Apabila membaca tulisan dari seorang blogger yang entah apa tujuannya mengenai kj, tangan aku ni gatal bebeno untuk turut menulis mengenai LIABILITI UMNO sorang ni.... Beliau mengatur ayat dengan begitu teliti sekali. Susunan ayatnya nampak begitu intelktual sekali. ku tentunya kena belajar cara penulisan dari orang seperti ini untuk mendapat bayaran yang lebih tinggi, kerana jika setakat tulisan kau sekarang ini melalui blog aku ni pakai tak berasaplah dapur aku. Nasib baiklah kau ada pekerjaan lain yang boleh menampung hidup aku ala kadar....
Terima kasihlah kepada kereta lama aku yang tak perlu lagi aku fikirkan bayaran bulanan walaupun sering kalikereta aku tu selsema, batuk dan demam....hebat sebenarnya bila aku bawa kereta aku ni...bermacam-macam jenis perempuan tak kira macamana wajahnya mahupun bangsanya sering mahu menumpangi kereta aku. Tak perlu mengenyitkan matapun.....
Kembali kepada soal penulis dan penulisannya....beliau menulis seperti di bawah:
Khairy: Naik berjinjang, turun bertangga
Isu yang saya sudah lama saya berangan-angan untuk menulisnya ialah isu Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin yang juga seorang Ahli Parlimen mewakili Kawasan Parlimen Rembau.
Khairy menjadi batu landasan serta sasaran kepada pihak yang tidak menyenangi beliau dan beliau telah dipanggil dengan berbagai nama dan meletakkan beliau sebagai seorang yang paling ‘controversial’ dalam politik tanah air.
Yang paling jelas Khairy ini diangkat dari segi hakikatnya oleh Dr Mahathir semasa beliau (Mahathir) masih lagi menjadi Perdana Menteri dahulu hinggalah sekarang........baca seterusnya.
Dan tulisan sebegini sememangnya mengundang pengunjung(tambahlah numbers of visitor...). Tetapi yang menariknya bila salah seorang komentator meberi komennya secara reverse, menarik. Sungguh menarik berbanding komen tahap jilatan tapak kasut oleh pencacai kj yang hanya tahu tulis:
'Superb post - quite accurate in many aspects'.
Lihat komen dari Author:
- Author said...
- Khairy: Naik Berjinjang, Turun Bertangga Khairy menjadi batu beban kepada UMNO, orang Melayu dan agama Islam. Sebab itu beliau telah dipanggil dengan berbagai nama dan meletakkan beliau sebagai seorang yang paling ‘tidak dikehendaki’ dalam politik tanah air. Kebencian yang ditunjukkan oleh Khairy kepada Tun Mahathir amat jelas semasa Pak Lah menerajui UMNO dan kerajaan. Ini berlaku kerana Khairy dengan bantuan Kalimullah, Nuar Zaini, Musa Hitam, Brendon Parera dll melakukan berbagai usaha gigih dan berbagai cara serta medium melakukan ‘road show’ keseluruh tanah air untuk "mengangkat Pak Lah" dan menafikan jasa bakti Tun Mahathir yang kita sayangi dan hormati. Khairy menjadi terkenal dengan kejahatan dan busuk hatinya mahu, menjadikan Pak Lah kelihatan lebih popular dan hebat dari Tun Mahathir. Jadi, yang menjadikan Khairy terkenal ialah perangai buruknya menabur kebencian kepada Tun Dr Mahathir. Kata-kata bodoh Kahiry kepada Tun Dr Mahathir membayangkan perasaan dendam kesumat beliau secara peribadi dan politician muda yang bodoh dalam politik tanahair. Kerana itu sekarang ini ramailah yang berduyun-duyun mencaci Khairy dengan kata-kata yang sesuai dengan peribadinya. Bagi saya Khairy merupakan anak muda yang tidak diperlukan dalam perjuangan UMNO. Beliau terlalu rendah mentalitinya, berotak kuning, ingin menguasai parti secara rasuah, membelakangkan nilai etika parti yang dijunjung zaman berzaman. Sikap buruknya kepada pemimpin yang berjasa seperti Dr Mahathir seolah-olah pada Khairy tidak ada sezahrah pun kebaikan Tun . Saya pun tidak dapat nak mencari sebabnya kenapa Khairy membenci Tun Dr Mahathir dan menjadikannya sebagai musuh number satu beliau. Mungkin jawapannya ada didalam sanubari Khairy, Pak Lah, Kalimullah, Musa Hitam, Nuar Zaini Brendon Parera dll. Tidak pandai saya untuk membuat telahan serta menyelami air dalam tunggak Khairy itu. Saya selalu menyatakan bahawa UMNO menjadi lemah oleh kerana unsur-unsur dalaman…dan contoh unsur dalam yang paling jelas adalah KHAIRY JAMALUDIN Semasa Pak Lah berkuasa, Khairy menonjol naik dan menghina Tun Dr Mahathir. Allah maha berkuasa, apabila Pak Lah hilang kuasa, Kahiry Jamaludin turut jatuh dengan kehinaan yang sukar dibaiki lagi tetapi Tun Dr Mahathir tetap berkhidmat kepada agama, bangsa dan tanahair kita. Mari kita contohi Tun Dr Mahathir jangan sesekali memberi muka kepada Khairy. Kita sayangkan Tun Mahathir kerana jasa, kebijaksanaan dan kekuatannya. Kita menyingkirkan Khairy kerana tidak berguna kepada parti, kebodohan dan kerendahan budi pekertinya. Sekian…………
Dan ini pula komen aku:
Saya tahu anda adalah penulis politik yang berpengalaman. Tetapi soalan yang anda lontarkan itu seolah-olah anda baru datang ke Malaysia dan tulisan ini sebenarnya hanyalah satu alihbahasa yang di alihkan dengan secara keliru sekali. Saya tidak akan melabelkan tulisan anda ini dengan apa-apa label yang keraspun. Tetapi anda seolah-olah sengaja membenamkan fakta-fakta tertentu hanya kerana untuk menampakkan bahawa analisa anda mengenai kj lengkap dan seimbang, tetapi yang sudah lama mengikuti politik UMNO tahu siapa kj dan bagaimana dia menghina Tun.
Dan bila komen secara reverse psycho oleh seorang komentator tentunya boleh menjadi cerminan bila mana watak kj di tukar kepada watak Tun dan lebih hebat lagi watak Tun terpaksa di letak watak bantuan seperti kalimulah, brendon priera, Anuar zaini hatta pak lah. Ini menunjukkan karektor Tun begitu kuat atas sokongan rakyat yang tahu mengenang jasa berbanding beberapa watak sokongan untuk menguatkan karektor kj....
Dan lihatlah pulak komen penjilat kj spt wenger yang tentunya luas lubang hidungnya membaca tulisan setengah masak(boleh kot label selembut ni?)seperti ini untuk di lapurkan kepada 'boss gadang' beliau.
Ayat macam kereta jalan 20kmsejam..Takut terlanggar batu kot. Nak memuji pun nampak macam tak makan seminggu..Kui kui kui..Pirah!!!KJ bukan kata naik guna tangga. Dia terbang roket emas ler?Kalau ke bulan kan senang. Nik Aziz letak jawatan awal lagi!
Errr.....Iraq mungkin sesuai buat kj....
itu ayat manyak sedap..nyam nyam
hu hu hu....
Nampak label macam sedap, buka bungkusan rupanya benda yang tak boleh di makanpun...
Kao ni takda semangat 1malaysia. keranatu umno dah nak reput. cuba kao berbakti dengan menyokong Ketua Pemuda UMNO tu. Dialah kunci kejayaan UMNO. Kao ni sayang UMNO tak?