SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA


Aku saja dok perhati kat mangkuk sekoq ni...saja aku dok sengap selepas beberapa lama dia buat kenyataan 'populis' utk 'test market' kononnya berfikir secara serius nak tarik diri pada pemilihan akan datang, walaupun langkah terbaik beliau adalah MELETAKKAN JAWATAN DENGAN KADAR YANG SEGERA demi untuk memulihkan tenaga PEMUDA UMNO yang terkulai dipangkal walau di urut dan di pupuk dengan bersungguh-sungguh. Kalau ada responpun setakat mengkai saja...tak berapa nak keraih betoi!

Tup-tup lepas buat kenyataan tu nampaknya semakin kerap dan galak pulak dia membuat kenyataan akhbar bagi mencuri tumpuan dan tindakbalas pembaca.  Memang dah terdetik dalam diri aku tatkala dia mengumumkan tempohari yang dia serius kononnya.  Serius kebende?

Dan kenyataannya dlm akhbar dengan cukup kerap sebenarnya bukanlah meyerlahkan kecerdikannya, tetapi yang sebaliknya pulak yang terdedah...Fahamlah kot lawannya cerdik tu apa?

Baca tajuknya sahaja sudah membuat apa yang aku telan tadi terasa hendak tersembur keluar!  Apa tajuknya?  Tajuknya ialah:


Pemuda Jangan Hanya 'Masuk Frame' Untuk Curi Perhatian

Nak baca tang mana?  Haaa...boleh baca tang ni.

Aku tak tau apa kesimpulan hangpa bila baca 'ketiongan' desperado ini.  Tapi aku punya kesimpulan ialah Kalau dia nak nasihat orang lain jangan nak masuk frame (enter-frame lah tu...), dia bukan sahaja bertindak 'enter-frame, tetapi siap ghonyeh dan koyak habis kanvas berseni yang melakarkan keamanan, keharmonian, perpaduan rakyat dan keteguhan politik negara gara-gara nak bagi nampak dia sorang sahaja dalam frame tu!

UMPAMA BERUK DAPAT BUNGA!

*Apakah ciri-ciri negatif yang dia kata dlm kenyataan tu mewakili diri dia sendiri?
 

Mufti Diminta Bersikap Berkecuali Dalam Isu Politik......?


ALOR SETAR - Mufti disarankan supaya tidak mencampuri urusan politik dan lebih sesuai bersikap berkecuali dalam isu-isu yang dibangkitkan oleh pemimpin politik.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, penyertaan golongan itu dalam perbincangan politik tidak sesuai dan perlu dielakkan.

“Eloklah masing-masing menjaga skop kerja masing-masing. Biarlah orang politik bertelagah sesama mereka dalam isu-isu semasa, manakala mufti hanya memfokuskan kepada isu-isu agama. Bak kata pepatah, gajah sama gajah bergaduh, jangan pelanduk mati tersepit di tengah-tengah,” katanya pada sidang media, selepas melancarkan kempen Perlembagaanku peringkat negeri Kedah, di Kolej Universiti Insaniah, semalam.


**PASRael kedah amalkan SEKULARISME

************************************************************************************
1.  Komunis tolak agama, Umno asingkan agama - Nik Aziz
KUALA KRAI, 27 Jun (Hrkh) - "Hendak sebut apa lagi kerana Umno benar-benar memisahkan agama dan politik. Umno buat kerja tidak serupa dengan kehendak Nabi Muhammad s.a.w." 

2.  Isu masuk syurga: Transkrip kenyataan Nik Aziz

KUALA LUMPUR 20 Ogos – TV3 malam ini menyiarkan rakaman audio Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika sidang akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos lalu.

Berikut ialah transkrip rakaman audio yang disiarkan oleh Buletin Utama:

‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.

‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’

3.  Banyak lagi...sila gagau(google) sendiri.

**PASRael Kelantan:  ULARISME



Walaupun sudah berlalu 5 hari berlalu kekecohan mesyuarat di SP Inn Sungai Petani semasa Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Petani, tetapi ianya masih hangat di perkatakan sehingga ke hari ini.

Nasi yang di masakkpun pakat-pakat dah tau jadi bubur belaka. kalau niat awal nak buat kanji, tak pa juga, ada juga rasa dan sedap..Ni jenis bubur yang semua tau hanya layak di curah kelongkang! pakat-pakat padan ke muka masing masing...

