Aku terima SMS untuk suruh tolong sama-sama promote promosi pelancongan PIS for All ala Kedah dari blogger AloqStaq. Wow!!! Promosi yang sungguh 'ISLE' sekali ini ....
Aku cNp posting berkenaan secara sepenuhnya dari blog ini
Sunday, December 6, 2009
KERAjaan "ISLAM" PAS KEDAH : 6hb-12-2009 Satu Lagi PUB baru di Alor Setar!
Pada hari ini, tanggal 06-12-2009 hari Ahad, bersamaan dengan 19 Zulhijjah, bersempena dengan PEMBUKAAN RASMI SEBUAH LAGI PUB & KARAOKE BARU DI BANDARAYA "ISLAM" ALOR SETAR, AloQStaQBlog menerbitkan posting ini yang bertajuk : KERAjaan "ISLAM" PAS KEDAH : Tarikh 6hb-12-2009 : Satu Lagi PUB baru di Alor Setar ...
Hari ini, detik bersejarah dalam dunia hiburan , "kelalaian dan melalaikan" & MUNGKIN JUGA terpalit "MAKSIAT" di Bandaraya pimpinan PARTI ISLAM KEDAH. Hampeh lagi sekali!
Perasmian BLACK Pub & Karaoke yang dipercayai ada LIVE BAND & Karaoke (maklumat ini dibaca dari kain rentang, banner & bunting yang terpasang di tiang-tiang lampu jalan - berhampiran Masjid Zahir pun terpasang juga!) ...
AloQStaQ agak pelik sungguh dengan Kepimpinan "ISLAM" PAS KEDAH yang selama ini sentiasa berkobar-kobar untuk memperjuangkan NEGARA ISLAM dan berhasrat untuk menghapuskan "kegiatan maksiat" yang mereka rasakan UMNO/BN menjadi pihak yang meluluskan permit/lesen. (banyak disebut berulang kali dalam Ceramah-Ceramah PAS, sejak lama dahulu lagi, sebelum Pilihanraya Umum ke 12)
Tetapi, selepas PAS Kedah berjaya memegang tampuk pemerintahan pasca PRU12 pada Mac 2008, nampaknya tiada banyak beza dengan kepimpinan yang dahulunya mereka sendiri persendakan, iaitu kepimpinan UMNO/BN.
Kalau dilihat di Pulau Langkawi pula, nampaknya masih lagi macam dulu, tiada larangan drastik nampaknya untuk menambahbaikan dari apa yang pernah mereka sebut PULAU MAKSIAT (Dulu atas pentas Ceramah, depa selalu kata, "sejurus lepas PAS TAWAN KEDAH, Semua Pusat Hiburan & Arak di Langkawi akan dihapuskan" kononnya!)... CAKAP TIPU ORANG KAMPUNG BOLEH LAH!! ....
Tetapi, pada pandangan mata kasar aku, tiada apa yang boleh dibanggakan oleh para pengundi PAS pada PRU12 tempohari untuk melihat perubahan yang dilaung-laungkan diceramah-ceramah PAS termasuklah kadang-kadang sehingga berkhutbah di mimbar-mimbar Jumaat!
Tapi, akhirnya, perlaksanaan macam HAMPEH!...
Salah tak, kalau aku sebut ini sebagai JANJI-JANJI ORANG MUNAFIQ?
Sekali lagi,
HEBATTT ! HEBATT ! ... Sungguh TERBUKA dan SPORTING Kerajaan ISLAM PAS KEDAH ni yer! ... Tahniah! .... Tahniah! ...
GAMBAR : Dipercayai Pusat Hiburan VOX (di Jalan Putra Alor Star) juga merupakan satu Pub yang masih beroperasi sejak zaman UMNO/BN memerintah dahulu lagi ... Kini nampaknya masih wujud. Ada kawan-kawan PAS kata, habih luput tarikh permit nanti, VOX ni Kerajaan PAS tak akan sambung lagi .... Ye ker? ...
NOTA :
MUNGKIN juga dalam Pub & Karaoke tersebut hanya dijual air Sirap, Teh O Ais, NESLO atau Kacang Goreng?! ...
Dan MUNGKIN juga LIVE BAND tersebut hanya dinyanyikan oleh Akill Hayy & Kumpulan lamanya The Riyadh? Sapa tau?! .... Hmmmm .........
Dan MUNGKIN juga lagu Karaoke tu hanya lagu tema 1MALAYSIA & Lagu Tiga Kupang . Saku penuh padi ..... la la la la ....
Dan MUNGKIN juga lagu Karaoke tu hanya lagu tema 1MALAYSIA & Lagu Tiga Kupang . Saku penuh padi ..... la la la la ....
Pak-Pak Lebai & Mak-Mak Hajjah bolehlah turut serta ... PANGKAHLAH PAS LAGI UNTUK MENAMBAHKAN PUB DI BANDARAYA KITA!
Kepimpinan "ISLAM" PAS Versi KEDAH , tak sama dan tak serupa dengan Kepimpinan "ISLAM" PAS Versi KELANTAN & TRENGGANU & PERAK ... MUNGKIN BAGI DEPA, ISLAM BOLEH DIUBAH MENGIKUT KESESUAIAN TEMPAT & KEADAAN KOT!?
AloQStaQ
06 December 2009
JAM : 11:15 Pagi
PAS TAKUT DAP, PUB NI MESTI TAK BUANG PUNYA LAH...
PAS fo all.
Hasil tuuu.. depa mabil masuk dalam tabong Kerajaan PR (+PAS) habis cerita.
Keagungan nak jalankan pemerintahan Islam, ghuyub cam tu jeee...
CAKAP SENANG LE BEB!!!
Manusia selagi bernama manusia tetap perlukan hiburan. Kadang-kadang kita seperti menentang apa yang ada dalam diri. Manakala kita beri ukuran yang sama dan memaksa ukuran itu kepada orang lain atas nama agama. Maka jadilah seperti apa yang terjadi. Kita sebenarnya boleh menahan diri dari segala bentuk kemungkaran, tetapi berupayakah kita menjadi 'superman' untuk menghalang orang lain?
Menasihati adalah dakwah yang terbaik. Kalau mereka 'ignore', biarlah mereka terus hanyut.
**Sekadar pandangan setelah melihat ayat ini:
3:20. Maka jika mereka mendebat kamu, katakanlah, "Aku menundukkan wajahku (mukaku /
kehendakku) kepada Allah, dan sesiapa yang mengikuti aku." Dan katakanlah kepada orang-orang yang
diberi al-Kitab, dan orang-orang ummiy (yang tidak diberi Kitab), "Sudahkah kamu tunduk patuh?"
Jika mereka tunduk patuh, mereka mendapat petunjuk yang benar, dan jika mereka berpaling, maka
bagi kamu hanyalah untuk menyampaikan; dan Allah melihat hamba-hamba-Nya.
**Bagi aku, apabila Allah suruh jauhi sesuatu benda itu, maka aku jauhi dan beritahu orang lain untuk jauhi. Kalau mereka nak dekati juga terhadap larangan-larangan ini maka bukan lagi tanggungjawab aku. Aku tak perlu berdoa sehingga pecah perut untuk mereka. Hanya Allah yang layak untuk beri pertunjuk.
kutip duit untuk tabung jihad
ala..yg ckp tu pun suke gak hiburan..tak pegi pub..tgk gak hiburan kat tv..tgk matsaleh dok cium2..peluk2..minum arak..jgn katakan matsaleh..artis2 melayu islam ni pun sama..peluk2..buat maksiat..menyanyi..so..pandai2 la..
kalo kedah amal pemerintahan islam..tp ade je yang xkena..negara malaysia ni amal pemerintahan ape?nk kata islam pn x..tp pusat hiburan bersepah2..kedai arak berlambak2..org islam yg minum arak pn berlambak2..rokok jgn citer la..dadah lagi..nama je negara islam..citpoddah!!!