makan dengan cara yang lain, kerana selama ini kerjaya politik mereka bernyawa dan menghasilkan sumber yang lumayan melalui isu perkauman yang telah diputarbelitkan serakus-rakusnya oleh gerombolan mereka!
Biaq pi lah kat depa kalau depa nak keluaq. keluaq pi main jauh-jauh. Bagi sekepiang kat depa untuk beli eskrem, pada dok biaq depa mencanai sikap ekstrem!!!
Keluar BN...terserah kepada PPP kata Pak Lah
Isu-isu sensitif yang dibangkitkan beberapa pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) turut jadi tumpuan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang bersidang lebih tiga jam petang Selasa. Jangan lupa ajak Gerakan sekali, depapun dok ugut nak keluaq, pilah keluaq. Nak tengok macma mana depa nak menrai pula lepaih ni....
Ini termasuk ancaman Parti Progresif Rakyat (PPP) untuk keluar BN sekiranya kerajaan tidak meminda atau memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
“Terpulang kepada mereka (PPP)…jika itu keputusan mereka, apa kita boleh buat,” kata Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sambil menegaskan kerajaan tidak akan meminda akta berkenaan.
Sebelum ini Presiden PPP, Datuk M.Kayveas dilaporkan berkata, parti pimpinannya menimbangkan untuk keluar BN sekiranya kerajaan tidak meminda atau menghapuskan ISA menjelang pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun, beliau tidak hadir mesyuarat berkenaan dan hanya menghantar wakil.
Selain itu, isu sensitif lain termasuk soal ketuanan Melayu yang pernah dibangkitkan pemimpin MCA dan Gerakan turut dibincangkan.
Menurut Abdullah, sebagai parti besar, BN mengamalkan siakp terbuka dan membincangkan apa juga isu dibangkitkan.
“Sebagai kerajaan yang berkongsi kuasa, kita ada tanggungjawab bersama,” katanya tanpa mengulas lanjut isu-isu sensitif lain yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan. - 9/12/2008
Jalanraya terpaksa dikawal oleh petugas pihak berkuasa dan sukarela. Lalulintas terpaksa dikawal bagi membenarkan perarakan agama berjalan lancar. Aku lihat tiada muka yang kerisauan mengiringi kenderaan berhiaskan lampu berkenaan. Yang ada hanya wajah-wajah ceria tanpa ketakutan seperti muka orang tertindas. SiCina yang menyewakan generator juga tersenyum sambil membawa lorinya, Melayu juga ramai yang berdiri sambil mendukung anak ditepi jalan untuk melihat kegemerlapan lampu yang membawa dewa etnik hindu Malaysia. Inilah petunjuk sebenar berbeza apa yang didegarkan didalam parlimen oleh si chauvinist lagi kiasu Mursyidul am dap.
Jadi jika benar rakyat Malaysia ditindas seperti yang didakwa oleh JERIT, perarakan oleh mereka yang menganut agama hindu tadi merupakan penafian jelas terhadap apa yang mereka dakwa. Jika menurut mereka yang suka melompat kepada keputusan(jump to the conclusion) maka apa yang kononnya diperjuangkan oleh JERIT nampaknya seolah-olah tiada pihak lain yang lebih dahulu berjuang...... Atau ada udang disebalik batu?
Ini yang aku petik dari malaysiakini:
| 32 'pengayuh perubahan' ditahan polis |
| Dec 9, 08 2:06pm |
| kemaskini 3:32pm Sepuluh lagi peserta kumpulan kempen "Rakyat Pengayuh Perubahan" ditahan polis hari ini di Perak dan Johor selepas 22 mengalami nasib yang sama sejak Jumaat lalu. Enam daripada yang ditahan dibawa ke balai polis Kuala Kangsar - termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar - sementara dua dibawa ke Taiping. Program kreatif bagi menuntut perubahan politik dari utara dan selatan Semenanjung itu anjuran Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan dilancarkan di Alor Star, Rabu lepas. Seorang ditahan dalam perjalanan dari bandar itu, 16 lagi ditahan sewaktu ingin bertolak dari Johor Bahru sehari selepasnya dan lima lagi di Kluang ditahan kelmarin. Program berbasikal itu dijangka berakhir di Parlimen pada pagi 21 Disember ini dengan acara menyerahkan memorandum kepada kerajaan. Tuntutan kumpulan pengayuh basikal ini, antaranya, perumahan selesa untuk rakyat, mengawal harga barangan, penggubalan akta gaji minimum RM1,500 dan menghentikan penswastaan air, hospital dan pendidikan. Malaysiakini difahamkan sekumpulan besar pengayuh ini, termasuk 44 orang di dalam sebuah bas, ditahan di Kuala Kangsar tetapi telah dibebaskan selepas polis mengambil butiran peribadi mereka.Menurut siaran media Jerit, seorang penyelaras wanitanya mengalami gangguan seks sewaktu ditahan, manakala kamera seorang aktivis turut dirampas. Sementara itu, di Segamat, beberapa kenderaan kumpulan pengayuh ini seperti lori, van dan pacuan empat roda ditahan polis. Dua pemandu kenderaan itu ditahan polis. Semalam, lapan basikal kumpulan ini dibakar sewaktu mereka sedang tidur di Yayasan Aman, Penanti dalam kawasan parlimen Permatang Pauh. |
Apalah yang difikirkan oleh pelancung apabila melihat gelagat mereka ini?
Mengenai Aku
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
BERANI BERUBAH!!!
DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO
PAPA DOLL





Malaysiakini difahamkan sekumpulan besar pengayuh ini, termasuk 44 orang di dalam sebuah bas, ditahan di Kuala Kangsar tetapi telah dibebaskan selepas polis mengambil butiran peribadi mereka.