"Hang padan kat aku"
"Aku padan kat hang"....

Fair and Square???

Dan aku dah janji nak stick you tube pasal kekecohan tu pada Alifadam. Aku akan stick selama sebulan di blog ini sebagai tanda ingatan terhadap apa yang aku sifatkan sebagai tragedi di zaman maya....

Depa habaq UMNO Sungai Petani ni dulu-dulupun cam tu juga..tapi dah zaman tak canggih, maka pakat dengaq cerita hujung-hujung telinga sajalah...

**Aku juga dapat maklumat yang Ahli Parlimen PAS bagi Jerai,YB Firdaus Jaafar turut berlegar di luar Dewan, kerana tugas. Akudi fahamkan dia adalah salah seorang Pengarah bagi syarikat yang mengendalikan SP Inn milik Kerjaan Kedah. Tentu seronok dia dapat tengok perwakilan pakat masak bubur.....


Itulah yang menjadi persoalan setelah tanda-tanda awal di perlihatkan oleh Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah bila dengan secara sengaja menjemput kj, Ketua Setia Kat Wang untuk menjadi perasmi Mesyuarat Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah tempoh hari dengan kemudiannya di ikuti oleh UMNO Bahagian Pendang yang kemudiannya berlaku insiden membakar bendera.  Bersilang selirat jari telunjuk mereka selama dua tiga hari ni.....eleh, kendian tu senyap sepilah....back to normal...

Sebenarnya aku ada terdengar mengenai ketidakpuasan hati ahli-ahli UMNO Kuala Kedah terhadap kepimpinan beliau di sana walaupun aku lihat Dato' Latt sebagai newcomer cuba untuk melakukan tugas sebagai KB dengan seberapa baik yang beliau mampu.  Malangnya pendekatan beliau ketika mendepani tugas sebagai KB rupa-rupanya tidak di senangi oleh sebahagian besar senior-senior politik yang masih lagi aktif di Bahagian kata dari satu sumber yang rapat dengan UMNO Kuala Kedah.

Jika di teliti dari hand out(baca:surat layang) yang ada pada tangan aku, nampaknya sebahagian besar pemimpin yang di beri jawatan oleh Tok Latt nampaknya samaada tidak di senangi atau di dakwa tidakpun menjalankan tugas secara berkesan walaupun elaun bulanan sebagai penyelaras-penyelaras di rembat secara 'regular'.

Dan benarkah dakwaan bahawa 3S menguasai politik Tok Latt?  Ada dakwaan bahawa mereka inilah yang memainkan peranan utama sebagai sang punahsihat kepada Dato' Latt sehinggakan sebahagian besar AJK termasuk TKB dan NKB merasa di abaikan tanpa fungsi dan tidak berpuas hati.  Malah sayap-sayap juga turut di tegur mengenai keberkesanan mereka semenjak berada di bawah ketiak Tok Latt.  Aku pernah di bisikkan di telinga bahawa cara perlantikan Penyelaras Parlimen juga tidak di senangi oleh pelbagai peringkat pemimpin termasuklah Ketua-ketua Cawangan tertentu semasa aku berborak dengan salah seorang ahli pemuda dari KKdh ketika dalam satu program bulan lepas.

Pelbagai ketidakpuasan juga sering di bangkitkan termasuklah mengenai kurangnya projek-projek kecil untuk di agihkan kepada kontraktor kelas F berbanding dengan apa yang kononnya beliau canangkan dahulu.  Ini adalah antara punca kemarahan ahli-ahli dakwa sumber yang aku dapat dari akar umbi UMNO Kuala Kedah.

Mereka sering membandingkan cara Tok Latt mengendalikan UMNO Bahagian dengan mantan-mntan KB yang terdahulu yang kata mereka, mereka cukup-cukup tidak faham dengan pendekatan oleh beliau kerana dakwa mereka banyak aktiviti dan program-program di buat tanpa penglibatan AJK-AJK Bahagian dan hanya memfokuskan program yang berbentuk ad hoc dengan hanya menonjolkan penglibatan KB sahaja.  Benarkah?

Kemuncak dari dakwaan mengenai rasa terkilan, ketidakpuasan hati, rasa terpinggir, tersisih dan persepsi negatif akibat suasana ini maka apakah Kuala Kedah juga akan mendepani peristiwa yang sama dengan Sungai Petani tempohari?

Ada yang mencipta kertas minit umpama Majalah Hiburan
Tapi Bahagian macam kicung dan anjing berkejaran
Ketua da nTimbalan terus bermusuhan

Ada bahagian yang  jilidkan minit umpama Majalah Sukan
Tapi kedaan mereka terus berantakan
Sayap-sayap umpama tercabut dari badan

Ada pula yang edarkan minit yang di bukukan umpama Majalah Bujal
Tapi sesama mereka saling mendajal
Pemimpin di letak di bawah sandal

Ada lagi yang lebih hebat buat minit setebal novel
Tetapi ahli-ahli di bawah terus membebel
Samapai pemimpin hampir sewel

Sedikit sangat yang buat minit sedanya sahaja
Tetapi Pemimpin dan akar umbi cukup mesra
Perpaduan yang di bina terus di baja....

Sedikit sangat........
sangat sedikit.......

11 Julai, 2010 16:51 PM
Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Sungai Petani Kecoh
SUNGAI PETANI, 11 Julai (Bernama) -- Persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sungai Petani pada Ahad kecoh apabila sebahagian besar perwakilan tidak membenarkan Ketua Bahagian Ali Yahaya berucap pada majlis perasmian.

Kekecohan hampir 45 minit itu bermula kira-kira pukul 9.30 pagi selepas bacaan doa dan nyanyian Negaraku, apabila seorang anggota jawatankuasa bahagian, Mohd Yusuf Lazim bangun menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap Ali dan mahu beliau melepaskan jawatan.

Keadaan bertambah kecoh apabila lebih ramai perwakilan bangun termasuk anggota Wanita meminta Ali berundur sehingga menyebabkan pertikaman lidah antara perwakilan dengan penyokong Ali.

Menurut Mohd Yusof, Ali tidak layak menjadi Ketua Bahagian kerana menimbulkan pelbagai kesulitan kepada kepimpinan parti termasuk tindakannya tidak disenangi banyak pihak dan agensi kerajaan.

Malah Naib Ketua bahagian, Datuk Firdaus Zakaria dan ketua Puteri Sungai Petani, Shahanim Mohd Yusof yang berada di atas pentas turut turun menyertai perwakilan meminta Ali berundur.

Bekas Setiausaha Umno bahagian Sungai Petani, Mohd Akhir Shafie mendakwa lebih 60 peratus daripada perwakilan yang hadir mahu Ali melepaskan jawatan.

"Kami ingin menyampaikan mesej kepada pucuk pimpinan parti bahawa Ali tidak dikehendaki di Sungai Petani.

"Dia tidak layak jadi Ketua Bahagian. Syukurlah sebahagian besar perwakilan menyuarakan kehendak mereka secara terbuka hari ini. Ini yang penting," kata bekas Timbalan Ketua Bahagian, Abu Bakar Ahmad.

Katanya Ali juga antara punca 10 cawangan tidak dapat mengadakan mesyuarat dan satu cawangan dibubarkan. Bahagian Sungai Petani mempunyai 130 cawangan.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Abd Azeez Abd Rahim yang mewakili Ibu Pejabat UMNO terpaksa bercampur tangan apabila melihat keadaan tidak terkawal lalu meminta perwakilan memberi laluan kepada Ali berucap tetapi mereka tetap mempertahankan tindakan mereka.

Beliau kemudian mencadangkan supaya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berucap merasmikan mesyuarat tersebut dan menyambung mesyuarat selepas perasmian dan dipersetujui perwakilan.

Abd Azeez yang ditemui pemberita selepas itu berkata pihaknya akan menyelesaikan kemelut Umno Sungai Petani dalam semangat kekeluargaan dan berlandaskan perlembagaan parti.

Selain Abd Azeez, Ibu Pejabat UMNO menghantar Setiausaha Kerjanya, Datuk Mohd Rauf Yusof dan Anggota MT, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir untuk memantau mesyuarat tersebut.

-- BERNAMA

*************************************************************************************
**************************************************************************************
Apakah kategori yang hendak di anugerahkan?

