Asrama Darul Aman 2
Aku dapat panggilan talipon dari seorang waris yang anaknya juga belajar di Mesir yang menyatakan rasa kesalnya setelah anaknya mengadu mengenai sikap warden asrama yang sepatutnya menjadi tempat mengadu hal dan peniup semangat ketika kesusahan. Negeri Kedah mempunyai asramanya sendiri untuk pelajar-pelajar dari negeri ini semenjak Kerajaan Barisan Nasional memerintah Kedah dahulu lagi. Pasrael hanya 'sapu kaki' sahaja ketika ini.
Asrama Darul Aman 3.
"Dalam ucapan perasmian tu Ustaz Azizan kata dia macam orang isi ayaq dalam botoi la,
orang lain isi ayaq bagi penuh botoi, dia mai katup botoi tu,
pasai rumah ni beli zaman BN perintah Kedah dulu,
Tok Det yang beli, Ustaz Azizan yang buleh nama."
Beliau memaklumkan yang anaknya mengadu bahawa ketika saat-saat genting, warden asrama Darul Aman, langsung tidak kelihatan di sekitar asrama. Pejabatnya juga tiada orang, malah rumah yang menempatkan warden berkenaan juga di katakan kosong. Sudahlah mereka hanya menumpang nama hasil dari usaha kerajaan terdahulu, kerjanya pula CULAS atau 'KAKI TUANG' ikut slanga orang Kedah. Malah ketika beliau menalipon aku, di beritakan serama 133 orang anak-anak pelajar dari Kedah tidak dapat di kesan. ini tentunya berita yang membimbangkan. Akhrinya hari ini aku dapati berita berkenaan 133 orang pelajar dari kedah yang tidak dapat di kesan itu adalah benar. Maka itulah akut tergerak untuk menyiarkan cerita ini hasil dari perbualan aku semalam.
#####################################################################################
Berita dari Utusan Malaysia:
Menurut Mohamed Taulan, pihaknya turut mendapat laporan tentang 17 pelajar yang ingin terus menetap di Kaherah dengan kebenaran keluarga masing-masing sementara 133 orang lagi tidak diketahui statusnya.
Baca seterusnya di
SINI.
Sehingga saat ini aku masih tidak mendapat berita terkini ke mana sebenarnya pergi warden berkanaan. Jika benar beliau 'tuang' ketika keadaan kritikal, tindakan ini amatlah memalukan dan aku anggap ianya tindakan pengecut.
tu pi saja nak makan angin la tu! orang pi kheja jaga students, depa pun nak pi tapi pi jaga tengok2 saja la. time kelam kabut lagu ni berani nak tunggu? dia dah siap selamatkan pungkoq dia saja la tu! yg lain2, lantak pi ka depa!!!!
adaka lagu tu?