SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Kekalkan Tok Pin Man!

Posted by Detguaq2 Monday, July 5, 2010


Sebenarnya aku di maklumkan banyak perubahan dalaman telah berlaku di dalam Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah(BPUNK).  Aku dapat gambaran bahawa ada iltizam yang kuat terhadap pendekatan oleh pihak pengurusan dan pentadbiran yang berada di tingkat enam dan tingkat tujuh BPUNK yang menyelaras segala bentuk arahan dari UMNO Pusat untuk di salurkan kepada UMNO-UMNO Bahagian di Kedah, begitu juga dengan lain-lain Negeri, di mana asas struktur pengurusan dan pentadbiran hampir sama dengan mana-mana pejabat yang mengamalkan urustadbir piawai. 

Atas sensitiviti kepada kritik, komen mahupun tohmahan, beberapa perubahan telah berlaku.  Kalau di umpamakan sebatang pohon, maka beberapa dahan besar yang reput dan boleh membahayakan dinamisme BPUNK telah di kerat dan di buang serta di ubati bekas potongan agar tidak terdedah dan boleh di serang ulat dan kulat. Begitu juga beberapa ranting-ranting kering telah di patahkan manakala daun-daun yang di makan ulat juga telah di pangkas.  Malah pendekatan beberapa pegawai dan pentadbir veteran begitu di rasakan perubahannya dalam mendengar dan menerima pendapat-pendapat yang baru.  Kenapa aku kata begini?  Sebab mereka juga mahu menunjukkan yang mereka juga peka kepada perubahan.  Jika Ahli-ahli UMNO mengharapkan pemipmin-pemimpin politik mereka berubah tidak kira di mana peringkatpun, maka pihak pentadbir dan pegawai di Badan Perhubungan UMNO negeri Kedah juga mahu menyertai gelombang perubahan ini, tetapi bukan dari sudut politik tetapi dari sudut budaya urustadbir dan perjalanan pengurusan mereka. 

Itulah pandangan dan pendapat aku secara peribadi semenjak mendekati BPUNK.  Kalau dulu aku rasa seperti ada jurang yang luas dan beku, terlalu berprotokol, dilayan dengan jelingan dan muncungan dan yang kalau berpangkat Dato' atau Tan Sri atau segala mak nenek gelaran, jika tertanggal dari bibir gelaran berkenaan ketika menyapa mereka maka bertambah muncunglah juihan bibir dan semakin kembang menjadi setamanlah hidung mereka mendengus bengis kerana marahnya.

Tetapi kini mereka mulai kendur dari sikap sebegitu.  Apalah erti pangkat jika negeri bukan lagi di tangan BN dan UMNO.  BN dan UMNO adalah PEMBANGKANG.  

Aku percaya mereka kini sudah mulai sedar akan bencana jika mereka terus bersikap elegen dan terlalu berprotokol yang akhirnya membuahkan penyakit birokrasi yang tidak menguntungkan parti.  Ini termasuklah kakitangan yang berada di tingkat 6 mahupun yang berada di tingkat 7.  Tetapi aku tidak berani meletakkan ukuran dimana mereka sebenarnya berada dalam tolok perubahan.  Sesiapa yang berurusan silalah nilaikan sendiri.  Cara mereka melayan pelangganpun di beritakan sudah menampakkan budaya khidmat pelanggan yang betul walaupun belum cukup baik.

Tetapi bila aku di maklumkan bahawa suasana yang mulai 'cool' dan 'systematic' ini tidak akan kekal lama, aku tertanya-tanya apakah yang sebenarnya yang beberapa kenalan aku di sana ingin sampaikan.  Jika dulu mereka kerap menyuarakan keresahan hati dengan kelumat-kelumit orang tertentu yang menjengkelkan hati dan mengikis motivasi sehinggalah orang berkenaan sedar akan perlunya beliau berundur lalu melegakan hati mereka untuk kembali bersemangat dalam menghadapi kerja-kerja yang menimbun dan semakin bertimbun itu.

Manakala setelah selesai keadaan yang berkemelut itu dengan baik timbul pula satu lagi masaalah yang walaupun pada mulanya apa yang tergambar ialah satu masalah besar yang seakan 'unlimited' jaraknya dari garis penyelesaian, tetapi hasil dari kesungguhan semua pihak baik eksekutif mahupun pegawai pentadbir begitu juga dengan pihak pengurusan serta kakitangan, perkara yang 'unlimited' pun dah tidak menjadi 'unlimited' lagi bila tindakan me'limited' kan masalah ke garis akhir kembali membungakan suasana ceria dan bersemangat serta penuh tenaga bermotivasi.

Kini satu lagi keresahan timbul, bukannya di peringkat kakitangan, tetapi di peringkat sikit atas.  Bukan juga di peringkat pegawai-pegawai.  Di sana juga 'cool'.  Yang menjadi keresahan ialah di peringkat eksekutif.  Betul ia di peringkat itu, tetapi jika di biarkan, mungkin akan menular keperingkat yang lebih bawah.  Pada tabi'e, sesuatu yang di atas itu lebih laju luncurnya ke bawah berbanding mengcanggap.

Ramai dari kalangan ekskutif cukup resah dengan perkhabaran yang aku tidak pasti samada ianya khabar angin atau khabar air, asal jangan khabar tanah sudah!.  Ada orang menyampaikan kepada aku kersahan yang teramat sangat walaupun aku tak tahu samada mereka marah atau tidak, kerana eksekutif-eksekutif ini adalah juga pemimpin politik yang pandai menyembunyikan perasaan sebenar yang hanya boleh di baca melalui lenggok ayat mereka.  Tetapi memang mereka 'amat kurang' hingga mendekati darjah 'tidak' kepada perasaan 'senang' mereka.  Mereka sebenarnya menyampaikan perasaan tidak senang mengenai khabar pertukaran penjawat Setiausaha Kerja(SUK)BPUNK sediada kepada orang lain yang mereka percaya serta yakin tidak dapat berperanan seperti SUKBPUNK sekarang, iaitu Dato' Ariffin Man.  Rata-rata pengerusi-pengerusi Biro mahukan beliau yang selesa ber'bro' dengan aku di kekalkan.  Malah beberapa Pengersui Biro menyatakan rasa yang amat terkilan sehingga 'mengkelan' dengan alunan sumbang bahawa tempat beliau sebagai SUKBPUNK akan di ambil alih oleh 'unfitted guy'.  Akupun tak tau sapa dan akupun tak peduli sapa dia itu.  Tetapi apa yang aku nak lontarkan persoalan aku di sini ialah MENGAPA?

MENGAPA di saat-saat pasukan ini yang sudah mula menunjukkan keserasian kerja berpasukan baik di peringkat kerja berpejabat, tugasan luar di antara BPUNK dan UMNO Bahagian mahupun setiap kali bertugas pada PRK-PRK yang lepas, Tok Pin Man setia dengan tugas SUKnya dan tahu menguruskan kerjanya dengan sesempurna mungkin.  MENGAPA mahu di gugat tugas beliau?  Malah aku di beritahu Setiausaha BPUNK sendiri iaitu Dato' iR Nawawi turut mengakui yang SUKBPUNK ini cukup serasi dengan semua peringkat.  Aku percaya kalau di tanya dengan Dato' Paduka Ahmad Bashah, iaitu Timbalan Pengerusi BPUNK, tentu jawapannya hampir serupa walaupun tidak setepat jawapan Tuan Setiausaha BPUNK.

Tetapi jawapan yang berbeza bunyinya kemungkinan dapat di dengar dari Pengerusi BPUNK iaitu Dato Seri Shafie Mohd Apdal yang juga Naib Presiden UMNO, kerana pada logik akal aku, dia tidak mahir dengan mendalam akan perihal karenah politik di Kedah walaupun isterinya orang Kedah.  Pada pendapat aku tugas beliau sebagai Pengerusi BPUNK hanyalah umpama penaung, kerana tugas ini bukanlah tugas kekal.  Tugas yang sementara sehinggalah pucuk pimpinan tertinggi merasakan bahwa apabila masanya sudah sampai dan cukup sesuai maka tugas Pengerusi BPUNK ini akan di kembalikan kepada anak watan yang aku percaya jika ikut semangat organisasi, Datuk Paduka Ahmad Bashahlah yang akan menggantikan beliau kerana Tok Bashah adalah TPBPUNK yang kini banyak menjalankan tugas-tugas kepengerusian.

Aku di maklumkan oleh kenalan aku yang bekerja di BPNUK bahawa setiap lapuran yang di buat oleh SUKBPUNK, Tok Pin Man sentiasa lengkap dan bersistem, kerana beliau begitu berpengalaman dalam bidang urusan  dipejabat semasa bekerja dengan MARA dulu, malah pengalaman yang beliau timba dalam begitu banyak pertubuhan di masa lalu membuatkan beliau tidak pernah kekok setiap kali menerima dan menyelesaikan tugasan.  Malahan tanggungjawab yang di serahkan sepenuhnya oleh Tok Bashah pada beliau ketika mengendalikan Program Juara Rakyat Peringkat Negeri Kedah di Sanglang pada 5 dan 6hb Februari 2010 yang lalu berjaya di laksanakan tanpa cacat walaupun program itu adalah program berskala besar.

Kakitangan juga selesa bekerja dengan beliau dan mereka juga sentiasa mesra dalam suasana kerja.  Sekali lagi aku nak tanya, MENGAPA?  Apakah hanya di sebabkan ada terma kuasa 'prerogative' maka perlu di kocak suasana air yang tenang  yang tenangnya pula adalah di dasar dan permukaan?

Maka janganlah 'veto' ini merosakkan.  Gunalah 'veto' untuk pengukuhan wahai Pengerusi BPUNK, pesan kenalan aku itu!!!  Dia mendakwa. kalau berlaku padaTok Bashah, tentu dia akan memanggil mesyuarat untuk memaklumkan dan membincangkan perkara ini, kerana jawatan ini bukannya calang-calang jawatan dan bukan juga calang-calang orang boleh melaksanakan, tambah-tambah dengan keadaan UMNO sekarang ini yang menangih korban, baik waktu yang tidak menentu dan tenaga yang perlu teguh dan semangat yang utuh.

**Aku di fahamkan ada beberapa KUB-KUB(kecuali KUB Poko Senalah Kot..he he he...) yang menentang perubahan berkenaan kerana mereka amat kenal nama yang di sebut-sebut itu.  Orang luaq yang ada minat nak tau dok tanya, nama tu di cadangkan dalam mesyuarat pengurusan oleh majoriti KUB atau dia yang dok pi lobi?

***Ada KUB yang cadang pula supaya kalau dah kemaruk sangat, bagi dia jadi SUKBPBNNK saja.

*^*^Aku pula cadang, mai jadi SUK aku, tapi kerja NGOlah........

25 Responses to Kekalkan Tok Pin Man!

  1. korok lama Says:
  2. eloklah tu.sakit tempat lain.berubat pun tempat lain.umno kedah dah serba tak kena.pimpinan umno bahagian yg membawa segala penyakit dalam umno kedah harini.ada penyakit dari ketua bahagain.ada penyakit dari wanita.ada penyakit pemuda.ada penyakit dari pu3.ada penyakit dari cawangan.kuman ini bukan makin kurang sebaliknya makinh bertambah.kalau begini punya cerita alamat kedah sedekah lagi lah pada pas.ada yang berkata berpolitik sambil berniagalah yang menjadi politik umno kedah jadi begini.