Apakah kesudahan yang di idamkan?

Apakah kepuasan yang di cari?

Kelambu dah di 'Bakar'!
Ludah sudah di 'Khiaq' kan!

Adakahnya nyamuk tergugat di gegar?

Dapatkah muka di elak dari ludah yang di Khiaq kan ke langit?

Hebatkah Wanita di pandang?

Gerunkah gaya puteri jantan Sungai Petani?

Atau layak tak jika di katakan luka bernanah sudah menjadi tokak?

Inilah pertanyaan yang bermain-main di kepala ntah siapa ....tetapi kepala yang mana?


**Hebatnya mereka melontar batu kerumah kaca sendiri........

Aku tak mau tulis panjang kali ni, sebab aku masih banyak kerja yang perlu di selesaikan. 


Aku tulis mengenai SUKBPUNK dan kisah Shahanim dulu adalah dgn tujuan yang sama walaupun keadaannya berbeza.  Satu jawatannya adalah secara lantikan, manakala satu lagi jawatannya adalah secara suara terbanyak melalui undi perwakilan.  Kedua-duanya aku berharap agar terus berdiri teguh dan kukuh.

Semua jawatan eksekutif di BPUNK adalah lantikan yang secara tradisinya adalah dengan persetujuan Presiden UMNO.  Misalnya dalam kes BPUNK, semua lantikan jawatan  tertinggi BPUNK adalah di lakukan sendiri oleh DS Najib selaku Presiden UMNO.

Manakala di bahagian, UMNO Bahagian Sungai Petani contohnya Ali Yahya di tabal sebagai Ketua UMNO Bahagian setelah ahli-ahli UMNO Bahagian Sungai Petani juga yang memilih beliau berbanding calon lain yang turut bertanding.  Maka jika ahli-ahli UMNO Bahagian Sungai Petani ingin menukar Ketua Bahagian, mereka sepatutnya berbuat begitu melalui saluran yang di benarkan. Sebenarnya mereka bukannya tidak di nasihat atau di beri tips untuk melakukannya, tetapi mereka memilih untuk membuat desakan tanpa mengambil kira peraturan yang terdapat dalam perlembagaan parti yang boleh menyebabkan desakan mereka di abaikan kerana tidak mengikut prosedur. 

Tetapi apakah kerana UMNO Sungai Petani ni dah umpama perahu yang bocornya sudah tidak boleh di tampung, maka pakatlah mereka secara kolektif untuk mengkaramkannya, maka apa lagi yang kita boleh buat?  Hari ini Wanita UMNO Bahagian pula membuat kejutan seperti apa yang telah di buat oleh Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani tempohari walaupun cuba di halang oleh Pengerusi Persidangan.  Aku di fahamkan usul mereka akan hanya tinggal usul tanpa bisa.  Tanpa bisa kerana ianya tidak mengikut apa yang termaktub dalam perlembagaan seperti mengadakan EGM khusus untuk membincangkan isu untuk membuat undi tidak percaya kepada Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani.  Aku tidak tahu sehingga mana kesannya yang bakal timbul pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Petani nanti.  Sama-samalah kita tunggu episod seterusnya.

Apakah usul ini sah untuk di bahaskan dalam Mesyuarat Perwakilan Bahagian?

Tahniah kepada seluruh ahli UMNO Sungai Petani di atas usaha anda!!!


Sebenarnya aku di maklumkan banyak perubahan dalaman telah berlaku di dalam Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah(BPUNK).  Aku dapat gambaran bahawa ada iltizam yang kuat terhadap pendekatan oleh pihak pengurusan dan pentadbiran yang berada di tingkat enam dan tingkat tujuh BPUNK yang menyelaras segala bentuk arahan dari UMNO Pusat untuk di salurkan kepada UMNO-UMNO Bahagian di Kedah, begitu juga dengan lain-lain Negeri, di mana asas struktur pengurusan dan pentadbiran hampir sama dengan mana-mana pejabat yang mengamalkan urustadbir piawai. 

