Untuk mereka yang akan balik ke kampung masing-masing, terutamanya umat Islam(rasis ke ni?) jika dapat elaklah dari melalui jalan Sungai Petani ke Alor Setar terutama di antara Sungai Lalang dan Gurun kerana satu jambatan baru sedang dalam proses pembinaan sebaik selepas dari Permaipura, sebelum memasuki Pekan Bedong(sebut Bidong, bukan bedong macam bedong anak tu!)
Sedang tidak dalam keadaan bercutipun saban pagi dan petang, semasa orang hendak keluar bekerja dan kembali dari tempat kerja, keadaannya sentiasa jem. Kenderaan terpaksa beratur panjang dan bertambah parah jika ada trailer, tanker dan lori kontener.
Saya cadangkan sesiapa yang hendak ke Gurun, Guar Chempedak atau lain-lain pekan berhampiran silalah gunakan lebuhraya PLUS. Tetapi siapa yang hendak ke Semeling, Singkir dan Tanjung Dawai boleh gunakan laluan alternatif yang melintasi Sungai Merbok.
berhati-hatilah di jalan raya.biar lambat asal selamat.jangan lupa pasanglah bendera malaysia dan bendera umno dikereta anda.jangan lupa diakhir 10 ramadan ini banyakkanlah ibadat malam dan sebagainya.janganlah lepas majlis bebrbuka puasa orang kita melepak dikedai kopi dengan baju melayu sampai tengah malam.
Eh! Memang RASIS tuu!!!
Ha! Mari kita belajar lagi pasal rasis ni Mari Belajar Jadi Kurang Ajar
Anyways, thanks for the balik kampong tips!
TAPI AKU TENGOK KADANG YG PAKAI LEBAI PUN CENGE BILA PANDU KERETA.LAMPU MERAH PUN BELAH.dOUBLE LINE PUN POTONG.
salam,
the famous ketayap drivers driving sembrono can always be found in serambi mekah especially the kereta plet (taxi) drivers...