     
  3. Anonymous Says:
  4. Itu kuasa shafie afdal, biaq p la..kita pakat2 sokong..lgpun det dlm blog ni hg dok nasihat ahli2 umno terutama sekali puteri menerima kepimpinan yg dilantik oleh pemimpin atasan..pasai pa pulak kali ini, hg jd komla jingga..dah terkena muka sendiri la tu...hahahaha

     
  5. Anonymous Says:
  6. Pandai sungguh mu bodek tok bashah padahal tok bashah tu tak layak langsung nak pimpin umno kedah..Org UMNO la ni nak kan Tok Mukhriz..dia lebih layak dari semua pemimpin yg sedia ada di kedah ni.

     
  7. Anonymous Says:
  8. Kenapa perjumpaan ngan blogger2 yg mu atur baru2 ni tak ramai? Mu kata blogger2 semua mu boleh control dan under genggaman mu.

     
  9. Anonymous Says:
  10. Awat hg xtulis nama SUK Negeri UMNO Kedah yg baru tu, padahal hg dah tau dah sapa ms p Persidangan Perwakilan Pemuda Sik baruu2 ni..kan mejar anuar dah bgtau nama dia kat hg..play safe ka hg det hoiii

     
  11. Anonymous Says:
  12. Dato Shafie memerlukan orang2 yg betoi yg dia blh percaya kerana semua org yg dok di tingkat 6 dan 7 tu ada kepentingan masing2 termasuk la hg det. Aku memang setuju sgt2 perubahan besar perlu berlaku dlm pentadbiran UMNO Kedah.

    Det..aku xsetuju sgt bila hg kata Dato Bashah yg kena pimpin kedah. Hg pun tau Dato Bashah tak layak langsung..kan kita pernah bincang hal ni..hg lupa ka

     
  13. Anonymous Says:
  14. Pengundi2 Parlimen Merbok mahukan calon2 berikut untuk memimpin BN Parlimen Merbok :

    Ahli Parlimen Merbok : Dato' Mokhzani Tun Mahathir
    Adun Tg. Dawai : Dato' Tajul Urus /Prof. Dr. Ismail Daut

    Sekarang kami sedang mengumpul tandatangan utk diserahkan kepada Dato' Seri Najib pada 15.07.2010 mengenai calon Ahli Parlimen Merbok dan Adun Tg. Dawai

    Jumlah yg telah terkumpul sehingga hari ini sebanyak 15,584 org pengundi termasuk cina dan india

    Parlimen Merbok

     
  15. Nayan Says:
  16. Kualiti kerja ada beberapa jenis. kerja teruk. kerja sederhana. Memuaskan. Xtra Ordinary.

    Yang kita nak ialah Xtra Ordinary untuk UMNO kedah sekarang. Datuk Bashah dan Man Pin mungkin level memuaskan sahaja. Jadi kalau nak tawan kembali Kedah, kena kerja XO atau xtra ordinary. XO ni selalunya org muda dan berpengalaman boleh lakukan, bukan nak kata yang veteran tak boleh cuma tak ramai. Setakat ni veteran, Tun adaalah XO kerjanya. Nampaknya Mukhriz dah hampir dgn level XO. So Mukhriz kena pegang No 1 di Kedah.

     
  17. Anonymous Says:
  18. Ya setuju sgt2...Mukhriz kena pegang Pengerusi UMNO Kedah

     
  19. Anonymous Says:
  20. Betul la det..kenapa tak dijemput Mejar Anuar sekali dlm perjumpaan baru2 ni..dia kan Blogger jugak?

     
  21. Detguaq2 Says:
  22. #
    Anonymous Says:
    July 6, 2010 10:23 AM
    #

    Itu kuasa shafie afdal, biaq p la..kita pakat2 sokong..lgpun det dlm blog ni hg dok nasihat ahli2 umno terutama sekali puteri menerima kepimpinan yg dilantik oleh pemimpin atasan..pasai pa pulak kali ini, hg jd komla jingga..dah terkena muka sendiri la tu...hahahaha

    **Aku tolong menyampai saja....Mungkin Anon lupa, yang BPUNK bukan seperti Bahagian. Di Bahagian, mandat di beri oleh perwakilan. jadi kuasa Ketua Bahagian di sebabkan adanya undian semasa pencalonan. Di BPUNK ada ka? Atau aku salah faham?

     
  23. Detguaq2 Says:
  24. #
    Anonymous Says:
    July 6, 2010 10:25 AM
    #

    Pandai sungguh mu bodek tok bashah padahal tok bashah tu tak layak langsung nak pimpin umno kedah..Org UMNO la ni nak kan Tok Mukhriz..dia lebih layak dari semua pemimpin yg sedia ada di kedah ni.

    Anon,

    Aku tak menolak Tok Mukhriz, tetapi aku cakap mengenai keadaan semasa, dia mana jika di ungkap kembali usul yang hendak di bawa oleh zahid hamidi yang bercadang mengembalikan jawatan kehormat pengerusi aku bercakap berlapikkan keadaan semasa, di mana sekarang ini Timbln Pengerusi adalah Tok Bashah. Harap faham. Tetapi jika Datuk Mukhriz yang berada di kedudukan Timbln Pengerusi BPUNK, bukan setakat aku, ramai lagi yang akan lompat kena alang!!!! KESEMUA AHLI POLITIK MAYA TERUTAMANYA BLOGGER(PRO UMNO, YG DOK BANGKANG TAK YAH KACAU DAUN), JAWATAN-JAWATAN DI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI HANYALAH JAWATAN KEHORMAT TANPA KUASA DAN INI AMAT DI RASAI DI NEGERI YANG TIDAK DI KUASAI OLEH UMNO/BN.

    **err awat! YB Senator Mej. Jeneral Dato' Seri jamil Khir tak layakkah? Bagi aku kita juga kena lihat dgn lebih luas kalau tidak hendak teghandaih ke dinding....

     
  25. Detguaq2 Says:
  26. #
    Anonymous Says:
    July 6, 2010 10:28 AM
    #

    Kenapa perjumpaan ngan blogger2 yg mu atur baru2 ni tak ramai? Mu kata blogger2 semua mu boleh control dan under genggaman mu.

    Anon,

    Mu denga mana kata biro penerangan nak jemput ramai? kalu tak thu jgn ghoyak. Hanya seorg dari yg di panggil tidak hadir, kerana mereka menjemput secara eksklusif 5 org blogger shj. jadi 4 yg dtg. Dan yg tak hadir tu pun dah maklum awal kepada biro penerangan melalui sms. Aku blogger, dan aku tahu perangai blogger. Tidak ada seorangpun bloggger pro umno boleh di cucuk hidung dan itu sudah saling faham memahami. kami berjumpa bukan utk berpesta, tetapi untuk berbincang perkara yang serius.

    Tetapi memang ada perancangan utk mengumpul blogger2 pro umno di utara ini bersama-sama secara beramai-ramai yang mungkin juga akan di sertai oleh blogger-blogger pro umno dari negeri2 lain. yang tu InsyaAllah akan ada pesta makan durian. Dan kalau di jemput jgn pula tak mai.....

     
  27. Detguaq2 Says:
  28. #
    Anonymous Says:
    July 6, 2010 10:43 AM
    #

    Dato Shafie memerlukan orang2 yg betoi yg dia blh percaya kerana semua org yg dok di tingkat 6 dan 7 tu ada kepentingan masing2 termasuk la hg det. Aku memang setuju sgt2 perubahan besar perlu berlaku dlm pentadbiran UMNO Kedah.