Atas sensitiviti kepada kritik, komen mahupun tohmahan, beberapa perubahan telah berlaku.  Kalau di umpamakan sebatang pohon, maka beberapa dahan besar yang reput dan boleh membahayakan dinamisme BPUNK telah di kerat dan di buang serta di ubati bekas potongan agar tidak terdedah dan boleh di serang ulat dan kulat. Begitu juga beberapa ranting-ranting kering telah di patahkan manakala daun-daun yang di makan ulat juga telah di pangkas.  Malah pendekatan beberapa pegawai dan pentadbir veteran begitu di rasakan perubahannya dalam mendengar dan menerima pendapat-pendapat yang baru.  Kenapa aku kata begini?  Sebab mereka juga mahu menunjukkan yang mereka juga peka kepada perubahan.  Jika Ahli-ahli UMNO mengharapkan pemipmin-pemimpin politik mereka berubah tidak kira di mana peringkatpun, maka pihak pentadbir dan pegawai di Badan Perhubungan UMNO negeri Kedah juga mahu menyertai gelombang perubahan ini, tetapi bukan dari sudut politik tetapi dari sudut budaya urustadbir dan perjalanan pengurusan mereka. 

Itulah pandangan dan pendapat aku secara peribadi semenjak mendekati BPUNK.  Kalau dulu aku rasa seperti ada jurang yang luas dan beku, terlalu berprotokol, dilayan dengan jelingan dan muncungan dan yang kalau berpangkat Dato' atau Tan Sri atau segala mak nenek gelaran, jika tertanggal dari bibir gelaran berkenaan ketika menyapa mereka maka bertambah muncunglah juihan bibir dan semakin kembang menjadi setamanlah hidung mereka mendengus bengis kerana marahnya.

Tetapi kini mereka mulai kendur dari sikap sebegitu.  Apalah erti pangkat jika negeri bukan lagi di tangan BN dan UMNO.  BN dan UMNO adalah PEMBANGKANG.  

Aku percaya mereka kini sudah mulai sedar akan bencana jika mereka terus bersikap elegen dan terlalu berprotokol yang akhirnya membuahkan penyakit birokrasi yang tidak menguntungkan parti.  Ini termasuklah kakitangan yang berada di tingkat 6 mahupun yang berada di tingkat 7.  Tetapi aku tidak berani meletakkan ukuran dimana mereka sebenarnya berada dalam tolok perubahan.  Sesiapa yang berurusan silalah nilaikan sendiri.  Cara mereka melayan pelangganpun di beritakan sudah menampakkan budaya khidmat pelanggan yang betul walaupun belum cukup baik.

Tetapi bila aku di maklumkan bahawa suasana yang mulai 'cool' dan 'systematic' ini tidak akan kekal lama, aku tertanya-tanya apakah yang sebenarnya yang beberapa kenalan aku di sana ingin sampaikan.  Jika dulu mereka kerap menyuarakan keresahan hati dengan kelumat-kelumit orang tertentu yang menjengkelkan hati dan mengikis motivasi sehinggalah orang berkenaan sedar akan perlunya beliau berundur lalu melegakan hati mereka untuk kembali bersemangat dalam menghadapi kerja-kerja yang menimbun dan semakin bertimbun itu.

Manakala setelah selesai keadaan yang berkemelut itu dengan baik timbul pula satu lagi masaalah yang walaupun pada mulanya apa yang tergambar ialah satu masalah besar yang seakan 'unlimited' jaraknya dari garis penyelesaian, tetapi hasil dari kesungguhan semua pihak baik eksekutif mahupun pegawai pentadbir begitu juga dengan pihak pengurusan serta kakitangan, perkara yang 'unlimited' pun dah tidak menjadi 'unlimited' lagi bila tindakan me'limited' kan masalah ke garis akhir kembali membungakan suasana ceria dan bersemangat serta penuh tenaga bermotivasi.

Kini satu lagi keresahan timbul, bukannya di peringkat kakitangan, tetapi di peringkat sikit atas.  Bukan juga di peringkat pegawai-pegawai.  Di sana juga 'cool'.  Yang menjadi keresahan ialah di peringkat eksekutif.  Betul ia di peringkat itu, tetapi jika di biarkan, mungkin akan menular keperingkat yang lebih bawah.  Pada tabi'e, sesuatu yang di atas itu lebih laju luncurnya ke bawah berbanding mengcanggap.

