Aku tak tahu bagaimana perasaan hangpa semua, tetapi aku memang hampa......berita yang baru aku baca tadi membuat aku tetiba seperti ibu mengandung sulong, MELOYA. Memang rasa meloya aku ni dah lama semenjak kemenangan secara tak bermoral oleh Ketua Setia Kat Wang dalam "PEMBAHAGIAN KERUSI KETUA PEMUDA". Sebenarnya yang bertanding hanyalah akar umbi, tetapi apakah dipihak paling atas hanyalah berkompromi sesama elitis?
Aku tidak sama sekali mengalu-alukan sebarang perlantikan terhadap kj dalam kabinet 1Malaysia. Mengapa DSNTR mahu mencari masaalah dengan akar umbi jika benar beliau mendokong selogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Atau zahid begitu hebat mempengaruhi DSNTR sehingga beliau akan sanggup berubah fikiran?Nampaknya pengumuman dalam akhbar beberapa hari lepas hanyalah 'bedak sejuk' yang akan gugur relai dari pipi bila kita tersenyum atau cair mengalir mengikut aliran air mata bila kita menangis.
Aku ada slogan khusus untuk DSNTR mengenai ahli-ahli marhien UMNO;
"AHLI AKAR UMBI DIDAHULUKANKAN,
KEKUATAN PARTI DIUTAMAKAN"
Apakah yang Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak mahukan dari rakyat dan ahli-ahli parti sebenarnya? Apakah suara-suara yang kedengaran baik di maya mahupun di luar tidak langsung bermakna dan bernilai? Atau hanya bernilai bila ada PILIHANRAYA????
Ini madah untuk pejuang tulin:
BERUNDUR BUKAN BERERTI KALAH,
HANYA MENGATUR LANGKAH YANG LEBIH GAGAH,
UNTUK MENJADI PEMIMPIN TERMEGAH,
PENGORBANAN AWAL MENJADI HADIAH,
AGAR LEBIH IKHLAS SETIAP LANGKAH,
MENUNDUK MUSUH YANG BAKAL TERMENGAH!
HANYA MENGATUR LANGKAH YANG LEBIH GAGAH,
UNTUK MENJADI PEMIMPIN TERMEGAH,
PENGORBANAN AWAL MENJADI HADIAH,
AGAR LEBIH IKHLAS SETIAP LANGKAH,
MENUNDUK MUSUH YANG BAKAL TERMENGAH!
Dari UM:
Khairy Jamaluddin dilantik timbalan menteri?
KUALA LUMPUR 8 Dis. - Sebuah portal berita melaporkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkemungkinan dilantik timbalan menteri dalam perubahan kecil peringkat kementerian yang akan dilakukan tidak lama lagi.Menurut portal Malaysia-instinct.com, pelantikan itu kemungkinan menjadi kenyataan jika perletakan jawatan Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib diterima.
''Khairy dijangka diberikan jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan tidak semestinya mengisi vakum di Kementerian Pelancongan jika Sulaiman Abdul Rahman berundur,'' menurut portal berkenaan di sini hari ini.
Menurut portal itu, pelantikan itu akan dibuat sebagai menghormati jawatan Ketua Pemuda UMNO.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memberitahu bahawa tiada rombakan Kabinet akan dilakukan dalam jangka masa terdekat melainkan beberapa perubahan melibatkan timbalan menteri.
Beliau juga mengesahkan bahawa Sulaiman telah menyampaikan hasrat untuk berundur sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.
Khairy sebelum ini tidak diberikan sebarang jawatan dalam mana-mana kementerian sebagai memberikan ruang untuk beliau menumpukan perhatian menarik kembali sokongan golongan muda kepada UMNO.
(Sila lihat juga blog azlishukri).
Berapakah upah yang Malaysia Instinct dapat hasil dari menerbitkan berita secara spekulatif ini?
KONONNYA:
Menurut portal itu, pelantikan itu akan dibuat sebagai menghormati jawatan Ketua Pemuda UMNO.
**Wahai Datuk Seri Najib Tun Razak, Wahai Perdana Menteri Malaysia, penghormatan yang sebenar, penghormatan yang tulin ialah jawatan itu kena diserah kepada orang lain mengikut perlembagaan berikutan kj sebenar-benarnya tidak mendapat sokongan Pemuda akar-umbi sebelumpun lagi dia bertanding. Ini adalah fakta dan figuranya boleh dilihat sekarang bila Pemuda kelihatan begitu lemah dikebanyakan bahagian-bahagian dan negeri. Di Pusat tak payahlah di beri komen kerana Dato' Seri Presidenpun selalu ke Bangunan UMNO berbanding kami dikampung yang hanya berpeluang kesana kadang-kadang bila ada PAU.
bagus madah untuk pejuang tulin tu.. KJ kalo nak pegang jawatan kena duk sabar dulu.. ikut madah tu.. kalo nak jadi pejuang tak semestinya kena ada jawatan besar!!!
Sokong Mukhriz jadi menteri penuh walaupun bukan pejuang tulen, KJ rileks dulu la, hang muda lagi. Jadi la Timbalan dulu, ikut senioriti..
Bagi lah satu lagi Menetri penuh kat Kedah niiii...!!!!!!
UMNO/BN Kedah BERANGAN-ANGAN nak ambil balik negeri niiihh..
Jika ada saorang lagi Menteri penuh. Banyak jalan kita bulih buat kerja. Menteri penuh tuuu... DSNTR lantik jadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Negeri, jaga semua Jabatan Kerajaan Persekutuan yang ada lebih dari 30 Jabatan di Negeri Kedah:
1. JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN.
2. JABATAN PENERANGAN
3. JABATAN PERTANIAN
4. MADA
5. KEDA
6. JABATAN HAL EHWAL KHAS.
7. LADA
8. JABATAN IMIGRESHEN
9. JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT
10. JABATAN LAUT
11. APMM
12. JABATAN HASIL DALAM NEGERI
13. TENAGA NASIONAL
14. RISDA
15. FELCRA
16. FAMA
17. JABATAN PERTAHANAN AWAM
18. BIRO TATA NEGARA
19. JABATAN PENERBANGAN AWAM
20. POLIS
21. ATM
22. JABATAN HAL EHWAL ORANG ASLI
23. JAKIM
24. YADIM
25. JABATAN KEBAJIKAN MESYARAKAT
26. MAJLIS KESELAMATAN NEGERI
27. PEMEGANG AMANAH RAYA
28. JABATAN PENGANKUTAN JALAN
29. LKIM
30. JABATAN PERIKANAN
31. JABATAN HAIWAN
32. PENGATKUASA PADI BERAS
33. JABATAN MINRAL
34. JABATAN KESIHATAN DAN PERUBATAN
35. JABATAN AIR KEDAH (SWASTA)
36. SPRM
37. JABATAN KILANG DAN JENTERA
38. JABATAN PEMETAAN NEGARA
39. JABATAN PENDIDIKAN
40. MARA
41. UNIVERSITI2, MAKTAB2, KOLEJ2
DLL JABATAN PERSEKUTUAN.
Sepatutnya yang jaga Jabatan Persekutuan tu bertaraf Menteri Penuh.
Kerja pun sedap sikit. Timbalan Menteri yang jaga la ni, Ketua2 Jabatan tak segan dan depa terima arahan tapi depa buat tak tau jeee..
Camana pendapat Pelantaq Hujjah? bagus tak?