Nah tatsat aku denganr dari berita di TV3(mungkin pembangkang dengar ikut saluran lain) mengenai tindakan disiplin oleh pkr terhadap YB Zulkifli Noordin, AP Kulim Bandar Baru.
Akhirnya seperti di rancang baik oleh beliau mahupun oleh pkr sendiri, penyudahannya memng telh di duga sejak dari awal lagi kemelut yang melanda dalaman pkr.
************************************************************************************
06 Mac, 2010 20:15 PM
PKR Pecat Zulkifli Noordin
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari Sabtu memecat Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dan memintanya mengosongkan kerusi Parlimen itu.
Setiausaha Agung parti Saifuddin Nasution berkata keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat PKR yang diadakan hari ini.
"Ya, sah Zulkifli dilucutkan keanggotaan parti," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau berkata Zulkifli juga diberi tempoh 14 hari untuk merayu keputusan itu.
Zulkifli yang juga seorang peguam, dihadapkan kepada Lembaga Disiplin parti bagi menjawab isu berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap rakan sekutu dari PAS, Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP.
Khamis lepas, anggota Parlimen yang terkenal dengan tindakan 'menentang arus' dalam PKR itu bertindak keluar daripada sidang Lembaga Displin yang membicarakan kesnya kerana membantah anggota panel terdiri daripada bukan Islam.
Zulkifli memberitahu pemberita selepas itu bahawa tindakan tersebut berasaskan prinsipnya yang tidak mahu tunduk atau mengiktiraf panel bukan Islam bagi membicarakan isu berhubung agama Islam.
Beliau juga memberitahu pemberita tidak berhasrat untuk keluar daripada PKR kerana masih yakin dengan kepimpinan parti.
Pagi ini, Zulkifli menerusi surat terbuka di dalam blognya sekali lagi merayu anggota majlis pimpinan pusat PKR agar memberi peluang kepada beliau membela diri di hadapan panel disiplin beragama Islam berhubung isu yang dibangkitkan.
"Saya menuntut supaya saya diberikan keadilan. Sebab itu saya menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan keadilan dalam kes liwat beliau.
"Perjuangan beliau ingin mendapat keadilan sehingga sampai ke peringkat mendapat sokongan luar. Kalau Datuk Seri Anwar menuntut keadilan, saya juga menuntut keadilan yang sama...kita patut amal apa yang kita war-warkan," katanya dalam surat itu.
Sebelum ini, Zulkifli mendakwa beliau adalah mangsa rancangan jahat "firaun-firaun kecil" dalam parti yang sengaja mahu memalukan dan mengaibkan beliau dan agama Islam serta sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan beliau dipecat.
-- BERNAMA

##
Ada yang anggap dia hero, ada pula yang julang dia wira, ada juga yang kutuk dia gila publisiti, dan ada pula yang hina dia sampai 'ground zero'.....
AKU KATA DIA AHLI POLITIK
Belum berakhir. Akhirnya ... berpeluk-peluk balik. Hangit lebih mamat ni.