Ramai dari kalangan ekskutif cukup resah dengan perkhabaran yang aku tidak pasti samada ianya khabar angin atau khabar air, asal jangan khabar tanah sudah!.  Ada orang menyampaikan kepada aku kersahan yang teramat sangat walaupun aku tak tahu samada mereka marah atau tidak, kerana eksekutif-eksekutif ini adalah juga pemimpin politik yang pandai menyembunyikan perasaan sebenar yang hanya boleh di baca melalui lenggok ayat mereka.  Tetapi memang mereka 'amat kurang' hingga mendekati darjah 'tidak' kepada perasaan 'senang' mereka.  Mereka sebenarnya menyampaikan perasaan tidak senang mengenai khabar pertukaran penjawat Setiausaha Kerja(SUK)BPUNK sediada kepada orang lain yang mereka percaya serta yakin tidak dapat berperanan seperti SUKBPUNK sekarang, iaitu Dato' Ariffin Man.  Rata-rata pengerusi-pengerusi Biro mahukan beliau yang selesa ber'bro' dengan aku di kekalkan.  Malah beberapa Pengersui Biro menyatakan rasa yang amat terkilan sehingga 'mengkelan' dengan alunan sumbang bahawa tempat beliau sebagai SUKBPUNK akan di ambil alih oleh 'unfitted guy'.  Akupun tak tau sapa dan akupun tak peduli sapa dia itu.  Tetapi apa yang aku nak lontarkan persoalan aku di sini ialah MENGAPA?

MENGAPA di saat-saat pasukan ini yang sudah mula menunjukkan keserasian kerja berpasukan baik di peringkat kerja berpejabat, tugasan luar di antara BPUNK dan UMNO Bahagian mahupun setiap kali bertugas pada PRK-PRK yang lepas, Tok Pin Man setia dengan tugas SUKnya dan tahu menguruskan kerjanya dengan sesempurna mungkin.  MENGAPA mahu di gugat tugas beliau?  Malah aku di beritahu Setiausaha BPUNK sendiri iaitu Dato' iR Nawawi turut mengakui yang SUKBPUNK ini cukup serasi dengan semua peringkat.  Aku percaya kalau di tanya dengan Dato' Paduka Ahmad Bashah, iaitu Timbalan Pengerusi BPUNK, tentu jawapannya hampir serupa walaupun tidak setepat jawapan Tuan Setiausaha BPUNK.

Tetapi jawapan yang berbeza bunyinya kemungkinan dapat di dengar dari Pengerusi BPUNK iaitu Dato Seri Shafie Mohd Apdal yang juga Naib Presiden UMNO, kerana pada logik akal aku, dia tidak mahir dengan mendalam akan perihal karenah politik di Kedah walaupun isterinya orang Kedah.  Pada pendapat aku tugas beliau sebagai Pengerusi BPUNK hanyalah umpama penaung, kerana tugas ini bukanlah tugas kekal.  Tugas yang sementara sehinggalah pucuk pimpinan tertinggi merasakan bahwa apabila masanya sudah sampai dan cukup sesuai maka tugas Pengerusi BPUNK ini akan di kembalikan kepada anak watan yang aku percaya jika ikut semangat organisasi, Datuk Paduka Ahmad Bashahlah yang akan menggantikan beliau kerana Tok Bashah adalah TPBPUNK yang kini banyak menjalankan tugas-tugas kepengerusian.

Aku di maklumkan oleh kenalan aku yang bekerja di BPNUK bahawa setiap lapuran yang di buat oleh SUKBPUNK, Tok Pin Man sentiasa lengkap dan bersistem, kerana beliau begitu berpengalaman dalam bidang urusan  dipejabat semasa bekerja dengan MARA dulu, malah pengalaman yang beliau timba dalam begitu banyak pertubuhan di masa lalu membuatkan beliau tidak pernah kekok setiap kali menerima dan menyelesaikan tugasan.  Malahan tanggungjawab yang di serahkan sepenuhnya oleh Tok Bashah pada beliau ketika mengendalikan Program Juara Rakyat Peringkat Negeri Kedah di Sanglang pada 5 dan 6hb Februari 2010 yang lalu berjaya di laksanakan tanpa cacat walaupun program itu adalah program berskala besar.

Kakitangan juga selesa bekerja dengan beliau dan mereka juga sentiasa mesra dalam suasana kerja.  Sekali lagi aku nak tanya, MENGAPA?  Apakah hanya di sebabkan ada terma kuasa 'prerogative' maka perlu di kocak suasana air yang tenang  yang tenangnya pula adalah di dasar dan permukaan?

Maka janganlah 'veto' ini merosakkan.  Gunalah 'veto' untuk pengukuhan wahai Pengerusi BPUNK, pesan kenalan aku itu!!!  Dia mendakwa. kalau berlaku padaTok Bashah, tentu dia akan memanggil mesyuarat untuk memaklumkan dan membincangkan perkara ini, kerana jawatan ini bukannya calang-calang jawatan dan bukan juga calang-calang orang boleh melaksanakan, tambah-tambah dengan keadaan UMNO sekarang ini yang menangih korban, baik waktu yang tidak menentu dan tenaga yang perlu teguh dan semangat yang utuh.

**Aku di fahamkan ada beberapa KUB-KUB(kecuali KUB Poko Senalah Kot..he he he...) yang menentang perubahan berkenaan kerana mereka amat kenal nama yang di sebut-sebut itu.  Orang luaq yang ada minat nak tau dok tanya, nama tu di cadangkan dalam mesyuarat pengurusan oleh majoriti KUB atau dia yang dok pi lobi?

***Ada KUB yang cadang pula supaya kalau dah kemaruk sangat, bagi dia jadi SUKBPBNNK saja.

*^*^Aku pula cadang, mai jadi SUK aku, tapi kerja NGOlah........

APA PUNYA TURRR! Perangai azali B A B I yang suka tuding pungkoq kat org bila dah nak tercirit walaupun kemutan dan jepitan pinggulnya berada di tahap maksimum sudah di ketahui oleh seluruh rakyat Malaysia yang bencikan perangai kaum Nabi Lut yangada pada B A B I ini.

Kali ini di salahkan UMNO lagi, walaupun dia yang mula korek.  Kononnya nak korek bagi busuk tu bau kat orang.  Last-last dia lupa bukan jari orang yang korek, jari dia sendiri yang korek.  Sebab tu bau busuk hasil korekan jari jemari sendiri balik kepada dirinya.  Baru padan muka!  Hancurlah pkr lepas ni.

**Kepada lebai-lebai pasrael yg pakar baca talkin, siap-siaplah untuk ubah tempat nak baca talkin.  kalau dulu hangpa sibuk nak baca kat UMNO kononya, pakat-pakatlah siap hafalan talkin hangpa tu untuk pi baca kat pkr pula.  Pastikan envelop yang hangpa dapat lepas baca talkin tu ada isi.....ha ha ha....

**Sapa mula hebah pasal APCO???

tadi aku baca yang blog GAP telahpun mencecah hit yang ke 2 juta, mengekori blog PK yang terlebih dahulu, tanpa memerlukan dana sehingga RM 4 juta untuk tujuan itu.  Tahniah!!!

Takziah juga kepada blogger2 yang berada dalam kelompok ini yang aku anggarkan tak cecahpun keseluruhan jari3 kaki dan tangan tetapi di pergunakan oleh syaitan tertentu untuk meraop laba atas angin dengan menggadaikan nama mereka yang memerah otak bersengkang mata mengekang waktu.  Manakala mereka yang mengeksploitasi blogger2 ini sewenang-wenangnya menyedut untung dari perahan otak, sengkangan mata dan kekangan masa bagi mengorek maklumat mencari rahsia mendedah fakta bagi santapan rakyat agar insaf dengan putar belit pembangkang yang mengangkang persepsi melacur fitnah mendamba pengaruh rakyat yang malas berfikir tetapi khyal dengan pujian kononnya bijak bila berahi dengan pujian palsu pembangkang sehingga klimaks dek terkunci dengan pujian palsu berkenaan.

Aku sebenarnya telah terbaca dalam blog Kedah Kita yang mendedahkan perkara yang sama yang GAP dedahkan.  Aku dengar yang ke Sibu baru ni pun sama sahaja layanan yang mereka terima.  Gamak sunggoh memakan daging saudara sendiri serta membawa imej negatif kepada UMNO keseluruhannya di sebabkan perangai segelintir lintah spisis lintah perut hijau ni.


BARUA BETUL DENGAN NILA SETITIK NI.  

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO