SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

AKU SOKONG KJ! AKU SOKONG KJ! AKU SOKONG KJ!

Posted by Detguaq Monday, May 31, 2010

Haaaa...  Sampai 3 kali aku tulis tu.  Tentunya pencacai kj seronok tengok tajuk tu.  Tentunya depa rasa depa dah berjaya dalam misi untuk mengangkat kj entah di mana tahapnya walaupun bukan itu selayaknya kj utk berada.

Lakonan demi lakonan, skrip demi skrip.......namun tiada satu dapat menyerlahkan watak yang ingin di sembah kepada khalayak. Kenapa?  Kerana aku yakin yang nawaitu kj ketika pertama kali melangkah ke alam politik tidak pernah di sertai dengan keikhlasan.

Azli Shukri ada bahannya.....

Maafkan Saya....KJ


Maafkan Saya...KJ

Belum terlewat kirasanya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudara Khairy Jamaluddin atas kejayaan beliau menamatkan kursus asas ketenteraan - bahkan beliau juga turut diumumkan sebagai Peserta Terbaik Keseluruhan dan Peserta Terbaik Akademik. Saya melihat apa yang telah dilakukan oleh Khairy ini sebagai perbuatan yang baik dan patut dicontohi oleh generasi muda. Malah, tidak keterlaluan rasanya jika saya memuji kehebatan khairy tatkala melihat beliau berpakaian segak dengan uniform tentera - benar-benar memiliki kelasnya yang tersendiri. Syabas Khairy!


Maka - hari ini, adalah hari yang sangat saya nanti-nantikan. Menjadi bukti kepada semua penyokong Khairy sesungguhnya Khairy Jamaluddin sememangnya pintar dan selayaknya beliau menjadi penjawat awam, seperti mana pelajar-pelajar pintar yang lain. Dunia politik terlalu kotor untuk anda. Anda sama-sekali tidak mempunyai seni berpolitik di samping ketumpulan karisma dan ketokohan sebagai seorang ahli politik yang sejati. Secara ikhlas, biarlah saya berterus-terang kepada saudara Khairy yang saya kasihi.


Sesungguhnya, saudara seorang yang pandai, terimalah hakikatnya ini dan kepandaian saudara itu sepatutnya digunakan dalam sektor awam. Dengan kata lain sebagai penjawat awam. Bidang pekerjaan yang sesuai untuk saudara adalah seperti Pegawai Tentera, Pegawai Tadbir dan Diplomatik atau setidak-tidaknya sebagai seorang pensyarah. Anda tidak boleh pergi lebih jauh daripada itu. Cukuplah dengan apa-apa yang telah berlaku sewaktu bapa mertua saudara menjadi Perdana Menteri. Dan sekarang - Pemuda UMNO semakin lemah dan lesu. Perpecahan yang berlaku akibat daripada nafsu politik saudara yang terlalu besar dalam politik UMNO - menyebabkan UMNO semakin nazak. Cukuplah, wahai saudaraku Khairy. Saudara telah buktikan bahawa saudara layak untuk menjadi seorang tentera yang baik dan berdedikasi. Sesungguhnya, dunia ketenteran di Malaysia tidak sabar-sabar menanti insan seperti saudara. Tidak mustahil pada satu hari nanti saudara mampu bergelar Jeneral.


Justeru itu, saya dengan rendah diri, memohon kepada saudara agar meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan segerlah menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) - bakat anda terselah sebagai seorang tentera yang berjiwa patrotisme. Saya percaya, kerajaan Malaysia tiada masalah untuk melantik saudara terus ke pangkat Mejar, dengan syarat saudara tinggalkan politik dan berbaktilah sepenuh masa untuk negara. Percayalah, saudara tidak mempunyai bakat seorang politik, sebaliknya saudara mempunyai bakat yang sangat terserlah sebagai seorang tentera, ahli akademik atau pun sebagai PTD. Mohon, saudara tinggalkan jubah politik UMNO segera. Dan saya percaya ahli-ahli Pemuda UMNO akan bersyukur dalam hal ini. Maafkan saya jika saya berterus-terang dengan nada yang mungkin kurang enak untuk didengar. Wallahualam.

5 Responses to AKU SOKONG KJ! AKU SOKONG KJ! AKU SOKONG KJ!

  1. Anonymous Says:
  2. Dalam tentera, jika diberi peluang, nanti satu hari dengan menggunakan tentera, KJ akan guling Kerajaan pulak.

    Jika KJ berbakat,suruh dia ajak anak buahnya dalam Pemuda UMNO masuk Tentera Wataniah suapay mereka ini ada disiplin macam tentera.

     
  3. TheObserver Says:
  4. Bila KJ nak join kontinjen Malbatt ? Prince Harry boleh takkan Prince 'Hairy' macam pengecut ?

     
  5. Wake UP! Says:
  6. KJ. Dah lu ni hebat sangat masuk askar Wataniah, apa kata lu ni sertai konvoi keamanan ke Gaza? Takut nak mati sebab nak jadi PM sebelum umur 40 tahun?

    Kalau takut, tak wajar jadi pemimpin dalam UMNO.

     
  7. detguaq Says:
  8. Ialah Anon 10:55, tak terfikir pulak aku. Bakat dia nampaknya tetap berbumbu persepsi negatif...kenapa? Kerana dia bermula secara jahat dalam politik,sbb itulah kejahatannya tidak dapat di padam di dalam setiap rancangan dan hasrat politiknya....

    TheObserver, kalaulah dia bermula dengan langkah ini dahulu kemungkinan warna [olitik be;iau tidaklah berbaur warna-warna negatif. Wakeup hati kecil aku sering sangsi dgn setiap atur langkah manusia bernama kj di dlm politik pemergian beliau melancong ke Mekah dahulu.

     
  9. Alahai KJ .... jangan la hang Det duk harap si KJ ni berani berdepan ngan peluru. Nak berdepan ngan Parpu pun tak mampu .... HU HU HU!!!

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO