Aku tiba hanya pada 3hb Oktober 2010 ke tempat di mana UMNO Negeri Kedah di tugaskan, iaitu Peti Undi Pos Sungai Berr. Keluarga angkat untuk UMNO Negeri Kedah ialah UMNO Bahagian Pengkalan Chepa. Perjalanan dari Sungai Petani Alhamdulillah, cukup lancar. Tetapi aku singgah agak lama di Taman Inderawasih Prai atas urusan sahabat aku. Jadi aku tiba agak lewat di Pusat Gerakan Pos Berr.
Aku terus berjumpa dengan beberapa orang sahabat aku yang bertugas sebagai jentera parti BN di sana. Ada yang sudah berada di sana sejak 24/10/2010 lagi dan ada yang tiba sedikit lewat dari itu dan ada juga yang paling lewat, iaitu AKU.....he he he...Tentunya tujuan aku tidak seperti mereka sepenuhnya.
Lalu aku menghampiri beberapa orang Asal yang sedang duduk-duduk di situ. Salam yang aku beri di jawab pantas oleh semua mereka yang ada di situ. Sambil duduk-duduk bersama seorang kenalan baru dari UMNO Pengkalan Chepa, aku pada awalnya hanya menjadi pendengar kepada perbualan mereka untuk mencari ruang yang sesuai untuk menjampuk,
Mata aku sudah lama di paku dengan kelibat dan gaya percakapan seorang Pakcik yang begitu bersungguh-sungguh menceritakan keadaan dan isu yang beliau rencahkan bersama gaya dan aksi yang begitu bersungguh-sungguh. Nah, aku dah ada tajuk untuk menjampuk! tapi ruang untuk mencelah belum menjelma dek kerana lancarnya dia bercerita. Apa yang pakcik ceritakan?
Aku ada merakam suaranya. Tetapi aku terpaksa membuat sedikit penerangan, kerana gaya percakapannya tidak begitu jelas dek kerana pagar hadapannya sudah ROBOH sama sekali. Senyumnya pada setiap kali aku nampak begitu manis, begitu comel macam anak kecil belum tumbuh gigi!!!!
Temuramah ini adalah secara langsung dan tiada kerja-kerja editing di buat.
salam,
hah! ha! ganaih adik aku! pi interbiu orang asli pos berr. wlaupun pakcik tu tak dak gigi tapi dia bukan tak dak hati. hati dia geram sangat dah dgn pak janggot tu! sampai hati tok guru 'kerjakan' tanah kubur datuk moyang kaum asli ni? macam mana laa depa tak merajuk?