Pelbagai pandangan dan pendapat telah di perah keluar dari lubok kalbu blogger-blogger pro UMNO/BN mengenai parti amanakah dalam komponen BN yang paling layak dan sesuai untuk bertanding pada PRK Hulu Selangor kali ini. Ada yang sekadar memberi pandangna mengenai parti mana, dan ada yang pergi lwbih jauh dengan menyebut nama beberapa tokoh baik dalam MIC mahupun dalam UMNO sendiri.
Nampaknya sekali lagi Melayu UMNO dengan cepat akan meLUPAi apa yang telah di hamburkan oleh MusBAHLOL Am MIC yang nyayuknya menyaingi nyanyuk Musbahlol PISs yang di lantik semula. Mereka senada mengutuk UMNO ketika UMNO sesak nafas setelah terkejut dari tidur semasa zaman 'the sleepy prime minister' di mana kunci pentadbiran di kuasai oleh menantu dan suis pengurusan negara di swastakan kepada tingkat 4 dan beberapa nama yang saling berkait di antara individu-individu perosak UMNO dalam UMNO dan perosak UMNO di luar yang juga berperanan merosakkan PISs dari dalam melalui proksinya dan dari luar dengan pelbagai helah sehingga menampakkan PISs seperti kaldai di cucuk hidung ...hhHHoonnggkk!
Penolakan kaum India terhadap musBAHLOL MIC yang sudah melepasi tahap menopasue itu begitu ketara sekali sehinggakan me'meruah'kan beberapa parti baru yang kecil-kecil tanpa tujuan jelas dan matlamat yang kabur. Parti-parti ini pula begitu nyaring menyalakkan isu remeh hanya untuk mendapatkan perhatian kaum mereka tanpa di pedulikan oleh majoriti rakyat. Malah ada yang belum apa-apa lagi sudah berebut kerusi tertinggi parti walaupun ahli parti di peringkat cawangan hanya anak-beranak mereka manakala di peringkat bahagian hanya di kerumuni kaumpuak mereka yang hanya faham apa itu nafsu tetapi jahil apa itu politik.
Mengapa mereka begitu mudah MENERAN parti-parti baru untuk di sajikan kepada rakyat? MusBAHLOL Am MIC ada jawapannya.
Manakala bagi pihak UMNO, pengorbanan mereka selama lebih dari 40 tahun dengan merelakan kawasan ini di beri kepada komponen lain dalam BN seperti MCA dan MIC beberapa kali rupanya dilihat tidak mencukupi, pengorbanan ini sebaliknya di bayar dengan nista perkauman. Sikap tolak ansur pengundi Melayu di bayar dengan kenyataan sombong lagi menghiris komponen-komponen lain dalam BN. Kerelaan orang Melayu berwakilkan minoriti di bayar dengan ugutan kononnya mereka kuassa penentu. Siapa yang memberi peluang mereka menjadi kuasa penentu? Sedarlah sikit!
Tiba-tiba bila tiba keadaan yang menampakkan peluang, mereka tidak segan silu untuk men'curi' peluang dengan menelan balik segala muntahan hancing dan hamis terhadap UMNO secara berhadap.
Hulu Selangor tidak pernah ketandusan calon yang berwibawa. Jika di rasakan mereka yang senior kena beri laluan, darah muda yang bertenaga begitu ramai ber'kecatok' di abrisan kepimpinan bahagian. UMNO ramai pelapis muda di HS.
Senarai nama ini aku CnP dari AGENDADAILY untuk renungan:
Bagi muka-muka baru pula calon yang berpotensi termasuk Puan Rosni Sohar (Penolong S/U Pergerakan Wanita UMNO Malaysia), Saudara Nazari Ahmad Dahalan (S/U UMNO Bahagian Hulu Selangor), Saudara Kamsani (AJK Bahagian HS dan Mantan ketua pemuda Bahagian HS), Saudara Khairudin Mohamad (S/U Politik Kanan, Dato Ahmad Mazlan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia) dan juga Dato Adnan Buyong (Naib Ketua UMNO Bahagian HS dan Mantan Bendahari, Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor).
**ORANG MELAYU TELAH MEMBUKTIKAN MEREKA SEBAGAI BANGSA YANG BERTOLERANSI DAN BERSIKAP ADIL TERHADAP LAIN-LAIN BANGSA SEMENJAK DARI DAHULU LAGI. MANAKALA PENOLAKAN JELAS DARI KAUM INDIA TERHADAP KEDUA-DUA MIC DAN SAMY NOVALUE PERLU DI BERI PERTIMBANGAN BERAT OLEH PUCUK PIMIPNAN BARISAN NASIONAL YANG DI PENGURUSIKAN OLEH DATO' SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK YANG KELIHATAN SEHINGGA SAAT INI AKU DAPAT RASAKAN BEBERAPA TINDAKAN BESARNYA AGAK MENUNJUKKAN LANGKAH BIJAKSANA DAN BERHIKMAH, DAN AKU HARAP LANGKAH BELIAU DALAM MENENTUKAN CALON YANG PALING LAYAK NANTI TIDAK MEMAKAN DIRI DAN SEGERA MENIMBULKAN PERSEPSI YANG MEMBERI KELEBIHAN KEPADA PEMBANGKANG, SEOLAH-OLAH MEMBERI NAFAS KEPADA PR TERUTAMANYA PKR YANG SEDANG NAZAK.....
aku pun rasa macam yang hang rasa juga...dah lama dah dok bagi muka kat mic...kali ni elok jangan lag dok bagi muka lebih2 sgt kat depa tu...ni masa yang sesuai untuk umno jadi berani melawan arus...biag berkubur dalam gelanggang dari jadi pondan yang takut kat abang polissssssssssssss................hulu selangor mesti jadi milik calon dari umno.
Bro, UMNO tidak pernah melawan arus, tetapi MCA dan MIClah yang selalu melawan arus, iaitu arus yang telah tenang selepas masing-masing bersetuju dengan syarat-syarat British semasa hendak menuntut kemerdekaan. Semak kembali siapa yang selalu menuntut-nuntut mahu mengigit lebih kek selepas bersetuju di depan Kerajaan British dulu?
SIAPA????