SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Awat? Payah Sangat Ka.....

Posted by detguaq3 Monday, August 2, 2010



Dalam satu perbualan aku dengan seorang pemuda UMNO akar umbi, telinga aku menangkap keluh kesah dan kerisuan beliau. Antara keluh kesah beliau ialah tentang masih kedapatan orang-orang tua dalam UMNO yang sudah sepatutnya pencen dan hanya sesuai untuk melengkapkan majlis dan pertemuan tapi masih menggagahi diri untuk mengetuai cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian UMNO. Nafsu masih membara walau tenaga sudah tiada.....

Lalu aku kata pada beliau yang mereka-mereka ini sudah sepatutnya di ganti, malangnya si pengeluh tadi berkata, "Susah Abg Det oiii"....."Kami ni tunggu nak buat kerja saja". Aku kata apa kerja lagi yang kita nak buat kalau parti dah hancur berkubur dek tangan-tangan si kitol dalam UMNO?

Ini yang aku tak faham. Apakah susah sangat untuk kita tukar pemimpin kita jika mereka tidak lagi mampu memimpin? Dalam era ini, terma segan, malu alah, biaq pi kat depa sudah tidak boleh di guna pakai lagi. Selagi ayat-ayat ini meniti di bibir, ia sebenarnya menganjak kita dekat dengan kehancuran.

Lalu aku cadangkan kepada golongan muda di akar umbi yang sebenarnya masih sayang kepada parti keramat UMNO ini. Mulakanlah transformasi di akar-umbi. Mulakanlah ia di cawangan masing-masing. Suara ahli pemuda/pemudi di cawangan-cawangan sebenarnya boleh menunjang kembali kehebatan UMNO sebagai parti pembela nasib orang Melayu, nasib pribumi Tanah Melayu, nasib pribumi Malaysia keseluruhannya.

Wahai orang-orang muda, pemuda dan pemudi cawangan-cawangan, gunakanlah perlembagaan parti untuk kebaikan parti itu sendiri. Mana-mana ahli-ahli akar umbi di cawangan-cawangan mendapati Ketua cawangan mereka tidak lagi mampu mengetuai mereka di akar umbi, gunalah kuasa anda yang di peruntukan oleh perlembagaan untuk menggantikan Ketua Cawangan anda yang sudah tidak mampu menyumbang dengan Ketua Cawangan yang lebih bertenaga dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk menjadi Ketua Cawangan anda. Tetapi sebagai penghormatan, lantiklah Ketua Cawangan yang lama untuk menjadi penasihat di cawangan anda.

Dan wahai pemuda pemudi, jika anda dapati Ketua-ketua Cawangan anda hanya suka mengejar jawatan tetapi baloq dlm menjalankan tanggungjawab, maka gantikanlah ia di dalam pemilihan cawangan yang akan datang dengan orang yang anda 'observe' yang layak memimpin. Jangan lah lagi memilih melalui kuasa anda sebagai ahli Ketua-ketua Cawangan yang kemudiannya di lantik pula sebagai Pengerusi JKKKP tetapi selalu 'tuang' dari kerja mereka dalam membantu rakyat tetapi sebaliknya 'menyeghama' ke mesin-mesin ATM atau perjumpaan untuk menerima cek elaun JKKKP yang awai-awai lagi, belumpun ayam berkokok, belumpun embun kering di rumput, belumpun bayang-bayang menyentot 3/4 panjang tetapi sudah tersengih di pintu dewan tempat mengumpulkan mereka....Gantikanlah mereka ini yang ingat elaun tu untuk depa guna macam gaji, padahal 'semangat' sebenar elaun itu adalah untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti cawangan. Jgnlah di lantik mereka ini untuk menasihati cawangan pula. Suruh depa dok belakang masa mesyuarat!

Usahalah untuk menggantikan Ketua-ketua Cawangan yang mentekedarah elaun JKKKP tetapi pandai ngelat dlm kerja mereka termasuklah yang harga mereka hanyalah dalam lingkungan RM200 ke RM 300 bila tiap kali tiba musim pemilihan parti di Bahagian.

Dan jika kita tahu menggunakan kuasa secara rasional, maka rasionlnya juga Ketua Bahagian atau Ahli Majlis Tertinggi atau Naib Presiden atau Timbalan Presiden hatta Presidenpun boleh di ganti oleh hanya satu cawangan sahaja. KERANA MEREKA JUGA LAZIMNYA ADALAH KETUA CAWANGAN!!!!

Jadi janganlah terus merungut di 'balik guri' jika mahu parti pulih dari segala liabiliti, kerana di atas kertas ianya boleh di lakukan. Maka gerakkanlah formula transformasi ini dari atas kertas kepada 'padang yang sebenar'.....DEMI UMNO yang rohnya kembali kepada asasi.

UMNO SHOULD BE SIMPLY BACK TO BASIC!!!

6 Responses to Awat? Payah Sangat Ka.....

  1. abuarif Says:
  2. Bahagian2 d KEDAH apa nak jadi,,,,,,,,,,,yg menang ketua bahagian dulu semuanya kerana FULUUUSSSSS,,,,,,,,,,Fulus tak ada kerja tak gerak le,,,,,,,,ini semua perancangan DET Khalid dulu,,,susun kroni2 dia Pencacai DOLAH BADWI supaya depa dapat kontrol Kedah,,,,kononnya dan Tak RASA MALU negeri jatuh ke PAS semasa jadi ketua UMNO d KEDAH dan sampai hari ini dok usha nak jadi PERHUBUNGAN NEGERI,,,,,,,,,,,,,Muka tak MALu,,,,,,,,kasi singkir Det KHALID, JO BAHARUN,TAJUL ARUS, AZIZ MAMAK BALING, ALI sudah kena TENDANG,ROZAI bawa KJ,,,,,,,ada 2,3 ekoq balaci KJ ,,tajudin sik, rahman padang serai,,,,,,AZIZ KULIM,,ini gila jawatan,,abang dia tarak nanti mau guna sapa pula kejar itu jawatan,,,,,bodek sama,,hisyamudin menteri amaran!!!!!!!!!!

     
  3. Anonymous Says:
  4. mereka kesemua yg hang cerita tadi masa zaman pak lah badawi jadi pm.sikit-sikit kj laa.mereka yg menjadi agenda kj dikedah untok menerajui bahagian dikedah.duit ringgit tok punya lah makmur.

     
  5. oku Says:
  6. ketua caw bulok duit elaun jkkkk.ketua bahagian bulok serta kemarok komisen projek.lagu mana umno tak letih.perut sendiri sama kroni juga jaga.ayo yo ama aci.

     
  7. air merah Says:
  8. pemimpin umno kulim bandar baru semunya dah kena beli dan cucok hidung oleh mamak kadeak termasuk husin .

     
  9. Anonymous Says:
  10. orang kj masih kuat di umno kedah.

     
  11. detguaq Says:
  12. Salam semua,

    Ya....nampaknya kesemua yang memberi komen adalah ahli-ahli yang mahukan perubahan dalam UMNO dan tahu serta nampak jelas di sisi masing-masing, dan aku harap ini adalah suara sebenar ahli-ahli akar umbi yang sayangkan UMNO. jadi sebagai ahli yang sayangkan UMNO, sekali lagi saya seru, gunakanlah kuasa keahlian anda bila tiba mesyuarat pemilihan di cawangan-cawangan...Awat? Susah sangat ka?

    **Semua nama-nama yang di hukum bersalah di atas oleh pemberi komen masih lagi berkuasa di cawangan masing-masing. Awat? Banyak sangatkah undi-undi di cawangan-cawangan yang di perlukan untuk membersihkan UMNO? Aku pasti tiidak banyak cawangan yang ahlinya sampai 500 ke 600 orang, dan ikut perlembagaan kehadiran satu pertiga dah cukup, dan dari satu pertiga yang hadir itu kalau undi yag menloak kepimipnan ketua cawangan ialah 51% ke atas, maka akan adalah pemimpin baru yang segar dan bersih(kalau itulajh kriteria yang hangpa pilih setelah di selidik) mengepalai hangpa di cawangan.....

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO