Berita mengenai hasrat ADUN Titit Tinggi untuk meletak jawatan aku sambut dengan tenang malah sedikit lapang. Ndak letak, letaklah. Bagi kat UMNO pulak jadi calon! Tetapi berita dari BERNAMA ini benar-benar memberi rasa TERUJA kepada aku walaupun belum pasti kesannya tetapi aku bersangka positif...
***********************************************************************************
23 Mac, 2010 19:24 PM
Berita Gembira Sempena Pelancaran Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan
KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan mengumumkan berita gembira untuk rakyat sempena pelancaran Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan dan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) yang akan disempurnakan beliau malam esok.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang memberikan gambaran itu berkata, beliau yakin pengumuman yang akan dibuat oleh Perdana Menteri itu akan menggembirakan rakyat.
"Saya boleh memberi gambaran, rakyat akan gembira dengan pengumuman itu dan sejenis lonjakan am akan berlaku.
"Butirannya perdana menteri telahpun bersedia untuk buat pengumuman dan kita sama-sama tunggu," katanya ketika diminta memberikan gambaran mengenai majlis pelancaran itu yang akan berlangsung di Dataran Merdeka malam esok.
Rais yang ditemui pemberita selepas meninjau persiapan akhir bagi majlis pelancaran itu juga menyifatkan majlis pelancaran itu sebagai satu peristiwa bersejarah bagi negara.
Katanya hasil kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Malaysia berupaya merangkul keupayaan untuk melancarkan perjuangan telekomunikasi bertahap tinggi.
"Selepas pengumuman dan pelancaran ini kita jangka kedua-dua pihak ini akan bekerja keras untuk memastikan kualiti, kos dan perkhidmatan jalur lebar ini, yang akan merubah cara hidup kita di Malaysia dapat diperbaiki," katanya.
Katanya jalur lebar sudah menjadi salah satu kemestian atau kewajipan hidup dan mesti diisi seperti mana pentingnya pembinaan jalan raya, elektrik dan air untuk masyarakat.
"Dengan wujudnya kemudahan telekomunikasi ICT khususnya jalur lebar kelajuan tinggi ini cara hidup akan berubah, dunia akan lebih kecil dan kita boleh berkomunikasi dengan lebih pantas dan efisien.
Di samping itu, pelancaran jalur lebar berkelajuan tinggi itu juga penting untuk menyokong perjuangan Gagasan 1Malaysia selain membantu merancakkan sektor ekonomi negara terutamanya di bawah Model Ekonomi Baru yang bakal diumumkan Perdana Menteri kelak, katanya.
Rais berkata kerajaan bagaimanapun sedia maklum mengenai beberapa rungutan masyarakat berhubung perkhidmatan jalur lebar termasuk kos, kelajuan dan kualiti perkhidmatan itu yang masih tidak setanding dengan negara-negara asing.
Bagaimanapun dari konteks penggunaan Wimax, Malaysia merupakan negara ketiga di dunia yang mencapai tahap penggunaan dan perkhidmatan Wimax yang paling cepat dan menyeluruh, katanya.
Beliau berkata setakat ini Malaysia sudah mempunyai kira-kira 17 juta pengguna internet, iaitu satu indeks yang sangat membanggakan.
TM setakat ini mempunyai kapasiti membekalkan kemudahan talian jalur lebar kepada kira-kira 311,000 premis di pelbagai lokasi.
-- BERNAMA

**
Pak Rais! Abang NAJIB! Biar Jalurnya saja yang lebar naaa......Jangan pula kos yang kami kena tanggung juga MELEBAR ke atas dari jalur sekarang ni.....Janganlah fikirkan sangat untung jangka pendek kerana HSBB ni adalah pelaburan jangka panjang untuk MENDAHULUKAN RAKYAT AGAR PENCAPAIAN BERWAWASAN GEMILANG yang menjadi keutamaan Kerajaan Barisan Nasional.
***
Yang dulu akan menyerama guna kesempatan ini adalah pengikut jumud PISs dan penjilat B A B I. Maka segala usaha positif dari pihak Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dato' Seri najib Tun Abdul Razak akan di 'spin' seligat-ligatnya agar setiap yang baik itu di lihat jahat, setiap yang putih itu kelihatan hitam...hitam sehitam-hitamnya...
****
Setelah adanya HSBB maka tidak perlulah RPK terus melarikan diri untuk berada di luar negara....hujan emas di negeri orang.....hujan fitnah di negeri sendiri. Baliklah RPK untuk menikmati Jalur Lebar di negara sendiri....RAYUAN nih!
Salam
Kalau perkhidmatan jalur lebar ini pantas dan stabil,berbaloi untuk bayar dengan harga yang sesuai.Tapi kalau perkhidmatan pun turun naik,berbaloi kah untuk mendapatkan nya?Saya harap pengumuman ds Najib akan mengutamakan rakyat dari mengutamakan keuntungan.Sekurangnya ia mengukuhkan keyakinan rakyat bahawa DS Najib lebih pentingkan apa yang rakyat perlukan.
ps: Saya pun tak sabar untuk menikmati kelajuan yang di war war kan.Cuma jangan menjadi indah khabar dari rupa.
Laju tak pa jangan rakyat tersungkur kerana bayaran tinggi. Anak2 sekolah, orang kampong kat Sik, Baling, Padang Terap dan Ulu Sedim juga Ulu Mhang pun nak nikmatinya. Boleh kata 80% rumah sudah ada komputer dan pelajar2 Universiti yang dah beli brodband balik kampong mereka di Ulu Bakai, Pedu atau Belantik, mereka akan nikmatinya.
Tapi, jika bayarannya tinggi bapak segala jalur lebar yang PM nak lancar malam ni tak guna juga. Impaknya orang ramai akan maki Kerajaan juga. Dato' Sri Utama Rais harus ambil srios dan bertanggung jawab tentang perkara ini.
Nama kata puak pembangkan ni, buatlah tegha mana pun depa masih tak puas juga lah... La, kita tok sah dok kegha depa, kita buat saja segala apa yang boleh memberi faedah kapada rakyat.
Yang penting, jangan nama saja jalur lebar tapi perkhidmatannya, kecil-kecil... macam jalur lebar yang duk sedia ada macam la nih... yang besar cuma bayaran tiap-tiap bulan...