SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Zalimkah Kerajaan UMNO/BN?

Posted by Detguaq2 Thursday, August 5, 2010


Aku berpeluang untuk mengikuti satu majlis di sebauh Pusat Giat MARA (PGM) di suatu tempat di Negeri Kedah.  Bila aku kesana dan berpeluang berbual-bual dengan Pengurus PGM, aku begitu terharu sekali bila mendengar taklimat ringkas beliau.

"Tuan-tuan bayangkan, mereka ini kita kutip dari keadaan sifar harapan dan kita bentuk mereka menjadi manusia".  PGM sanggup menerima mereka asal sahaja mereka ini ada kemahuan dan keazaman dengan sedikit asas 3M.  Tetapi Alhamdulillah mereka ini setelah berjaya menamatkan kursus ramai yang melangkah ke tahap yang lebih tinggi yang selalunya mereka ini akan meniti IKM terlebih dahulu...."

"Tahukah tuan-tuan salah seorang eksekutif di Modenas yang kini menikmati gaji sebanyak RM17,000.00 sebulan adalah produk PGM?  PGM mengutip nagoi-nagoi yang kanyiaq ini untuk di bentuk menjadi manusia berguna, jika itulah pilihan mereka, kerana ada juga mereka yang datang ke sini atas paksaan keluarga dan akhirnya kecundang, bukan kerana salah siapa tetapi kerana sikap diri."

"Dan tahukah tuan-tuan, ramai dari kalangan sub-kontraktor dan kontraktor-kontraktor berjaya adalah juga hasil produk PGM?  Dan PGM tidak pernah mengaplikasikan sistem aparthied dalam pengambilannya. Parti di kesampingkan asal sahaja anak Melayu dan Bumiputera yang tercicir itu dapat kita bilas dengan ilmu kemahiran agar dapat meneroka hidup yang lebih bermakna dan bertanggungjawab"

Lalu di bisikkan kepada aku, "Ada seorang YB dari PAS datang bawa anak dia untuk kita bentuk kerana dia kata anak lelaki dia tu  buat dia pening kepala, kerana walau dah di hantar ke sekolah agama dan pondok pesantren, tetapi tidak bertahan lama, akhirnya kerana dia MELAYU, PGM terima tanpa karenah, tetapi malangnya budak lelaki anak YB dari PAS itu hanya berjaya mempertahankan dirinya dalam PGM selama 4 bulan sahaja."  Nak wat gena.............

Dan anak-anak Melayu dari acuan pembangkang yang telah berjaya di beri ilmu kepada mereka inilah akhirnya di beri peluang pula untuk bekerja dengan jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan, tetapi memilih untuk menjadi duri dalam daging di tempat-temapt mereka menceduk rezeki.  Mereka menuduh kerajaan bermacam-macam, padahal di mana mereka dapat makan, di situlah pula tangan yang menghulur di gigit.  Mengapakah mereka tidak mahu mengambil langkah yang betul bila ada sesuatu kes seperti rasuah di dalam jabatan-jabatan dari dengan hanya melemparkan tuduhan sembrono kepada kerajaan?  Bukankah yang mengamalkan rasuah itu adalah individu.  Jika benar berlaku, sediakan bukti kukuh.  Setelah ada bukti kukuh, lapurkan sahaja kepada pihak berkuasa supaya tangkapan dapat di lakukan.  Tetapi janglah bila bertindak, bukan individu yang makan rasuah di lapurkan kepada pihak berkuasa, tetapi terus mendakyah bahawa Kerajaan rasuah, kerajaan rasuah.  Betulkah tindakan ini?

Aku cukup pelik bilamana agensi seperti KEDA di kuasai oleh ahli-ahli dari parti pembangkang dan selalu mengucar-ngacirkan pentadbiran, malah mereka inilah yang selalu mengucapkan ungkapan riak yang berbunyi, 'hangpa sokong dapat apa?, aku yang tak sokongpun dapat macam-macam, baik hangpa tak payah jadi penyokong".....bukannya mereka hendak mensyukuri kepada dasar kerajaan yang membuka ruang dan peluang untuk menceduk nafkah menyuap diri, anak dan isteri, lalu sibuk mencari salah orang dari memperbetulkan diri sendiri.  FIKIRKAN!

12 Responses to Zalimkah Kerajaan UMNO/BN?

  1. Syukur ada DEB, teman jadi anak Melayu-Islam yang berjaya. Kalau tidak dah tentu teman jadi ekstremis agama yang tahu maki hamun dan tak tahu bersyukur.

    Cerita Tuan memang banyak di tempat teman. Kebanyakkan kengkawan teman yang kantoi belajaq adalah anak orang PAS. Mak bapak siang malam dok puja Wali Selipor dan berpolitik sumpah seranah UMNO BN tapi tak berjaya pun hidup mereka.

     
  2. seja kala Says:
  3. itulah maknanya orang melayu main politik bodoh namanya.oarng lain main politik ada sempadannya.mereka cerdik dan pintar.mereka ada percaturan yang smart untok jangkamasa politik,ekonomi,epndidikan dsb.,orang melayu aku tengok asyik bertokak pertamanya sama sendiri.keduanya sepak terajang dengan kumpulan lain tapi melayu juga.yang jadi pemimpin pun kurang cerdik tiada ada muafakat yang tertib dan sepadu serta ikhlas.kita asyik memperlekehkan sesama melayu.menjatuhkan sesama melayu.kemudian itu rasa bangag diri pula kerana berjaya tendang rakan sekandang.inilah kehebatan melayu.orang melayu otomatik katanya islam tetapi imannya sikit luntor.sebab itu cakap masing-masing lansung tak serupa bikin.manakala bikin pun tak serupa cakap.orang melayu amal sikap enau dalam belukar.kemudian yang baik sikit amal sikap seperti padi makin tundok bila berisi.tapi padi yang berisi dimakan tikus ataupun rebah kebumi berselerak atas bumi.itulah melayu hari ini.

     
  4. detguaq3 Says:
  5. Salam MAG,

    Mereka sentiasa zikir di telinga anak-anak agar dapat melupakan dan menafikan jasa dan dasar umno/bn yang sentiasa mencari jalan untuk kesejahteraan rakyat, sebaliknya mereka nyaring menuduh parti umno senada dengan kafir harbi yang punya agenda licik agar sesama Melayu dan islam sentiasa berbalah....

     
  6. Anonymous Says:
  7. Tanda-tanda kejatuhan suatu bangsa itu bila terdapat dikalangan mereka terlibat dengan rasuah yang tidak ada segan silu lagi.Keduanya bila dikalangan mereka juga terdapat akhlak yang burok menjadi-jadi kebanggaan.Ketiga bila amanah sudah tidak ada lagi dalam amalan mereka.Kelima ajaran Islam hanya dibibir sahaja.Tunggulah kemusnahan kalau tak berubat dari awal.

     
  8. susahawan Says:
  9. kerajaan umno/bn tidak zalim.sbb tu la mohon pemimpin umno kedah menyelesaikan apa yg tertangguh semenjak praya umum ke 12 doulu2.usahawan yg berdiri dgn kaki sndiri pun kena tulun jugak sama spt masa usahawan tulung umno kedah ni masa tadaq sapa nk tulung dulu.dengaq2 rintihan ini wahai pemimpin umno kedah baik yg duduk di pusat mahupun dlm negeri ni.

    untuk renungan
    http://www.scribd.com/doc/25001028/Bahaya-Enggan-Melunasi-Hutang

     
  10. la ni depa kira depa saja.negeri pas perintah.projek dari pusat.ketua bahagian/kroni dia tunggu komisen sahajalah.nak tolong hangpa lagu mana.perut sendiri didahulukan kroni diutamakan.pilihanraya nanti mampuih aku rasa.jahanam pakat dok cari makan atas tu semua.

     
  11. susahawan Says:
  12. tkpa ligan pojek ka mcmmana pun.tp hak org kena bg jugak.uutang kena bayaq,janji kena tepati.sblm dapat jgn suka berjanji!tp bila dh berjanji,iktiaq la nk tepati.juara rakyat!

    ujung minggu main kayaq
    ada utang jgn liat nak bayaq

     
  13. banker Says:
  14. alahai SUSAHAWAN utang apa pula ni.betoi ke ni.sapa utang sapa.hang jangan dok bagi malu sapa-sapa.halal sahaja lah lebih korang tu.barang yg lepas jgn dikenang.

     
  15. susahawan Says:
  16. banker,tkpayah la aku menjawab soalan hang tu dgn detel.cukuplah depa yg tau saja.bukan 'sapa2' tp 'depa'.jalan lain tadaq dah nk habaq kt depa@depa buat tak dengaq.kot2 depa baca blog pelantaqhujah ni,depa ingat jugaklah tggjwb depa.sedangkan org yg kaya masih kutip utang walma seratuih dua,inikan pula yg meniaga kecik2.banker pun masih ligan loan kreta yg belen sebulan!

     
  17. banker Says:
  18. susahawan..aku bukan nak sokong hang.Tapi kedapatan geng umno ini hutang buat tak kesah.Dari kedai runcit,hadrware,kedai kain,d.s.bnya.Ini pun lagi punca maruah kelibat ahli umno.

     
  19. Detguaq2 Says:
  20. Salam susahawan dan banker,

    Saya sebenarnya turut simpati dengan susahawan,kerana saya juga orang berniaga, saya lahir ketika ayah berniaga buah-buahan dan ibu menjual batik dan makanan. Besar, saya juga berniaga kerana sudah terbiasa dan tidak boleh bekerja makan gaji(cuba juga tetapi tak boleh lama. Orang hutang ayah berpuluh ribu sehingga akhir hayat, orang juga hutang ibu beribu-ribu(zaman 70an nilainya besar) sehingga kini dan kini sebagai orang berniaga saya juga mengalami nasib yang serupa, tetapi kesannya saya juga turut terhutang kerana hutang saya ialah hutang berantai bila membuat kerja-kerja sub-kontrak, tetapi Alhamdulillah sedikit demi sedikit saya berusaha untuk seboleh-bolehnya membayar hutang, orang hutang saya(termasuk yang sengaja tidak mahu bayar) boleh di katakan menghampiri 3 ratus ribu manakala hutang saya tidak sampai 8puluh ribu. Delima memanglah delima, tetapi perlukah duduk diam dan menuding jari? Sama-samalah kita berusaha...dan biarlah usaha kita tidak melanggar norma agama...InsyaAllah Dia sentiasa Memahami. Banker....along berlesen.....kata macamanapun kena kat banker. Banker, bab hutang tak kisah ni bukan kira umno ka pas ka...hang ada kawan yang sokong umno, hang ada kawan yang sokong pas, dalam keuda-dua parti terdapat individu yang berperangai begini. AKU PERNAH TERKENA DENGAN SEORANG YANG MENGAKU DAN TUNJUK ALIM, SEMBAHYANG TAK TINGGAL, DI BERI TAHU TIAP-TAIP MALAM HABISKAN QURAN SATU JUZUK, KERJA SIAP CLAIM LUMAT DI SEBAT, PAYMENT KAT AKU HARAM SEKUPANGPUN TAK DAPAT.....Ini kes hati seseorang manusia, bukan perlembagaan mana-mana parti. Harap kita celik bab ni kalau nak kheyau kat sapa-sapa...

    **Ada orang seolah-olah menghina saya kerana bawa teksi, tetapi depa pedulikah kalau perut anak isteri saya lapaq? Ke sekolah tak berduit? Peduli apa kalau saya memandu teksi, tapi biarlah kalau pun memandu teksi, tetapi pemandu yang berilmu serta berhemah bila berhadapan pelanggan yang berhemah....

     
  21. banker Says:
  22. detguaq.yang pentingnya setiap kerja kita mendapat keberkatan ALLAH SWT>.inilah yang penting sebagai mukmin.semoga ALLAH memberkati hidup mu.Amin.

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO