SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

UMNO - berubah atau diubah?

Posted by DetGuaq5 Thursday, October 14, 2010

oleh Pemuda Kuala Langat pada pada 20hb Ogos 2010 pukul 3.17 ptg

 KUASA - adalah satu nikmat yang dikecapi oleh UMNO selama 53 tahun Malaysia berdiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Sepanjang tempoh tersebut, UMNO menerajui tampuk pemerintahan negara bersama-sama parti komponen yang lain membentuk Perikatan dan kemudiannya terkenal sebagai Barisan Nasional (BN). Ianya satu jangka masa yang cukup panjang untuk membuatkan ahli-ahlinya mulai mendongak langit dan enggan tunduk ke bumi, besar kepala serta angkuh.

Maka tidak hairanlah, Tun Mahathir pernah berkata bahawa.. "UMNO mulai busuk hingga ke ususnya"  dan itulah gambaran yang amat jelek dilihat oleh orang ramai yang tiada kepentingan dalam parti serta politik. Itulah konsep asas berpolitik yang disebut "absolute power corrupts absolutely".

Sikap sebilangan besar ahli-ahlinya (walaupun tidak semua) yang enggan atau ingkar untuk berubah (walaupun telah menerima pengajaran yang cukup bermakna pada PRU.12 yang lalu) adalah racun arsenik yang membunuh sedikit demi sedikit jasad UMNO.

Budaya seperti :-
  • selesa,
  • tidak mahu bekerja jika tidak diupah,
  • berpolitiking melebihi berkhidmat kepada masyarakat,
  • cantas mencantas,
  • hasad dan dengki sesama ahli,
  • dendam kesumat sesama ahli,
  • merajuk kerana kedudukan atau imbuhan,
  • boikot jika kemahuan tidak diikuti atau dipenuhi,
  • menunjuk-nunjuk kemewahan serta kekayaan,
  • terlalu bersikap ekslusif hingga tidak mahu rapat dengan orang-ramai yang tidak berparti atau berjawatan,
  • tidak menunjukkan keikhlasan bekerja atau berkhidmat sebaliknya terang dan jelas kelihatan (oleh orang ramai) bersifat hipokrit hanya mahukan undi dan pengaruh sahaja,
  • mementingkan diri sendiri dari kehendak ahli-ahli apatah lagi parti,
  • hanya syok sendiri dengan program-program yang diri sendiri merasakan perlu walhal tidak mendapat pandangan ramai terutama ahli peringkat akar umbi dan orang ramai yang tidak berparti tetapi mengharapkan agar parti dapat membantu mereka,
  • melihat bahawa jawatan di dalam parti boleh membawa kepada faedah diri sendiri semata,
  • apabila tersingkir, amarah terlampau hingga sanggup mensabotaj
dan lain-lain lagi yang terlalu banyak untuk ditulis dan diperkatakan.

Sebenarnya, perkara-perkara yang disebut di atas bukannya dialami oleh UMNO sahaja tetapi semua parti sama ada ianya parti dalam perikatan kerajaan mahupun pembangkang. Ianya adalah lumrah sifat semulajadi manusia yang tidak maksum dan jauh sekali dari sempurna seperti sifat malaikat.

Namun, kerana keselesaan atas kuasa yang dipegang selama 53 tahun menjadikan parti UMNO terlalu ketara kelihatan cacat dan celanya berbanding parti-parti dari kelompok pembangkang.

Inilah yang menaikkan kemarahan serta sentimen kebencian pengundi-pengundi di luar sana. Dan ianya menjadi begitu mudah oleh pihak lawan terutamanya membakar api kemarahan mereka dengan hidangan pelbagai persepsi negatif dan buruk lagi tanpa perlu memikirkan kebenaran atau kesahihan cerita-ceriti yang musuh sajikan.

Apakah kita mampu berubah? atau setidak-tidaknya berniat serta mengusahakan untuk berubah? Kerana perubahan ini adalah mesin jangka hayat UMNO untuk terus berkuasa dan diterima rakyat.

Rakyat pada hari ini yang berlatar-belakangkan pendidikan yang baik dan sempurna (ironinya, ia adalah atas kemajuan yang dibawa oleh UMNO serta BN) terlalu bijak hingga mampu menilai sifat-sifat baik atau sebaliknya bukan terhadap parti UMNO itu sendiri tetapi terhadap ahli-ahli serta pemimpin yang terdapat dalam parti UMNO itu sendiri. Jika mereka melihat ahlinya buruk, maka yang terpalit adalah UMNO secara keseluruhan.

Namun percayalah, transformasi akan dan sedang berlangsung di dalam UMNO. Terpulang kepada ahlinya untuk menentukan nasib mereka sendiri. Jika mereka tidak mahu berubah, nescaya rakyat serta pengundi akan mengubahnya.

HANYA BILA UMNO TIDAK BERKUASA, MAKA PERUBAHAN ITU SECARA SEMULAJADI AKAN TERHASIL. MEREKA YANG KONONNYA BERJUANG UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA AKAN MELARIKAN DIRI DARI UMNO. KERANA APA? KERANA DUDUK DALAM UMNO "TIDAK BOLEH CARI MAKAN LAGI". NAH! HANYA YANG TINGGAL ADALAH MEREKA YANG BETUL-BETUL MAHU BERJUANG BAHKAN SANGGUP BERKORBAN HARTA WANG RINGGIT UNTUK TERUS MENEGAKKAN UMNO DAN BUKAN UMNO BERKORBAN WANG DAN RINGGIT UNTUK AHLINYA.

Mudah-mudahan apa yang kami nyatakan di atas adalah salah dan sebenarnya UMNO serta ahlinya tidak begitu. Maka, sebagai ahli UMNO, BUKTIKANLAH!

Wallahua'lambissawab

PKL

14 Responses to UMNO - berubah atau diubah?

  1. motong getah Says:
  2. Salam. Dalam kontek politik di Kedah eloklah UMNO diubah.Alasan seperti yang saudara nyatakan itu.Sudah cukop dia punya ramuan untok diubah.Teraju nya angkuh sangat.Kami dah bersedia untok mengubah dalam bila-bila masa.Apalah ertnya kesetiaan dan kejujoran dalam UMNO hari ini.Tepuk dada tanya selera.Sendiri jawap.

     
  3. abuarif Says:
  4. Dikedah semua rakyat dah tahu,,,UMNO akan kembali Berkuasa sekiranya "Rejim DET KHALID dan geng dia disingkirkan memimpin KEDAH",,,

     
  5. Mohd Says:
  6. Orang Melayu yg berada di akar umbi memang sedang resah dan merasa bimbang akan nasib dan masa depan keturunan Melayu di dalam senario politik Malaysia sekarang.
    Pemimpin2 PAS yg diketuai oleh Nik Aziz tidak mahu bekerjasama dgn UMNO kerana kepentingan politik DAP dan PKR. PAS ni tak sedar yg PAS akan diketepikan saja bila DAP dapat berkuasa memerintah Malaysia ala PAP di Singapura. Tengoklah apa yg berlaku di Penang. Kenapa exco2 PAS dan PKR Melayu tidak bersuara dan hanya diam membisu seribu bahasa bila kaum Melayu dihalang utk berniaga dan dihalau dpd pulau itu dgn berbagai2 cara dan dalih oleh DAP.
    Dlm diam2, kaum Cina dlm MCA, Gerakan dan PKR sedang berkompromi dan berpakat utk mengambil alih Putrajaya. Perlembagaan Malaysia akan dipinda oleh DAP. Hak keistimewaan kaum Bumiputera akan dihapuskan utk melaksanakan Middle Malaysia. Institusi raja-raja Melayu akan dihapuskan. Suara azan tidak akan lagi berkumandang di Malaysia.
    Kaum Melayu dan Bumiputra akan mengemis di tanah air sendiri. Padan muka kerana kaum Melayu bodoh sombong tak mahu dengar nasihat akar umbi spt ini.
    Melayu mudah lupa ........

     
  7. Izinkan aku nak ucapkan setinggi-tinggi takziah pada seluroh hulubalang dan pendekar UMNO Kedah kerana telah berjaya membawa UMNO Kedah ke laut dalam.

     
  8. KLT,

    Artikel ini adalah dari Pemuda Kuala Langat. Ini menunjukkan keadaan umno secara umum. Bukan UMNO kedah sahaja. Ambillah iktibar secara hikmah!

     
  9. Anonymous Says:
  10. Salam.Pemimpin UMNO kebanyakkannya bansat sebangsat bangsatnya.Untuk mengubah mereka rakyat terpaksalah mengundi pembangkang walaupun pembangkang juga bukanlah sebaik mana.Untuk mengubah mentaliti pemimpin UMNO kita terpaksa mengubah kerajaan

     
  11. Satu artikel yang baik untuk renungan terutama kepimpinan UMNO yang selama masih dibuai mimpi walaupun beberapa negeri sudah berada di tangan pembangkang. Realitinya bila ada ahli serta kepimpinan yang bergantung hidup dengan UMNO bukannya berjuang untuk UMNO. Kini semangat juang hanyalah retorik semata-mata. Mereka sanggup berbalah demi memenuhi kantong masing-masing. Maka jurang antara kepimpinan UMNO dengan rakyat akan bertambah luas. Maka terseynum lebarlah pembangkang kerana selagi UMNO tidak mampu berubah selagi itulah rakyat akan menjauhkan dirinya dari UMNO, makanya semakin mudahlah kerja pembangkang...buat apa pun tak pa...Melayu mudah lupa!!!

     
  12. Anak pantai merdeka: ketua dan kroni depa punya lah berebut projek macam rampasan perang.

     
  13. detguaq Says:
  14. Sudah tentunya artikel ini bukannya hendak meruntuhkan isntitusi yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara, iaitu UMNO. Ini saya tidak nafikan, begitu juga blogger2 pro UMNO yang lain, tetapi kami mahu ahli-ahli di semua peringkat nampak apa yang sebenarnya UMNO itu, apa pula peranan mereka di perngkat paling bawah, iaitu peringkat akar umbi. Ahli-ahli bawahan patur sedar bahawa merekalah unit paling penting, individu-individu yang ada kuasa, kuasa yang jika di cantum boleh menyegerakan transformasi parti, boleh menyingkirkan Ketua cawangan yang tidak efektif untuk mendapatkan sebuah cawangan yang efektif, kuasa mereka yang di cantum juga boleh menyingkirkan Ketua Bahagian serta AJK dan ketua-ketua sayap serta AJK2 mereka yang tidak efektif kepada Ketua Bahagian yang efektif, cantuman kuasa-kuasa mereka juga berupaya menyingkir pemipmin-pemipmin yang bertuhankan material yang sudah tidak dapat membezakan apa tuhan yang patut mereka sembah dan apa perjuangan yang patut di julang. Cantuman kuasa-kuasa ini juga boleh membilas kabinet kerajaan persekutuan dari barisan kabinet yang berkarat serta tiada kualiti kepada yang lebih ikhlas dalam pasukan yang akan memacu Malaysia kearah yang lebih hebat!!!

     
  15. Anonymous Says:
  16. detguaq,aku amat setuju.kalau sayang umno eloklah pemimpin umno terdiri drp yg beriman pada Allah.UMNO pasti selamat.

     
  17. APS,
    Ini menunjukkan ahli & kepimpinan UMNO belum berubah. Setakat la ni pengundi dah ubah kerusi, lepas ni depa semuanya...mungkin yang tinggal hanyalah nama sahaja...inilah nasib yang bakal UMNO terima tak lama lagi. Kalau senang boleh jumpa dekat Pak Su atas gon.

    Detguaq,
    Mungkin apa yang hang cakap, dari teorinya memang cantik...tapi apakah teori boleh dan telah dilaksanakan dalam UMNO. Sebenarnya kepimpinan UMNO dari dulu hingga kini belum berubah...mula-mula rebut jawatan dalam parti lepas tu pakat berebut projek, kemudian pasang angan-angan nak jadi calon, buat kerja sikit canang seluruh pelusok cawangan. Rakyat yang dengaq pun meluat !!!

     
  18. detguaq Says:
  19. APM,

    Mungkin apa yang hang cakap, dari teorinya memang cantik....

    Tolonglah rasional sikit bila komen. Aku tak mahu membalas komen spt tipikal pas yang kalau tidak kena akan terus mengamburkan 'bodoh', bengong, lembu dan bermacam-macam kata yang sebenarnya tidak memberi kesan langsung dari segi hikmah teguran.

    Sebenarnya aku tidak berteori. Ini adalah fakta. Dan UMNO pula bukannya tidak pernah menerajui pemerintahan negara. UMNO berpengalaman bersama komponen lain dlm BN(Perikatan dulunya)membangunkan negara selama 53 tahun. Buktinya amat terang dan jelas tetapi sengaja pembangkang kufur dengan ni'mat pembangunan. Jadi mana pula yang di katakan teori? Dulu akar umbi sentiasa menjadi barisan yang sentiasa menegur kepimpinan bilamana adda pemimpin yang tersasar dari landasan perjuangan. iaitu di peringkat memperjuangkan kemerdekaan sehinggalah memperjuangkan kemajuan negara. tetapi aku akui bila negara sudah mengecap kemakmuran, mereka yang ada sedikit kuasa telah menjadi butahhati dek kerana hambatan nafsu.

    Jadi ini bukanlah teori, tetapi pernah di praktikkan dan jika ada iltizam dari ahli bawahan, ianya tidak mustahil untuk di praktikkan semula.

    Dan bab canang kerja, itu memangnya perlu dlm tiap diri ahli politik. Sedangkan duduk bersila depan kitab-kitabpun di canangkan merata-rata, sedangkan sujud atas simen berjubin danmarmarpun di canang merata...kerja yang tak payah keluar modal ringit-ringgit, apatah salahnya jika pemimpin UMNO yang menolong rakyat mencanangkan apa yang mereka tolong. Apakah hak mencanang tu hanya hak sebelah pihak???

    Rakyat meluat??? Ada statistik???

     
  20. Tuan Det,

    UMNO memang berjasa terutama pemimpin terdahulu yang sanggup berjuang demi parti dan negara. Malah zaman saya pemuda dulu pun, samangat juang ahli UMNO masih tinggi, kita buat kerja parti tanpa mengharapkan upah, kekadang keluar duit poket sendiri demi untuk kerja2 parti. Tapi akhir-akhir ini semua semakin lenyap, nak buat kerja berkaitan parti sedikit dah minta upah, tak ada upah kerja tak jalan.

    Bila musim pemilihan kempen bagaikan nak rak, bila menang bukan nak buat kerja untuk parti tapi (kebanyakan bukan semua) cari jalan bagaimana nak memenuhi kantong masing2. Lepas tu kalau tak dapat bergadoh. Inilah antara sebab yang membuatkan ahli mula menjauhkan diri dari parti. Kelemahan sebegini pun ada dalam parti lain tapi tak ketara sangat, sebab masakini orang lebih fokus kepada UMNO. Sepatutnya UMNO yang dah 53 tahun mesti lebih matang dalam menangani permasalahan dalaman parti.

    Kalau nak tau rakyat meluat atau tidak kepada UMNO lihat rekod PRU yang lalu, kalau rakyat tak meluat KEDAH tak kalah di tangan pembangkang....calon bebas pun boleh menang masa tu...apa maknanya tu!!!

     
  21. Detguaq.UMNO dulu lain.Saat ini lain.UMNO hari ini rasuah politik wang.Itulah punca orang meluat.Kroni tak habis-habis sampai dicawangan pun dok kira kroni.Ketua bahagian dah mula cakap bohong.Janji tak betoi.Matlamat utama hambat projek sahaja isi poket .Budak kelas tadika mungkin hang boleh bohong.Tanda meluat bila orang lari dari UMNO.Orang kritik UMNO pasai orang sayang UMNO.Parti lain mampuih pi nak jadi apa pun.Rancanagn UMNO diatas elok.Cuma bila sampai dibawah maka kroni diutamakan.Aku ingat hang pun makan kuah sahaja.Isi dapat pada orang lain.Ramai lagi fakir miskin di pinggirkan.Hang tau DEt PRU 13 UMNO/BN berat dikedah....

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO