SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Sungai Petani......Dah ku Duga!!!!

Posted by Detguaq2 Monday, July 12, 2010

11 Julai, 2010 16:51 PM
Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Sungai Petani Kecoh
SUNGAI PETANI, 11 Julai (Bernama) -- Persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sungai Petani pada Ahad kecoh apabila sebahagian besar perwakilan tidak membenarkan Ketua Bahagian Ali Yahaya berucap pada majlis perasmian.

Kekecohan hampir 45 minit itu bermula kira-kira pukul 9.30 pagi selepas bacaan doa dan nyanyian Negaraku, apabila seorang anggota jawatankuasa bahagian, Mohd Yusuf Lazim bangun menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap Ali dan mahu beliau melepaskan jawatan.

Keadaan bertambah kecoh apabila lebih ramai perwakilan bangun termasuk anggota Wanita meminta Ali berundur sehingga menyebabkan pertikaman lidah antara perwakilan dengan penyokong Ali.

Menurut Mohd Yusof, Ali tidak layak menjadi Ketua Bahagian kerana menimbulkan pelbagai kesulitan kepada kepimpinan parti termasuk tindakannya tidak disenangi banyak pihak dan agensi kerajaan.

Malah Naib Ketua bahagian, Datuk Firdaus Zakaria dan ketua Puteri Sungai Petani, Shahanim Mohd Yusof yang berada di atas pentas turut turun menyertai perwakilan meminta Ali berundur.

Bekas Setiausaha Umno bahagian Sungai Petani, Mohd Akhir Shafie mendakwa lebih 60 peratus daripada perwakilan yang hadir mahu Ali melepaskan jawatan.

"Kami ingin menyampaikan mesej kepada pucuk pimpinan parti bahawa Ali tidak dikehendaki di Sungai Petani.

"Dia tidak layak jadi Ketua Bahagian. Syukurlah sebahagian besar perwakilan menyuarakan kehendak mereka secara terbuka hari ini. Ini yang penting," kata bekas Timbalan Ketua Bahagian, Abu Bakar Ahmad.

Katanya Ali juga antara punca 10 cawangan tidak dapat mengadakan mesyuarat dan satu cawangan dibubarkan. Bahagian Sungai Petani mempunyai 130 cawangan.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Abd Azeez Abd Rahim yang mewakili Ibu Pejabat UMNO terpaksa bercampur tangan apabila melihat keadaan tidak terkawal lalu meminta perwakilan memberi laluan kepada Ali berucap tetapi mereka tetap mempertahankan tindakan mereka.

Beliau kemudian mencadangkan supaya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berucap merasmikan mesyuarat tersebut dan menyambung mesyuarat selepas perasmian dan dipersetujui perwakilan.

Abd Azeez yang ditemui pemberita selepas itu berkata pihaknya akan menyelesaikan kemelut Umno Sungai Petani dalam semangat kekeluargaan dan berlandaskan perlembagaan parti.

Selain Abd Azeez, Ibu Pejabat UMNO menghantar Setiausaha Kerjanya, Datuk Mohd Rauf Yusof dan Anggota MT, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir untuk memantau mesyuarat tersebut.

-- BERNAMA

*************************************************************************************
**************************************************************************************
Apakah kategori yang hendak di anugerahkan?

Apakah kesudahan yang di idamkan?

Apakah kepuasan yang di cari?

Kelambu dah di 'Bakar'!
Ludah sudah di 'Khiaq' kan!

Adakahnya nyamuk tergugat di gegar?

Dapatkah muka di elak dari ludah yang di Khiaq kan ke langit?

Hebatkah Wanita di pandang?

Gerunkah gaya puteri jantan Sungai Petani?

Atau layak tak jika di katakan luka bernanah sudah menjadi tokak?

Inilah pertanyaan yang bermain-main di kepala ntah siapa ....tetapi kepala yang mana?


**Hebatnya mereka melontar batu kerumah kaca sendiri........

21 Responses to Sungai Petani......Dah ku Duga!!!!

  1. tahun 2009 berlaku kat umno padang serai.tahun 2010 berlaku kat umno sungai petani.dipadang serai msa dato shafie afdal mai.kena pula sungai petani tampat pak mentua dato shafie afdal.hebat hebat umno dikedah.aku pun dah duga juga.

     
  2. Detguaq2 Says:
  3. Apa kata Muhyiddin?

    Ahli-ahli UMNO kena selesaikan segala isu dalam 5 bulan...
    Fahamkah mereka yg masih seronok di bahagian-bahagian di sana sini nie????

    **
    http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/muhyiddin-umno-perlu-selesai-segala-isu-dalam-lima-bulan/

     
  4. Al Hamra Says:
  5. Semua masaalah ini berpunca dari kelemahan pucuk pimpinan UMNO Perhubungan Negeri Kedah dan Ahli ahli MKT,semua mereka ini tahu masaalah yang dihadapi oleh Bahagian Sungai Petani sejak hari pertama Ali Yahya menang jawatan Ketua Bahagian.Kalau mereka kata tidak tahu ,ini merupakan satu pembohongan yang amat besar.

    Kumpulan yang kalah telah membuat protes hingga ke MKT,tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh Pucuk pimpinan parti.Tanda tanda buruk akan berlaku telah timbul semasa Mesyuarat Agung Puteri pada bulan lepas,tetapi tiada siapa yang kisah 'no body takes thing very seriously' nah sekarang siapa yang malu bila satu dunia telah tahu bila para perwakilan telah MEMBERONTAK dihadapan semua wakil media cetak dan media letronik.CUKUP MAMALUKAN ,AND ITS SHAMEFUL.

     
  6. khairudin Says:
  7. sekarang semua cerita yg lama muncul kembali.katanya masa pengiraan undi dulu pun dah kecoh dan berlaku penipuan.betul ke cerita ini.tambah mereka lagi yg mai kira undi itu pun kaki pengecoh.betul lagi ke.inilah cakap disekita sungai petani pagi tadi.panas juga isu ini.sebenarnya umno perhubungan amat lemah dalam menyelesaiakn apa jua masaalah.umno pusat pula tak ambil peduli lansung.masa itu pula siapa yg jadi pengeruis perhubungan.tentu memihak pada ali.umno negeri lepas tangan.aku ingat semua pihak ali yahaya dah palam dah kot.AKU SEPENDAPAT DENGAN AL HAMRA 500 PERATUS.

     
  8. Anonymous Says:
  9. UMNO KEDAH PUN LEMAH SELEMAH LEMAHNYA.PEKAK

     
  10. Anonymous Says:
  11. Macam perangai orang gila, sapa nak hormat UMNO lagi. Jangan dok harap boleh ambik balik Kedah dari PAS. Ni la kisah Menang sorak kampong tergadai. Betoi diri dulu, baru pi betoi orang. Tak boleh tunggu setahun dua lagi ka ? Sayang, sayang. kalau samseng kuasai mesyuarat, ibarat kapai UMNO redah 'cunami' le. Yang menjerit, gila isin. Yang sawan, tepelanting gigi. Yang heboh, angin masuk badan. Yang duit banyak, labor rata kampong. Tu nak kata bguih sangat depa tu ? Sama saja. Buat malu kami. habih baca dlam surat habaq. satu negara tau. sapa nak hormat UMNO lagi ? tobat aku tak pilih puak gila macam depa tu. yang heran ada yang cerdik pun sokong geng gila ni. aku tau ketua tu pon salah juga. tapi ni bukan cara dia. tunggu masa lain la. depa ni syok sendiri bila orang sorak tepok tangan. macam lawak sarkas

     
  12. Anonymous Says:
  13. ""aku tau ketua tu pon salah juga. tapi ni bukan cara dia. tunggu masa lain la. depa ni syok sendiri bila orang sorak tepok tangan. macam lawak sarkas"" TUNGGU TUNGGU TUNGGU TUNGGU TUNGGU...... tunggu buat apa setahun dua lagi ????? kalau la ni pun depa kata payah nak ambik balik dari PAS....... mangkala TUNGGU bulih kot

     
  14. Anonymous Says:
  15. lepaih ni pakat tuggu tgk kola kedah plk.dengaq mcm nk jadi sp jgk.UMNO negri dan mkt x ambik pusin jgk hangpa tunggu laa.jadi lagu tu la jgk.Pengerusi tgk mai la skit.kasi pebetoi skit.depa x hormat dh jwtn ketua ka pengerusi ka.sok melarat sampai presiden plak.x ka naya.cemuih eh.

     
  16. Anonymous Says:
  17. nasib baik ada sorat habak sinar harian.boleh juga baca berita pesai alai yahaya dan umno sungai petani.harap utusan malaysia cerita pasai hujong dapok pun tak tau..terima kasih sinar harian.

     
  18. Agaknya tok ketua kola kedah mengharapkan jampi istimewa dari datuk najib untuk dapat oksigen baru.

     
  19. Al-Hamra & Khairudin : Saya pun dengaq cerita yg sama juga masa hari mesyuarat. Tapi bila saya jumpa Cikgu Md Khir, dia kata kita cuma nak sampaikan mesej kepada MT bahawa ahli UMNO SP tak suka Ali Yahya. Memang benar ada ahli UMNO yg tak suka Pak Ali, tapi bukan semuanya kot. Kalau ada pun cuma sebahagian kecil terutamanya kumpulan Dato' Azizan yg kalah semasa pemilihan lepas, yang lain-lain tu nampak ok saja.

     
  20. kita kalau jadi ketua jangan sombong.jangan ingat macam ketua di paejabat kerajaan dulu.dok terbawa-bawa lagi masa jadi pegawai kerajaan.kalau nak sombong ego keras kepala jangan jadi ketua dalam umno.parti umno jadi rosak kerana ketua perangai macam ali ini laa.agaknya terlupa kata dia berada dalam parti.dok rasa jadi setpol lagi.kalau jadi setpol pula nanti bos dia hanyut sekali.

     
  21. Anonymous Says:
  22. Kawan-kawan semua janganlah hengtam pak ali kat sini, det guaq ni pro pak ali gila-gila punya, apa pak ali buat pun semua betul, tak ada istilah salah untuk pak ali bagi det guaq, hangpa tak baca ke artikel2 dia sebelum ni, semua dok puji2 pak ali... Pak ali tetap betul walaupun 99% peratus perwakilan dan ahli umno bahagian sungai petani tolak dia. Hanya ali yahya dengan det guaq ja yang betul dalam dunia ni.... orang lin semua salah, depa ni kalah buat dosa pun orang puji..... Renung-renungkan lah....

     
  23. Anonymous Says:
  24. Betul juga tu anon 12:37,
    saya dah baca artikel-artikel det dalam blog dia ni, semua dok penaik En Ali Yahya. Saya rasa kalau ali yahya suruh det guaq ulis dalam blog ni kata di kentot wangi pun mesti det guaq perjuankan yg ali yahya tu kentot wangi, lebih wangi dari segala wangian yg ada.

     
  25. Anonymous Says:
  26. huhuhuhu, Betul ke det? hang pi cium bau ali yahya kentot ke? Ish hang ni terok betoi la... silap2 kalau dia suruh hang makan taik dia pun hang makan ka det? teruk jugak hang ni ya.... Apa-apapun janji masyuk.....

     
  27. Merpati Desa Says:
  28. Untuk menonton rakaman kekecohan Mesyuarat UMNO Bahagian Sungai Petani pada 11 Julai 2010..... sila klik/link yang disetakan.
    http://www.youtube.com/watch?v=dSsMe5QrOAU
    dan
    http://www.youtube.com/watch?v=oexxjbqnJpo

     
  29. Anonymous Says:
  30. Ada kekecohan ke Merpati Desa? tak ada lah, Mesyuarat Umno Bahagian Sungai Petani hari tu mana ada kecoh pun, Itu menunjukkan kebijaksanaan Seorang ketua bahagian dalam memimpin bahagian berkenaan. Kejadian di Sp Inn hari tu satu lawak jenaka Ketua Bahagian dengan perwakilan ja, kan det kan? Kejadian tu juga menunjukkan dimana Umno Bhagian sungai petani menggunakan kuasa veto pengerusi tetap dimana masalah diselesaikan secara demokrasi........
    tau tak apa betuk demokrasi yg diamalkan oleh umno bahagian sungai petani?
    demokrasi yg diamalkan oleh umno bhgn sg petani adalah semua individu lain tidak dibenarkn bercakap, semua tidak dibenarkan menyuarakan masalah dan rasa tidak puas hati. hanya ketua bhgn ja yg boleh cakap, dan apa saja yg dia cakap adalah betul. org lain semua tak boleh bersuara sebab demokrasi....

    " 1 Malaysia, Rakyat di Ketepikan, Kepentingan di Utamakan"

     
  31. Alifadam Says:
  32. Alifadam aka Merpati Desa....relax...jadi pemerhati.....rakam..... siar....betul atau salah biar ahli serta pengundi menilai.

     
  33. DukeOfUMNO Says:
  34. Aik? Det...Meeting UMNO Sg. Petani yang kecoh, hang pulak yg kena kutuk? Ali Yahya yang kena tuntut letak jawatan, Shahanim pulak yg jadi mangsa kutuk? Ishhh...apa ni? Relax det...relax...biasa la tu...hahahahaha...aku dah kena dahhh...hang baru nak rasa? Muahahahahaha....depa taktau tu det...relax...

     
  35. Anonymous Says:
  36. Duke,

    Kekecohan berlaku kerana bhg sp dah memang retak mencar belah saja, bila shahnim buat usul undi xpercaya dlm mesyuarat pu3, ianya mencetuskan satu dimensi baru bagi puak2 yg xsuka pak ali. Maka ujud satu konsortium baru yg dianggotai oleh shahnim, md akhir dan bakar ahmad. Md. akhir & bakar orang lama yg masih aktif dlm umno sp dan perangai depa ramai yg dah tahu. Bila depa + dgn shahnim, maka jdlah satu konsortium yg bakal menjatuhkan pak ali.

    Terkini, konsortium telah menjelajah seluruh bhg, minta ketua2 caw, t/t memo yg mahukan pak ali diturunkan takhta. Memo ini akan dihantar kepada presiden umno. Ada yg kata baru dpt 30 t/t, ada yg kata dah dpt 70 t/t ketua2 caw. Yang mana betui pun tau.

     
  37. Al Hamra Says:
  38. Nak jadi Ketua Bahagian mudah,ada wang dan mudah tabur maka menang lah dia tetapi nak jadi Pemimpin yang baik tidak semudah itu.'You can bur vote but you can't buy respect ' itulah yang sebenarnya yang terjadi di Sungai Petani dan di kebanyakan Bahagian UMNO didalam negara.

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO