Aku baru melayari portal mykmu.net mengenai desakan oleh EXCO Pemuda UMNO Pusat supaya kj berundur. Bagi aku ini adalah berita yang boleh memebri kesegaran kepada Pemuda UMNO dan UMNO sendiri ketika UMNO berkemungkinan akan berhadapan dengan beberapa PRK. Dan adalah lebih wajar untuk beliau memikirkan masa depan UMNO dan BN ketika berdepan dengan pembangkang ketika PRU13 nanti.
Aku amat berharap kj akur dengan desakan ini, kerana ianya dibenarkan dalam perlembagaan parti. Sebagai orang yang meletakkan kepentingan ahli-ahli parti, dan sebagai pejuang dalam arena politik beliau wajar berundur secara bermaruah.
Namun begitu adalah hak beliau untuk terus kekal sebagai ahli UMNO dan wajib terus membantu UMNO dalam mengembalikan keyakinan ahli terutamanya dan keyakinan rakyat khasnya orang Melayu demi kelangsungan UMNO sebagai parti dominan dalam komponen BN yang dilihat agak payah melawan 'friction' disebabkan stigma keatas beliau sebagai LIABILITI'. Dan stigma ini hanya dapat di nyahkan sekiranya beliau BERUNDUR!
Aku CnP berita penuh oleh portal berkenaan sebagai tanda menyokong langkah ini bagi membolehkan imej Pemuda UMNO yang semenjak PAU yang lepas sering menjadi sasaran kritikan dari dalam dan kutukan dari luar.
EKSKLUSIF: EXCO Minta Khairy Lepaskan Jawatan Ketua Pemuda
Posted on Thursday, January 28 @ 20:17:52 MYT
Topic: Utama
Kami baru disahkan bahawa punca utama desakan perletakan jawatan Khairy ialah kegagalan beliau menterjemahkan hala tuju Pemuda UMNO selari dengan kepimpinan Datuk Seri Najib. EXCO Pemuda Hishamuddin Yahya dilaporkan membenatngkan beberapa bukti yang menunjukkan kepimpinan pergerakan pemuda tidak berminat untuk membantu parti dan kerajaan menarik sokongan sebaliknya lebih berminat mendesak dan mengugut agar diberi jawatan.
Hishamuddin mencadangkan dua usul iaitu samada Khairy meletak jawatan dan membenarkan Ketua Pemuda dipangku oleh YB Datuk Razali Ibrahim atau keseluruhan EXCO meletak jawatan bagi membolehkan satu pemilihan baru Pergerakan pemuda dibuat secepat mungkin.
Sungguhpun mendapat sokongan tetapi tiada undian atau keputusan dicapai. Difahamkan 2/3 EXCO Pemuda bersedia meletak jawatan untuk pemilihan semula Pergerakan tersebut jika selari dengan kehendak perlembagaan parti.
Drama ala MCA ini dijangka akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO esok. Terdapat suara-suara di dalam MT sendiri yang mahu mendesak diadakan semula Pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO berikutan kegagalan sayap tersebut menjadi tunggak parti sebelum ini.
[Nota Editor: Perkara 5.7 Perlembagaan Pergerakan Pemuda UMNO Menyatakan: Jika dua pertiga atau lebih bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa Pemuda berhenti maka Jawatankuasa itu dianggap telah bubar dan Majlis Tertinggi bolehlah mengadakan Perhimpunan Khas Pemuda UMNO Malaysia bagi menubuhkan semula Jawatankuasa Pemuda dan Majlis Tertinggi berkuasa menentukan tempoh perkhidmatan Jawatankuasa yang baru dipilih itu.]
[Berita Asal]
Mesyuarat EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang baru berakhir sebentar tadi dilaporkan kecoh apabila sebahagian EXCO Pemuda UMNO meminta Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin meletak jawatan secepat mungkin bagi menyelamatkan pergerakan tersebut.
Menurut sumber, EXCO Keahlian Pemuda, Sdr Hisahmuddin Yahya merupakan yang pertama meluahkan perasaan tidak puas hati dan meminta YB Khairy berundur secara terhormat demi kepentingan Pemuda UMNO. MYKMU difahamkan ramai EXCO yang bercakap kemudiannya menyetujui usul tersebut.
Bukan lagi rahsia bahyawa Pemuda UMNO gagal berfungsi sejak Khairy mengambil alih jawatan Ketua Pemuda pada tahun lalu.Antara yang menimbulkan kemarahan ramai ahli pemuda ialah tindakan Khairy melantik etua-Ketua Pemuda Negeri yang tidak mendapat sokongan majoriti ketua-ketua Pemuda UMNO Bahagian negeri tersebut.
Antara Pemuda negeri yang bergelut dengan krisis kepimpinan ialah Pemuda UMNO Selangor, Perak, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Johor. Ini berikutan tindakan Kahiry melantik Ketua Pemuda Bahagian yang menyokong beliau dalam pemilihan lalu sungguhpun mereka ini tidak disukai oleh amjoriti ketua Pemuda Bahagian yang lain.
Pemuda UMNO Selangor misalnya sehingga hari ini gagal mengadakan mesyuarat penuh. Sebanyak 13 daripada 22 Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selangor menolak kepimpinan Suhaimi dan mengambil keputusan bergerak secara bersendirian di bahagian masing-masing.
Di Perak juga berlaku kemelut kepimpinan Pemuda yang serius apabila Mesyuarat Pemuda Negeri Perak minggu lalu meminta Ketua Pemuda Negeri berundur secara terhormat. Memorandum 18 Ketua Pemuda Bahagian Perak juga khabarnya telah dihantar kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.
Di Pulau Pinang, Sdr Norman juga ditolak kepimpinannya oleh majoriti Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Demikian juga yang berlaku di Johor dan Wilayah Persekutuan. Kebanyakan mereka mengambil keputusan menggerakkan bahagian secara bersendirian bagi memastikan UMNO Bahagian terus kukuh dalam menghadapi pilihan raya.
Selian isu perhubungan Pemuda UMNO Negeri, Khairy juga dianggap gagal apabila kursus Perdana Pemuda di Janda Baik hujung tahun lalu hanya dihadiri tidak sampai separuh Ketua-Ketua Pemuda Bahagian.
Kursus yang sepatutnya menjadi medan menunjukkan kekuatan kepimpinan Khairy untuk mendesak Perdana Menteri memberi jawatan kabinet akhirnya menjadi masalah besar kepada beliau apabila hanya separuh jemputan sahaja yang hadir. Daripada itu pula kebanyakannya ialah Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian sahaja.
Beberapa EXCO yang bercakap kemudiannya bertindak mempersoalkan kegagalan Kahiry menjadi suara Pemuda dan menggerakkan jentera pemuda dalam banyak isu nasional yang sepatutnya dipergunaka Pemuda bagi mengenakan tekanan ke atas Pakatan Rakyat.
Ada juga yang mempersoalkan alasan Khairy bahawa beliau tiada jawatan menyebabkan beliau tidak boleh menggerakkan Pergerakan Pemuda.
Menurut mereka jika dahulu Khairy berjanji untuk mengorbankan harta bendanya untuk Pergerakan Pemuda jika menang, bila menang lain pula alasannya.
Saudara Hishamuddin Yahya dan beberapa lagi exco yang dihubungi enggan mengulas perbincangan dalam mesyuarat EXCO sebentar tadi buat masa ini. Bagaimanapun kesemua mereka tidak menafikan berita ini.
[Berita ini akan dikemaskini sekiranya ada EXCO yang bersedia bercakap dengan mykmu kemudiannya].
**INI ADALAH LANGKAH TERHEBAT DAN TERBAIK BELIAU YANG AKU BOLEH ANGGAP SEBAGAI PENGORBANAN SUCI KEPADA PARTI UMNO DAN BN. AKU AKAN LEBIH HORMATI BELIAU SEKIRANYA BELIAU BERANI MENGAMBIL LANGKAH YANG POSITIF (KEPADA UMNO) INI..
Semenjak dulu tetap olah
KJ jadi liabiliti mula serlah
Nafi hakikat cetus padah
PRU 13 pasti akan hadir
Hentilah KJ ke hulu-hilir
Banyak janjinya di bibir
Masa emas usah dibazir
Mahukan UMNO gagah
Malang Pemuda lemah
KJ selaku KP perlu nyah
Birthday Note To A Traitor - KJ The Son-In-Law
HAPPY BIRTHDAY KHAIRY,
AND PLEASE LISTEN CAREFULLY LA THAMBY,
I HOPE YOU'VE STARTED COUNTING DAYS ALREADY,
SINCE YOUR POLITICAL CAREER IS NOW GOING DOWNHILL.
WELL KHAIRY,
YOU SHOULD BE ASHAMED OF YOURSELF REALLY,
FOR MESSING UP WITH THINGS BADLY,
AND THE TREMOR WAS STRONGLY FELT IN 2008 GE.
It was all because of Piggy, Big Dog and Parpukari.
YOUR PRESENCE KHAIRY,
IS DOING NO GOOD FOR THE COUNTRY,
AND NEITHER FOR THE PARTY,
AS PEMUDA UNDER YOU HAVE BECOME PEMUDI,
AND YOU HAVE NO SUPPORT VIRTUALLY,
EITHER IN REAL WORLD OR IN VIRTUAL REALITY,
EXCEPT FOR A FEW TOOTHLESS DOGGIES,
LIKE JAMIL, BRO JINGGO, TEPAK AND REMY.
TO TELL YOU THE TRUTH KHAIRY,
YOU SHOULD BE HIDING YOUR FACE ALREADY,
FOR THE DAMAGE YOU HAVE CAUSED TO THE PARTY,
BUT KHAIRY WILL ALWAYS BE KHAIRY,
POWER MUST BE HOLD STRONGLY,
TO SERVE YOUR GREED FOR WEALTH AND MONEY.
SAD TO SAY KHAIRY,
IT IS ENOUGH ALREADY,
WE KNEW YOUR GAME OF TREASON AND TREACHERY,
AND YOUR ASSOCIATION WITH VICIOUS KALI,
SO PLEASE GET YOUR PASSPORT READY,
TO PERMANENTLY DISAPPEAR FROM THIS COUNTRY.
KJ nijadi menantu Pak Lah (alim), cucu Hj Ahmad Badawi (alim) dan cicit Abdullah Pahim (ulamak). Tapi perangai macam haprak.
Elok lah tuuuhh...
Berita segar nih!!sokong KJ undur..segera!!!
Saya ada komen sikit dalam blog KJ. Dia hentam saya kaw kaw punya. Lepas tu balaci2 dia sambung hentam saya. Tiba2 komen saya pun di padamkan.... sape la saya ni.... nape takut sangat nak siarkan komen saya tu ???? Sekarang lebih baik KJ undur diri secara jantan dan terhormat....di persilakan...
kenapa dalam story kmu.net tu tidak juga menyentuh pasal pemuda umno kedah kerana sitausi di penang, perak juga berlaku di kedah.
Kita juga harus melihat situasi yang sama juga di Kedah. Ketua pemuda kedah dan exconya juga sama spesis macam khairy. ramai ketua bahagian termasuk ketua pemuda umno kedah kaku, beku, jumud, pondan, penakut, kering idea, kering gusi dan tidak ada fokus serta amat layu di tasik madu.
kesian umno kedah apabila ada ketua pemuda yang pondan dan penakut.
jadi undur sahajalah wahai saudara badrolhisham. akuilah anda terlalu lemah untuk memimpin pemuda.
MAMAT TU MEMANG MENYUSAHKAN ORANG...KENAPA BARU HARI NI EXCO2 NI NAK BERSUARA.DAH LAMA DAH...DIA LIBIALITY DALAM UMNO....DURI SEGALA DURI
SURUH DIA MASUK PKRLA