    Det..aku xsetuju sgt bila hg kata Dato Bashah yg kena pimpin kedah. Hg pun tau Dato Bashah tak layak langsung..kan kita pernah bincang hal ni..hg lupa ka

    Aku tak pernah lupa!
    Tetapi ini keadaan sebelum PRU. Lepas PRU kalau UMNO/BN menang dan kalau Mukhriz dgn izin Allah di calonkan di mana-mana kerusi DUN dan menang, maka dia dengan sokongan rakyat Kedah bolehlah menduduki kerusi MB dan Pengerusi BPUNK. Itu senarionya. aku akur yg Tok Bashah adalah line-up yg dah veteran. Tetapi aku bercakap senario semasa, bukan bercakap mengenai masa depan yang masih 'ghaib'. aku berckp pada keadaan berpijak, bukan dlm keadaan melayang-layang. Kalau benar-benar seluruh rakyat Kedah mahukan Tok Mukhriz, bukannya susah, pakat sign petisyen dan hantar kat DS Najib. Mohon pertimbangan supaya Tok Mukhriz di letakkan bertanding mana-mana kerusi DUN, nak cantik lagi DUN Kota Seputeh. Susah ka pada hangpa dok kheyau nak Tok mukhriz, nak Tok Mukhriz, tapi kheyau saja tak jalan....aku cdg pakat buat petisyenlah. pakat sign ramai-ramai, letak no IC dan no ahli(kpd yg ahli UMNO)lagi. Buat macam aku buat masa t/tgn petisyen suruh paklah berundur dulu, siap letak no kp lagi. Ini demokrasi apa nak takut.

    Bab nama tu tak payah kot, hangpa buat blog sendiri dan tuis nama dia biaq penuh nama dia dalam blog hangpa. Mudahkan?

     
  29. Detguaq2 Says:
  30. #
    Anonymous Says:
    July 6, 2010 10:57 AM
    #

    Pengundi2 Parlimen Merbok mahukan calon2 berikut untuk memimpin BN Parlimen Merbok :

    Ahli Parlimen Merbok : Dato' Mokhzani Tun Mahathir
    Adun Tg. Dawai : Dato' Tajul Urus /Prof. Dr. Ismail Daut

    Sekarang kami sedang mengumpul tandatangan utk diserahkan kepada Dato' Seri Najib pada 15.07.2010 mengenai calon Ahli Parlimen Merbok dan Adun Tg. Dawai

    Jumlah yg telah terkumpul sehingga hari ini sebanyak 15,584 org pengundi termasuk cina dan india

    Parlimen Merbok

    He he he...aku tak mengundi di Merbok....

    So, no commentlah bro PM.

     
  31. Detguaq2 Says:
  32. #
    Anonymous Says:
    July 6, 2010 11:13 AM
    #

    Betul la det..kenapa tak dijemput Mejar Anuar sekali dlm perjumpaan baru2 ni..dia kan Blogger jugak?

    **
    Tanya Biro Peneranganlah. Anonpun tahu siapa yang jemputkan?

     
  33. Detguaq2 Says:
  34. #
    Nayan Says:
    July 6, 2010 11:04 AM
    #

    Kualiti kerja ada beberapa jenis. kerja teruk. kerja sederhana. Memuaskan. Xtra Ordinary.

    Yang kita nak ialah Xtra Ordinary untuk UMNO kedah sekarang. Datuk Bashah dan Man Pin mungkin level memuaskan sahaja. Jadi kalau nak tawan kembali Kedah, kena kerja XO atau xtra ordinary. XO ni selalunya org muda dan berpengalaman boleh lakukan, bukan nak kata yang veteran tak boleh cuma tak ramai. Setakat ni veteran, Tun adaalah XO kerjanya. Nampaknya Mukhriz dah hampir dgn level XO. So Mukhriz kena pegang No 1 di Kedah.

    **
    Hanya rakyat yang boleh mencipta arus sebenar, Pemimpin hanya layak memimpin jika rakyat mahukan dia sebagai pemimpin. Umpama penyanyi, tanpa peminta siapalah ia.....

     
  35. Detguaq2 Says:
  36. #
    Anonymous Says:
    July 6, 2010 10:23 AM
    #

    Itu kuasa shafie afdal, biaq p la..kita pakat2 sokong..lgpun det dlm blog ni hg dok nasihat ahli2 umno terutama sekali puteri menerima kepimpinan yg dilantik oleh pemimpin atasan..pasai pa pulak kali ini, hg jd komla jingga..dah terkena muka sendiri la tu...hahahaha

    Anon, jgn gelak kalau tak faham sampai ke dasar. Adakah anon faham bahawa jawatan-jawatan Pengerusi2 serta barisan AJK di BPUNK adalah jawatan kehormat sahaja? Berbanding dgn jawatan Ketua Bahagian, mereka di pilih oleh ahli-ahli parti dan ahli parti memberi kuasa. Dan aku bukannya mendesak DS Shapie Apdal berundur, tetapi usul untuk memulangkan kerusi kehormat ini kepada ahli politik tempatan di negeri masing2.

    Sila rujuk:

    http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/7/3/mstar_berita/20100703174405&sec=mstar_berita

    dan kendian tu gelaklah puas-puas setelah faham duduk bicara. Aku no hal.

     
  37. singkiak Says:
  38. rupanya hampa pakat dok atur umno negeri kedah laa ni.aku ingat orang lain pun dok atur juga.macam-macam punya ragam nak atur umno kedah.yang dok atur itu pun pedukang juga.sambil ada kepentingan mangkuk masing-masing.aku ingat ingat lingkup lagi umno kedah.semua yg dok atur tu perangai tikus baiki labu.bukan kata jadi elok .malah dia jadi lingkup lagi.hampa ingat orang luar tak tau ke apa yg sedang bergolak hari ini.dato shafie afdal dengan cara dia.walau negeri negeri bini dan pak mentua dia.kami tau.ketua bahagian yang main silap mata dan wayang kulit.makan kiri kanan.pemuda lagu pemuda.termasuklah wanita dan pu3.semua pelakon watak utama dalam umno kedah adalah pelakon cari makan dan sandiwara sahaja.hampa tengoklah apa depa buat nak bagi umno kedah.habok pun tak ada.nak banding dengan yang dulu pun setengan pun tak ada.lingkup umno dan melayu dikedah.pelobi nak jadi cal;on pun dah mula merayau kehulu hilir.ketua cawangan di upah supaya everything ok and alringht .perangai hudoh sudah mula menjelma yg semakin terok.aku tak tahu apa lagi lepas ini akan terjadi pada umno kedah.sama-samalah kita saksikan lakonan top person dalam umno kedah.shafie afdal pun aku ingat dah tak upaya nak awasi politik kedah.dah ramai tikus sedang baiki labu dikedah.

     
  39. Anonymous Says:
  40. Bapak singkiaik.betoi apa hang kata.lingkupp

     
  41. Anonymous Says:
  42. KALAU KAKI JUDI ATAU KAKI BETINA TAK PAYAH LA KOT.NANTI ROSAK LAGI UMNO KEDAH.

     
  43. John Says:
  44. Please Help us to expand - Your blog has been link to our website http://mybloghub.my/ (blogroll section) ...please consider linking us back.......thank you.

    http://mybloghub.my/

     
  45. John Says:
  46. Bantu kami berkembang: Blog tuan/puan ini telah kami link di website kami (Bahagian Blogroll), harap tuan/puan dapat pertimbangkan dengan meletakan link kami pula di blog tuan/puan....Terima kasih

    http://mybloghub.my/

     
  47. Detguaq2 Says:
  48. John...

    Segera bertindak.

     
  49. Pakteh Says:
  50. Jika yang bertitle blogger pun tidak sefahaman tentang kedudukan seseorang yang selayaknya memegang sesuatu jawatan, janganlah anda (blogger) marahkan orang lain yang hidupnya 24 jam bermain politik dan mengatur itu dan ini demi survival politik masing-masing. Tidak akan ada keputusan yang boleh memuaskan semua pihak, itulah politik dan akhirnya kita kena melihat siapa yang layak membuat keputusan sebagai ahli dan pejuang secara ikhlas di alam maya (jika benar ikhlas), teruskan menyokong sesiapa sahaja yang dipilih oleh pucuk pimpinan disamping memberikan teguran secara berhemah jika gagal melaksanakan tugas seperti yang diinginkan.

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO